31 Ogos 2012 (Jumaat 4.40 petang)
Kami berkumpul di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh menyaksikan Majlis Penutup Sambutan kemerdekaan Peringkat Negeri Perak.
Yang kami bawa cuma Faris dan Hakimi sahaja. Kaklong tinggal di rumah kerana dia nak study untuk UPSR. Si kembar tak berapa sihat dan Nasuha mengamuk-ngamuk di muka pintu semasa kami nak berangkat. Tak sesuai nak bawa dia kerana orang sangat ramai.
Kami menunggu keputusan pertandingan kawad hari merdeka (JKR pun menyertai). Ayah tak masuk kawad tapi dia jadi pengurus kontinjen JKR.
Ramai peserta yang berpakaian warna-warni. Pelbagai makanan disediakan dalam bentuk gerai-gerai. Lebih dari sepuluh gerai rasanya dengan makanan yang beraneka.
Letih kami menunggu Raja Muda dan ister tak sampai-sampai. Sempat la bergambar...

JKR dapat 2 hadiah (Johan hiasan bangunan dan Naib Johan kawad). Pukul 6.30 baru selesai. Letih dan belum solat asar lagi.
Sebelum balik Hakimi dan Faris sempat bersalam dengan Raja Muda Nazrin dan isterinya, cantik wooo...
Ibu ambil gambar depa dari dekat.
" Untungnya jadi raja kan.." kata Kimi bila melihat Raja muda diarak, disambut, dihidangkan makanan dan dihantar pulang dengan kereta mewah.
" Kimi, Faris, kita semua boleh juga rasa macam tu. Senang je, beramal ibadat dan jaga solat sampai Allah pilih kita masuk syurga. Di syurga nanti nak apa pun dapat. Kita pun akan dilayan macam raja.." Kata ayah.

No comments:
Post a Comment