Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Monday, October 22, 2012

Mencari estima

15 September 2012.
Jalan-jalan ke KL.
Lama tak pergi jalan sekeluarga. 
Kaklong baru saja selesai UPSR. Jadi kami nak meraikan dia yang baru merdeka.

Naik kereta sampai stesen komuter Bank Negara. park kereta kat situ.
Kami beramai-ramai naik komuter. 
Ini pertama kali anak-anak naik komuter. Tak ingat bila kali terakhir naik komuter.


Nasuha siap ajuk-ajuk suara orang sebutkan nama stesen-stesen tu. 

Kami ke KL ni juga sebab nak ikut ayah meninjau kereta yang dia berangan nak beli. 
Kami turun di stesen Subang Jaya. 
Ada salesman menjemput kami dengan sebuah estima berwarna putih.


Sampai di tempat yang dituju. 
Estima melaut-laut. Betul ke ayah ni nak beli satu ni?
Ayah kata kalau nak beli kereta recon ni kena survey betul-betul. Harga di setiap tempat tidak sama. 
Kami beramai-ramai cuci mata.
Ini ada satu kereta yang tadi salesman tu gunakan untuk jemput kami sampai ke sini.



Selama ini kami dok mengidam kereta ni.
 Rupanya ini type X. Yang paling basic. 
Ada lagi beberapa jenis yang lebih mahal. 




ok.. kita mesti survey lagi. Memang harga di sini jauh lebih murah daripada di Ipoh. 
Survey tak semestinya nak beli.
Saja bagi anak-anak exposed. Menambah pengetahuan. 

Semoga Allah berikan kita rezeki yang berkat sehingga ayah dan ibu dapat beri keselesaan pada anak-anak.
Belajar rajin-rajin dan jadi anak yang taat dan beriman. 
Mohon pada Allah juga supaya kesenangan dan kemudahan yang diberi akan lebih mendekatkan kita dengan Nya. 


Tuesday, October 16, 2012

Semoga impianmu tercapai

Kalau dah namanya budak lelaki, memang lelaki jugaklah.
Minatnya bola, kereta, game yang meletup meletup, ganas-ganas.

Mereka hafal semua nama-nama kereta.
termasuk harganya sekali.
Ibu pun tak tau mana depa ambik tau semua tu. 

Mereka tahu kalau lampu macam ni, tahun bila punya siri.
mereka pun tau mana model yang dah tak produce lagi.

Ibu dulu...
naik kereta pun tak pernah.
Sampai curi-curi naik kereta cikgu.
Ambil buku rekod, masuk kereta, tutup pintu sekejap dan berangan
lepas tu tak reti nak buka balik.
Last-last keluar ikut tingkap.
nasib baik tingkap terbuka separuh.
Turun kepala dulu.
Sampai terselak pinafore.
Itu kenangan lama.
Nak cerita lebih-lebih pun malu.



Kalau ini yang hangpa minat.
Usahakanlah sampai dapat.
kereta mewah tak akan datang bergolek (tayar memang pusing la)
kalau takda pelajaran, kelayakan..

Mohon pada Allah.
Berikan anak-anakku rezeki yang luas dan berkat
Lepas tu jangan lupakan ayah dan ibu.

Tengok macam jiran kita (Pakcik Basyar)
Suatu hari ada kereta baru depan rumahnya.
katanya itu kereta kakaknya beli
khas untuk bawa emak mereka jalan-jalan
emak mereka dah tua dan sakit lutut
jadi kena beli kereta tinggi sikit (supaya boleh juntai kaki)
En Basyar yang kurang sibuk diminta membawa emak mereka
kemana dia nak pergi. Subhanallah



Anak-anak yang menyejukkan mata
berebut-rebut nak mengambil hati orang tua
Ayah dan ibu takda la sampai nak mintak harta.





Dan lagi berdoa juga pada Allah.
semoga kemewahan mendekatkan kita lagi kepada Allah.
dan membuka banyak ruang melakukan kebajikan.

Sunday, October 14, 2012

Sampah

Kepada anak-anakku
Nadhirah, Luqman, Faris, Nabilah, Najihah dan Nasuha yang ibu kasihi,
Semoga kalian dalam lindungan Allah sentiasa.

Pagi ini ibu dengan ayah pergi ke Mydin Mall di Meru Raya, Ipoh.
Menghantar sekumpulan pelajar SMK Tambun yang menyertai pertandingan Tae Kwondo.

