Showing posts with label Faris. Show all posts
Showing posts with label Faris. Show all posts

Monday, November 19, 2012

Faris - Pemilik Syarikat Penerbangan



Anakku Muhammad Faris.
Cita-citanya besar.

Dahulu dia kata mahu kerja jual tanah.
Ibu tanya, jual tanah untuk tanam bunga tu ye?
"Bukan, Faris beli tanah kat kampung murah-murah,
lepas tu jual kat orang lain mahal-mahal.."

Kemudian dia mahu jadi Pilot.


"ibu, kapal terbang yang pilot bawak tu dia punya sendiri ke ?"
(dia ingat macam teksi persendirian kot).


Ibu cakap tak.. pilot makan gaji dengan syarikat penerbangan.


"Tuan punya syarikat tu pandai bawak kapal terbang tak?"

Ibu jawab, tak semestinya. 

Yang penting dia ada ilmu. 
Berani buat pinjaman juta-juta untuk adakan modal besar. Pengalaman pun penting untuk urus perniagaan.

"Kalau macam tu Faris nak jadi pemilik syarikat kapal terbang lah". 


Faris sukakan kereta mewah.
Semua jenis kereta mewah dia kenal.































Kalau begitu mesti belajar bersungguh-sungguh dan banyak membaca. 
Mesti ada disiplin diri yang tinggi. 
Berusaha untuk dapat apa yang dicita-citakan.
Minta pada Allah tak henti-henti.

Tapi kalau perhatikan gambar di bawah..
Inilah style Faris belajar..
tak pernah serius.
Sehingga terpaksa perlukan bantuan.
Satu objek panjang
kalau tanpa objek ini disisi
ulangkaji kali ini pasti tak mencapai matlamat






















Apa taknya..
sampai pen pun dia tak larat nak pegang
kertas pun ibu yang tolong 'turn the page'
ibu bacakan soalan
dia jawab dengan mulut saja
itu pun dengan suara berbisik
sepatah demi sepatah..
leher pun tak boleh tegak.

Ya Allah, 
kurniakanlah hambamu ini kesabaran
berhadapan dengan 'pemilik syarikat penerbangan' 
yang bertuah ni.



Walau pun batch mereka sudah mulakan PBS, cikgunya kata exam tetap dibuat utk sort pelajar bagi Hari Anugerah kecemerlangan.

(sewaktu catatan ini ditulis, Muhammad Faris sudahpun mendapat keputusan peperiksaan akhir tahunnya. Alhamdulillah Faris dapat highest untuk Maths, Science dan BM Pemahaman)

Saturday, November 17, 2012

kimi dan faris berkhatan

Hari ini sabtu 17/11/2012.
Hari bersejarah dalam hidup Hakimi dan Faris.  
mereka akan masuk ke alam dewasa.
Lepas ni boleh masuk saf dewasa dalam mesjid.
lepas ni boleh jadi imam solat.


Hakimi dah nak kena inject. Atuk tengah mententeramkan dia.

Faris tengah diinject oleh doktor. faris lagi steady..rilek je.

Skarang ni abang kimi sedang disunat.
Faris yang baru kena injek sedang menunggu giliran.


Urusan selesai. Muka Faris nampak gembira. 
Abang kimi kenapa sedih je?
Mesti sedih sebab 'isipadu' dah berkurang..
``

menunggu ubat disiapkan. Hari ini agak tenang. 
Orang tak ramai.
di Klinik Dr Sabarudin Medan Gopeng. 

Perjalanan balik ke rumah.
Opah ajar ibu macam macam petua.
Macam mana nak jaga budak lepas bersunat.

Faris kata depa dilayan macam raja. 
Sampai ke rumah dah ada tilam menunggu.
nak makanan orang hantarkan.
mandi pun ibu temankan.


Tiba waktu solat.
Tanggungjawab tetap kena laksanakan..

Pertama kali mereka bersolat sambil berbaring.
cuba teka apa dia 'surprise' kat dalam kain pelikat tu?
mereka memanggilnya SANGKAR BURUNG !!!!





Tuesday, October 30, 2012

Harijadi Nabilah & Najihah yang ke 6

Mak aii.. lama dah gambar ni tapi baru sekarang nak post.
Ini semasa sambutan Harijadi si kembar pada 26 Ogos 2012 yang lalu.

Saja buat makan-makan sikit.
Dah lama tak reunion dengan sepupu-sepupu ibu.

Depa pun mai, abg Jamil & Kak Midah, anak-anak dia (Linda, Anis, Husna). Tak ketinggalan Hazmi dan wife dia. kak yam dengan baby Lokman yang lasak sungguh. Lepas tu kak Nab dan abg mad pun ada.

