Sunday, October 21, 2012

Melawat Tok Teh di Trolak

Oleh : Nur Nadhirah

Kami ke KL pada 15 September yang lalu. Ada sedikit urusan.
Esoknya dalam perjalanan balik terasa nak singgah Trolak pulak.

Di Felda Trolak Timur ada mak sedara  Ibu namanya Pakteh Mail dan Makteh Amai.
Makteh Amai ialah adik kepada Tok Bendang (ibu's mother).

Kami selalu singgah di Trolak. Terutama bila teringat suasana Felda. Banyak kenangan dengan Felda ni. Masa Kaklong lahir pun ayah kerja Penolong Pengurus Kilang Sawit Kemasul, Pahang. Jadi bila rindukan Pahang, kami akan balik ke Felda terhampir iaitu ke rumah Tokteh. Disamping menziarah kami juga mengimbas kenangan bersama Tok Bendang. Ibu kata suara Makteh Amai tu sebijik suara emak dia terutama waktu subuh-subuh. Ibu macam terdengar-dengar suara emaknya bersembang dengan ayahnya pagi-pagi.

Semasa singgah kali ini kebetulan ada anak sulung Tokteh yang ibu panggil Abang Ijai. Kami dapat jumpa mereka sekeluarga. Selalunya bila kami balik ke sini cuma sesekali kami dapat berjumpa anak-anak Tokteh.

Di belakang rumah Tokteh ada jeram. Cetek saja tapi ramai juga orang berkelah di situ. Kami sekeluarga pun mandi manda la.
geng bas sekolah

lari menuju ke sungai

Seperti air terjun di tempat lain, sejuk! Kami buat sandcastle. 
Kak Rena takmau join. Dia feeling atas batu tu.


Ada emak duyung pakai baju purple..
 jenuh kami paksa dia mandi.

Istana pasir kami dah siap.
Alamak.. Nasuha nampak spender la..

Anak abang paklong Ijai yang sulung akan ambik SPM tahun ni. Dia punya la tanya ibu macam macam pasal Fizik. Namanya Abd Rahim. Ibu pun suka kalau ada murid yang minat nak belajar.
Rajinnya abang tu..
Kami tak dapat bermalam sebab baju nak pakai dah takda. Tak plan pun nak singgah sebenarnya.
Kami balik malam tu juga tapi dengan berat hati. Depa layan bukan main lagi. Maklong Ana (isteri Paklong Ijai) tu pun pandai masak. Kebetulan depa pun pemilik restoren. Malam tu makannya ala kadar je tapi dia pandai manipulate apa yang ada. Jadi kami memang makan bertambah-tambah.

Nanti kalau mereka terlepas ke Ipoh, harap-harap mereka sudi lah singgah di rumah kami. Ayah dengan ibu memang suka kalau ada orang datang. Mereka lagi suka kalau orang sudi bermalam.

Nanti cuti sekolah nak pergi rumah Tokteh lagi..
Anak-anak Tokteh semua baik-baik.
Tokteh pun nanti bertukar menjadi hantu cina. Itu yang kami suka tu..



Tuesday, October 16, 2012

Permainan baru ciptaan ayah

Suatu hari ayah mengajak anak-anak semua bermain satu permaianan baru.
katanya dulu-dulu dia main semasa kecik.
masa dulu takda duit nak beli Sahibba, Saidina..
Mereka buat indoor game sendiri.

Habis semua orang dikerah mencari kotak.
mereka potong kecil-kecil dan lipat.
Suspen je.. entah macam mana la gamenya nanti.

Budak yang kecil macam sikembar disuruh gentel kertas timah jadikan bebola.
bila dah siap bentuk dia macam ni.

Kad-kad ini mewakili pemain-pemain bolasepak rupanya.
kad-kad disusun menyerupai gelanggang bolasepak. Kotak tisu yang sekerat tu dijadikan tiang gol.
Bebola kertas timah dijadikan bola.

Ayah tengah tunjukkan cara pemain menyepak.
Bila kad ditekan dengan cepat, bola melantun kedepan dan
masuk ke gawang gol!
Beberapa pemain diletak dihadapan gawang gol supaya
bola tidak bolos. (Najihah siap korek hidung lagi)
Seronoknya mereka bermain. Budak-budak dulu kreatif mencipta permainan sendiri. Bila musim hujan tak boleh main bolasepak di luar mereka main bole sepak ni dalam rumah.
Ini ada video bagaimana permainan ini dimainkan. Tanpa diduga Hakimi memperkenalkan inovasi baru. Kimi buat balingan konon.. nak tergelak pun ada.
(Huhh.. bersepah rumah aku dengan kad kecik-kecik ni...kata ibu)




Semoga impianmu tercapai

Kalau dah namanya budak lelaki, memang lelaki jugaklah.
Minatnya bola, kereta, game yang meletup meletup, ganas-ganas.

Mereka hafal semua nama-nama kereta.
termasuk harganya sekali.
Ibu pun tak tau mana depa ambik tau semua tu. 

Mereka tahu kalau lampu macam ni, tahun bila punya siri.
mereka pun tau mana model yang dah tak produce lagi.

Ibu dulu...
naik kereta pun tak pernah.
Sampai curi-curi naik kereta cikgu.
Ambil buku rekod, masuk kereta, tutup pintu sekejap dan berangan
lepas tu tak reti nak buka balik.
Last-last keluar ikut tingkap.
nasib baik tingkap terbuka separuh.
Turun kepala dulu.
Sampai terselak pinafore.
Itu kenangan lama.
Nak cerita lebih-lebih pun malu.



Kalau ini yang hangpa minat.
Usahakanlah sampai dapat.
kereta mewah tak akan datang bergolek (tayar memang pusing la)
kalau takda pelajaran, kelayakan..

Mohon pada Allah.
Berikan anak-anakku rezeki yang luas dan berkat
Lepas tu jangan lupakan ayah dan ibu.

Tengok macam jiran kita (Pakcik Basyar)
Suatu hari ada kereta baru depan rumahnya.
katanya itu kereta kakaknya beli
khas untuk bawa emak mereka jalan-jalan
emak mereka dah tua dan sakit lutut
jadi kena beli kereta tinggi sikit (supaya boleh juntai kaki)
En Basyar yang kurang sibuk diminta membawa emak mereka
kemana dia nak pergi. Subhanallah



Anak-anak yang menyejukkan mata
berebut-rebut nak mengambil hati orang tua
Ayah dan ibu takda la sampai nak mintak harta.





