Wednesday, September 30, 2015

Roti sosej

Bahan

500g tepung gandum
100g gula pasir
250g air
40g mentega (atau minyak bunga matahari)
1 biji telur gred A (bersamaan 60g)
20g susu tepung
5g garam
11g yis (sebungkus)
1 camt bread improver (optional)

Cara: masukkan semua bahan dalam breadmaker. Uli 20 minit. Rehatkan 30 minit. Uli semula untuk keluarkan angin.

Buatkan bulat2 (timbang 50g sebiji). Adunan ini menghasilkan 18 biji. Canaikan bagi nipis. Letak sosej, mixed vege, sos cili dan mayonis. Sapu permukaan roti dengan telur. Rehatkan lagi 10-15 minit.

Bakar 210 C selama 10 minit.

Thursday, September 3, 2015

Panduan untuk jemaah Haji (Berdasarkan pengalaman penulis menunaikan Haji 2014)

Saya dan Suami mendaftar untuk menunaikan Haji pada Tahun 2007 dan menunaikan Haji pada tahun 2014. Semua pengalaman masih terbayang-bayang lagi. Apa yang saya kongsikan di sini mungkin masih releven untuk jangka masa 3-4 tahun.

Saya tidak banyak merakamkan gambar sewaktu di sana. Saya sengaja meninggalkan tablet saya di tanah air kerana takut di sana nanti saya terleka dengan gadjet sehingga mengabaikan ibadah. Saya hanya bawa telefon untuk  call dan sms sahaja. Oleh itu semua gambar yang terdapat dalam entry ini merupakan sedutan  dari blog-blog orang lain yang saya lihat releven. Saya memohon izin untuk mengongsikan gambar itu di sini supaya pembaca lebih faham.

Semasa kami di sana Masjidilharam masih sibuk dengan pengubahsuaian yang dijangka akan selesai pada tahun 2017. Mungkin bila selesai nanti suasana musim haji akan berubah. Tetapi saya percaya ada suasana tertentu yang masih akan berterusan contohnya suasana di Arafah dan Mina. Jadi panduan ini masih boleh digunapakai. 

Saya menulis berdasarkan hasil dapatan, penemuan dan pengalaman kami sendiri. Ia mungkin berbeza pada sesetengah orang. Jadi sekiranya apa yang anda alami nanti tidak menyerupai dengan yang saya utarakan,  mungkin keadaannya sudah tidak sama.

Jangan sesekali mengeluh dan menganggap ia susah. Sebenarnya Tabung Haji sudah berusaha sebaik mungkin memenuhi keperluan para jemaah. Mana mungkin untuk memuaskan hati setiap individu. Namun setiap tahun sentiasa ada penambahbaikan. Contohnya kami dimaklumkan sebelum ini jemaah yang akan pulang mesti menguruskan bagasi mereka dan urusan check in dibuat di airport. Tetapi mulai 2014, kami cuma perlu meletakkan bagasi diluar pintu bilik masing-masing. Ada pegawai yang akan datang menimbang berat beg, mengendalikan urusan Check in dan membawakan beg-beg kita yang besar-besar tu ke airport. Jemaah hanya melenggang dengan beg sandang saja waktu nak balik nanti. Tahu-tahu jumpa beg semula di airport tanah air nanti. 

PERSEDIAAN SEBELUM BERANGKAT
1.       Solat taubat banyak2 dan istighfar atas dosa2 terdahulu.
2.       Beli/bawa Quran khusus untuk dibaca di sana. (jgn bergantung pd Quran di masjid) dan mulakan pembacaan dari sini lagi. Matlamat untuk khatam di sana.
3.       Biasakan solat berjemaah di masjid bagi yang lelaki. Tabiat ini akan berkekalan di sana nanti.
4.       Minta maaf dengan semua orang sama ada kawan atau musuh sebelum berangkat. Ramai orang yang bermusuh, kembali bersilaturrahim  disebabkan urusan Haji. Oleh itu ambillah peluang ini dan jadikan ia point untuk bermaafan. 
5.       Maafkan segala kesalahan orang pada kita dan berangkatlah dengan hati yang lapang.


Penerbangan saya KT52 yang akan terus ke Jeddah. Nanti semasa melapur diri, kita akan diberikan gelang pengenalan Haji. (ada yang sudah dapat gelang ini lebih awal semasa kursus perdana). Banyak syarikat swasta akan menyumbangkan hadiah untuk para tetamu Allah ini. Masa tu kita akan rasa begitu diraikan. Ada yang bagi beg, minyak angin, kosmetik, sejadah, stokin dan macam macam lagi. Yang pastinya Maybank akan menaja beg yang beroda yang boleh dibawa naik ke ruang kabin pesawat. Beg inilah nanti kita akan bawa ke Arafah/Mina. BSN pula telahmenaja beg sandang untuk kita bawa kemana saja semasa di sana. Kita akan simpan semua dokumen penting dalam beg ini nanti. Di mekah nanti kita akan kenal jemaah haji Malaysia melalui beg ini. 
 gambar gelang pengenalan haji. 

I

Melangkah saja dari Kompleks Haji Bayan Lepas, pegawai Tabung Haji mengiringi Kami hingga ke tangga bas. Ramai petugas sukarela yang terdiri daripada mahasiswa USM turut membantu. Bayangkan.. dalam perjalanan ke lapangan terbang semua lampu isyarat akan hijau, Polis trafik menyekat jalan raya untuk memberi laluan bas-bas yang membawa jemaah Haji ni. Semua orang di tepi-tepi jalan raya berhenti dan melambai-lambai tangan seolah-olah mengucapkan selamat jalan. Masa tu kita akan rasa sangat terharu dan berbesar hati. Betapa Allah begitu memuliakan tetamuNya. Surprisingly.. bas kami rupanya menghantar kami terus ke tangga pesawat! Saya sangkakan kami semua akan beratur naik pesawat melalui terminal di airport. Sepanjang laluan memasuki pesawat semua petugas Tabung Haji dan krew pesawat mengiringi kita dengan senyuman dan ucapan selamat ke Tanah suci, Pesawat itu Tabung Haji sewa Khas sepanjang musim Haji untuk menghantar jemaah.

Aduh... rindunya saat itu. Entahkan dapat lagi ke tidak..

Saya mengimpikan bagaimanalah agaknya Allah memuliakan jenazah husnulkhatimah yang kembali ke rahmatullah dalam suasana penuh kemuliaan. Jenazah yang berpakaian bersih dan wangi, disambut para malaikat dan diiring terus ke syurga tanpa melalui hisab yang rumit. Kalau sebagai tetamu Allah ke Mekah pun sebegini kita terasa dimuliakan, semoga anda dan saya terpilih untuk dimuliakan sekali lagi disaat kematian nanti. Ya Allah, kembalikan kami padaMu nanti sebagai tetamu yang istimewa dan penuh kemuliaan.

