Friday, June 22, 2012

Sukan SK Marian Convent 2012

Nur Nadhirah sekarang dah Tahun 6. Tahun ini dia akan periksa UPSR.
Kaklong masuk UPS Puteri Islam. Masa hari sukan kali ini kaklong jadi commander pasukan kawad Puteri Islam.
Terima kasih kepada Syafiqah dan ayahnya En Aminuddin (yang juga merangkap boss kepada ayah kita) yang telah menangkap banyak gambar-gambar sepanjang hari sukan ini. En Amin merupakan Yang dipertua PIBG Sk Ho seng Ong.
kaklong dan pasukan Puteri Islamnya.

Kaklong dah jadi hitam asyik berkawad seminggu dua ni.
 Team dia orang dapat nombor satu!

Syafikah sedang beri tabik hormat
Ada banyak lagi gambar-gambar berada di link berikut.
https://picasaweb.google.com/106012068079027987453/HariSukanSKMC#

Friday, June 15, 2012

Monday, June 11, 2012

Antara Maghrib dan Isyak

Inilah surau keluarga kita. Ia merupakan bilik di tingkat bawah yang diubahsuai dan dijadikan macam surau. Setiap hari kita semua akan berkumpul di sini untuk solat maghrib dan isyak berjemaah. Waktu antaranya kita akan mengaji, tazkirah, bergolek-golek, main teka teki dan bertukar-tukar cerita hari ini.

Bilik ni tidak diletak banyak perabot pun. Lapang dan boleh muatkan jemaah keluarga sahaja. Bila korang besar nanti mesti akan terkenang balik pengalaman kita hari-hari di surau ini.

Ibu dengan ayah tak berdaya nak hantar korang mengaji kat rumah orang sebab jadual harian masing-masing macam dah pack sangat. bayangkan letihnya kalau nak hantar 6 orang pulak tu.

Yang bestnya kalau hari minggu kita akan tidur sini sekeluarga dan masa ni rasa kekeluargaan amat rapat. Tak tau lah sampai bila benda ni akan berkekalan sebab anak anak ibu semakin membesar dan akan meninggalkan kami. ish.. sedey pulak.

Mujurlah bila kaklong dan Kimi dah pandai mengaji mereka pulak ajarkan Nabilah dan Najihah (dengan pemantauan lah..macam jemaah nazir la konon). Nanti Faris pulak akan ajar Nasuha.

Di sini ada sedutan budak budak ni mengaji. Ada guru kecik, ada guru besar dan guru import dari Kemboja heheh..


Selesai je tok guru kemboja ni mengajar dia pun berguru dengan mak dia pulak.


Nabilah pulak diajar oleh Kimi. Depa berlawan-lawan macam rancangan Mentor pulak. Nanti kita tengok protege sapa yang lebih bagus bacaannya.


Ini suara Faris mengaji. Susahnya nak ajak Faris mengaji sebab dia ada mood. Kalau dia mood tak baik dia akan mengaji dengan suara macam orang berbisik je. Ibu kena bubuh telinga dekat dekat untuk dengar suara dia. Orang lain mengaji satu muka surat tapi faris siap letak syarat untuk dia setengah mukasurat je. Jadik la daripada dia tak mau mengaji langsung. Cuma Ibu je yang sabar mengajar Faris mengaji. Ayah memang sub terus Faris ni kat ibu semenjak iqra' lagi.

Tapi lepas ada Ustazah Sari mengajar Tasmik kat SK Ho Seng Ong Faris begitu bersemangat mengaji siap dengan tajwid lagi. Kalau tak dengung dia akan ulang balik ayat tu. Faris siap cakap lagi ayat yang bila ibu dengar ibu akan jadi tak puas hati grrrrr....!!!! iaitu " ibu, ibu cantik sikit je. Ustazah Sari lagi cantik daripada ibu".

Video kat bawah ni sebelum Ustazah Sari datang. Tapi time ni Faris mood baik.

Filem Hindi pelakon tempatan

Antara video keluarga yang paling digemari. Tahun 2009 masa cuti sekolah akhir tahun.  Video dirakam guna handphone je. Yang pakai baju hijau tu ialah pembantu rumah kami iaitu Rena yang sedang memegang Nasuha.