Dan lagi berdoa juga pada Allah.
semoga kemewahan mendekatkan kita lagi kepada Allah.
dan membuka banyak ruang melakukan kebajikan.

Sunday, October 14, 2012

Sampah

Kepada anak-anakku
Nadhirah, Luqman, Faris, Nabilah, Najihah dan Nasuha yang ibu kasihi,
Semoga kalian dalam lindungan Allah sentiasa.

Pagi ini ibu dengan ayah pergi ke Mydin Mall di Meru Raya, Ipoh.
Menghantar sekumpulan pelajar SMK Tambun yang menyertai pertandingan Tae Kwondo.

Peristiwa 1: 
Selesai urusan kami singgah sarapan dekat Food court. Ayah dengan ibu order sekeping roti nan yang besar dan kongsi dua orang.

Sambil makan ada seorang anak umur 8 tahun berlalu dengan ayahnya. Si anak yang baru lepas makan  mengesat mulutnya dengan tisu dan membuangnya ke lantai begitu sahaja.

Ayahnya yang mengekori dari belakang mengutip tisu berkenaan dan memasukkan ke dalam poket.
Rasa-rasanya betul tak tindakannya itu?
Apa pendapat korang ?
Mesti korang akan berkata anaknya salah sebab buang sampah merata-rata.
Ibu pun setuju.
Betul tak tindakan ayahnya mengutip semula sampah itu?
Ibu rasa tak berapa betul. T

Bagi ibu, sepatutnya ayahnya tu perlu suruh anaknya berhenti dan kutip sendiri sampah tu.
Kalau ada tong sampah berhampiran terus buangkan. Kalau takda masuk dulu dalam poket dan buang bila jumpa tong di tempat lain.

Kalau tak buat macam tu, sampai bila pun anaknya tak akan sedar.
Sampai bila ayahnya nak jadi tukang kutip untuk anaknya?
Bagaimana kalau dia buang sampah semasa ayahnya tiada?


Peristiwa 2:

Selesai sarapan kami pergi membeli barangan keperluan harian. 
Tiba-tiba ibu rasa nak ke tandas. 

Toilet di aras yang sama ada tanda menunjukkan ia sedang dicuci. 
Turun ke aras bawah. Eskalator tidak berfungsi. Ada orang sedang buat maintainence. Mereka sedang berus/sapu habuk dan sampah yang tersekat didalam eskalator tu. 
Terpaksa cari laluan lain ke aras bawah.

Selesai urusan ibu naik semula ke atas ikut eskalator. betul-betul sebelah eskalator (turun) yang sedang dibaiki.
Di depan ibu ada 4 orang remaja. 3 lelaki dan 1 perempuan. Umur dalam 18-19 tahun. Tak nampak macam budak sekolah pun. 
Mereka bergelak ketawa, bergurau-gurau. 

Tiba-tiba, 
Salah seorang daripada budak lelaki membuang kad yang dikeluarkan dari dompetnya. Kad nipis saja. 
Macam Business card la.. lepas sekeping dia buang sekeping lagi sambil eskalator tu naik. semuanya 3 keping kad yang dicampakkan. 

Kawan-kawannya tanya kenapa buang? Dia kata " emmm.. dah tak perlu. menyemak je..".
Kad-kad yang dibuang tu melayang  ke bahagian sisi yang kalau nak kutip balik pun tak sampai tangan. Meraka semua nampak kad tu jatuh. 

Hati ibu rasa geram.  Mereka dalam jarak 1 meter saja di depan ibu. 
Last-last terkeluar juga kata-kata..

"adik, benda nipis-nipis macam ni la yang buat eskalator sangkut. Nampak tak sebelah kita ni depa dok tengah repair. Banyak sampah kecik terselit kat dalam. Akak rasa sampah tu bukannya berat sangat. Kakak nak tolong kutip tadi tapi tangan tak sampai.."

kat lorong tengah yang sempit tulah
dijatuhkannya kad-kad nipis tu. 
Muka mereka lain macam. Budak lelaki macam salah menyalahkan satu sama lain. 
" tu la engkau buang situ buat apa.." kata sorang budak lelaki. 

Tiba-tiba budak perempuan berkata-kata dengan kuat, 
" tu la.. kecik-kecik taknak mamposss.. dah besar menyusahkan mak-bapakkk!!!!"

Minta maaf ya Allah kalau ibu berprasangka buruk. 
Ibu rasa dari intonasi dia, budak perempuan tu sengaja nak perli ibu. 
Mungkin dia rasa ibu busy body.. sibuk nak tegur mereka.

Tolonglah wahai anak-anakku. 
Janganlah jadi seperti mereka.
Pertama, janganlah buang sampah merata-rata. Sama-ada orang lihat atau tidak. 
Allah Maha Melihat. Allah suka manusia yang memudahkan orang lain. 

Kedua, jangan bersikap kurang ajar dengan orang yang lebih tua. Apa salahnya minta maaf. Tak pun diam sajalah dan bertaubat untuk tidak melakukannya lagi. 

Kalau nak housekeeping dompet (betul ke ni..?) tunggulah balik rumah. Buat di tempat yang dekat dengan tong sampah. Bukannya sambil berjalan-jalan lepas tu campak di sepanjang jalan yang dilalui. 

Anak-anakku, 
Kalau nampak peristiwa macam tu lagi di depan mata, tegurlah baik baik. Kalau takdapat tegur pun kita doakanlah semoga dia diberi hidayah dan tak ulang lagi perkara yang buruk itu. 





Thursday, September 27, 2012

Dialog

Hari ini aku mendengar dialog yang membuatkan aku sentiasa rasa perasan.
Suami aku cakap suatu dialog yang aku seronok dengar...

dialog pertama  :  " abang tak pernah jemu tengok muka idah..." 
Ia tidak terhenti di situ..ada sambungan .....

Dialog kedua  :  " walau pun muka idah tak la berapa cantik sangat.. " 
Cisss.. (dalam hati)

Aku harap dialog itu akan terus bertakhta dihatinya..terutama dialog pertama.

Dialog kedua tu aku tak kisah sangat.
Memang itulah muka aku sebelum jumpa dia pun...

Semalam aku kemaskan gambar lama..
jumpa kembali gambar aku
memakai baju hitam...
baju itulah yang aku pakai
sewaktu Encik Hasbullah pertama kali nampak aku....
Kat Library UTM, aras lima.

nanti  akan ku upload gambarnya..
biar anak-anak aku tengok..
jelita tak mak depa masa dolu-dolu...
kalau depa kata tak jelita pun takpa.
asalkan suami aku terus ulangi
dialog pertamanya tadi...