CABARAN BERJALAN KAKI
1.       Semasa di Mekah, berazamlah untuk solat di Masjidilharam pada setiap waktu solat. Latihlah kaki kita berjalan kaki jauh terutama pada hari-hari sebelum  Wukuf. Ini untuk persediaan kita berjalan kaki jauh sewaktu melontar di Jamrah nanti.
2.       Tidak kira sama ada anda jemaah Muassasah atau pakej, semua orang akan mengalami cabaran berjalan kaki. Keistimewaan jemaah pakej berbanding Muassasah hanyalah jarak hotel yang dekat semasa di Mekah dan makanan yang sedap semasa di hotel.
6.       Purata jarak setiap maktab dari Masjidilharam lebih kurang sama saja iaitu 800m-1km. Untuk jemaah pakej biasanya 400m.
7.       Masa kami di tahun 2014 , kami berjalan kaki  dari hotel mulai pukul  3 pagi untuk solat subuh.
8.       Melangkah dari hotel berdoalah supaya Allah kuatkan kaki kita, beri kita tenaga, tahan wudhuk kita dan mudahkan dalam segala urusan.
9.       Ramai jemaah malas ke Masjidilharam  kerana alasan tidak tahan berjalan kaki jauh dan tidak tahan cuaca panas. Mereka ini akan mengalami kesusahan semasa melontar nanti.
10.   Ada orang sakit lutut terutama yang berusia, ada juga orang yang kaki/tumit  dan pehanya melecet. Oleh itu bersedialah untuk mengatasi masalah ini dengan menyediakan selipar yang sesuai. Selipar tu kalau boleh dah biasakan pakai dari sini supaya kaki kita familiar dengannya.
11.   Bawa minyak gamat dan sapukan pada peha setiap kali memulakan perjalanan untuk mengelakkan peha melecet.
12.    Cabaran berjalan kaki sebenarnya di Mina dimana kita perlu bergerak ke Jamrah sejauh 3.5 km (sehala). Kita perlu berulang alik selama  tiga hari berturut2 iaitu pada hari-hari tasyrik.
13.   Bayangkan, selama tiga hari tu dah la kaki sakit. Balik pula  ke khemah di Mina yang suasananya bukannya selesa pun.  Memang tidak merehatkan..
14.   Balik dari Mina pula, kita terus nak setlekan urusan Tawaf Haji dan Saei Haji (Bagi yang Tamattuk). Ini pun perlu tenaga besar lagi.
15.   Oleh itu banyakkan berdoa untuk urusan berjalan kaki ni. Mohon pada Allah agar kaki kita kuat, walau pun tidur dalam keletihan dan kelenguhan, esok pagi tetap bangun dengan semangat dan tenaga yang baru. Dijauhkan aral seperti bengkak kaki, melecet, terseliuh, hilang selipar dan tahan berjalan di panas terik.

RUTIN HARIAN DI MEKAH

Saya dari Maktab 90. Kami tinggal di Hotel kecil yang bernama Rawdat As Syuruq. Hotel besar berhampiran kami ialah Land Premium dan satu lagi hotel kecil iaitu Manar As Syuruq. Tiga hotel ini Tabung Haji sewa untuk menempatkan jemaah maktab 90 dan 91. Ada sepuluh Maktab semuanya dan lokasinya berbeza beza. Tetapi purata jarak dari Maktab ke Masjidilharam lebih kurang sama sahaja.


1.       Kami keluar berjalan kaki utk solat subuh, balik ke hotel selepas sarapan pagi. Tido jap.. basuh baju dan urusan tandas.
2.       Barang apa nak bawak ke masjid  tu dah pack siap2 sebelum tidur. Biasanya dalam beg saya bawak Quran, botol spray, tuala kecil, 2-3 biji kurma,  strepsil, tisu lap hingus dan uncang selipar. Botol spray itulah juga merangkap botol air minuman saya. Sentiasa isikannya dengan air zam-zam. Bawak duit secukupnya , mungkin nak bersarapan lepas solat dhuha nanti.
Ini masa berjalan kaki pada waktu siang.

3.       Ke masjid semula pada pukul 11.30 tgh untuk zohor. Kadang-kadang naik teksi sbb sangat panas. Kalau berjalan kaki yang pompuan pakai la topi sbb sangat terik. Tapi topi tu makesure diikat sebab angin kuat akan menerbangkan topi.
4.       Selepas Zohor kami balik semula ke hotel sebab nak lunch. Masa ni jalan kaki je dan time ni la paling padat semasa nak keluar dari masjid. Kena sabar.. sebab semua orang lapar nak balik lunch.
5.       Selepas lunch  standby untuk pergi asar pula. Kalau takmau naik teksi jalan la rilek-rilek. Bawak bekalan lebih sikit sebab biasanya kita nak stret sampai isyak. Nanti lepas isyak baru balik hotel utk dinner.
6.       Waktu sebelum maghrib adalah paling pack sebab semua orang bersemangat nak ke Masjidilharam. Masa ni orang yang tak tahan panas pun dah boleh ke masjid. Jadi masa nilah yang kritikal untuk dapatkan saf. Kalau kita tinggalkan saf utk ke toilet, belum tentu dapat balik lokasi yang sama. Kalau tiba lewat ke masjid, kadangkala laluan masuk sudah ditutup dan dikawal oleh polis. Lastly kena solat di dataran luar je. Tak best..
Inilah suasana selepas isyak. Berebut semua nak balik dinner. 