Wednesday, June 6, 2012

Koleksi video Nasuha semasa kecil

Ini video Nasuha yang pertama. Umurnya 5 Hari. Video ni diambil sebelum Nasuha nak mandi. Masa ni tahi lalat dia pun belum ada.


Nasuha tak boleh lama-lama dalam kereta. dia runsing.


Kalau naik kereta dia dipegang oleh Rena. Tapi dia hanya akan tenteram kalau dia tak sedar kewujudan ibu. Kalau dengar suara ibu dia tak akan nak lagi duduk belakang sebab dia nak duduk dengan ibu di depan.


Nasuha dapat Coklat. Habis muka dia comot.


Ini gambar nasuha sedang makan. Rena suap dia guna sudu.


masa ni Nasuha belajar meniti. Belum confident nak berjalan. Masa ni dalam surau. Dia meniti di sepanjang dinding surau rumah kita.


Sambil makan Nasuha buat muka comel.


Belum pandai jalan tapi ada hati nak menari..


Ini semasa Nasuha belajar berjalan di rumah.


Nasuha pun faham bila dia kena marah

Nasuha dibawa naik menara Alor Setar.


Ini pulak masa kami berkumpul di rumah ayahngah kat Putrajaya. Nasuha pinjam cekak Amni.




Ini pulak semasa berbuka puasa di rumah atuk. Nasuha dijaga oleh Rena dari dia lepas pantang lagi.


Nasuha menari di rumah atuk semasa Aidil Fitri 2010.


Nasuha belum faham fungsi cermin. Dia sangka dalam cermin tu orang lain


Nasuha berbaju kurung tapi memanjat pulak la.. sunggu kurang sopan.


Nasuha semasa hari jadi dia yang pertama. Jambuk pink.

Faris semasa kecil

Ada banyak video semasa mereka ni kecil tapi zaman tu pakai tape. Ibu edit video-video tu tapi malangnya terdelete dengan tak sengaja. Jadi ada la beberapa video yang terselamat. Ini sajalah video paling muda yang mereka ada.

Ada video Faris tidurkan adik kembarnya. Faris main keretapi dengan ayah dan faris dalam kereta.
Masa ni dalam perjalanan balik beraya di kampung. Berenti makan kat Bagan Serai. Tak boleh keluar semua sekali sebab tak terkawal. Jadi kami take turn.



Ada satu video ni Faris menyanyi lagu buah cempedak. Comelnya suara Faris masa kecik. Satu, dua tiga, empat, lima, tujuh, enam...


Yang ni pulak Faris umur 5 tahun. Kalau dia mengamuk masyaallah, macam gempa bumi. Faris suka protes. Harap besar nanti faris berubah.

Nasuha suka menari (koleksi)

Semua baby suka menari, sukakan muzik. Dan budak kecik takda perasan malu. mereka akan express saja apa yang mereka rasa tanpa fikir orang sekeliling. macam Nasuha ni..

Berikut antara koleksi video yang sempat dirakam semenjak dia baby sampai sekarang.

Ini semasa sambutan Harijadi Ibu yang ke 38 (10/2/2012)

Video kat bawah ni diambil pada tarikh 24 Januari 2011.



Yang ini pulak semasa Hari Raya Aidil Fitri 2010. Orang lain semua dah letih terbaring-baring dia boleh berjoget lagi.



Video kat bawah ni masa dia lagi muda. Baru umur setahun (22 Julai 2010)

Rahsia Ayah menenangkan anak

Nasuha memang suka mengamuk, menyibuk dan kacau orang buat kerja. Bila adik beradik nak belajar dia pun sibuk suruh bacakan buku untuk dia. Conteng buku kakak/abang tu memang selalu. kalau menangis dia susah nak berhenti. Antara dialognya "nak ibu dukungkan..nak ibu dukungkan..".

Satu hari dia mengamuk lagi. Ayah bawak dia masuk bilik. Tiba tiba suara mengamuk tadi senyap tiba-tiba. Bila ibu masuk bilik terdengar ayah tengah mandi dalam bilik air. Nasuha pulak.. jeng jeng jeng..



Orang lelaki ni boleh la dikatakan kreatif. Tapi sebenarnya dengan kata lain depa tu "malas nak layan benda-benda remeh ni.."

