Wednesday, August 29, 2012
Cheese burger
Malam tadi aku menunggu suami pulang. Dia keluar makan dengan kawan-kawannya selepas selesai raptai kawad (sempena perarakan kemerdekaan). Pukul 11.00 malam dia balik dan aku membuka pintu.
"abang ada sesuatu untuk idah.."
"apa dia..?"
"jeng-jeng jeng.. burger! yang dalam dia ada cheese! budak-budak dah tidur? "
Aku tersenyum langsung teringat pada satu kisah dalam buku Roza Roslan (Bukan sekadar Resipi). Dalam buku tersebut mengisahkan Roza yang pertama kali merasa makan cheese cake yang dibawa pulang oleh suaminya. Kek separuh yang telah dimakan sebahagian oleh suaminya tapi dibawa pulang kerana memikirkan sedapnya kek itu dan isterinya juga patut merasainya. Rasa kek yang lemak, masam-masam sikit bercampur manis. Sungguh nikmat. Dia merasakan begitu romantiknya saat itu. Kata Roza, indahnya kurnia Allah. Dua nikmat serentak iaitu nikmat makan kek dan nikmat suami.
"ternampak stall burger tu teringat kat idah, abang pun beli satu. makanlah, abang dah makan dengan kawan-kawan tadi."
Rupa-rupanya aku menerima nikmat sama seperti Roza. Nikmat burger cheese yang dibeli atas ingatan, dan satu lagi nikmat suami. Berapa ramai orang diluar sana yang tak dapat makan burger? Berapa ramai orang diluar sana yang tidak mempunyai suami. Ada suami pun mungkin tak sebaik suami aku?
Selama ini aku tak pernah terfikir untuk mensyukurinya walaupun perkara seperti ini bukan pertama kali berlaku dalam hidup aku?
" dan nikmat Tuhanmu yang mana yang engkau dustakan..? " Surah Ar- Rahman.
Labels:
ayah,
penghargaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment