Friday, June 7, 2019

Nasi arab raya 2019

Sedap tau.. ini satu keluarga punya. Talam tu kecik je tu.. 

Ini salatah. Dapat kat orang melayu jadi jelatah. Tak pedas pun.. yang buat merah tu tomato jer..




Tahun ni masak nasi arab 2 periuk. 3 kilo kambing dan 2 ekor ayam. Beras basmathi 3 kilo.

Mula2 rebus 3 kilo kambing tu dlm satu periuk noxxa. Kesilapan kerana high pressure sampai 30 minit hingga daging relai. Patutnya 10 minit pun memadai sebab kambing tu bahagian bahu. Masa rebus daging, masukkan 1 labu bawang besar potong 4, 1 tomato potong 4 dan rempah 4 beradik, 1 camb rempah sup, 1 camb rempah kurma. Bubuh garam 1 camb. Serbuk perasa juga..
Sementara itu, bersihkan ayam dan perap dgn sos tiram, 3 camb rempah kurma dan 1 camb garam. Macam selalu buat nasi ayam tu.
Siap gaul ayam, masukkan dalam peti sejuk.
Berbalik kepada kambing. Keluarkan isi kambing drp noxxa dan perap macam ramuan ayam tadi. Kalau nak sedap, taburkan lada hitam kisar (2 camb) bagi dia timbul aroma bbq. Biar sekejap bagi dia mesra.
Untuk Salatah:
4 biji timun cina dan 2 karot dipotong dadu. 1 labu bawang besar dan segenggam daun pudina. Gaul dengan cuka/air lemon, gula garam.

Untuk Salsa:
Dalam 1 blender, masukkan 4 biji tomato besar yg dipotong 4, 4 tangkai cili merah dan secekak daun ketumbar. Blend dengan sedikit je air sekadar menggerakkan blender sebab tomato membawa air. Ketumbar akan menghapuskan bau maung cili dan tomato tu. Adjust gula garam. Sedap sambal ni.. untuk satu blender penuh tu saya letak garam 1 camb dan gula 2 camb kot.

Panggang kambing perap dalam oven. Saya panggang api 250 C selama 1 jam sambil daging tu dikalih kalih. Panggang untuk bagi rempah kambing tu nampak macam kering kena salai. Sebenarnya, versi asal nasi arab, isi  kambing takpayah diperap. Terus masak sekaligus dengan beras. Tapi ini saya modify sehingga daging tu enak dimakan begitu saja. Ini yang buat nasi arab ibu ni lain dari yang lain.

Selesai masak daging, panggang ayam pulak. Panggang sekali gus dalam 1 tray 30 minit untuk bagi masak isi ayam tu. Air akan keluar menggenangi ayam. Keluarkan tray dan alihkan atas dapur gas untuk keringkan air. Balik balikkan ayam supaya nampak garing.

Masak nasi:
Nisbah cecair untuk masak nasi basmathi ialah 1 beras + 1.5 air dan beras perlu direndam dulu selama 30 minit. Ini supaya nasi jadi lembut tapi tak patah.
Satu periuk noxxa dan 1 periuk nasi large boleh masak maksimum 1.5 kg. Nasi memang penuh sampai ke penutup. So saya masak 2 periuk la. Satu untuk versi kambing dan satu untuk versi ayam sebab mak mentua saya tak boleh makan daging.
Air rebusan kambing tadi saya sukat dan tambah lagi air sehingga jadi 2.25 kg sebab beras saya tadi 1.5kg. Blend 1.5 biji bawang merah besar, 1/2 labu bwg putih. Bunga lawang 4, pelaga dan cengkih 5 butir setiap satu, kulit kayu manis 1 batang. Untuk mewakili gabungan jintan2 dan ketumbar saya masukkan rempah kurma 1 camb. Tumis dgn 1 cawan minyak (gabungan minyak masak & minyak sapi atau mentega). Masukkan 5 helai daun bay, 5 tangkai cili hijau yg tidak dipotong, beras dan air rebusan. Adjust garam. Untuk periuk ini saya tambah 1 camb garam lagi sebab air rebusan tadi pun dah bubuh garam juga. Kacau dan masak dlm hp 7 minit.

Sementara tu, tumis bahan yang sama utk periuk nasi versi ayam. Kali ni air rebusan ayam takda sebab ayam saya tadi tak direbus. Cuma saya letak 2 chicken cube untuk flavor ayam. Saya bubuh 1.5 camb garam sbb kiub ayam pun ada masin dan 2 camb gula. Kalau nak cepat masak atas api gas sambil kacau. Bila air kering pindahkan  ke periuk nasi dah tekan supaya masak complete.

Untuk dapatkan bau salai, bakar 2 ketul arang kayu. Buka tutup periuk. Masa ni kalau nak letak pewarna dah boleh. Dropkan 2-3 spot warna kuning di atas nasi. Jgn  kacau dulu.. buat lubang kecil di tengah periuk. Letak tin berisi minyak zaitun dan bubuh arang kayu yg merah menyala. Asap akan keluar berkepul2.. tutup semula periuk nasi. Biar nasi tu nanti ada bau salai sebab versi asal nasi arab ni dimasak dalam dapur arang..

Nanti bila buka periuk nasi, gaul ratakan nasi supaya pewarna tadi berterabur dalam keseluruhan nasi. Saya bezakan, nasi versi kambing ada kaler. Nasi versi ayam takda kaler..

Maka terhasil la nasi arab yang panjang tapi tak patah, lembut tapi tak lembik, rasa lemak tapi tak berminyak sgt.. ditambah aroma salai tapi bukan hangit. aduh.. cakap pun tak guna.

Sukatan ni cukup kalau semua sekali balik. Ini pun kami makan sampai malam. Tapi selesai jugak la. Takda bazir.