PERSEDIAAN PAKAIAN  DAN KELENGKAPAN

1.       Bawa baju yang selesa bagi kita. Utk lelaki kalau selesa dengan baju melayu dan kain pelikat, jangan paksa diri utk pakai jubah seperti kebanyakan orang di sana. Suami saya pakai kain pelikat dan baju melayu teluk belanga dia saja. Sebijik macam dia ke masjid hari-hari di rumah. Di sana pun saya senang mengenali dia sebab dia sorang saja yang pelik... hahaha..
2.       Untuk perempuan, seluar dan blouse labuh sangat selesa. Seluar biarlah tidak jarang dan bukan dari kain licin sehingga ia sukar disingsing/dilipat  ketika di bilik air. Sebenarnya seluar slack tebal pun ok kerana utk membasuh baju,  di sana cuaca panas dan baju sangat cepat kering.
3.       Kebanyakan jemaah wanita tidak solat dengan memakai kain. Mereka pakai telekung top dan seluar/Jubah serta stoking sahaja. Oleh itu pastikan stoking dipakai dua lapis ketika solat. Ini kerana ketika sujud stoking akan meregang dan nampak bayang2 tumit. Ramai jemaah wanita tidak ambil berat akan hal ini walau pun ia menjejaskan rukun solat/Tawaf.
 Pada telekung, saya jahit sejalur reben warna pink (apa warna pun boleh) di bawah tulisan Malaysia. Tujuannya supaya suami saya senang mengecam kepala saya dari belakang semasa berada dalam crowd. 
4.       Pakai stoking lengan sepanjang masa untuk menjaga aurat.
5.       Bawa tiga telekung. Satu pakai, satu basuh dan satu spare. Bawa ke Arafah  2 telekung cukup. Tinggalkan sepersalinan telekung dan pakaian bersih untuk kegunaan sekembali drp Mina nanti kerana selepas balik dari Mina badan kita sangat letih untuk basuh baju dan biasanya masa tu semua orang berebut2 nak gunakan bilik air.
6.       Sentiasa bawa tuala kecil dalam beg tidak kira jemaah lelaki atau perempuan.  Bagi wanita praktislah mengambil wuduk menggunakan spray dalam keadaan berselubung dalam telekung. Semasa menggunakan spray, lapiklah lantai/peha/sejadah  kita dengan tuala kecil supaya tidak membasahkan sekitar sehingga mengganggu jemaah sebelah menyebelah.
7.       Simpan selipar dalam uncang sendiri yang mudah dikenali. Plastic yang masjid sediakan memang banyak tetapi jemaah negara lain suka selongkar selipar yang dalam plastic ni (mereka mencari selipar mereka dan kalau ianya bukan, nanti dilemparnya saja selipar itu di lantai).
8.       Kain ihram pun bawak la tiga pasang, terutama yang nak buat haji Ifrad. Macam telekung juga, tinggalkan sepasang kain ihram yang bersih untuk kegunaan selepas balik dari Mina nanti.  (semasa berangkat  Wukuf, semua orang berpakaian putih bersih suci murni. Tiba di Arafah, persekitaran yang berpasir, berdebu, berpeluh dan bersesak, kekangan utk membasuh menyebabkan kain ihram mereka sampai jadi kuning kekelabuan jadinya.


WUKUF DI ARAFAH DAN BERMALAM DI MINA

1.  Semasa hari Wukuf semua jemaah akan meninggalkan hotel termasuklah petugas, doktor dan staf kaunter Tabung Haji.
Ini khemah di Arafah sebelum jemaah tiba. 
Ini masa jemaah dah sampai di Arafah.
khemah di Arafah ada  la pokok sikit. 
Kat luar yang merah tu tong air minuman. 

1.       Sebagai contoh, sekiranya Wukuf jatuh pada hari Ahad, Kita akan dihantar ke sana sehari sebelumnya  iaitu pada hari sabtu mulai waktu Dhuha.  Bila sudah tiba di padang Arafah, tak perlulah berqiamullail pada malamya kerana kita takut nanti akan mengantuk bila tibanya waktu Wukuf. Rehatkan diri saja. Boleh sandar2, baring2 sambil zikir dan kurangkan bercakap.

2.       Rebut sesungguhnya waktu semasa Wukuf. Wukuf bermula sesudah masuk waktu Zohor. Pada masa ini Allah makbulkan apa saja yang kita minta. Oleh itu minta sajalah, takpayah lapik lapik orang kata. Ustaz saya kata, tikam terus!  Saya nak anak sulung saya Nur Nadhirah jadi doktor  gigi yang beriman (contoh la..). Sebab peluang  Wukuf ni mungkin sekali saja dalam hidup kita. Yang paling penting mohonlah keampunan Allah dan matikan kita dalam HusnulKhatimah. Jauhi dari azab neraka.
Orang akan keluar dari khemah, mencari tempat lapang dan berdoa.

3.       Doa yang nak kita baca ni eloknya dah buat draf siap-siap supaya di sana nanti kita tak bazirkan masa memikir apa nak diminta. Nanti balik ke Malaysia menyesal pula sebab terlupa nak doa perkara tertentu. Waktu akan berlalu dengan begitu pantas. Sekejap je dah nak senja. Biasanya masa ni orang semua akan keluar khemah mencari tempat lapang. Berlinangan airmata bila berdoa sambil melihat matahari terbenam sedikit demi sedikit.

5.       Pada masa Wukuf di Arafah sehinggalah hari melontar semua urusan makanan, kediaman (khemah) akan diambil alih oleh Kerajaan Arab Saudi. Jadi semasa di Arafah/Mina, jemaah pakej pun akan menikmati makanan dan tinggal di khemah yang sama seperti jemaah Muassasah. Akan berebut bilik air yang bentuknya pun sama. Cuma mereka punya barisan mungkin tak panjang sangat la. Saya pun taktau, sebab saya jemaah Muassasah. Khemah jemaah pakej ada aircond dan mereka di beri tilam dan bantal.
Ini khemah di Mina nanti untuk jemaah Muassasah. 

Ini jemaah pakej punya. special tak dia orang?  
best la  ada tilam.


6.       Khemah jemaah Muassasah pun ada aircond juga. Tapi kalau dah ramai, aircond pun macam tak terasa. Bayangkan ruang  seluas carpet 10x10kaki dikhususkan untuk 12 jemaah beserta beg masing-masing. Tiada tilam dan bantal, yang ada hanyalah carpet,  warna merah. Almaklumlah carpet.. memang akan ada pasir di mana-mana.
7.       Jemaah akan tidur berbantalkan beg yang Maybank sponsor tu. Kelengkapan untuk tiga hari, muat-muatkan jugalah dalam beg tu. Takyah la nak bawak segala baldi semua tu. Mana nak letak..?
8.        Tidurlah kita bersusun susun dengan kepala bertemu kepala, kaki bertemu kaki atau menghala ke dinding khemah. (nak arrangekan susunan ni pun boleh bergaduh tau.. ada jemaah yang dah sampai awal, dia baring dengan mengambil ruang yang besar lepas tu takmau beralih bila jemaah yang baru sampai. siap salahkan orang tu pula kononnya nasib la.. sapa suruh sampai lambat? Sabar je, macam la pengangkutan ke situ kita urus sendiri ).

9.       Dalam Khemah di Mina ada electric point tapi kedudukannya tinggi . kalau cas hampon  tu nanti terjuntai  je hampon  kita. Saya suggest sapa nak pahala lebih tu bawak la multiple extension yang wayar panjang. Ramai  nanti yang akan menempek tumpang cas hampon.
Nampak tak power plug yang macam kotak kat atas tiang tu. 
Itulah terminal untuk eletric point. Tinggi kan..