Beli kek kecik 2 ketul.
Sorang satu kek.
Tiba acara potong kek, nak tangkap gambar.
Ada pulak abang Faris menyelit.
Menyelit takpa, tapi dia selalu merosakkan gambar.

Dia buat hantu kat belakang nabilah najihah..
gambar ni je yang terbaik.
gambar lain hantunya lagi buruk...

Monday, October 22, 2012

Mencari estima

15 September 2012.
Jalan-jalan ke KL.
Lama tak pergi jalan sekeluarga. 
Kaklong baru saja selesai UPSR. Jadi kami nak meraikan dia yang baru merdeka.

Naik kereta sampai stesen komuter Bank Negara. park kereta kat situ.
Kami beramai-ramai naik komuter. 
Ini pertama kali anak-anak naik komuter. Tak ingat bila kali terakhir naik komuter.


Nasuha siap ajuk-ajuk suara orang sebutkan nama stesen-stesen tu. 

Kami ke KL ni juga sebab nak ikut ayah meninjau kereta yang dia berangan nak beli. 
Kami turun di stesen Subang Jaya. 
Ada salesman menjemput kami dengan sebuah estima berwarna putih.


Sampai di tempat yang dituju. 
Estima melaut-laut. Betul ke ayah ni nak beli satu ni?
Ayah kata kalau nak beli kereta recon ni kena survey betul-betul. Harga di setiap tempat tidak sama. 
Kami beramai-ramai cuci mata.
Ini ada satu kereta yang tadi salesman tu gunakan untuk jemput kami sampai ke sini.



Selama ini kami dok mengidam kereta ni.
 Rupanya ini type X. Yang paling basic. 
Ada lagi beberapa jenis yang lebih mahal. 




ok.. kita mesti survey lagi. Memang harga di sini jauh lebih murah daripada di Ipoh. 
Survey tak semestinya nak beli.
Saja bagi anak-anak exposed. Menambah pengetahuan. 

Semoga Allah berikan kita rezeki yang berkat sehingga ayah dan ibu dapat beri keselesaan pada anak-anak.
Belajar rajin-rajin dan jadi anak yang taat dan beriman. 
Mohon pada Allah juga supaya kesenangan dan kemudahan yang diberi akan lebih mendekatkan kita dengan Nya. 


Sunday, October 21, 2012

Melawat Tok Teh di Trolak

Oleh : Nur Nadhirah

Kami ke KL pada 15 September yang lalu. Ada sedikit urusan.
Esoknya dalam perjalanan balik terasa nak singgah Trolak pulak.

Di Felda Trolak Timur ada mak sedara  Ibu namanya Pakteh Mail dan Makteh Amai.
Makteh Amai ialah adik kepada Tok Bendang (ibu's mother).

Kami selalu singgah di Trolak. Terutama bila teringat suasana Felda. Banyak kenangan dengan Felda ni. Masa Kaklong lahir pun ayah kerja Penolong Pengurus Kilang Sawit Kemasul, Pahang. Jadi bila rindukan Pahang, kami akan balik ke Felda terhampir iaitu ke rumah Tokteh. Disamping menziarah kami juga mengimbas kenangan bersama Tok Bendang. Ibu kata suara Makteh Amai tu sebijik suara emak dia terutama waktu subuh-subuh. Ibu macam terdengar-dengar suara emaknya bersembang dengan ayahnya pagi-pagi.

Semasa singgah kali ini kebetulan ada anak sulung Tokteh yang ibu panggil Abang Ijai. Kami dapat jumpa mereka sekeluarga. Selalunya bila kami balik ke sini cuma sesekali kami dapat berjumpa anak-anak Tokteh.

Di belakang rumah Tokteh ada jeram. Cetek saja tapi ramai juga orang berkelah di situ. Kami sekeluarga pun mandi manda la.
geng bas sekolah

lari menuju ke sungai

Seperti air terjun di tempat lain, sejuk! Kami buat sandcastle. 
Kak Rena takmau join. Dia feeling atas batu tu.


Ada emak duyung pakai baju purple..
 jenuh kami paksa dia mandi.

Istana pasir kami dah siap.
Alamak.. Nasuha nampak spender la..

Anak abang paklong Ijai yang sulung akan ambik SPM tahun ni. Dia punya la tanya ibu macam macam pasal Fizik. Namanya Abd Rahim. Ibu pun suka kalau ada murid yang minat nak belajar.
Rajinnya abang tu..
Kami tak dapat bermalam sebab baju nak pakai dah takda. Tak plan pun nak singgah sebenarnya.
Kami balik malam tu juga tapi dengan berat hati. Depa layan bukan main lagi. Maklong Ana (isteri Paklong Ijai) tu pun pandai masak. Kebetulan depa pun pemilik restoren. Malam tu makannya ala kadar je tapi dia pandai manipulate apa yang ada. Jadi kami memang makan bertambah-tambah.

Nanti kalau mereka terlepas ke Ipoh, harap-harap mereka sudi lah singgah di rumah kami. Ayah dengan ibu memang suka kalau ada orang datang. Mereka lagi suka kalau orang sudi bermalam.

Nanti cuti sekolah nak pergi rumah Tokteh lagi..
Anak-anak Tokteh semua baik-baik.
Tokteh pun nanti bertukar menjadi hantu cina. Itu yang kami suka tu..



Tuesday, October 16, 2012

Permainan baru ciptaan ayah

Suatu hari ayah mengajak anak-anak semua bermain satu permaianan baru.
katanya dulu-dulu dia main semasa kecik.
masa dulu takda duit nak beli Sahibba, Saidina..
Mereka buat indoor game sendiri.

Habis semua orang dikerah mencari kotak.
mereka potong kecil-kecil dan lipat.
Suspen je.. entah macam mana la gamenya nanti.

Budak yang kecil macam sikembar disuruh gentel kertas timah jadikan bebola.
bila dah siap bentuk dia macam ni.

Kad-kad ini mewakili pemain-pemain bolasepak rupanya.
kad-kad disusun menyerupai gelanggang bolasepak. Kotak tisu yang sekerat tu dijadikan tiang gol.
Bebola kertas timah dijadikan bola.

Ayah tengah tunjukkan cara pemain menyepak.
Bila kad ditekan dengan cepat, bola melantun kedepan dan
masuk ke gawang gol!
Beberapa pemain diletak dihadapan gawang gol supaya
bola tidak bolos. (Najihah siap korek hidung lagi)
Seronoknya mereka bermain. Budak-budak dulu kreatif mencipta permainan sendiri. Bila musim hujan tak boleh main bolasepak di luar mereka main bole sepak ni dalam rumah.
Ini ada video bagaimana permainan ini dimainkan. Tanpa diduga Hakimi memperkenalkan inovasi baru. Kimi buat balingan konon.. nak tergelak pun ada.
(Huhh.. bersepah rumah aku dengan kad kecik-kecik ni...kata ibu)




Semoga impianmu tercapai

Kalau dah namanya budak lelaki, memang lelaki jugaklah.
Minatnya bola, kereta, game yang meletup meletup, ganas-ganas.

Mereka hafal semua nama-nama kereta.
termasuk harganya sekali.
Ibu pun tak tau mana depa ambik tau semua tu. 

Mereka tahu kalau lampu macam ni, tahun bila punya siri.
mereka pun tau mana model yang dah tak produce lagi.

Ibu dulu...
naik kereta pun tak pernah.
Sampai curi-curi naik kereta cikgu.
Ambil buku rekod, masuk kereta, tutup pintu sekejap dan berangan
lepas tu tak reti nak buka balik.
Last-last keluar ikut tingkap.
nasib baik tingkap terbuka separuh.
Turun kepala dulu.
Sampai terselak pinafore.
Itu kenangan lama.
Nak cerita lebih-lebih pun malu.



Kalau ini yang hangpa minat.
Usahakanlah sampai dapat.
kereta mewah tak akan datang bergolek (tayar memang pusing la)
kalau takda pelajaran, kelayakan..

Mohon pada Allah.
Berikan anak-anakku rezeki yang luas dan berkat
Lepas tu jangan lupakan ayah dan ibu.

Tengok macam jiran kita (Pakcik Basyar)
Suatu hari ada kereta baru depan rumahnya.
katanya itu kereta kakaknya beli
khas untuk bawa emak mereka jalan-jalan
emak mereka dah tua dan sakit lutut
jadi kena beli kereta tinggi sikit (supaya boleh juntai kaki)
En Basyar yang kurang sibuk diminta membawa emak mereka
kemana dia nak pergi. Subhanallah



Anak-anak yang menyejukkan mata
berebut-rebut nak mengambil hati orang tua
Ayah dan ibu takda la sampai nak mintak harta.





Dan lagi berdoa juga pada Allah.
semoga kemewahan mendekatkan kita lagi kepada Allah.
dan membuka banyak ruang melakukan kebajikan.

Monday, September 3, 2012

Di syurga nanti apa pun dapat..

31 Ogos 2012 (Jumaat 4.40 petang)
Kami berkumpul di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh menyaksikan Majlis Penutup Sambutan kemerdekaan Peringkat Negeri Perak.

Yang kami bawa cuma Faris dan Hakimi sahaja. Kaklong tinggal di rumah kerana dia nak study untuk UPSR. Si kembar tak berapa sihat dan Nasuha mengamuk-ngamuk di muka pintu semasa kami nak berangkat. Tak sesuai nak bawa dia kerana orang sangat ramai.

