Monday, September 3, 2012

Doa pembuka majlis yang mengharukan..

Mencari maklumat tentang Profesor Muhd Kamil Ibrahim.  Bertemu blog yang menyiarkan video ceramah beliau sewaktu pelancaran bukunya di Intekma. Ceramah yang sungguh ikhlas dan natural. Terima kasih kepada penulis blog sumber video ini http://mariafirdaus.blogspot.com

Beroleh idea tentang suatu kelainan. Apa salahnya kalau sebelum memulakan kelas Fizik aku bacakan doa macam ini.
Suami dan anak-anakku, tolonglah tengok video ini.... saya menangis menontonnya.





Kalau panjang sangat boleh sambung menonton kemudian. Ini bahagian dua pulak.
Mendengar ceramah ini bagaikan terkena batang hidung sendiri. Seperti air di dulang yang terpercik ke muka bila ditepuk.


Aku dan suami sengaja buat rayuan haji tahun ini dengan harapan selain dapat menunaikan haji aku berpeluang berdoa di Raudhah sebelum anak sulung aku keluar result UPSRnya.
Apabila harapan kami pudar  (rayuan haji tidak diluluskan) aku teringatkan Pn Roza yang ada di sana.
(Prof Kamil dan isterinya Roza@Raudzah Roslan telah menetap di Madinah. Mereka setiap hari solat berjemaah di Masjid Nabawi.)

Dengan rasa teruja dan penuh harapan aku hantar email memohon agar Roza mendoakan di Raudhah bagi pihak aku. Siap letak nama penuh anak dan matlamat sekali.

Selepas mendengar ceramah ini aku menyesal menghantar email tersebut. (kerana malu kepada Pn Roza dan Prof Kamil). Memang betul, antara Allah dan hambanya tiada hijab dan aku mesti yakin dengan doa aku sendiri. Allah mendengar walau dimana aku berada.




Menyentuh tentang taman-taman syurga (Raudhah), selepas ini mari kita bina taman-syurga di lokasi masing-masing. Mungkin aku boleh mulakan di dalam kelas. Di rumah pun sudah cukup dengan anak-anakku yang ramai yang boleh mendengar...(aku belum mampu menjadi Naqibah menyampaikan usrah). Kuasa veto ditangan, akan kupaksa mereka mendengar.

Allah dimana-mana. Dia mendengar bisikan hati hambanya. Seorang ibu tetap ibu walau dimana dia berada dan doa ibu itu mustajab. Mengapa aku tidak nampak potensi itu sehingga mengharap Pn Roza yang mendoakan?




...............................................................................................................................................................
Anda mahu beli barangan Tupperware untuk kegunaan sendiri, mahukan harga ahli tanpa membayar yuran membership, klik pada pautan ini Group Telegram Happy Tuppy
................................................................................................................................................................

No comments:

Post a Comment