10.   Semasa di Arafah/Mina pakailah selipar yang boleh dibasahkan air. Sbb itulah nanti untuk kita berjalan dan untuk kita mandi. Lagi pun di Mina kita tidak ada ruang utk letak barang peribadi banyak2.
11.   Semasa di Khemah Mina, selipar jangan di tinggalkan di luar khemah. Masukkan dalam plastic dan bawa masuk dalam khemah. Orang yang lalu lalang diluar khemah kadangkala akan tersepak selipar kita dan selipar tu nanti akan hilang entah ke mana.
12.   Khemah di Mina kawasannya sangat luas, disusun mengikut maktab dan lorong-lorong khemah di situ dilabelkan dengan nama lorong yang bertema. Contohnya Maktab saya dulu, Maktab 90 temanya sukan. Maka di situ ada lorong badminton (siap gambar reket digantung sepanjang lorong), lorong Hoki, Lorong Valleyball, lorong pingpong dll..
13.   Di Maktab lain saya  nampak ada tema kelengkapan dapur , jadi lorongnya ialah lorong teko, lorong cawan, senduk hahaha.. pernah saya tersesat tak jumpa maktab. Sampai terserempak lorong kertas, lorong pensel, lorong pemadam.. sebab temanya alat tulis.

14.   Oleh itu para jemaah, jangan sesekali pisahkan diri anda dengan nametag / kad matrik yang Tabung haji bagi tu. Pesan pesan la terutama kepada makcik/pakcik yang terutama yang dah tua dan taktau membaca. Saya pernah terserempak sorang makcik umur 60 an.. menangis sambil memegang cawan berisi air panas. Rupanya dia keluar khemah sebab nak ambil air untuk buat kopi je.. Tapi tak reti balik sebab lorong  khemah semua sama. Pegawai nak tolong pun tak upaya sebab nametag tak pakai, No maktab pun tak ingat, apatah lah lagi nombor khemah. (sebelum berangkat Wukuf, dekat nametag kita tu Tabung Haji akan tampalkan sticker yang tertulis segala nombor yang penting). Makcik yang menangis tu tiba2 jadi gembira bila nampak saya. Rupanya dia ingat muka saya walau pun tak tau nama sebab datang dari Maktab yang sama. Maka dia pun ikutlah saya balik ke khemah. (terasa superhero saya sekejap) Dia datang buat haji dengan anak perempuannya. Dia tadi keluar khemah semasa anaknya pergi mandi. Itulah masalah orang tua, semua dia bergantung pada anak semata-mata untuk ingat semua benda. Saya pun ceramah sikit kat dia, minta dia pakai nametag sepanjang masa.
di Mina kalau nak air panas untuk bancuh kopi, kena jalan sikit keluar dari khemah. 
Air panasnya keluar kat paip macam dalam gambar ni. 

15.   Semasa ke tandas (terutama wanita) biasakan diri bawa plastic kecil. Jemaah di sana ramai yang tidak mengendahkan kebersihan. Ada yang masuk ke toilet membawa air dalam botol sebab air paip slow (low pressure bila semua  saluran dah on) Mereka meninggalkan saja botol kosong, barangan sanitary (pad, pantyliner) bersepah sepah selepas menggunakan tolilet. Jadi inilah peluang kita merebut pahala dengan mengutip sepahan ini dan membuangnya ke tempat yang sepatutnya. Gunakan plastic itu untuk lapik tangan kita semasa mengutip, bungkus dan ikat supaya senang di buang. Jemaah yang tak bertanggungjawab ni kadangkala mereka selit-selit saja ‘harta’ mereka tu dicelahan batang paip dan di kepala paip pun ada.  Ramai juga yang tak check barang sebelum keluar, itu yang nanti ada tertinggal ‘anak-anak’ yang dalaman tu. (minta maaf, spender pun ada..) Secara tak langsung kita pun akan memberi keselesaan  kepada pengguna berikutnya.
Tengok ni, panjang tak barisan? Apa yang kita sidai kat pintu tu
orang luar semua nampak. 

16.   Dalam bilik air di Arafah/Mina kadangkala takda pun paku untuk menyangkut tuala/baju busuk/baju bersih kita. Terutama perempuan, takkan nak sangkut pakaian dalam kita kat dinding/partition toilet tu. Nanti terdisplay pulak kat orang diluar toilet. Di Arafah/Mina, ruang mandinya yang sempit, di atas ada shower dan di bawah kita ada lubang toilet. Ada kemungkinan baju bersih  boleh basah terkena percikan  air atau lebih malang akan jatuh ke lantai/lubang toilet.

17.   Oleh itu bila nak beratur mandi, masukkan baju bersih siap2 dalam plastic dan diikat, dan bawa satu plastic lagi untuk masukkan  baju kotor/baju basah dan toiletries kita.  Ada orang dia mandi terus dengan baju di badan utk jimat masa membasuh. Orang kat luar berbaris woo.. satu line tu tak kurang dari 10-15 orang.
Masa saya dulu, saya siap bawa ‘S hooke’ bila mandi sebab boleh gantung plastic kita kalau takda paku.

18.   Suhu air di bilik air hotel, di Arafah dan di Mina tidaklah sejuk. Siang dan malam ianya sentiasa suam dan tidak menyegarkan macam air di Malaysia. Kadangkala lepas mandi pun kita berpeluh semula. Kesimpulannya mandi di sana adalah untuk membersihkan, bukan untuk menyegarkan.
19.   Di Mina, kalau tak perlu membasuh takyah membasuh lah.. basuh kalau terdesak je. Tempat nak sidai pun takbanyak.. Ada makcik tu sanggup beratur sebab nak basuh ‘ lay mat’ (tikar plastic yang lastnight dia guna utk lapik duduk  masa di muzdalifah. Ada le berpasir sikit plastic tu). Free je dia kena marah dengan orang dalam barisan kat situ. Sian dia..
20.   Semasa di Mina kadangkala ada jemaah wanita yang terleka menjaga aurat dan keaiban. Kawasan bilik mandi lelaki dan perempuan bersebelahan saja. Terasa aib juga bila ternampak ada yang sanggup sidai bra, seluar dalam masing-masing  di tali khemah, di pintu khemah sampai jemaah lelaki pun boleh lihat.
21.   Dalam bilik air buat yang penting-penting je. Kalau boleh urusan macam gosok gigi dan cuci muka tu buat dekat paip luar jelah.  Ada juga saya nampak usaha jemaah nak melancarkan flow di bilik mandi ni dengan melabelkan bilik mandi tertentu dengan tulisan ‘PROJEK BESAR, PROJEK KECIL, atau MANDI SAHAJA’. Nak tergelak pun ada.

22.   Mulai hari kedua, ada segolongan jemaah yang buat Nafar Awal. Mereka ini akan meninggalkan Mina lebih awal dari yang lain. Oleh itu khemah mereka nanti akan kosong terlebih dahulu. Jadi anda kena selalulah peka, lihat kalau ada peluang pindahlah ke khemah yang kosong ni untuk mengurangkan sesak di khemah sebelumnya. Saya dulu sempat pindah ke khemah baru yang kebetulan dekat pula dengan bilik mandi. Jadi saya boleh intai masa bila flow pendek dan sesuai mandi.