Peristiwa 1: 
Selesai urusan kami singgah sarapan dekat Food court. Ayah dengan ibu order sekeping roti nan yang besar dan kongsi dua orang.

Sambil makan ada seorang anak umur 8 tahun berlalu dengan ayahnya. Si anak yang baru lepas makan  mengesat mulutnya dengan tisu dan membuangnya ke lantai begitu sahaja.

Ayahnya yang mengekori dari belakang mengutip tisu berkenaan dan memasukkan ke dalam poket.
Rasa-rasanya betul tak tindakannya itu?
Apa pendapat korang ?
Mesti korang akan berkata anaknya salah sebab buang sampah merata-rata.
Ibu pun setuju.
Betul tak tindakan ayahnya mengutip semula sampah itu?
Ibu rasa tak berapa betul. T

Bagi ibu, sepatutnya ayahnya tu perlu suruh anaknya berhenti dan kutip sendiri sampah tu.
Kalau ada tong sampah berhampiran terus buangkan. Kalau takda masuk dulu dalam poket dan buang bila jumpa tong di tempat lain.

Kalau tak buat macam tu, sampai bila pun anaknya tak akan sedar.
Sampai bila ayahnya nak jadi tukang kutip untuk anaknya?
Bagaimana kalau dia buang sampah semasa ayahnya tiada?


Peristiwa 2:

Selesai sarapan kami pergi membeli barangan keperluan harian. 
Tiba-tiba ibu rasa nak ke tandas. 

Toilet di aras yang sama ada tanda menunjukkan ia sedang dicuci. 
Turun ke aras bawah. Eskalator tidak berfungsi. Ada orang sedang buat maintainence. Mereka sedang berus/sapu habuk dan sampah yang tersekat didalam eskalator tu. 
Terpaksa cari laluan lain ke aras bawah.

Selesai urusan ibu naik semula ke atas ikut eskalator. betul-betul sebelah eskalator (turun) yang sedang dibaiki.
Di depan ibu ada 4 orang remaja. 3 lelaki dan 1 perempuan. Umur dalam 18-19 tahun. Tak nampak macam budak sekolah pun. 
Mereka bergelak ketawa, bergurau-gurau. 

Tiba-tiba, 
Salah seorang daripada budak lelaki membuang kad yang dikeluarkan dari dompetnya. Kad nipis saja. 
Macam Business card la.. lepas sekeping dia buang sekeping lagi sambil eskalator tu naik. semuanya 3 keping kad yang dicampakkan. 

Kawan-kawannya tanya kenapa buang? Dia kata " emmm.. dah tak perlu. menyemak je..".
Kad-kad yang dibuang tu melayang  ke bahagian sisi yang kalau nak kutip balik pun tak sampai tangan. Meraka semua nampak kad tu jatuh. 

Hati ibu rasa geram.  Mereka dalam jarak 1 meter saja di depan ibu. 
Last-last terkeluar juga kata-kata..

"adik, benda nipis-nipis macam ni la yang buat eskalator sangkut. Nampak tak sebelah kita ni depa dok tengah repair. Banyak sampah kecik terselit kat dalam. Akak rasa sampah tu bukannya berat sangat. Kakak nak tolong kutip tadi tapi tangan tak sampai.."

kat lorong tengah yang sempit tulah
dijatuhkannya kad-kad nipis tu. 
Muka mereka lain macam. Budak lelaki macam salah menyalahkan satu sama lain. 
" tu la engkau buang situ buat apa.." kata sorang budak lelaki. 

Tiba-tiba budak perempuan berkata-kata dengan kuat, 
" tu la.. kecik-kecik taknak mamposss.. dah besar menyusahkan mak-bapakkk!!!!"

Minta maaf ya Allah kalau ibu berprasangka buruk. 
Ibu rasa dari intonasi dia, budak perempuan tu sengaja nak perli ibu. 
Mungkin dia rasa ibu busy body.. sibuk nak tegur mereka.

Tolonglah wahai anak-anakku. 
Janganlah jadi seperti mereka.
Pertama, janganlah buang sampah merata-rata. Sama-ada orang lihat atau tidak. 
Allah Maha Melihat. Allah suka manusia yang memudahkan orang lain. 

Kedua, jangan bersikap kurang ajar dengan orang yang lebih tua. Apa salahnya minta maaf. Tak pun diam sajalah dan bertaubat untuk tidak melakukannya lagi. 

