Showing posts with label sedara mara. Show all posts
Showing posts with label sedara mara. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

Melawat Tok Teh di Trolak

Oleh : Nur Nadhirah

Kami ke KL pada 15 September yang lalu. Ada sedikit urusan.
Esoknya dalam perjalanan balik terasa nak singgah Trolak pulak.

Di Felda Trolak Timur ada mak sedara  Ibu namanya Pakteh Mail dan Makteh Amai.
Makteh Amai ialah adik kepada Tok Bendang (ibu's mother).

Kami selalu singgah di Trolak. Terutama bila teringat suasana Felda. Banyak kenangan dengan Felda ni. Masa Kaklong lahir pun ayah kerja Penolong Pengurus Kilang Sawit Kemasul, Pahang. Jadi bila rindukan Pahang, kami akan balik ke Felda terhampir iaitu ke rumah Tokteh. Disamping menziarah kami juga mengimbas kenangan bersama Tok Bendang. Ibu kata suara Makteh Amai tu sebijik suara emak dia terutama waktu subuh-subuh. Ibu macam terdengar-dengar suara emaknya bersembang dengan ayahnya pagi-pagi.

Semasa singgah kali ini kebetulan ada anak sulung Tokteh yang ibu panggil Abang Ijai. Kami dapat jumpa mereka sekeluarga. Selalunya bila kami balik ke sini cuma sesekali kami dapat berjumpa anak-anak Tokteh.

Di belakang rumah Tokteh ada jeram. Cetek saja tapi ramai juga orang berkelah di situ. Kami sekeluarga pun mandi manda la.
geng bas sekolah

lari menuju ke sungai

Seperti air terjun di tempat lain, sejuk! Kami buat sandcastle. 
Kak Rena takmau join. Dia feeling atas batu tu.


Ada emak duyung pakai baju purple..
 jenuh kami paksa dia mandi.

Istana pasir kami dah siap.
Alamak.. Nasuha nampak spender la..

Anak abang paklong Ijai yang sulung akan ambik SPM tahun ni. Dia punya la tanya ibu macam macam pasal Fizik. Namanya Abd Rahim. Ibu pun suka kalau ada murid yang minat nak belajar.
Rajinnya abang tu..
Kami tak dapat bermalam sebab baju nak pakai dah takda. Tak plan pun nak singgah sebenarnya.
Kami balik malam tu juga tapi dengan berat hati. Depa layan bukan main lagi. Maklong Ana (isteri Paklong Ijai) tu pun pandai masak. Kebetulan depa pun pemilik restoren. Malam tu makannya ala kadar je tapi dia pandai manipulate apa yang ada. Jadi kami memang makan bertambah-tambah.

Nanti kalau mereka terlepas ke Ipoh, harap-harap mereka sudi lah singgah di rumah kami. Ayah dengan ibu memang suka kalau ada orang datang. Mereka lagi suka kalau orang sudi bermalam.

Nanti cuti sekolah nak pergi rumah Tokteh lagi..
Anak-anak Tokteh semua baik-baik.
Tokteh pun nanti bertukar menjadi hantu cina. Itu yang kami suka tu..



Wednesday, August 8, 2012

Persandingan Hazmi bin Jamil bin Talib bin Amin

Ahad 12 Jun 2011. Persandingan anak abg Jamil Talib. Anak sulung dia yang bernama Hazmi. Nama pasangan dia lupa la pulak. Lokasi kenduri di Fair Park, Ipoh. 

Ramai yang hadir. Mari kita lihat urutan cerita kenduri kendara ni. Boleh la jejak kasih sedara-mara yang dah lama kita tak nampak. Walau pun sekadar video. 

Untuk makluman anak abang Jamil ada 5 orang. Hazmi, Linda, Anis, Farah dan Husna. Depa ni la antara waris-waris yang terdekat sebelah aku.  Sedara yang lain ialah Bestamin bin Lazim/Mariam di Taman Malar dan Ahmad bin Karim/Zainab juga di Taman Malar. Bila berkumpul semua Banjarian ni memang seronok. 