Monday, September 3, 2012

Doa pembuka majlis yang mengharukan..

Mencari maklumat tentang Profesor Muhd Kamil Ibrahim.  Bertemu blog yang menyiarkan video ceramah beliau sewaktu pelancaran bukunya di Intekma. Ceramah yang sungguh ikhlas dan natural. Terima kasih kepada penulis blog sumber video ini http://mariafirdaus.blogspot.com

Beroleh idea tentang suatu kelainan. Apa salahnya kalau sebelum memulakan kelas Fizik aku bacakan doa macam ini.
Suami dan anak-anakku, tolonglah tengok video ini.... saya menangis menontonnya.





Kalau panjang sangat boleh sambung menonton kemudian. Ini bahagian dua pulak.
Mendengar ceramah ini bagaikan terkena batang hidung sendiri. Seperti air di dulang yang terpercik ke muka bila ditepuk.


Aku dan suami sengaja buat rayuan haji tahun ini dengan harapan selain dapat menunaikan haji aku berpeluang berdoa di Raudhah sebelum anak sulung aku keluar result UPSRnya.
Apabila harapan kami pudar  (rayuan haji tidak diluluskan) aku teringatkan Pn Roza yang ada di sana.
(Prof Kamil dan isterinya Roza@Raudzah Roslan telah menetap di Madinah. Mereka setiap hari solat berjemaah di Masjid Nabawi.)

Dengan rasa teruja dan penuh harapan aku hantar email memohon agar Roza mendoakan di Raudhah bagi pihak aku. Siap letak nama penuh anak dan matlamat sekali.

Selepas mendengar ceramah ini aku menyesal menghantar email tersebut. (kerana malu kepada Pn Roza dan Prof Kamil). Memang betul, antara Allah dan hambanya tiada hijab dan aku mesti yakin dengan doa aku sendiri. Allah mendengar walau dimana aku berada.




Menyentuh tentang taman-taman syurga (Raudhah), selepas ini mari kita bina taman-syurga di lokasi masing-masing. Mungkin aku boleh mulakan di dalam kelas. Di rumah pun sudah cukup dengan anak-anakku yang ramai yang boleh mendengar...(aku belum mampu menjadi Naqibah menyampaikan usrah). Kuasa veto ditangan, akan kupaksa mereka mendengar.

Allah dimana-mana. Dia mendengar bisikan hati hambanya. Seorang ibu tetap ibu walau dimana dia berada dan doa ibu itu mustajab. Mengapa aku tidak nampak potensi itu sehingga mengharap Pn Roza yang mendoakan?




...............................................................................................................................................................
Anda mahu beli barangan Tupperware untuk kegunaan sendiri, mahukan harga ahli tanpa membayar yuran membership, klik pada pautan ini Group Telegram Happy Tuppy
................................................................................................................................................................

Lapik sujud sewaktu berjemaah.

Bertarawih di Bulan Ramadhan merupakan acara yang membezakan Ramadhan daripada bulan-bulan yang lain. Pada waktu ini jemaah wanita akan memenuhi ruang solat. Tidak seperti hari-hari lain.

Apabila imam memulakan solat semua ahli jemaah merapatkan saf. Hal ini tidak nampak terlalu sukar bagi jemaah lelaki. mereka akan berbaris mengambil tempat seperti orang masuk perbarisan kawad.

Yang menjadi masalah ialah jemaah wanita. Sesetengah mereka seperti sudah 'menempah' untuk berada dilokasi tertentu tanpa mahu berganjak walau sedikit. Hati sedih melihat saf dibiarkan terputus tanpa ada yang sudi memenuhkannya. Pada waktu ini dihati kecil masing-masing mungkin berbisik, 'ruang tu sempit, nanti kalau aku masuk mesti tak selesa. Badan aku besar". Masih boleh dimaafkan..

Yang paling menyedihkan ialah bila ada jemaah wanita yang masuk sahaja ke dalam saf terus membentang lapik sujud masing-masing.  Sehelai kain berjahit bersulam kemas atau sejadah mini dihampar di hadapan mereka. Cukup-cukup untuk ruang meletakkan muka sewaktu bersujud.

Yakin bahawa mereka akan kekal di lokasi itu, mereka seperti keberatan untuk berganjak bila ada keperluan merapatkan saf. Walaupun saf hadapan terbentang satu ruang kosong untuk dipenuhi, golongan ini tidak 'teringin' pun hendak berhijrah ke  saf hadapan. Pastinya dengan alasan, "nanti kena tunduk, mengangkat lapik sujud yang telah siap terbentang dan kena bentang semula di lokasi yang baru. Lepas tu entah-entah kena berganjak lagi".

Bukankah lapik sujud berkenaan sudah menjadi penghalang dalam usaha memenuhkan saf? Ia seperti menyusahkan tuannya sendiri. Bukan itu sahaja malah saya yang sedang berdiri pun terasa 'susah' bila melihat rakan disebelah yang dua tiga kali  tunduk dan bangun mengalihkan lapik sujudnya yang 'sudah jadi milik jemaah lain' bila saf berganjak.

Wahai jemaah wanita, apalah perlunya lapik sujud itu lagi bila karpet masjid sudah pun tebal, bersih dan selesa? Jangan terlalu taksub sehingga mengenepikan yang lebih afdhal. Mungkinkah helaian sejadah kecil itu menambah khusyuk di dalam solat? Saya lihat jemaah lelaki tiada pun yang membawa lapik sujud. Mereka berlenggang sahaja masuk ke saf dan dengan bebasnya bertukar tempat bila perlu.

Wahai jemaah wanita,
Tinggalkan sajalah lapik sujud itu di rumah dan gunakannya sewaktu solat bersendirian. Ruang masjid biasanya sudah sedia bersih, malah sesetengahnya berkarpet tebal. Sungguh selesa. Penuhkanlah saf hadapan dan jangan ada saf yang terputus.


Boleh jugalah kalau hendak sangat gunakan lapik sujud itu tetapi hanya anda bentangkan bila betul-betul yakin anda tidak berubah tempat lagi. Adakalanya memang kita terpaksa bersolat dilantai marmar yang keras dan sejuk. Tetapi pastikan anda utamakan susunan saf dahulu..

Mohon maaf andai saya tersalah.

Di syurga nanti apa pun dapat..

31 Ogos 2012 (Jumaat 4.40 petang)
Kami berkumpul di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh menyaksikan Majlis Penutup Sambutan kemerdekaan Peringkat Negeri Perak.