MELONTAR DI JAMRAH
1.       Tabung Haji sudah menyediakan jadual waktu melontar untuk semua jemaah Malaysia. Mereka akan bergerak mengikut Maktab masing-masing pada waktu yang ditetapkan (biasanya petang dan lepas maghrib). Ini untuk memastikan jemaah melontar dengan hanya kumpulan dari Negara Asia yang bertubuh kecil sahaja. Golongan bertubuh besar contohnya dari Afrika diperuntukkan masa yang lain supaya tidak bertembung.  Semasa di Jamrah Mereka juga melontar di aras bertingkat yang lain dari jemaah kita.
Yang dalam gambar ni,.. macam ni Jemaah pakej. 
Depa ada selempang seragam di bahu (untuk kenal geng). 
Beg sandang depa pun kaler lain. 
Masa ni Rombongan ni akan bergerak pergi melontar lah..


2.       Ada juga jemaah Haji Malaysia yang berkeyakinan untuk bergerak sendiri dan pergi melontar pada waktu selain yang ditetapkan.
3.       Suka diingatkan jika anda memilih untuk bergerak sendiri, pastikan anda benar-benar yakin dengan rukun-rukun haji berkenaan melontar. Janganlah bergerak dengan pasangan anda semata-mata. Seeloknya bergeraklah dalam kumpulan kecil contohnya 4-6 orang supaya jika anda dalam kesusahan, ada sedikit sokongan moral daripada rakan sekumpulan. 
23.   Saya membawakan contoh sedemikian kerana saya dan pasangan juga pergi melontar diluar jadual Tabung Haji. Memang lancar dan kurang bersesak. Kami bergerak dua pasangan sahaja. Kesemua kami cergas dan pantas. Oleh kerana kami hanya berempat  maka setiap cadangan yang diputuskan dapat diambil tindakan segera.
Depa ni dalam perjalanan nak melontar le ni..

24.   Keesokannya kami bergerak untuk melontar hari berikutnya pada pukul  4 pagi. Kami solat Subuh dalam perjalanan. Siangnya kami mendapat tahu melalui pegawai Tabung Haji bertugas, ada jemaah lain yang juga bergerak sendiri seperti kami tetapi telah melontar di Jamrah yang salah dan ada juga yang melontar untuk hari berkenaan tetapi sebelum masuk waktu Subuh. Mujurlah hal ini disedari dan jemaah yang terlibat terpaksa melalui kembali proses melontar dari mula seperti hari pertama.
25.   Satu lagi, kalau nak lontar tu biarlah dah dekat dengan tebing Jamrah, barulah lontar. Jangan lontar dari jauh. Ini yang perempuan siap angkat tangan bersungguh-sungguh lontar sampai kena kepala orang di depan. (perempuan kalau melontar ketiak tu dikepit je, menandakan jangan angkat tangan tinggi2.)

Orang lelaki takpa la angkat tangan tinggi-tinggi.

26.   Kompleks Jamrah ni sangat besar, bertingkat-tingkat dan ia one way tau.. kita masuk dari laluan lain dan akan keluar ikut laluan lain. Jadi jangan tinggalkan apa-apa di sesuatu tempat dengan niat nak patah balik. Nanti ada polis yang jaga  di sekitar tu. 
27.    Kemudahan Tandas di kawasan kompleks Jamrah ada tetapi keadaannya tidak memuaskan terutama tentang kebersihan. Saya tidak mahu detailkannya di sini kerana merasa  malu bila memikirkan bagaimana umat Islam begitu mengabaikan kebersihan.  Jadi kalau boleh kosongkanlah tangki anda apa yang patut sebelum memulakan perjalanan untuk ke Jamrah.
28.    Di sepanjang perjalanan sesekali anda akan bertembung ‘walkalator’ untuk jarak tertentu. Seperti di hypermarket, anda cuma berdiri di atas conveyer belt dan ia bergerak sendiri. Tapi tak laju lah.. Ambilllah kesempatan itu untuk rehatkan kaki sebentar dan kemudian menyambung semula perjalanan. Jangan risau, pergerakan anda semuanya di bawah terowong.
29.    ( Saya terbayang bagaimanalah orang-orang terdahulu termasuklah Nabi junjungan kita mengerjakan Haji. Nabi juga bermalam di Mina dan berulang alik melontar. Kita sekurangnya kembali ke khemah yang ber aircond, makan orang dah sediakan. Bilik air lengkap walaupun berebut. Zaman nenek kita dulu mereka masak sendiri. )

ETIKA BERSAMA RAKAN SEBILIK
1.       Kita akan ditempatkan bersama rakan sebilik yang sama penerbangan dengan kita. Tabung Haji akan menyusun rakan sebilik ini dengan mengutamakan muhrim. Isteri dan suami akan berada di aras sama tetapi di bilik yang berlainan. 
Bilik kita di Mekah lebih kurang macam nilah. 
Tapi bukan semua hotel sama. Nak gambarkan dia punya sempitnya .. tu je. 

2.       Dari tanahair lagi berdoalah agar mendapat rakan sebilik yang baik. Kita mungkin akan tinggal dengan orang-orang yang sama sehingga sebulan lebih.
3.       Orang-orang yang akan sebilik dengan kita datang dari pelbagai peringkat umur dan pelbagai latarbelakang. Sikap sabar dan bertolak ansur amat penting. Ada yang suka atau taksukakan  aircond dan ada yang mahu tidur dengan lampu terpasang. Ada yang mandi lama-lama dan ada yang bershopping sakan sehingga barangannya melimpah dan mengganggu ruang rakan sebilik. Ada juga yang pembersih tetapi dapat rakan sebilik yang suka menyepah.
4.       Saya bangun pukul 2.30 pagi supaya tak berebut bilik air dengan roomate. Janganlah berlama sangat dalam bilik air, be tolerate to your  roommate. Kerana orang lain pun mengejar masa juga.
5.       Kalau dah nak meninggalkan bilik tu, kejutlah kawan yang masih tidur. Kena care juga ibadat kawan kawan kita. Kadang ada yang jenis kalau tidur susah nak terjaga.
6.       Antara isteri dan suami, wujudkanlah signal atau style ketukan pintu yang unik agar masing masing mengenali pasangan siapa yang sedang mengetuk pintu itu. Kadangkala kita sangka suami kita yang datang tetapi rupanya suami orang lain.
7.       Ada yang tidak sensitive dengan aurat. Bersembang dengan suami sambil buka daun pintu besar-besar sehingga terdedah aktiviti dan aurat roommate yang lain di dalam bilik. Pernah terjadi  suami salah seorang jemaah wanita  yang simply menjenguk ke dalam bilik isterinya bertanyakan isterinya ada ke tak?
8.       Ada juga suami yang mengetuk pintu bilik isteri dengan tidak sabar-sabar. Macam nak roboh pintu tu diketuk berulang2 dengan agresif.  Kami hanya menggelengkan kepala dan membayangkan macam mana la karektor dia di rumah, mesti isteri dia tak boleh lambat sikit.
9.       Simpanlah nombor telefon rakan rakan sebilik. Ini  untuk mengelakkan salah faham terutama urusan kunci bilik. Orang terakhir yang keluar dari bilik akan mengunci dan menyerahkan kunci di kaunter lobi hotel. Pernah berlaku orang terakhir terbawa kunci dalam poket dan dia keluar untuk jangkamasa yang lama. Rakan sebiliknya menunggu diluar pintu dengan penuh misteri  siapakah yang terakhir membawa kunci bilik mereka.
10.   Berpakat pakatlah dalam urusan mengambil makanan. Mungkin boleh bergilir-gilir dan kalau berhajat untuk makan diluar, pesan pada roommate sama ada perlu ambilkan makanan kita atau tidak. Bukan apa, takut membazir.