Pada petang Sabtu hari sebelumnya ada gotong royong sikit. Sebahagian keluarga terdekat dari Sg Dungun dah pun sampai (contohnya Maklang Mariah dan Kak Rosnah Talib).


Esoknya masa kenduri ramai sedara datang dari Sg Dungun, Dari Titi Gantung pun ada, dari Sitiawan. Aku pun dah tak kenal. Ada yang baru pertama kali jumpa walau pun nama selalu dengar. Kalau la arwah mamak ada. Boleh dia introduce sorang demi sorang. Lastly aku panggil 'angah' je kat semua orang. 

Ini Maksu Ijah iaitu Adik bongsu kepada arwah emakku. Mukanya mengenangkan aku kepada emakku. Dia berbual bersama abangnya yang kedua iaitu Pakngah Karim. Kalau nak tahu Pakngah Karim ini bagi aku merupakan jelmaan Tok Misai (Hj Amin) cuma dia takda misai melintang je. (Badan aku yang kurus sekarang ni pun rasanya genetik daripada Tok Misai dan Pakngah ni). Kalau rindu arwah Tok Misai aku akan ziarah Pakngah di Seberang Perak. 

hehe... nampaknya dalam video tadi gambar aku je yang lebih.....

Kat bawah ni pulak kelihatan maksu Ijah (baju hijau) sedang berborak dengan Kak Ijah (sama juga namanya)  . Dia ialah salah sorang anak Pakngah Karim. Dia ada kedai makan di Seberang Perak. 


Seterusnya gambar Ridzuan Ahmad yang sedang berbual mesra dengan Ahmad bin Karim iaiatu anak sulung pakngah karim. Abg Mad ni sekarang tinggal di Tmn Malar, Ipoh. 

hehhe.. ada lagi aku kat belakang.... pelakon tambahan betul!

Haaa... ini dia gambar jelas Ahmad bin Karim yang bersembang dengan Ridzuan. Sebelum nampak gambar abg Mad ni, ada lelaki berbaju batik purple tu ialah suami kepada Kak Aini bt Karim. 

seperti biasa... muka ku sentiasa ada di belakanggggggggg.....!!!!!

Ini gambar yang jelas menunjukkan muka Aini anak kedua Pakngah Karim bersama suaminya. Aku pun baru inilah first time jumpa depa. Depa tinggal di Titi Gantung. Aku selalu dengar cerita Aini ni sebab dia sebaya dengan kaklong aku iaitu Hasnah Hamid. Haa.. kali ni jangan risau muka aku takda sebab video ni aku yang shoot. 


Video kali ni semua orang ada. Yang bertudung biru ni pun sedara terdekat juga dari Titi Gantung. Malangnya aku dah tak ingat namanya. Ini pun baru first time jumpa. (Ridzuan, hang tanya kat mak hang jap kot dia ingat). Yang lelaki ber Tshirt putih muka macam kumpulan Rajalawak tu ialah menantu Pakngah Karim iaitu Selamat (suami Ijah). Peramah dia ni... kami pi makan kat kedai dia siap menyamar lagi. Tapi lastly dia kenal jugak sebab katanya muka kebanjaran aku begitu terserlah! Macam muka golongan Sg Dungun katanya. 


Ini muka Selamat dengan lebih jelas lagi. Geram betul sebab depa tak sampai lagi ke rumah kami jalan-jalan! 
Nak tunggu aku kawinkan anak dulu kot baru depa mai. Issshhhhh.....!!! Masa ni dia tengah cerita anak dia nak mendaftar masuk UIA. Tahniah Kak Ijah dan Abg Selamat. Semoga selamat semuanya. 


Last but not least is tuan rumah la... inilah dia pengantinnya iaitu Hazmi dan pasangannya yang cantik itu. masa video ni di upload depa sudah pun ada anak sorang (baby lelaki).