Showing posts with label ayah. Show all posts
Showing posts with label ayah. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

Harijadi Nabilah & Najihah yang ke 6

Mak aii.. lama dah gambar ni tapi baru sekarang nak post.
Ini semasa sambutan Harijadi si kembar pada 26 Ogos 2012 yang lalu.

Saja buat makan-makan sikit.
Dah lama tak reunion dengan sepupu-sepupu ibu.

Depa pun mai, abg Jamil & Kak Midah, anak-anak dia (Linda, Anis, Husna). Tak ketinggalan Hazmi dan wife dia. kak yam dengan baby Lokman yang lasak sungguh. Lepas tu kak Nab dan abg mad pun ada.

Beli kek kecik 2 ketul.
Sorang satu kek.
Tiba acara potong kek, nak tangkap gambar.
Ada pulak abang Faris menyelit.
Menyelit takpa, tapi dia selalu merosakkan gambar.

Dia buat hantu kat belakang nabilah najihah..
gambar ni je yang terbaik.
gambar lain hantunya lagi buruk...

Monday, October 22, 2012

Mencari estima

15 September 2012.
Jalan-jalan ke KL.
Lama tak pergi jalan sekeluarga. 
Kaklong baru saja selesai UPSR. Jadi kami nak meraikan dia yang baru merdeka.

Naik kereta sampai stesen komuter Bank Negara. park kereta kat situ.
Kami beramai-ramai naik komuter. 
Ini pertama kali anak-anak naik komuter. Tak ingat bila kali terakhir naik komuter.


Nasuha siap ajuk-ajuk suara orang sebutkan nama stesen-stesen tu. 

Kami ke KL ni juga sebab nak ikut ayah meninjau kereta yang dia berangan nak beli. 
Kami turun di stesen Subang Jaya. 
Ada salesman menjemput kami dengan sebuah estima berwarna putih.


Sampai di tempat yang dituju. 
Estima melaut-laut. Betul ke ayah ni nak beli satu ni?
Ayah kata kalau nak beli kereta recon ni kena survey betul-betul. Harga di setiap tempat tidak sama. 
Kami beramai-ramai cuci mata.
Ini ada satu kereta yang tadi salesman tu gunakan untuk jemput kami sampai ke sini.



Selama ini kami dok mengidam kereta ni.
 Rupanya ini type X. Yang paling basic. 
Ada lagi beberapa jenis yang lebih mahal. 




ok.. kita mesti survey lagi. Memang harga di sini jauh lebih murah daripada di Ipoh. 
Survey tak semestinya nak beli.
Saja bagi anak-anak exposed. Menambah pengetahuan. 

Semoga Allah berikan kita rezeki yang berkat sehingga ayah dan ibu dapat beri keselesaan pada anak-anak.
Belajar rajin-rajin dan jadi anak yang taat dan beriman. 
Mohon pada Allah juga supaya kesenangan dan kemudahan yang diberi akan lebih mendekatkan kita dengan Nya. 


Sunday, October 21, 2012

Melawat Tok Teh di Trolak

Oleh : Nur Nadhirah

Kami ke KL pada 15 September yang lalu. Ada sedikit urusan.
Esoknya dalam perjalanan balik terasa nak singgah Trolak pulak.

Di Felda Trolak Timur ada mak sedara  Ibu namanya Pakteh Mail dan Makteh Amai.
Makteh Amai ialah adik kepada Tok Bendang (ibu's mother).

Kami selalu singgah di Trolak. Terutama bila teringat suasana Felda. Banyak kenangan dengan Felda ni. Masa Kaklong lahir pun ayah kerja Penolong Pengurus Kilang Sawit Kemasul, Pahang. Jadi bila rindukan Pahang, kami akan balik ke Felda terhampir iaitu ke rumah Tokteh. Disamping menziarah kami juga mengimbas kenangan bersama Tok Bendang. Ibu kata suara Makteh Amai tu sebijik suara emak dia terutama waktu subuh-subuh. Ibu macam terdengar-dengar suara emaknya bersembang dengan ayahnya pagi-pagi.

Semasa singgah kali ini kebetulan ada anak sulung Tokteh yang ibu panggil Abang Ijai. Kami dapat jumpa mereka sekeluarga. Selalunya bila kami balik ke sini cuma sesekali kami dapat berjumpa anak-anak Tokteh.

Di belakang rumah Tokteh ada jeram. Cetek saja tapi ramai juga orang berkelah di situ. Kami sekeluarga pun mandi manda la.
geng bas sekolah

lari menuju ke sungai

Seperti air terjun di tempat lain, sejuk! Kami buat sandcastle. 
Kak Rena takmau join. Dia feeling atas batu tu.


Ada emak duyung pakai baju purple..
 jenuh kami paksa dia mandi.

Istana pasir kami dah siap.
Alamak.. Nasuha nampak spender la..

Anak abang paklong Ijai yang sulung akan ambik SPM tahun ni. Dia punya la tanya ibu macam macam pasal Fizik. Namanya Abd Rahim. Ibu pun suka kalau ada murid yang minat nak belajar.
Rajinnya abang tu..
Kami tak dapat bermalam sebab baju nak pakai dah takda. Tak plan pun nak singgah sebenarnya.
Kami balik malam tu juga tapi dengan berat hati. Depa layan bukan main lagi. Maklong Ana (isteri Paklong Ijai) tu pun pandai masak. Kebetulan depa pun pemilik restoren. Malam tu makannya ala kadar je tapi dia pandai manipulate apa yang ada. Jadi kami memang makan bertambah-tambah.