Tuesday, June 5, 2012

Bakery Che Dah (aktiviti cuti sekolah)

Musim cuti sekolah..
Anak-anak semua kat rumah. Setiap masa mereka akan lapar. Apa lagi.. mari kita aktifkan bakery kita. Chef kali ini siapa lagi tak lain dan tak bukan iaitu ibuuuuuuu....iaitu Chef Che Dah.
Cuba teka apa yang dia nak masak.


Sampai tersasul pulak che dah tu (terbahasakan dirinya cikgu) macam kat classroom gitu.
Anak aku sampai duduk atas cabinet tu. Macam nilah kalau buat apa-apa. masaknya sikit je tapi mengemas yang letih sebab kalau uli tepung mesti lebihkan sikit untuk depa main-main. digelek-gelek nanti tepung tu sampai warna yang putih jadi hitam kebiru-biruan tak lalu nak makan.


Ada pulak Faris tu nak buat pau. Lain kali la pulak kita buat pau ye..



Inilah rupanya roti kacang yang sedia untuk dimakan. Lawa tak roti che dah? keluar dari oven dia takkan selawa itu tau. tu yang berkilat-kilat tu selepas che dah make up dia (sapu dengan margerine) tujuannya supaya kulitnya lebih lembut dan nampak menyelerakan.


Roti kismis ni hangit sikit. Lagi pun Che Dah guna oven cokia je (RM 120 punya tu). Tapi sedap tau. Tak percaya tengok dah hilang beberapa bijik.


Sapa nak belajar dengan Che dah cara buat roti macam ni syaratnya kenalah datang berguru di rumah che dah.. terutama sahabat Che Dah dari geng chelak mekah tu ....heheeh.. Nanti reunion kat rumah che dah kita makan roti home made ye.

Ulang tahun perkahwinan yang ke 12 (2011)

Hari ini 2 Mei 2011.
Sambutan Ulang tahun perkahwinan ayah dan ibu yang ke 12.

Ayah tempah kek dari auntie Maya. dia buatkan kek coklat favourite ibu, lepas tu dihiasi dengan 6 ketulan coklat (menggambarkan ada 6 anak) dan 2 kuntum bunga (tu kira pengantinnya la tu..)

Berikut acara memotong kek. Masyaallah, nak potong kek pun penuh dengan background budak menangis. Rumah ni memang tak putus suara budak menangis. Selamat Ulang tahun ke 12 ayah dan ibu, semoga berkekalan kebahagiaan keluarga kita.

Nasuha sungguh patriotik

Ini lagu yang paling Nasuha suka.
Tapi ada sebutan yang masih tak betul. tengok video ni dan cuba teka apa perkataan yang tak sempurna tu. Lagu ni dinyanyikan pada 13 Oktober 2011.



Satu hari tu pulak masa balik dari RFC kat Silibin kami lalu depan SUK Perak. di kiri kanan jalan ada banyak bendera malaysia dan bendera Perak. Nasuha tak tau sebut bendera. dia akan kata bendera tu 'satu malaysia'.

Hari Anugerah Luqman Haqimi

26 Mac 2011 (sabtu) 10 pagi
Hari ini hari anugerah SK Ho Seng Ong. Luqman Haqimi dapat anugerah tempat pertama keseluruhan dan beberapa hadiah subjek terbaik. Tahniah kimi, semoga kimi akan maintain pada tahun-tahun akan datang.




Sabtu 27 Mac 2010.
Hari ni Hari Anugerah Cemerlang sekolah kimi. Ayah takda sebab dia ikut trip Camel throphy 4x4 kat hutan Sg Siput. Malangnya kat Sekolah ibu SMK Tambun pun hari anugerah juga. Nasib baik ibu kena bahagian sijil.
Pagi pagi ibu dah bangunkan kimi, sementara ibu buat breakfast. Pukul 7.00 berlepas ke sekolah ibu dulu. Lepas settle benda benda penting ibu hantar kimi pergi sekolah. Terus daftar sebab nak buku program. Cantik buku program dia orang walau pun simple.

Lepas tengok aturcara ibu pun balik ke SMK Tambun. Lepas ambil video 2,3 clip dan pastikan tiada masalah ibu pun balik semula sekolah kimi. Malangnya guru besar dia berucap punya la panjang.
Ini dia Kimi yang hensem bersama hadiahnya..