PERBANYAKKAN SEDEKAH
1.       Buah buahan dan airkotak yang berlebih lebihan jangan dibuang. Sepanjang di sana kita akan mewah dengan buah-buahan. Oleh kerana ramai yang batuk maka akan bertimbunlah buah didalam peti sejuk. Biasanya saya akan bawa sebiji dua dan dalam perjalanan ke masjid sedekahkanlah pada golongan jemaah haji backpackers. Mereka ini terutama yang berkulit hitam, datang ke Mekah dengan wang yang cukup2 untuk makan sahaja. Mereka hanya tidur di tepi jalan, di koridor shopping kompleks dan mandi di bilik air masjid.

2.       Semasa di Mina juga begitu, timbunan buah-buah epal sebesar busut . Jemaah haji yang sudah tidak sabar hendak pulang ke hotel meninggalkan saja buah-buahan ini tergolek golek di dalam khemah. Terutama di khemah jemaah perempuan. Oleh kerana beg saya tidak banyak barang, saya sempat membawa satu beg plastic yang penuh dengan epal. Saya sendiri pun batuk teruk dan tidak boleh makan. Tetapi di Mekah nanti ia boleh disedekahkan kepada kanak-kanak yang mengemis di sepanjang jalan.
Ramai juga pengemis yang olok-olok ni. Tangannya dilipat 
nampak macam kudung la..

3.       Di Masjidilharam ada ramai jemaah Haji negara luar yang membawa anak kecil. Mereka sangat comel terutama anak-anak orang Arab dan Turki. Saya membeli beberapa kilo gula-gula dan menyimpannya di bilik. Saya bawa sedikit setiap kali ke masjid dan bila terserempak anak-anak kecil ini saya akan berikan seorang sebiji. Sambil menghulur saya lintaskan dalam hati semoga kawan-kawan saya di tanah air yang susah mendapat zuriat akan dikurniakan anak yang comel macam budak di hadapan saya ini. Mereka sangat gembira menerimanya dan tersipu-sipu. Melihat mereka gembira terlintas lagi di hati saya semoga Allah kurniakan kegembiraan yang berpanjangan dalam hidup saya.


4.       Di Masjidilharam dan Masjid Nabawi ramai pekerja-pekerja warga Indonesia. Boleh utamakan mereka ini untuk diberikan sedekah. Bagi yang lelaki pula ramai pekerjanya warga Bangladesh. Jika ingin bersedekah wang, sediakan jumlah yang secukupnya dari bilik hotel. Nanti keluar dari poket terus hulurkan saja. Jangan kira duit dikhalayak ramai. Jangan tunjukkan kekayaan dan kemurahan hati anda terang terangan. Anda akan dapati berduyun-duyun nanti mengerumuni anda meminta disedekahkan juga.

5.       Jangan lokek memberi salam. Di sanalah tempatnya yang orangnya begitu ramai dan semua orang berlapang dada dan datang untuk ibadah. Berilah salam kepada sesiapa saja yang ditemui. Dan lagi satu, beri salam terutama kepada pengawal-pengawal Masjid. Di Masjidilharam dan Masjid Nabawi pengawal Masjid yang perempuan akan berpakaian hitam berselubung (mata mereka pun kita tidak nampak) dan kita tidak tahu pun mereka berbangsa apa. Mungkin orang Arab tempatan. Pengawal ini biasanya tidak disukai kerana mereka garang, tegas dan akan mengarah-arah jemaah supaya bangun dan beralih tempat duduk. Tujuannya supaya pembahagian kapasiti jemaah disuatu ruang lebih teratur. Malangnya ada jemaah haji yang sanggup bergaduh dengan pengawal-pengawal ini. Fahamilah bahawa mereka menjalankan tugas mereka. Itu kerja mereka dan bukan mereka saja-saja hendak marahkan kita. Ada jemaah yang solat di laluan yang sepatutnya menjadi tempat orang lalu lalang. Golongan inilah yang nanti akan kena halau.  Jadi seeloknya berbaik-baiklah dengan pengawal ini . Berikan salam setiap kali bertembung mereka.  Anda akan dapati sampai satu tahap, mereka akan mengenali anda. Mereka akan tunjukkan saf yang terbaik untuk anda.


UMRAH SUNAT
1.       Untuk mengerjakan umrah sunat kita perlu meninggalkan  hotel penginapan dan bergerak ke Miqat Tanaim menaiki teksi atau van. Untuk mereka yang tidak berani mencari pengangkutan sendiri petugas Tabung haji ada juga mengaturkan coaster berjadual untuk membawa jemaah. Yang ini kita perlu peka dengan notis di papan pengumuman dan menempahnya jika mahu.
2.       Diluar hotel juga ada banyak teksi persendirian yang sudi menghantar. Tapi kalau waktu puncak iaitu ketika menghampiri hari Wukuf, tambangnya akan berganda-ganda. Eloklah berpakat dengan kawan untuk carpool. Jadi boleh berkongsi tambang. Semua pemandu teksi di Mekah adalah warga negara luar. Bukan orang Arab tempatan.