Kami menunggu keputusan pertandingan kawad hari merdeka (JKR pun menyertai). Ayah tak masuk kawad tapi dia jadi pengurus kontinjen JKR.

Ramai peserta yang berpakaian warna-warni. Pelbagai makanan disediakan dalam bentuk gerai-gerai. Lebih dari sepuluh gerai rasanya dengan makanan yang beraneka.

Letih kami menunggu Raja Muda dan ister tak sampai-sampai. Sempat la bergambar...
Kimi dengan Faris ni kalau ditinggalkan di rumah nanti
 depa mengacau kaklong nak belajar je..
 JKR dapat 2 hadiah (Johan hiasan bangunan dan Naib Johan kawad).  Pukul 6.30 baru selesai. Letih dan belum solat asar lagi.

Sebelum balik Hakimi dan Faris sempat bersalam dengan Raja Muda Nazrin dan isterinya, cantik wooo...
Ibu ambil gambar depa dari dekat.

" Untungnya jadi raja kan.." kata Kimi bila melihat Raja muda diarak, disambut, dihidangkan makanan dan dihantar pulang dengan kereta mewah.

" Kimi, Faris, kita semua boleh juga rasa macam tu. Senang je, beramal ibadat dan jaga solat sampai Allah pilih kita masuk syurga. Di syurga nanti nak apa pun dapat. Kita pun akan dilayan macam raja.." Kata ayah.
Posted by Picasa

Tuesday, August 7, 2012

Seronoknya main dengan ayah

Anak-anak kami tertunggu-tunggu ayah mereka balik. Sebab mereka seronok nak main dengan ayah.
Dulu aku ingat suami aku ni main dengan anak sekadar nak ambil hati budak-budak je. Tapi rupanya dia memang suka main. Suka bergusti dan bergolek-golek dengan budak budak.

Masa Nadhirah baby dulu (umur 2 bulan) dia belum pandai apa-apa. Aku beritau suami " ibu tak sabar nak tunggu nadhirah pandai bercakap". Suami balas balik "abang pulak tak sabar nak main dengan dia". Masa tu kami di rumah Buit Mendi. Patut la pun. Jadi.. tak membazirlah aku beranak ramai-ramai.

Sorry bang, sebab upload gambar abang tak pakai baju.

Wednesday, June 8, 2011

Ayat-ayat cinta

Hari ini 6.6.2011 aku baru habis baca novel ayat-ayat cinta tulisan Habiburrahman Al Saerozi. Novel ni dah lama keluar. Novel glamour yang lagunya Rossa nyanyi. Ada filem lagi. Aku pun baca e-book saja yang aku download dari 4shared.com. Senang tak payah nak carry naskah novel tebal ke sana ke mari. bila sempat sambung baca sikit sikit.
seperempat yang pertama agak boring sebab bahasa pun Indonesia. Banyak istilah yang aku pun ketawa bila baca. contohnya perempuan memakai purdah disebut 'perempuan bercadar'. Antara yang aku gelak lagi ialah dialog "cuaca sangat panas lalu kunyalakan kipas angin". hehehe... boleh nyala-nyala pulak kipas..
Tapi dah sampai separuh fuh sedih gila.. memang sesuai novel ni dikatakan novel pembangun jiwa. Mengisahkan mahasiswa Indonesia yang menuntut di Mesir dengan penuh survival tapi berpegang teguh pada agama. ada 4 orang wanita suka kat dia at one time. salah seorang ialah isterinya yang berpurdah tapi rupa-rupanya sungguh cantik dan kaya raya. Sorang lagi penganut kristian yang akhirnya mendapat hidayah sebelum mati. sorang lagi mahasiswi yang selama ini dia pun admire diam-diam tapi pompuan tu terlambat cakap sikit je. cisss... menyesalnya. Sorang lagi ialah pompuan malang yang dia tolong tapi tak kenang budi. Pompuan tu fitnah dia yang menyebabkan dia disumbat ke penjara.
Nadhirah, Luqman, Faris, Nabilah, Najihah dan Nasuha cubalah baca buku ni nanti. Sebab ia banyak mendidik tentang keimanan, cinta pada Alquran, penghayatan islam yang sebenar dan kita akan termotivasi untuk jadi seperti Fahri, hero dalam novel ini. Ayat-ayat cinta yang dimaksudkan rupa-rupanya kalimah-kalimah suci dalam Alquran yang Allah turunkan untuk makhluknya dengan kasih sayang yang tidak terbatas. Ibu bagi 5 bintang untuk novel ini.
Disini ada link untuk sesiapa yang nak baca dan kalau dah baca barulah boleh faham video Rossa dan lirik lagu ini sbenarnya. Dulu aku tau nyanyi je..
E book:  http://www.4shared.com/document/I7RjIQuO/Novel_Ayat_Ayat_Cinta.html