Sunday, October 14, 2012

Sampah

Kepada anak-anakku
Nadhirah, Luqman, Faris, Nabilah, Najihah dan Nasuha yang ibu kasihi,
Semoga kalian dalam lindungan Allah sentiasa.

Pagi ini ibu dengan ayah pergi ke Mydin Mall di Meru Raya, Ipoh.
Menghantar sekumpulan pelajar SMK Tambun yang menyertai pertandingan Tae Kwondo.

Peristiwa 1: 
Selesai urusan kami singgah sarapan dekat Food court. Ayah dengan ibu order sekeping roti nan yang besar dan kongsi dua orang.

Sambil makan ada seorang anak umur 8 tahun berlalu dengan ayahnya. Si anak yang baru lepas makan  mengesat mulutnya dengan tisu dan membuangnya ke lantai begitu sahaja.

Ayahnya yang mengekori dari belakang mengutip tisu berkenaan dan memasukkan ke dalam poket.
Rasa-rasanya betul tak tindakannya itu?
Apa pendapat korang ?
Mesti korang akan berkata anaknya salah sebab buang sampah merata-rata.
Ibu pun setuju.
Betul tak tindakan ayahnya mengutip semula sampah itu?
Ibu rasa tak berapa betul. T

Bagi ibu, sepatutnya ayahnya tu perlu suruh anaknya berhenti dan kutip sendiri sampah tu.
Kalau ada tong sampah berhampiran terus buangkan. Kalau takda masuk dulu dalam poket dan buang bila jumpa tong di tempat lain.

Kalau tak buat macam tu, sampai bila pun anaknya tak akan sedar.
Sampai bila ayahnya nak jadi tukang kutip untuk anaknya?
Bagaimana kalau dia buang sampah semasa ayahnya tiada?


Peristiwa 2:

Selesai sarapan kami pergi membeli barangan keperluan harian. 
Tiba-tiba ibu rasa nak ke tandas. 

Toilet di aras yang sama ada tanda menunjukkan ia sedang dicuci. 
Turun ke aras bawah. Eskalator tidak berfungsi. Ada orang sedang buat maintainence. Mereka sedang berus/sapu habuk dan sampah yang tersekat didalam eskalator tu. 
Terpaksa cari laluan lain ke aras bawah.

Selesai urusan ibu naik semula ke atas ikut eskalator. betul-betul sebelah eskalator (turun) yang sedang dibaiki.
Di depan ibu ada 4 orang remaja. 3 lelaki dan 1 perempuan. Umur dalam 18-19 tahun. Tak nampak macam budak sekolah pun. 
Mereka bergelak ketawa, bergurau-gurau. 

Tiba-tiba, 
Salah seorang daripada budak lelaki membuang kad yang dikeluarkan dari dompetnya. Kad nipis saja. 
Macam Business card la.. lepas sekeping dia buang sekeping lagi sambil eskalator tu naik. semuanya 3 keping kad yang dicampakkan. 

Kawan-kawannya tanya kenapa buang? Dia kata " emmm.. dah tak perlu. menyemak je..".
Kad-kad yang dibuang tu melayang  ke bahagian sisi yang kalau nak kutip balik pun tak sampai tangan. Meraka semua nampak kad tu jatuh. 

Hati ibu rasa geram.  Mereka dalam jarak 1 meter saja di depan ibu. 
Last-last terkeluar juga kata-kata..

"adik, benda nipis-nipis macam ni la yang buat eskalator sangkut. Nampak tak sebelah kita ni depa dok tengah repair. Banyak sampah kecik terselit kat dalam. Akak rasa sampah tu bukannya berat sangat. Kakak nak tolong kutip tadi tapi tangan tak sampai.."

kat lorong tengah yang sempit tulah
dijatuhkannya kad-kad nipis tu. 
Muka mereka lain macam. Budak lelaki macam salah menyalahkan satu sama lain. 
" tu la engkau buang situ buat apa.." kata sorang budak lelaki. 

Tiba-tiba budak perempuan berkata-kata dengan kuat, 
" tu la.. kecik-kecik taknak mamposss.. dah besar menyusahkan mak-bapakkk!!!!"

Minta maaf ya Allah kalau ibu berprasangka buruk. 
Ibu rasa dari intonasi dia, budak perempuan tu sengaja nak perli ibu. 
Mungkin dia rasa ibu busy body.. sibuk nak tegur mereka.

Tolonglah wahai anak-anakku. 
Janganlah jadi seperti mereka.
Pertama, janganlah buang sampah merata-rata. Sama-ada orang lihat atau tidak. 
Allah Maha Melihat. Allah suka manusia yang memudahkan orang lain. 

Kedua, jangan bersikap kurang ajar dengan orang yang lebih tua. Apa salahnya minta maaf. Tak pun diam sajalah dan bertaubat untuk tidak melakukannya lagi. 

Kalau nak housekeeping dompet (betul ke ni..?) tunggulah balik rumah. Buat di tempat yang dekat dengan tong sampah. Bukannya sambil berjalan-jalan lepas tu campak di sepanjang jalan yang dilalui. 

Anak-anakku, 
Kalau nampak peristiwa macam tu lagi di depan mata, tegurlah baik baik. Kalau takdapat tegur pun kita doakanlah semoga dia diberi hidayah dan tak ulang lagi perkara yang buruk itu. 





No comments:

Post a Comment