3.       Jika anda dari Masjidilharam, sebenarnya ada kemudahan pengangkutan bas awam  yang berulang alik ke Miqat Tana’im  dengan tambang 2 riyal sehala. Naik bas awam ini lebih murah berbanding naik teksi/van yang memcecah 30 riyal pergi balik. Bas ini ada banyak dan bersilih ganti. Basnya juga semua bas baru, warna merah.
4.       Biasanya saya dan suami mengerjakan umrah sunat di awal pagi. Pukul 2 pagi kami berempat menaiki teksi dari Hotel ke Tanaim. Dari Tanaim kami menaiki bas awam saja ke Masjidilharam. Kami akan Tawaf tujuh pusingan dan biasanya akan  selesai sebaik saja azan subuh berkumandang. Usai solat subuh dan solat jenazah barulah kami meneruskan Saei. 
5.       Semasa Tawaf (terutama untuk umrah wajib), kalau ada energy lebih baiklah pilih radius bulatan yang jauh. Tak perlulah berasak di dataran yang terlalu hampir dengan kaabah. Ini kerana jemaah Negara lain suka bertolak dan mementingkan diri sendiri sehingga kita susah nak jaga bahu kiri kita. Saya sendiri sukakan radius yang jauh sebab banyak doa sempat saya lintaskan dalam hati semasa saya berTawaf.
Anda juga boleh tawaf di platform bertingkat. Ada dua tingkat. Taklah sesak sangat. 


6.       Seorang ustazah pernah berpesan semasa tazkirah di sana. Yang kita nak kerjakan ni kadangkala cuma Tawaf sunat. Janganlah sampai yang perempuan sanggup berasak dan berhimpit dengan lelaki bukan muhrim di dataran Kaabah itu. Sampai ada yang tertarik tudung dan  terbuka aurat. Sunat yang kita kejar, tapi terdedah pula kita dengan yang haram.
7.       Bila sudah tiba di pusingan ke 6-7 siap siaplah bergerak ke kanan (menjauhi kaabah)sedikit demi sedikit supaya kita senang keluar dari crowd sebaik Tawaf selesai.
8.       Untuk mudahkan ingat bilangan pusingan Tawaf, di setiap pusingan bacalah zikir yang kita biasa/very familiar  agar  kita yakin dengan bilangan. Contohnya
                                                               i.      Subhanallah
                                                             ii.      Alhamdulillah
                                                            iii.      Laailahaillah
                                                           iv.      Allahuakbar
                                                             v.      Laa haulawala quwwata illa billah..
                                                           vi.      Astaghfirullah
                                                          vii.      Selawat
9.       Di tempat orang menjual tasbih ada juga dijual tasbih Tawaf. Maniknya tujuh biji sahaja dan selesai satu pusingan kita tarik sebiji manik. Begitu pun mudah juga.
Tasbih tawaf

10.   Jangan terlalu bergantung kepada doa/zikir pada buku terutama semasa Tawaf kerana ia mengganggu kekuhusyukkan. Nanti kita terleka dari menjaga bahu kiri dan  terlanggar orang tanpa disedari.  Minta  saja doa yang kita hajatkan walau pun dalam bahasa melayu. Allah swt faham apa juga bahasa dan Dia mengetahui apa di dalam hati manusia. Sambil tu diselangi dengan zikir yang sudah kita tetapkan untuk meyakini bilangan pusingan.
11.   Selepas Tawaf akan ada solat sunat Tawaf. Seeloknya di belakang maqam Ibrahim. Tetapi pastikan pilih ruang solat yang tidak mengganggu laluan orang ramai. Di waktu puncak, jangan marah kalau ada jemaah yang melangkah kepala anda sewaktu anda sedang sujud.
12.   Di tempat Saei kalau tak larat berjalan kaki anda boleh sewa wheelchair dan minta pasangan tolakkan. Lepas tu suruh dia duduk dan anda tolak pula..Hahaha.. kalau nak suruh orang Arab tu tolakkan pun boleh juga tapi dia tolak laju gilerr.. tertinggal pasangan anda nanti. sebab dia mengejar trip.
13.   Di tingkat atas sekali pun ada kemudahan buggy pandu sendiri. Takpasti berapa sewanya tapi anda boleh sewa, dan naiklah bersama pasangan anda tujuh kali ulang alik.
14.   Ada orang bawa selipar semasa Tawaf dan Saei. Tetapi saya tetap selesa kalau selipar saya tinggalkan. Rancanglah tempat anda menyimpan selipar supaya bila anda selesai Saei atau Tawaf, anda berakhir di tempat yang dekat dengan lokasi selipar anda. Bukan senang nak mengharung orang ramai tau.. nak pulak masa tu kaki kita dah letih berulang alik Saei.
15.   Jemaah perempuan kalau Saei dengan stoking biasa agak licin. Nanti anda susah nak berjalan dengan selesa.  Nak tergelongsor aje.. sebab lantainya marmar. Pakailah stoking yang rupanya macam kasut penari ballet tu tapi di tapaknya ada biji biji untuk grip. Jangan risau kalau tak sempat beli stoking ni sebelum berangkat kerana di sana ada banyak dijual dan lebih murah.  Made in China pun..
 dah jadi promoter stokin pulak..

UBAT UBATAN
1.       Suka saya ingatkan bahawa doktor Tabung Haji hanya membekalkan anda dengan ubat ubatan basic seperti paracetamol, ubat batuk, ubat sakit mata, gula-gula sakit tekak dan lain-lain. Antibiotik dan antiviral tidak disediakan. Kalau anda rasa nak antibiotic belilah siap-siap dari Malaysia sebab di sana harga ubat ubatan sangat mahal, diulang sangat mahal. Saya yang batuk teruk ni beli antibiotic saja sampai RM90. Nasib baik saya sorang je yang batuk teruk, suami saya hingus sikit sikit je.
2.       Siapa yang banyak lemak di peha, selalu melecet bila berjalan, terutama lelaki. Sebab dalam pakaian ihram mana ada lapisan seluar lain kat dalam. Standby la minyak apa apapun untuk sapu. Seeloknya minyak gamat la sebab minyak gamat ni ada fungsi merawat kalau lecetan tu dah teruk.
3.       Untuk deodorant badan, kalau nak cari yang takda wangian jemaah boleh pakai bedak serbuk dalam paket warna putih tu, Namanya bedak HIBKA. Saya bawa beberapa paket tapi akhirnya tak pakai sangat pun sebab kat sana taktau la.. badan kita berpeluh tapi takdelah bau pun.