Yang kami bawa cuma Faris dan Hakimi sahaja. Kaklong tinggal di rumah kerana dia nak study untuk UPSR. Si kembar tak berapa sihat dan Nasuha mengamuk-ngamuk di muka pintu semasa kami nak berangkat. Tak sesuai nak bawa dia kerana orang sangat ramai.

Kami menunggu keputusan pertandingan kawad hari merdeka (JKR pun menyertai). Ayah tak masuk kawad tapi dia jadi pengurus kontinjen JKR.

Ramai peserta yang berpakaian warna-warni. Pelbagai makanan disediakan dalam bentuk gerai-gerai. Lebih dari sepuluh gerai rasanya dengan makanan yang beraneka.

Letih kami menunggu Raja Muda dan ister tak sampai-sampai. Sempat la bergambar...
Kimi dengan Faris ni kalau ditinggalkan di rumah nanti
 depa mengacau kaklong nak belajar je..
 JKR dapat 2 hadiah (Johan hiasan bangunan dan Naib Johan kawad).  Pukul 6.30 baru selesai. Letih dan belum solat asar lagi.

Sebelum balik Hakimi dan Faris sempat bersalam dengan Raja Muda Nazrin dan isterinya, cantik wooo...
Ibu ambil gambar depa dari dekat.

" Untungnya jadi raja kan.." kata Kimi bila melihat Raja muda diarak, disambut, dihidangkan makanan dan dihantar pulang dengan kereta mewah.

" Kimi, Faris, kita semua boleh juga rasa macam tu. Senang je, beramal ibadat dan jaga solat sampai Allah pilih kita masuk syurga. Di syurga nanti nak apa pun dapat. Kita pun akan dilayan macam raja.." Kata ayah.
Posted by Picasa

Wednesday, August 29, 2012

Cheese burger


Malam tadi aku menunggu suami pulang. Dia keluar makan dengan kawan-kawannya selepas selesai raptai kawad (sempena perarakan kemerdekaan). Pukul 11.00 malam dia balik dan aku membuka pintu.

"abang ada sesuatu untuk idah.."

"apa dia..?"

"jeng-jeng jeng.. burger! yang dalam dia ada cheese! budak-budak dah tidur? "

Aku tersenyum langsung teringat pada satu kisah dalam buku Roza Roslan (Bukan sekadar Resipi). Dalam buku tersebut mengisahkan Roza yang pertama kali merasa makan cheese cake yang dibawa pulang oleh suaminya. Kek separuh yang telah dimakan sebahagian oleh suaminya tapi dibawa pulang kerana memikirkan sedapnya kek itu dan isterinya juga patut merasainya. Rasa kek yang lemak, masam-masam sikit bercampur manis. Sungguh nikmat. Dia merasakan begitu romantiknya saat itu. Kata Roza, indahnya kurnia Allah. Dua nikmat serentak iaitu nikmat makan kek dan nikmat suami.

"ternampak stall burger tu teringat kat idah, abang pun beli satu. makanlah, abang dah makan dengan kawan-kawan tadi."

Rupa-rupanya aku menerima nikmat sama seperti Roza. Nikmat burger cheese yang dibeli atas ingatan, dan satu lagi nikmat suami. Berapa ramai orang diluar sana yang tak dapat makan burger? Berapa ramai orang diluar sana yang tidak mempunyai suami. Ada suami pun mungkin tak sebaik suami aku?

Selama ini aku tak pernah terfikir untuk mensyukurinya walaupun perkara seperti ini bukan pertama kali berlaku dalam hidup aku?

" dan nikmat Tuhanmu yang mana yang engkau dustakan..? " Surah Ar- Rahman.

Wednesday, August 8, 2012

Persandingan Hazmi bin Jamil bin Talib bin Amin

Ahad 12 Jun 2011. Persandingan anak abg Jamil Talib. Anak sulung dia yang bernama Hazmi. Nama pasangan dia lupa la pulak. Lokasi kenduri di Fair Park, Ipoh. 

Ramai yang hadir. Mari kita lihat urutan cerita kenduri kendara ni. Boleh la jejak kasih sedara-mara yang dah lama kita tak nampak. Walau pun sekadar video. 

Untuk makluman anak abang Jamil ada 5 orang. Hazmi, Linda, Anis, Farah dan Husna. Depa ni la antara waris-waris yang terdekat sebelah aku.  Sedara yang lain ialah Bestamin bin Lazim/Mariam di Taman Malar dan Ahmad bin Karim/Zainab juga di Taman Malar. Bila berkumpul semua Banjarian ni memang seronok. 

Pada petang Sabtu hari sebelumnya ada gotong royong sikit. Sebahagian keluarga terdekat dari Sg Dungun dah pun sampai (contohnya Maklang Mariah dan Kak Rosnah Talib).


Esoknya masa kenduri ramai sedara datang dari Sg Dungun, Dari Titi Gantung pun ada, dari Sitiawan. Aku pun dah tak kenal. Ada yang baru pertama kali jumpa walau pun nama selalu dengar. Kalau la arwah mamak ada. Boleh dia introduce sorang demi sorang. Lastly aku panggil 'angah' je kat semua orang. 

Ini Maksu Ijah iaitu Adik bongsu kepada arwah emakku. Mukanya mengenangkan aku kepada emakku. Dia berbual bersama abangnya yang kedua iaitu Pakngah Karim. Kalau nak tahu Pakngah Karim ini bagi aku merupakan jelmaan Tok Misai (Hj Amin) cuma dia takda misai melintang je. (Badan aku yang kurus sekarang ni pun rasanya genetik daripada Tok Misai dan Pakngah ni). Kalau rindu arwah Tok Misai aku akan ziarah Pakngah di Seberang Perak. 

hehe... nampaknya dalam video tadi gambar aku je yang lebih.....

Kat bawah ni pulak kelihatan maksu Ijah (baju hijau) sedang berborak dengan Kak Ijah (sama juga namanya)  . Dia ialah salah sorang anak Pakngah Karim. Dia ada kedai makan di Seberang Perak. 


Seterusnya gambar Ridzuan Ahmad yang sedang berbual mesra dengan Ahmad bin Karim iaiatu anak sulung pakngah karim. Abg Mad ni sekarang tinggal di Tmn Malar, Ipoh. 

hehhe.. ada lagi aku kat belakang.... pelakon tambahan betul!