Kalau nak housekeeping dompet (betul ke ni..?) tunggulah balik rumah. Buat di tempat yang dekat dengan tong sampah. Bukannya sambil berjalan-jalan lepas tu campak di sepanjang jalan yang dilalui. 

Anak-anakku, 
Kalau nampak peristiwa macam tu lagi di depan mata, tegurlah baik baik. Kalau takdapat tegur pun kita doakanlah semoga dia diberi hidayah dan tak ulang lagi perkara yang buruk itu. 





Monday, September 3, 2012

Doa pembuka majlis yang mengharukan..

Mencari maklumat tentang Profesor Muhd Kamil Ibrahim.  Bertemu blog yang menyiarkan video ceramah beliau sewaktu pelancaran bukunya di Intekma. Ceramah yang sungguh ikhlas dan natural. Terima kasih kepada penulis blog sumber video ini http://mariafirdaus.blogspot.com

Beroleh idea tentang suatu kelainan. Apa salahnya kalau sebelum memulakan kelas Fizik aku bacakan doa macam ini.
Suami dan anak-anakku, tolonglah tengok video ini.... saya menangis menontonnya.





Kalau panjang sangat boleh sambung menonton kemudian. Ini bahagian dua pulak.
Mendengar ceramah ini bagaikan terkena batang hidung sendiri. Seperti air di dulang yang terpercik ke muka bila ditepuk.


Aku dan suami sengaja buat rayuan haji tahun ini dengan harapan selain dapat menunaikan haji aku berpeluang berdoa di Raudhah sebelum anak sulung aku keluar result UPSRnya.
Apabila harapan kami pudar  (rayuan haji tidak diluluskan) aku teringatkan Pn Roza yang ada di sana.
(Prof Kamil dan isterinya Roza@Raudzah Roslan telah menetap di Madinah. Mereka setiap hari solat berjemaah di Masjid Nabawi.)

Dengan rasa teruja dan penuh harapan aku hantar email memohon agar Roza mendoakan di Raudhah bagi pihak aku. Siap letak nama penuh anak dan matlamat sekali.

Selepas mendengar ceramah ini aku menyesal menghantar email tersebut. (kerana malu kepada Pn Roza dan Prof Kamil). Memang betul, antara Allah dan hambanya tiada hijab dan aku mesti yakin dengan doa aku sendiri. Allah mendengar walau dimana aku berada.




Menyentuh tentang taman-taman syurga (Raudhah), selepas ini mari kita bina taman-syurga di lokasi masing-masing. Mungkin aku boleh mulakan di dalam kelas. Di rumah pun sudah cukup dengan anak-anakku yang ramai yang boleh mendengar...(aku belum mampu menjadi Naqibah menyampaikan usrah). Kuasa veto ditangan, akan kupaksa mereka mendengar.

Allah dimana-mana. Dia mendengar bisikan hati hambanya. Seorang ibu tetap ibu walau dimana dia berada dan doa ibu itu mustajab. Mengapa aku tidak nampak potensi itu sehingga mengharap Pn Roza yang mendoakan?




...............................................................................................................................................................
Anda mahu beli barangan Tupperware untuk kegunaan sendiri, mahukan harga ahli tanpa membayar yuran membership, klik pada pautan ini Group Telegram Happy Tuppy
................................................................................................................................................................

Lapik sujud sewaktu berjemaah.

Bertarawih di Bulan Ramadhan merupakan acara yang membezakan Ramadhan daripada bulan-bulan yang lain. Pada waktu ini jemaah wanita akan memenuhi ruang solat. Tidak seperti hari-hari lain.

Apabila imam memulakan solat semua ahli jemaah merapatkan saf. Hal ini tidak nampak terlalu sukar bagi jemaah lelaki. mereka akan berbaris mengambil tempat seperti orang masuk perbarisan kawad.

Yang menjadi masalah ialah jemaah wanita. Sesetengah mereka seperti sudah 'menempah' untuk berada dilokasi tertentu tanpa mahu berganjak walau sedikit. Hati sedih melihat saf dibiarkan terputus tanpa ada yang sudi memenuhkannya. Pada waktu ini dihati kecil masing-masing mungkin berbisik, 'ruang tu sempit, nanti kalau aku masuk mesti tak selesa. Badan aku besar". Masih boleh dimaafkan..