PESANAN TAMBAHAN
1.       Nanti bila tiba di airport Jeddah, anda akan menerima banyak welcome gift dalam bentuk makanan. Dari seringan-ringan macam roti bun dan air kotak sehinggalah yang berat macam nasi arab. Nanti anda akan dapati tangan anda tak cukup untuk carry semua benda tu. Oleh itu dalam beg sandang anda nanti standby la beg plastic untuk anda isi semua hadiah-hadiah tu.
2.       Untuk pertama kali tiba Bank Muammalat kot.. akan hadiahkan anda dengan sebotol air zam-zam. Botolnya very handy, macam lasak sikit dan saiznya selesa untuk dimasuk dalam poket/handbag. Saya cadangkan anda simpan botol ini untuk anda gunakan semula untuk isi bekalan air zam-zam anda masa anda berjalan. Botol ni dapat sekali je sepanjang tempoh haji saya hari tu.
3.       Shopping… saya dan suami hari tu mendarat di Mekah dulu. Lepas selesai haji baru ke Madinah. Saya sudah berniat dan berdoa dari Malaysia agar tidak terpengaruh dengan shopping. Maka memang betul bila tiba di sana saya tidak teringin satu apa pun. Semua urusan belibelah suami saya pula yang buat keputusan mahu beli ke tidak. Tapi ramai yang beritahu, barang di Mekah lebih murah lah..kalau tak beli di Mekah nanti di Madinah jemaah terdahulu dah borong semua yang cantik cantik. Tinggal yang tak cantik je.. maka kami pun tershopping jugalah di Mekah.
4.       Tapi akhirnya kesimpulan yang boleh saya buat, jangan dengar cakap oranglah. Bila tiba di Madinah berlambak je saya tengok yang cantik2. Malah sakit hati betul bila lihat barang yang sama  lebih murah daripada yang kita dah beli diMekah.  Seeloknya waktu di Mekah tumpukan sesungguhnya untuk ibadat sahaja. Lebih buruk lagi jangan sampai meninggalkan solat di Masjidilharam kerana terleka bershopping. Sesungguhnya peniaga-peniaga tu sekejap je dia nak restock kalau barang dia dah nak habis.
5.       Kurma beli di Madinah lah.. tapi saya lihat harga di Ladang Kurma lebih mahal daripada di Pasar Kurma. So, kalau ada kesempatan beli di pasar kurma. Bukan di ladang kurma. (terbalik pulak ye.. orang ingat fresh dari ladang tu dapat la lagi murah).
6.       Kalau anda ikut program ziarah di masjid yang berhampiran, contohnya Hudaibiyah.. masjid Quba.. pastikan selipar anda masuk dalam uncang dan bawa bersama ketika solat. Saya dah terkena dulu.. dekat Masjid Hudaibiyah. Masa datang orang tak ramai, So saya tinggalkan la selipar di tempat kasut. selesai je solat tiba-tiba berbas-bas jemaah Haji Indonesia masuk. Saya nak ke tempat letak selipar pun tak boleh sebab sesak. Selipar saya hilang sebelah. Berjengket saya kembali ke bas dengan selipar sebelah je.. sikit lagi nak kena tinggal bas.
7.       Kalau yang lelaki pergi ziarah Hudaibiyah bawak sekali la kain ihram. Mana nak tau kot nak terus buat umrah sunat. Sebab Huidaibiyah merupakan salah satu miqat. Jimat la tambang teksi..
8.       Tentang makanan di sana, saya tak kata makanannya sedap. Sebab ianya subjektif dan Tabung Haji takkan dapat puaskan hati dan selera ribuan jemaah. Memang adakalanya ia tak masuk dengan tekak kita. Kebanyakan menunya tak pedas.  Berdoalah  mohon agar Allah beri kita selera. Inshaallah, saya dan suami di sana lalu je makan. Habis je nasi yang depa bagi. Jangan sesekali mengeluh “tak sedap.. tak lalu makan.. tak selera.. nanti memang betul betul Allah tarik selera kita. Terpaksa habis banyak duit beli makanan di luar. Kat sana kalau makan roti macam roti canai tu, rotinya murah tapi kuahnya yang mahal. Purata harga sarapan untuk dua orang lebih kurang  RM30.
ini contoh makanan di Hotel yang disediakan oleh caterer tabung Haji. 
Ok la.. sedap la jugak.. 

Ini makanan di Mina yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi.
Nasi lemak, telur rebus. Kadang ada juga ikan bilis goreng dan sambal.
Tapi sambal dia of course la bukan macam sambal belacan kita. 
(serunding dalam botol tu makcik ni bawak sendiri nih... )




BETUL KE ORANG CAKAP KALAU KAT MEKAH KESALAHAN KITA ALLAH BAYAR CASH? 
Jawapannya : Saya mendapati ia memang betul.. hati kena bersih. Selalulah  maafkan orang.

Tapi bila kita tahu kita bersalah, cepat cepat istighfar. Di sana setiap doa Allah makbul dan setiap dosa pun Allah ampun.  Saya tidak tahu pengalaman orang lain tetapi yang saya ingin share disini adalah pengalaman kami sendiri.
1.       Di hari-hari terawal tiba di Mekah saya sihat walafiat. Tetapi entah kenapa bila berjumpa saja dengan jemaah haji Malaysia saya jadi begitu peramah. Suka bersembang. Maka suami saya pun menegur perlahan-lahan, “ kita mari sini nak ibadat, kalau tak perlu takyah sembang lah. Tanya yang penting2 dah le. Nanti banyak cakap banyak silap, banyak silap banyak dosanya..” 

       Seperti kebiasaan, saya tidak melawan kata-kata suami. Tetapi dalam hati begitu memberontak dan tidak mengakui kesalahan sendiri. Suka hati akulah, bukannya salah pun. Bukannya mengumpat pun.. lagipun aku kan cikgu.. memang cikgu naturenya bercakap..!
Nak tau apa jadi… malam itu juga saya batuk tak henti henti sampai roommate urutkan belakang dengan Vicks. Esoknya suara saya hilang terus..maka berhentilah saya jadi peramah  sehingga hari Wukuf.

2.       Ini kes suami saya pulak. Dia begitu benci pada jemaah berkulit hitam yang suka meludah merata tempat. Sepanjang jalan dari hotel ke masjid kahak manusia di sana sini. Maka dia pun sepanjang masa bila ternampak kahak dia akan mengutuk-ngutuk sebab tak suka. Suatu hari semasa di Mina, seliparnya tertinggal di luar khemah. Esok paginya gelap2 kami dah nak keluar melontar.  Bila saja  dia memakai seliparnya tiba-tiba dia rasa benda pekat melekit-lekit kat tapak kaki dia. Rupanya ada kahak orang atas kasut dia. Taktau kahak siapa punya. Jenuh suami saya kegelian. Dah la nak pergi basuh kena beratur panjang ditoilet. Sian dia..

3.       Ada banyak lagi  pengalaman menarik . Ada link nya di sini. Semuanya berkisar pengalaman saya di sana.

solatlah-di-awal-waktu

Pisang montel

Tumpahnya Air Yasin

Harta bukan milik mutlak kita


KESIMPULAN
 Doa senjata mukmin. Di sana nanti jangan putus-putus berdoa mohon dipermudahkan. Bila buntu saja sebutlah Rabbi Yassir walaa tuassir.. Rabbi Tammim bil Khair. InsyaaAllah semuanya akan lancar.

Ucapan Dari saya
Semoga mendapat Haji yang mabrur. Semoga pesanan saya ini bermanfaat untuk anda.