Haaa... ini dia gambar jelas Ahmad bin Karim yang bersembang dengan Ridzuan. Sebelum nampak gambar abg Mad ni, ada lelaki berbaju batik purple tu ialah suami kepada Kak Aini bt Karim. 

seperti biasa... muka ku sentiasa ada di belakanggggggggg.....!!!!!

Ini gambar yang jelas menunjukkan muka Aini anak kedua Pakngah Karim bersama suaminya. Aku pun baru inilah first time jumpa depa. Depa tinggal di Titi Gantung. Aku selalu dengar cerita Aini ni sebab dia sebaya dengan kaklong aku iaitu Hasnah Hamid. Haa.. kali ni jangan risau muka aku takda sebab video ni aku yang shoot. 


Video kali ni semua orang ada. Yang bertudung biru ni pun sedara terdekat juga dari Titi Gantung. Malangnya aku dah tak ingat namanya. Ini pun baru first time jumpa. (Ridzuan, hang tanya kat mak hang jap kot dia ingat). Yang lelaki ber Tshirt putih muka macam kumpulan Rajalawak tu ialah menantu Pakngah Karim iaitu Selamat (suami Ijah). Peramah dia ni... kami pi makan kat kedai dia siap menyamar lagi. Tapi lastly dia kenal jugak sebab katanya muka kebanjaran aku begitu terserlah! Macam muka golongan Sg Dungun katanya. 


Ini muka Selamat dengan lebih jelas lagi. Geram betul sebab depa tak sampai lagi ke rumah kami jalan-jalan! 
Nak tunggu aku kawinkan anak dulu kot baru depa mai. Issshhhhh.....!!! Masa ni dia tengah cerita anak dia nak mendaftar masuk UIA. Tahniah Kak Ijah dan Abg Selamat. Semoga selamat semuanya. 


Last but not least is tuan rumah la... inilah dia pengantinnya iaitu Hazmi dan pasangannya yang cantik itu. masa video ni di upload depa sudah pun ada anak sorang (baby lelaki). 

Tuesday, August 7, 2012

Perjuangan Hakimi dalam Tilawah

Luqman Haqimi suka menghafal doa sejak kecil. kat Tadika ustazah sangat sayang dia. Sampai bila hari temu waris ustazah dia cakap "selama ni saya nak jumpa sangat dengan mak Luqman. Mana satu la mak Luqman ni." (tak pasal-pasal pulak ibu yang dapat nama).

Dia pandai mengaji pun dalam usia yang agak muda iaitu 6 tahun. Masa kecik Suara kimi mengaji iqra' sungguh unik dan menggelikan hati. Hanya ibu je yang boleh ajuk. Sayang video dia mengaji masa kecik kat rumah Taman Mewah tu terdelete dengan tak sengaja.

Kimi mula mengaji bila ustazah dia mencari wakil untuk MTQ. Sekolah dia ialah sekolah Methodist yang tak ramai muslim. Jadi Kimi jelah satu-satunya harapan untuk wakil sekolah. Masa tu Kimi baru darjah 3. Peserta - peserta lain semua darjah 6.

Disini ada sedutan beberapa pertandingan yang pernah Kimi masuk. Mula mula sekali ialah sewaktu dia mewakili Zon B ke peringkat Daerah Kinta Utara. (Masa ni darjah 3 jadi nafas pun tak cukup lagi)  Diselitkan juga suara Ustaz Hafiz yang melatih dia. Kemudian video Kimi wakil sekolah agama dia di Masjid Kg Tasek. Ipoh. Setiap kali pertandingan pasti kami sekeluarga akan pergi sama memberi sokongan.

Semoga Kimi akan terus berminat dengan Tilawah. Kalau ikutkan Kimi lebih sukakan hafazan. Setakat ni dia sudah hafal beberapa surah panjang seperti Al Waqiah, Al Mulk dan sebahagian surah Taha.

Takpa la kimi. Tilawah pun boleh belajar Taranum sekali.
Penghargaan untuk Ustazah Hamidah yang sudi men'channel'kan Suaminya untuk melatih Kimi.

Konvokesyen Permai Ria 2010

Hari ini Faris dan rakan-rakannya konvokesyen. 14 November 2012 (Ahad)
Lokasi : Dewan Besar Kem PGA, Ulu Kinta Perak.

Bawah ni merupakan sesi anugerah sijil depa.


Ini pulak tarian endang oleh Faris and Gangs.


Ini pulak acara nasyid oleh budak lelaki. Termasuklah Faris, Aqil dengan iqbal semua sekali.

Marina datang..

Lama betul tak jumpa Marina. Dia ada datang sekeluarga masa aku kawin tahun 1999. Lepas tu takda jumpa dah. Contact punya contact Marina pun setuju nak datang....  seronok betul. Kami sembang macam-macam. Aku cuba masak all the time supaya Marina terpaksa makan dan terpaksa balik lambat. Ikutkan hati nak je suruh dia tidur.

Anak dia  3 orang. Gambar suami dia takda la pulak dalam ni. Anak aku yang tangkap gambar ni masa kami tengah makan. Sapa-sapa yang rindu kat Marina boleh la tengok video dia ni.

Marina tak berubah walau secubit pun.. macam mana dia dulu macam tu la sekarang. tetap cantik dan menawan. Tak nampak macam dah ada anak besar.

Semoga sesapa yang tengok ni akan terperangat untuk ikut jejak Marina (iaitu datang berkunjung ke rumah aku).

Video ini diambil pada 27 April 2012. 

Seronoknya main dengan ayah

Anak-anak kami tertunggu-tunggu ayah mereka balik. Sebab mereka seronok nak main dengan ayah.
Dulu aku ingat suami aku ni main dengan anak sekadar nak ambil hati budak-budak je. Tapi rupanya dia memang suka main. Suka bergusti dan bergolek-golek dengan budak budak.

Masa Nadhirah baby dulu (umur 2 bulan) dia belum pandai apa-apa. Aku beritau suami " ibu tak sabar nak tunggu nadhirah pandai bercakap". Suami balas balik "abang pulak tak sabar nak main dengan dia". Masa tu kami di rumah Buit Mendi. Patut la pun. Jadi.. tak membazirlah aku beranak ramai-ramai.

Sorry bang, sebab upload gambar abang tak pakai baju.

Tabiat buruk Nasuha

Inilah perangai buruk Nasuha yang sungguh memalukan.. huhhh..!!!!



Video ni diambil pada hari Jumaat 27 April 2012.

