Catatan Perjalanan keluarga (Bercuti ke Thailand 2011)
Anda mahu beli barangan Tupperware untuk kegunaan sendiri, mahukan harga ahli tanpa membayar yuran membership, klik pada pautan ini Group Telegram Happy Tuppy ................................................................................................................................................................
Selamat mengenang kembali percutian kita di Thailand.
Keluar dari rumah hari Isnin 12/12/2011. Kami pergi 4 keluarga menaiki kereta sendiri dari Ipoh sampailah ke Bukit Kayu Hitam. Sebuah Estima (keluarga Wan), Innova (kami), Waja (keluarga Fuad) dan Persona (keluarga Ragu). Dari Bukit kayu Hitam kami drive sampai ke bandar Hatyai untuk tidur di sana satu malam. Check in di hotel dan malamnya kami nampak gajah kat depan kedai. heheh..
Gambar dan video di bawah menunjukkan urutan cerita sehingga sampai di Chiang mai keesokannya.
Kami park kenderaan kami di airport Hatyai. Lebih murah kalau dibandingkan parking di Bukit kayu Hitam. Perjalanan menaiki flight Air Asia dari Hatyai ke ChiangMai mengambil masa hampir 2 jam. Sampai di ChiangMai kami dijemput oleh agen di sana iaitu Encik Peter.
sambil makan kat restoren tu ternampak pulak sekumpulan budak sekolah.
Nak tengok tak uniform sekolah kat Thailand ni?
Selesai makan kami pun dibawa pergi ke tapak pesta Flora. Kebetulannya tapak pesta ni dalam persediaan untuk lawatan perasmian oleh Raja Thailand keesokannya. Sangat cantik dan luas tapi ini pun kami tak sempat nak lawat habis. sebab dah senja.
tengoklah gelagat budak-budak kat taman ini.
Malamnya kami pun check ini di hotel apa ntah namanya. kat Chiang Mai. ni sejuk macam Cameron Highland sebab ia di Utara Thailand. Malamnya lepas rehat sekejap dan mandi (sejuknye..) kami jalan-jalan tengok night market. Luas betul. tak berani keluar dengan geng ibu-ibu je seperti yang kak Lea cadangkan. takut tak tau cari hotel kang. sini orang bukan tau cakap melayu. english pun depa tak faham sangat.
Inilah antara barangan yang terdapat di Night market di Chiang Mai. Harganya murah dan kebanyakannya handmade. Video di bawah menunjukkan suasana di sini.
Ini gambar keesokan harinya selepas breakfast. Star Hotel. di mana-mana sudut ada gajah.
Rabu 14/12/2011 pukul 10 pagi kami pun tiba di butterfly farm. Tempat yang sama ada Orchid Farm. disambut dengan orang cantik sepitkan bunga kat dada. Ada orang briefing tentang hybrid orkid. kaklong memerhati product rama-rama yang dikeraskan. cantik tempat ni.
Cantiknya hibrid orkid yang berbagai warna. Thailand memang excelent dalam biotechnology.
Pukul 11.00 pagi tiba di Maesa Elephant Camp. Nak tengok gajah pulak. Tempat ni sungguh virgin dengan sungai yang bersih. Di sini gajah dipelihara dan dilatih sehingga 'Elephant Hospital' pun ada.
Disini kami menonton gajah main bola, gajah melukis, gajah mengurut, dan banyak lagi. sungguh seronok bawak budak budak.
Pandainya gajah ni melukis. Kami pun ada beli satu lukisannya.
Terlanjur dah sampai sini kami sekeluarga menunggang gajah. satu gajah RM80 boleh bawak 3 orang. Keluarga kami sewa 2 gajah. Anak yang terlebih tu tumpang dengan family uncle Fuad yang tak cukup ahli.
Turun dari gajah beli la gambar sendiri yang ntah masa bila depa tangkap..
Pukul 1.00 tengahari pergi tempat monkey show pulak. Monkey ni pandai kenal nombor, sawadikap, menjual balm dan naik basikal. Dia pun pandai melepaskan ikatan. tangan kimi yang kena ikat tu. kalau bagi duit, dia masukkan dalam poket majikan dia.
Monyet yang nama 'Sam' ni sunguh friendly. lepas tu ada monyet liar masih dalam kandang. Ini untuk feeding activity.
Selepas tengok monyet uncle Ragu ajak main paintball di extreme sport park. Tapi kami tak mau la main paint ball. kat sini bergambar-gambar je. kalau nak main semua yang ada kat sini, sah satu hari suntuk kena tambah lagi.
Tapi untuk mengisi masa sempat jugak la main permainan free sebelum aktiviti seterusnya.
Sementara depa main paintball kami decide nak tengok buaya la..
Pukul 2.00 kami tengok Crocodile Show pulak. Rasanya buaya tu semua dah kena jampi. macam bodoh je. Ikut je arahan instructor tu. Bila takde kerja buaya tu keras je dengan mulut nganga macam buaya plastik.
haa.. buaya yang kami pegang ni confirm tak jampi.. Kami berani je sebab mulutdia sudah dililit dengan selotape.
Agenda terakhir kami hari ini. Pukul 5.20 petang melawat ke kilang membuat barangan kulit. Ibu tak beli pun sebab walau pun ini kilang tapi untu pelancong memang depa up harga gila-gila punya. kat gambar tu banyaknya wallet kulit ikan pari. Ibu pegang video cam je all the time.
