Luqman Haqimi suka menghafal doa sejak kecil. kat Tadika ustazah sangat sayang dia. Sampai bila hari temu waris ustazah dia cakap "selama ni saya nak jumpa sangat dengan mak Luqman. Mana satu la mak Luqman ni." (tak pasal-pasal pulak ibu yang dapat nama).
Dia pandai mengaji pun dalam usia yang agak muda iaitu 6 tahun. Masa kecik Suara kimi mengaji iqra' sungguh unik dan menggelikan hati. Hanya ibu je yang boleh ajuk. Sayang video dia mengaji masa kecik kat rumah Taman Mewah tu terdelete dengan tak sengaja.
Kimi mula mengaji bila ustazah dia mencari wakil untuk MTQ. Sekolah dia ialah sekolah Methodist yang tak ramai muslim. Jadi Kimi jelah satu-satunya harapan untuk wakil sekolah. Masa tu Kimi baru darjah 3. Peserta - peserta lain semua darjah 6.
Disini ada sedutan beberapa pertandingan yang pernah Kimi masuk. Mula mula sekali ialah sewaktu dia mewakili Zon B ke peringkat Daerah Kinta Utara. (Masa ni darjah 3 jadi nafas pun tak cukup lagi) Diselitkan juga suara Ustaz Hafiz yang melatih dia. Kemudian video Kimi wakil sekolah agama dia di Masjid Kg Tasek. Ipoh. Setiap kali pertandingan pasti kami sekeluarga akan pergi sama memberi sokongan.
Semoga Kimi akan terus berminat dengan Tilawah. Kalau ikutkan Kimi lebih sukakan hafazan. Setakat ni dia sudah hafal beberapa surah panjang seperti Al Waqiah, Al Mulk dan sebahagian surah Taha.
Takpa la kimi. Tilawah pun boleh belajar Taranum sekali.
Penghargaan untuk Ustazah Hamidah yang sudi men'channel'kan Suaminya untuk melatih Kimi.
No comments:
Post a Comment