Monday, August 6, 2012

Pulut kukus dan kelapa manis

2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat (bubuh garan sesudu teh)

rendam pulut 1-2 jam. kalau nak pulut jadi kuning bubuh kunyit dalam air rendaman.
kukuskan sehingga masak. takpa kalau ia nampak sedikit keras.

Masa tengah panas-pans tu tuangkan santan yang dah bergaram tu dan kacau rata-rata.
kalau tak posa boleh la rasa. sesuai tak kemasinannya.

kalau nak makan terus pun boleh. kalau nak dia tahan lama dengan kata lain lambat basi, kukuslah semula pulut yang dah bersantan ni. biar semua bakteria mati pulut akan lambat basi.

Kelapa manis untuk makan dengan pulut
kelapa parut 1 biji
gula merah 1 cawan (tapi masa aku beli tu RM1.00 je)
gula pasir 2 sudu makan.
tepung gandum 1 sudu makan.

hampa gaul saja semua bahan dalam kuali atas api sehingga rupanya macam inti. siap.

kek kukus coklat

Resepi Kek Coklat kukus I

1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula
1 cawan minyak masak (boleh ganti dengan buttercup)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tin susu cair
1 1/2 sudu kecil soda bikabonat
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur

Hiasan Kek

1 bar coklat masakan
Coklat rice/atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek

Cara-cara masakan;

1) Sebelum kita bancuh bahan-bahan, didihkan air didalam alat kukusan.
2) Sementara tunggu air mendidih, kita mulai adunan dengan ambil 2 biji telur dan dipukul sehingga kembang.
2) Coklat, gandum, gula, serbuk penaik dan soda bikarbonat digaul sekali.
3) Susu cair dan minyak masak dicampur ke dalam telur yang telah dipukul sehingga kembang.
4) Campur adunan di dalam langkah 2 ke dalam langkah 3.
5) Kacau sehingga sebati.
7) Sediakan loyang kek yang sudah disapu dengan majerin dan masukkan adunan kek yang sudah sebati.
8 ) Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit. (tempoh masa kek siap masak bergantung kepada saiz loyang kek dan saiz api yang digunakan tapi sebaiknya pantau pada masa 30 minit)

*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tu dah masak.

9) Selepas masak, cairkan bar coklat dan sapu di atas dan sekeliling kek.
10) Letakkan hiasan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.


Kek Coklat Kukus II

BAHAN-BAHAN:

1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

Friday, August 3, 2012

Mandi manda kat Kuala Kangsar.

22 November 2010. Hari Isnin. Musim cuti sekolah.
Pergi bawak anak-anak mandi manda dekat swimming pool Kuala Kangsar.
seronok...

Thursday, August 2, 2012

Medan Trip 2011

Alhamdulillah cuti sekolah 2 minggu. Maka kami sekeluarga beramai-ramai booking tiket Air Asia ke Medan. Ada banyak gambar dan video..
Video pertama ni bermula daripada kami berlepas dari rumah ayahngah di putrajaya.



Kami sampai je di airport Polonia dalam pukul 9.00 pagi, menunggu Hj Osman iaitu driver kami dan juga menunggu keluarga Rena yang akan menjemput dia balik ke rumah dia. Rena tak ikut percutian kami.



Tak lama kami menunggu,  terus disambut oleh Hj Osman.
Dia sediakan coaster sebab kami semua ada 12 orang. Hj Osman peramah, kami suka cara dia ketawa..



Beginilah pemandangan jalanraya di Medan. Bunyi hon kereta kat sini tak henti-henti. Hon tu agaknya sini macam "hai.." je. Tak pun "tumpang lalu..tumpang lalu.."sebab kena hon depa tak marah pon. Kalau kat Malaysia... hon aje terus kena carut.



Hj Osman bawa kami ke Istana Maimun dulu. Istana maimun ni merupakan istana Melayu di Medan. Tapi macam tak berapa maintain la...



Di Istana Maimun tak lama. Pukul 11.00 kami terus ke highway menuju ke Parapat.
Perjalanan agak jauh. enam jam kot..



Kami berhenti makan tengahari di mana ntah, lupa nama tempat ni.
Ha, ingat dah. Nama tempat ni Permatang Siantar.

Kami meneruskan lagi perjalanan menuju Parapat. Singgah isi minyak kat Pertamina. Cer compare haga minyak depa dengan kita punya.



Sampai di Parapat dah petang. Hujan renyai-renyai. Terus check in di Hotel Inna Parapat. Sekarang ni tengah mood Kong Xi Fa Chai. Semua hotel dihias warna merah.

Malamnya kami cari makanan di restoren berhampiran. Makngah Farah dengan ayahngah tak ikut.









Lepas menikmati keindahan alam kami naik bot ke Pulai Samosir. Nak tengok Batak Tomok.
On the way singgah di tempat Lagenda Batu Tergantung.



Ini kenangan semasa kita sampai di Pulau Samosir, ditengah-tengah Danau Toba yang terkenal dengan orang Batak. Orang Batak di sini beragama kristian. Pulaunya kecil sahaja dan pendapatan utama mereka ialah hasil pelancongan.
Ada seseorang offer diri nak jadi torist guide kami. Dia nak RM30.. so, jalanlah.
Tengok bazar dia. Kat sini semua orang kristian. Tak boleh makan suka-suka hati.



Masuk ke makam batak ni. Dengar apa dia cerita.

Masuk dalam istana Batak.
Berposing sakan dengan baju maharaja sidabutar nih..



HORAS.. ialah kata-kata welcome di Pulau ini.

 Selesai tengok pulau tu, dah beli pun beberapa helai kain batik wangi .. kami balik semula ke Parapat.


Pagi besoknya daripada Parapat kami travel lagi menuju ke Medan.

Dalam perjalanan nanti kami akan singgah di air terjun yang terkenal iaitu Sipiso-piso.
menurut sumber internet, air terjun ini sebenarnya si pisau-pisau tapi dalam sebutan indonesia
pisau dah jadi piso. Kita tengok bentuknya nanti ye ke macam pisau.




Keluar dari tempat air terjun kami jalan lagi menuju ke Medan. Waktu pun dah tak tau pukul berapa. Cadang nak solat jamak di hotel nanti je. Sebelum sampai kami singgah makan dulu. Punya la lapar, tengok berapa punya lahap depa makan. saja je tak masukkan muka ku dalam video sebab aku makan lagi la banyak.


Check in di hotel. Berehat sementara menunggu nak pergi shopping.
letih....! Perjalanan hampir sehari suntuk. 6 orang anak pun mengurut ayah depa yang sakit belakang (macam la dia yang memandu).