Nanti kalau mereka terlepas ke Ipoh, harap-harap mereka sudi lah singgah di rumah kami. Ayah dengan ibu memang suka kalau ada orang datang. Mereka lagi suka kalau orang sudi bermalam.

Nanti cuti sekolah nak pergi rumah Tokteh lagi..
Anak-anak Tokteh semua baik-baik.
Tokteh pun nanti bertukar menjadi hantu cina. Itu yang kami suka tu..



Tuesday, October 16, 2012

Permainan baru ciptaan ayah

Suatu hari ayah mengajak anak-anak semua bermain satu permaianan baru.
katanya dulu-dulu dia main semasa kecik.
masa dulu takda duit nak beli Sahibba, Saidina..
Mereka buat indoor game sendiri.

Habis semua orang dikerah mencari kotak.
mereka potong kecil-kecil dan lipat.
Suspen je.. entah macam mana la gamenya nanti.

Budak yang kecil macam sikembar disuruh gentel kertas timah jadikan bebola.
bila dah siap bentuk dia macam ni.

Kad-kad ini mewakili pemain-pemain bolasepak rupanya.
kad-kad disusun menyerupai gelanggang bolasepak. Kotak tisu yang sekerat tu dijadikan tiang gol.
Bebola kertas timah dijadikan bola.

Ayah tengah tunjukkan cara pemain menyepak.
Bila kad ditekan dengan cepat, bola melantun kedepan dan
masuk ke gawang gol!
Beberapa pemain diletak dihadapan gawang gol supaya
bola tidak bolos. (Najihah siap korek hidung lagi)
Seronoknya mereka bermain. Budak-budak dulu kreatif mencipta permainan sendiri. Bila musim hujan tak boleh main bolasepak di luar mereka main bole sepak ni dalam rumah.
Ini ada video bagaimana permainan ini dimainkan. Tanpa diduga Hakimi memperkenalkan inovasi baru. Kimi buat balingan konon.. nak tergelak pun ada.
(Huhh.. bersepah rumah aku dengan kad kecik-kecik ni...kata ibu)




Thursday, September 27, 2012

Dialog

Hari ini aku mendengar dialog yang membuatkan aku sentiasa rasa perasan.
Suami aku cakap suatu dialog yang aku seronok dengar...

dialog pertama  :  " abang tak pernah jemu tengok muka idah..." 
Ia tidak terhenti di situ..ada sambungan .....

Dialog kedua  :  " walau pun muka idah tak la berapa cantik sangat.. " 
Cisss.. (dalam hati)

Aku harap dialog itu akan terus bertakhta dihatinya..terutama dialog pertama.

Dialog kedua tu aku tak kisah sangat.
Memang itulah muka aku sebelum jumpa dia pun...

Semalam aku kemaskan gambar lama..
jumpa kembali gambar aku
memakai baju hitam...
baju itulah yang aku pakai
sewaktu Encik Hasbullah pertama kali nampak aku....
Kat Library UTM, aras lima.

nanti  akan ku upload gambarnya..
biar anak-anak aku tengok..
jelita tak mak depa masa dolu-dolu...
kalau depa kata tak jelita pun takpa.
asalkan suami aku terus ulangi
dialog pertamanya tadi...

Wednesday, August 29, 2012

Cheese burger


Malam tadi aku menunggu suami pulang. Dia keluar makan dengan kawan-kawannya selepas selesai raptai kawad (sempena perarakan kemerdekaan). Pukul 11.00 malam dia balik dan aku membuka pintu.

"abang ada sesuatu untuk idah.."

"apa dia..?"

"jeng-jeng jeng.. burger! yang dalam dia ada cheese! budak-budak dah tidur? "

Aku tersenyum langsung teringat pada satu kisah dalam buku Roza Roslan (Bukan sekadar Resipi). Dalam buku tersebut mengisahkan Roza yang pertama kali merasa makan cheese cake yang dibawa pulang oleh suaminya. Kek separuh yang telah dimakan sebahagian oleh suaminya tapi dibawa pulang kerana memikirkan sedapnya kek itu dan isterinya juga patut merasainya. Rasa kek yang lemak, masam-masam sikit bercampur manis. Sungguh nikmat. Dia merasakan begitu romantiknya saat itu. Kata Roza, indahnya kurnia Allah. Dua nikmat serentak iaitu nikmat makan kek dan nikmat suami.

"ternampak stall burger tu teringat kat idah, abang pun beli satu. makanlah, abang dah makan dengan kawan-kawan tadi."

Rupa-rupanya aku menerima nikmat sama seperti Roza. Nikmat burger cheese yang dibeli atas ingatan, dan satu lagi nikmat suami. Berapa ramai orang diluar sana yang tak dapat makan burger? Berapa ramai orang diluar sana yang tidak mempunyai suami. Ada suami pun mungkin tak sebaik suami aku?

Selama ini aku tak pernah terfikir untuk mensyukurinya walaupun perkara seperti ini bukan pertama kali berlaku dalam hidup aku?

" dan nikmat Tuhanmu yang mana yang engkau dustakan..? " Surah Ar- Rahman.