Lama betul tak jumpa Marina. Dia ada datang sekeluarga masa aku kawin tahun 1999. Lepas tu takda jumpa dah. Contact punya contact Marina pun setuju nak datang.... seronok betul. Kami sembang macam-macam. Aku cuba masak all the time supaya Marina terpaksa makan dan terpaksa balik lambat. Ikutkan hati nak je suruh dia tidur.
Anak dia 3 orang. Gambar suami dia takda la pulak dalam ni. Anak aku yang tangkap gambar ni masa kami tengah makan. Sapa-sapa yang rindu kat Marina boleh la tengok video dia ni.
Marina tak berubah walau secubit pun.. macam mana dia dulu macam tu la sekarang. tetap cantik dan menawan. Tak nampak macam dah ada anak besar.
Semoga sesapa yang tengok ni akan terperangat untuk ikut jejak Marina (iaitu datang berkunjung ke rumah aku).
Video ini diambil pada 27 April 2012.
No comments:
Post a Comment