Petang pukul 6.00 kami keluar shopping di sekitar pekan Berastagi. Sini macam Cameron Highland. Sejuk dan produknya banyak buah dan sayuran.


Esok paginya kami bersarapan di hotel tempat kami menginap ni.
Nasuha yang selalu teruja bila mendengar muzik. Amni pun terpengaruh sekali.


Selepas sarapan kami bergerak meninggalkan Berastagi. Menuju ke Medan, perjalanan yang jauh lagi. Tapi tak la sejauh semalam. Nampak banyak kedai makan Babi Panggang. Tengahari kami dah sampai Medan. Sampai  di Medan kami Check ini di Hotel Inna Medan pulak.


Kami rehat jap lepas tu pergi lunch kat restoren Garuda. Ni yang best nih..Datang Indonesia ni macam orang kaya betul. Kat Malaysia pun tak makan restoran macam ni. Makan-mewah-mewah macam ni sekeluarga besar baru RM160.


Petangnya jalan jalan kat Pasar Ikan Lama. Banyak jual batik. Tapi versi indon la.



Pagi esoknya kami jalan-jalan sekitar Medan dan kemudian shopping di Pasar Petisah.
(Petisah ni tempat barang-barang branded) Tapi tak beli apa pun..



Yang ni hangpa kena tengok. Takdak di Malaysia. Backdrop untuk dedicate kepada pengantin kot.. banyak display tepi jalan.



Masa makan tengahari the next day Hj Osman bawak kami kat restoren Minang pulak. OK jugak...


akhirnya kami pun balik. Semua orang dah letih. Semua pun dah rindukan Malaysia 'terutama jalanrayanya yang cantik'. Faris pun dah buat perangai.


Begitulah percutian kami yang menarik pada tahun ini. Bercuti tanpa melalui agen ni relax sikit sebab kita yang tentukan jadual. boleh pilih2 nak hotel mahal ke..murah ke.. kesimpulannya kami hanya spent 60% daripada kos asal kalau guna agen. Terima kasih pada Hj Osman. lain kali kita arrange lagi ye..

Catatan Perjalanan keluarga (Bercuti ke Thailand 2011)

Anda mahu beli barangan Tupperware untuk kegunaan sendiri, mahukan harga ahli tanpa membayar yuran membership, klik pada pautan ini Group Telegram Happy Tuppy
................................................................................................................................................................

Selamat mengenang kembali percutian kita di Thailand.
Keluar dari rumah hari Isnin 12/12/2011. Kami pergi 4 keluarga menaiki kereta sendiri dari Ipoh sampailah ke Bukit Kayu Hitam. Sebuah Estima (keluarga Wan), Innova (kami), Waja (keluarga Fuad) dan Persona (keluarga Ragu). Dari Bukit kayu Hitam kami drive sampai ke bandar Hatyai untuk tidur di sana satu malam. Check in di hotel dan malamnya kami nampak gajah kat depan kedai. heheh..

Gambar dan video di bawah menunjukkan urutan cerita sehingga sampai di Chiang mai keesokannya.



Kami park kenderaan kami di airport Hatyai. Lebih murah kalau dibandingkan parking di Bukit kayu Hitam. Perjalanan menaiki flight Air Asia dari Hatyai ke ChiangMai mengambil masa hampir 2 jam. Sampai di ChiangMai kami dijemput oleh agen di sana iaitu Encik  Peter. 


sambil makan kat restoren tu ternampak pulak sekumpulan budak sekolah.
Nak tengok tak uniform sekolah kat Thailand ni?


Selesai makan kami pun dibawa pergi ke tapak pesta Flora. Kebetulannya tapak pesta ni dalam persediaan untuk lawatan perasmian oleh Raja Thailand keesokannya. Sangat cantik dan luas tapi ini pun kami tak sempat nak lawat habis. sebab dah senja.


tengoklah gelagat budak-budak kat taman ini.

Malamnya kami pun check ini di hotel apa ntah namanya. kat Chiang Mai. ni  sejuk macam Cameron Highland sebab ia di Utara Thailand. Malamnya lepas rehat sekejap dan mandi (sejuknye..) kami jalan-jalan tengok night market. Luas betul. tak berani keluar dengan geng ibu-ibu je seperti yang kak Lea cadangkan. takut tak tau cari hotel kang. sini orang bukan tau cakap melayu. english pun depa tak faham sangat.

Inilah antara barangan yang terdapat di Night market di Chiang Mai. Harganya murah dan kebanyakannya handmade. Video di bawah menunjukkan suasana di sini.
Ini gambar keesokan harinya selepas breakfast. Star Hotel.
di mana-mana sudut ada gajah.

Rabu 14/12/2011 pukul 10 pagi kami pun tiba di butterfly farm.
Tempat yang sama ada Orchid Farm. disambut dengan orang cantik
sepitkan bunga kat dada. Ada orang briefing tentang hybrid orkid. kaklong
memerhati product rama-rama yang dikeraskan. cantik tempat ni. 

Cantiknya hibrid orkid yang berbagai warna.
Thailand memang excelent dalam biotechnology.
Pukul 11.00 pagi tiba di Maesa Elephant Camp. Nak tengok gajah pulak.
Tempat ni sungguh virgin dengan sungai yang bersih. Di sini gajah
dipelihara dan dilatih sehingga 'Elephant Hospital' pun ada.
Disini kami menonton gajah main bola, gajah melukis, gajah mengurut, dan
banyak lagi. sungguh seronok bawak budak budak.




Pandainya gajah ni melukis. Kami pun ada beli satu lukisannya.




Terlanjur dah sampai sini kami sekeluarga menunggang gajah. satu gajah
RM80 boleh bawak 3 orang. Keluarga kami sewa 2 gajah. Anak yang
terlebih tu tumpang dengan family uncle Fuad yang tak cukup ahli. 
Turun dari gajah beli la gambar sendiri yang ntah masa bila depa tangkap..

Pukul 1.00 tengahari pergi tempat monkey show pulak. Monkey ni pandai
kenal nombor, sawadikap, menjual balm dan naik basikal. Dia pun pandai melepaskan
ikatan. tangan kimi yang kena ikat tu. kalau bagi duit, dia masukkan dalam
poket majikan dia. 

Monyet yang nama 'Sam' ni sunguh friendly. lepas tu ada monyet liar masih dalam kandang.
 Ini untuk feeding activity.