Kami makan di restoran semalam jugak. di Thailand ni hanya KFC yang disahkan halal tapi nak cari pun satu hal jugak. Sini orangnya semua berpakaian dan bermuka seperti melayu. Rasa nak cakap melayu je dengan depa tapi depa semua cakap siam. Orang sini putih-putih dan cantik. macam kacukan cina sikit sebab banyaknya turun dari Tibet..
Malamnya kami tak tidur di sini lagi. sebaliknya terus berangkat ke Chiang Rai dengan transport agen. Perjalanan yang jauh dan meletihkan. Berhenti berkali-kali di beberapa tempat yang cantik.
Antaranya Hotspring yang canggih ni.
Pagi Khamis 15/12/2011 pukul 8.30 pagi kami breakfast di Chiang Rai. Persekitaran hotel yang penuh bunga-bungaan. Chiang Rai lebih sejuk dari Chiang Mai. Nyenyaknya tidur semalam selepas perjalanan 5 jam. Kami tak dapat berlama-lama di hotel penuh bunga ni sebab agenda hari ini pun padat juga.
Inilah coaster yang bawa kami kemana-mana. Di mana-mana hotel pun ada gajah. Di sini gajah putih pulak.
Video di bawah menunjukkan antara peristiwa breakfast kami di sini.
Pukul 10.00 pagi kami sampai di perkampungan long neck. kampung mereka
berhampiran sawah padi tapi di tanah tinggi. cuaca sejuk dan kampungnya bersih.
Encik Peter terangkan, bayi perempuan yang lahir pada hari Rabu akan dipakaikan
leher gangsa ni untuk elakkan dari gangguan syaitan. mereka akan tukar gelang 5 tahun sekali.
kesian sebab bila hari panas mereka lapik leher dengan saputangan basah.
Memandangkan wanita longneck macam takda masa depan, ada juga yang decide nak hidup seperti wanita normal. Tapi mereka perlu 2 minggu lebih untuk support leher yang lembik selepas gelang dibuka.
Kerajaan Thailand ambil mereka dari pedalaman dan sediakan perkampungan khas
untuk tarikan pelancongan. Mereka diberi elaun dan tinggal di situ menunggu pelancong
datang. Kebetulan di situ ada longneck yang baru usia 5 tahun. Nasuha suka dia.
11.30 pagi kami bergerak menuju Golden Triangle. Sambil menunggu bot datang kami
bergambar dihadapan gajah ni.
Perjalanan menaiki bot ke Golden Triangle memakan masa 20 minit. Menyusuri Sungai Mekong yang merupakan sungai terpanjang di Asia. Sungai ini mengalir dari Tanah Tinggi Tibet sehingga ke Thailand. Sepanjang laluan kami banyak rumah ibadat budha di tebing sungai.
(Ini video semasa suami saya datang sewaktu Trip pertama dulu. Tapi pemandangannya sama je)
Pukul 12.30 baru kami tiba di Laos. Tempat ini banyak menjual barangan kulit original dan copy. Tapi yang ori pun murah juga. Ibu ada beli satu handbag kulit buaya. Selebihnya beli beg travel yang besar dan beg sekolah. Habis seluruh isi rombongan beli beg macam kami. Yang paling tension kak Lea la sebab semalam dia sudah borong barangan kat kilang kulit tu..!!
Kami sebenarnya dah lewat sebab lama sangat membeli belah tadi. Pukul 2.30 baru sampai ke restoran untuk lunch. Restoran ni ada gambar chef wan. Nasuha terlampau letih. Hampir setiap kali waktu makan dia akan tidur atas meja.
Kami naik kenderaan berjam-jam lagi untuk kembali ke ChiangMai. Dalam perj.alanan singgah di White Temple. Bergemerlapan temple ni sebab ia dibuat daripada simen putih yang ditampal dengan cermin-cermin kecil. Bila hari panas nampak macam intan bergemerlapan. Temple ini dibina oleh seorang pelukis yang dulunya miskin tapi sekarang dah kaya. Ada videonya tapi pendek sangat. jadi laa...
Pukul 8.45 malam kami sampai ke tapak pesta flora yang kami singgah hari tu. tapi kali ni pemandangannya di waktu malam pulak. Ada perarakan kereta berhias dan maskot yang berbagai rupa. Lampu-lampu di sini macam dekat ICT Shah Alam tapi lebih canggih sebab ia nyalaannya berirama mengikut rentak muzik yang dipasang.
Anak-anak bergambar dengan semua maskot yang ada di sini.
Ini pemandangan di taman bunga pada waktu malam. Kami semua dah letih sangat.
Lepas ni nak cari makan malam pulak. Walau pun di sini banyak makanan dijual tapi
tak berani nak beli sebab confirm tak halal.
Lepas pusing-pusing cari makanan kami pun tidur di hotel yang kami mula-mula sampai hari tu.
Esoknya bersiap sedia untuk balik ke Hatyai.
Pukul 10.15 pagi (Jumaat 16/12/2011) kami sudah berada di airport Chiangmai. Penerbangan 2 jam
lagi nampaknya sampai ke Hatyai. Cerita ni tak habis.. Sampai di Hatyai nanti ambil keeta untuk balik ke Ipoh. Mungkin tidur semalam di Alorsetar ke.. untuk hilangkan penat.
Travel dengan budak-budak macam nilah. Tapi inilah pelancongan paling hebat dalam sejarah keluarga kami.
No comments:
Post a Comment