Yang paling menyedihkan ialah bila ada jemaah wanita yang masuk sahaja ke dalam saf terus membentang lapik sujud masing-masing.  Sehelai kain berjahit bersulam kemas atau sejadah mini dihampar di hadapan mereka. Cukup-cukup untuk ruang meletakkan muka sewaktu bersujud.

Yakin bahawa mereka akan kekal di lokasi itu, mereka seperti keberatan untuk berganjak bila ada keperluan merapatkan saf. Walaupun saf hadapan terbentang satu ruang kosong untuk dipenuhi, golongan ini tidak 'teringin' pun hendak berhijrah ke  saf hadapan. Pastinya dengan alasan, "nanti kena tunduk, mengangkat lapik sujud yang telah siap terbentang dan kena bentang semula di lokasi yang baru. Lepas tu entah-entah kena berganjak lagi".

Bukankah lapik sujud berkenaan sudah menjadi penghalang dalam usaha memenuhkan saf? Ia seperti menyusahkan tuannya sendiri. Bukan itu sahaja malah saya yang sedang berdiri pun terasa 'susah' bila melihat rakan disebelah yang dua tiga kali  tunduk dan bangun mengalihkan lapik sujudnya yang 'sudah jadi milik jemaah lain' bila saf berganjak.

Wahai jemaah wanita, apalah perlunya lapik sujud itu lagi bila karpet masjid sudah pun tebal, bersih dan selesa? Jangan terlalu taksub sehingga mengenepikan yang lebih afdhal. Mungkinkah helaian sejadah kecil itu menambah khusyuk di dalam solat? Saya lihat jemaah lelaki tiada pun yang membawa lapik sujud. Mereka berlenggang sahaja masuk ke saf dan dengan bebasnya bertukar tempat bila perlu.

Wahai jemaah wanita,
Tinggalkan sajalah lapik sujud itu di rumah dan gunakannya sewaktu solat bersendirian. Ruang masjid biasanya sudah sedia bersih, malah sesetengahnya berkarpet tebal. Sungguh selesa. Penuhkanlah saf hadapan dan jangan ada saf yang terputus.


Boleh jugalah kalau hendak sangat gunakan lapik sujud itu tetapi hanya anda bentangkan bila betul-betul yakin anda tidak berubah tempat lagi. Adakalanya memang kita terpaksa bersolat dilantai marmar yang keras dan sejuk. Tetapi pastikan anda utamakan susunan saf dahulu..

Mohon maaf andai saya tersalah.

Di syurga nanti apa pun dapat..

31 Ogos 2012 (Jumaat 4.40 petang)
Kami berkumpul di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh menyaksikan Majlis Penutup Sambutan kemerdekaan Peringkat Negeri Perak.

Yang kami bawa cuma Faris dan Hakimi sahaja. Kaklong tinggal di rumah kerana dia nak study untuk UPSR. Si kembar tak berapa sihat dan Nasuha mengamuk-ngamuk di muka pintu semasa kami nak berangkat. Tak sesuai nak bawa dia kerana orang sangat ramai.

Kami menunggu keputusan pertandingan kawad hari merdeka (JKR pun menyertai). Ayah tak masuk kawad tapi dia jadi pengurus kontinjen JKR.

Ramai peserta yang berpakaian warna-warni. Pelbagai makanan disediakan dalam bentuk gerai-gerai. Lebih dari sepuluh gerai rasanya dengan makanan yang beraneka.

Letih kami menunggu Raja Muda dan ister tak sampai-sampai. Sempat la bergambar...
Kimi dengan Faris ni kalau ditinggalkan di rumah nanti
 depa mengacau kaklong nak belajar je..
 JKR dapat 2 hadiah (Johan hiasan bangunan dan Naib Johan kawad).  Pukul 6.30 baru selesai. Letih dan belum solat asar lagi.

Sebelum balik Hakimi dan Faris sempat bersalam dengan Raja Muda Nazrin dan isterinya, cantik wooo...
Ibu ambil gambar depa dari dekat.

" Untungnya jadi raja kan.." kata Kimi bila melihat Raja muda diarak, disambut, dihidangkan makanan dan dihantar pulang dengan kereta mewah.

" Kimi, Faris, kita semua boleh juga rasa macam tu. Senang je, beramal ibadat dan jaga solat sampai Allah pilih kita masuk syurga. Di syurga nanti nak apa pun dapat. Kita pun akan dilayan macam raja.." Kata ayah.
Posted by Picasa