Selepas tengok monyet uncle Ragu ajak main paintball di extreme sport park.
Tapi kami tak mau la main paint ball. kat sini bergambar-gambar je. kalau
nak main semua yang ada kat sini, sah satu hari suntuk kena tambah lagi. 
Tapi untuk mengisi masa sempat jugak la main permainan free sebelum aktiviti seterusnya.
Sementara depa main paintball kami decide nak tengok buaya la..
Pukul 2.00 kami tengok Crocodile Show pulak. Rasanya buaya tu semua dah kena jampi.  macam bodoh je. Ikut je arahan instructor tu. Bila takde kerja buaya tu keras je dengan mulut nganga macam buaya plastik.
haa.. buaya yang kami pegang ni confirm tak jampi.. Kami berani je
 sebab mulutdia sudah dililit dengan selotape. 


Agenda terakhir kami hari ini. Pukul 5.20 petang melawat ke kilang membuat 
barangan kulit. Ibu tak beli pun sebab walau pun ini kilang tapi untu pelancong 
memang depa up harga gila-gila punya. kat gambar tu banyaknya 
wallet kulit ikan pari. Ibu pegang video cam je all the time. 

Kami makan di restoran semalam jugak. di Thailand ni hanya KFC yang disahkan halal tapi nak cari pun satu hal jugak. Sini orangnya semua berpakaian dan bermuka seperti melayu. Rasa nak cakap melayu je dengan depa tapi depa semua cakap siam. Orang sini putih-putih dan cantik. macam kacukan cina sikit sebab banyaknya turun dari Tibet..

Malamnya kami tak tidur di sini lagi. sebaliknya  terus berangkat ke Chiang Rai dengan transport agen. Perjalanan yang jauh dan meletihkan. Berhenti berkali-kali di beberapa tempat yang cantik.
Antaranya Hotspring yang canggih ni.






Pagi Khamis 15/12/2011 pukul 8.30 pagi kami breakfast di Chiang Rai. Persekitaran hotel yang penuh bunga-bungaan. Chiang Rai lebih sejuk dari Chiang Mai. Nyenyaknya tidur semalam selepas perjalanan 5 jam. Kami tak dapat berlama-lama di hotel penuh bunga ni sebab agenda hari ini pun padat juga. 

Inilah coaster yang bawa kami kemana-mana. 
Di mana-mana hotel pun ada gajah. Di sini gajah putih pulak.


Video di bawah menunjukkan antara peristiwa breakfast kami di sini.

Pukul 10.00 pagi kami sampai di perkampungan long neck. kampung mereka
berhampiran sawah padi tapi di tanah tinggi. cuaca sejuk dan kampungnya bersih.
Encik Peter terangkan, bayi perempuan yang lahir pada hari Rabu akan dipakaikan
leher gangsa ni untuk elakkan dari gangguan syaitan. mereka akan tukar gelang 5 tahun sekali.
kesian sebab bila hari panas mereka lapik leher dengan saputangan basah. 




Memandangkan wanita  longneck macam takda masa depan, ada juga yang decide nak hidup seperti wanita normal. Tapi mereka perlu 2 minggu lebih untuk support leher yang lembik selepas gelang dibuka.
Kerajaan Thailand ambil mereka dari pedalaman dan sediakan perkampungan khas
untuk tarikan pelancongan. Mereka diberi elaun dan tinggal di situ menunggu pelancong
datang. Kebetulan di situ ada longneck yang baru usia 5 tahun. Nasuha suka dia. 
11.30 pagi kami bergerak menuju Golden Triangle. Sambil menunggu bot datang kami
bergambar dihadapan gajah ni. 
Perjalanan menaiki bot ke Golden Triangle memakan masa 20 minit. Menyusuri Sungai Mekong yang merupakan sungai terpanjang di Asia. Sungai ini mengalir dari Tanah Tinggi Tibet sehingga ke Thailand. Sepanjang laluan kami banyak rumah ibadat budha di tebing sungai.


(Ini video semasa suami saya datang sewaktu Trip pertama dulu. Tapi pemandangannya sama je)
Pukul 12.30 baru kami tiba di Laos. Tempat ini banyak menjual barangan kulit original dan copy. Tapi yang ori pun murah juga. Ibu ada beli satu handbag kulit buaya. Selebihnya beli beg travel yang besar dan beg sekolah. Habis seluruh isi rombongan beli beg macam kami. Yang paling tension kak Lea la sebab semalam dia sudah borong barangan kat kilang kulit tu..!!
Kami sebenarnya dah lewat sebab lama sangat membeli belah tadi. Pukul 2.30 baru sampai ke restoran untuk lunch. Restoran ni ada gambar chef wan. Nasuha terlampau letih. Hampir setiap kali waktu makan dia akan tidur atas meja.

Kami naik kenderaan berjam-jam lagi untuk kembali ke ChiangMai.  Dalam perj.alanan singgah di White Temple. Bergemerlapan temple ni sebab ia dibuat daripada simen putih yang ditampal dengan cermin-cermin kecil. Bila hari panas nampak macam intan bergemerlapan. Temple ini dibina oleh seorang pelukis yang dulunya miskin tapi sekarang dah kaya. Ada videonya tapi pendek sangat. jadi laa...
Pukul 8.45 malam kami sampai ke tapak pesta flora yang kami singgah hari tu.
 tapi kali ni pemandangannya di waktu malam pulak. Ada perarakan kereta berhias dan maskot yang berbagai rupa. Lampu-lampu di sini macam dekat ICT Shah Alam tapi lebih canggih sebab ia nyalaannya berirama mengikut rentak muzik yang dipasang. 
Anak-anak bergambar dengan semua maskot yang ada di sini.
Ini pemandangan di taman bunga pada waktu malam. Kami semua dah letih sangat.
Lepas ni nak cari makan malam pulak. Walau pun di sini banyak makanan dijual tapi
tak berani nak beli sebab confirm tak halal.

Lepas pusing-pusing cari makanan kami pun tidur di hotel yang kami mula-mula sampai hari tu.
Esoknya bersiap sedia untuk balik ke Hatyai.
Pukul 10.15 pagi (Jumaat 16/12/2011) kami sudah berada di airport Chiangmai. Penerbangan 2 jam
lagi nampaknya sampai ke Hatyai. Cerita ni tak habis.. Sampai di Hatyai nanti ambil keeta untuk balik ke Ipoh. Mungkin tidur semalam di Alorsetar ke.. untuk hilangkan penat.

Travel dengan budak-budak macam nilah. Tapi inilah pelancongan paling hebat dalam sejarah keluarga kami.