Saturday, May 18, 2013

Kacang Potong






BAHAN:

600grm kacang tanah - digoreng tanpa minyak
100grm bijan- digoreng tanpa minyak
600grm gula pasir
2 sudu besar majerin

CARA:

masak gula hingga semuanya hancur.

masukkan majerin

bila majerin dah larut dalam gula, masukkan kacang dan bijan, gaul rata

canai adunan yang dah rata tadi setebal 0.5cm -1 macam, ikut cita rasa masing-masing, jangan terlalu tebal nanti masa nak makan boleh sakit gigi

bila dah canai, cepat-cepat potong.nanti adunan keras dah susah nak potong, pastikan pisau anda tajam.

agak mencabar kerana kita kena bertindak pantas, cabarannya ialah kena bertindak semasa adunan panas dan adunan cepat sangat keras/membeku.

kalau adunan dah beku susah sikit nak potong.bukan susah sikit tapi susah banyak..hahaha..

Monday, April 8, 2013

Kapal Nabi Noh (Noah Ark)


Belum sempat tengok lagi video ni. mencari masa. Video orang putih buat ni pun nak kena tapis-tapis juga. takut menyimpang. Jadi sebelum anak-anak tengok, kita kena tengok dulu.

Friday, March 29, 2013

Firaun yang mengejar nabi Musa dan Lemas di laut.



Saja ku upload dokumen sokongan ini kerana ramai blogger dan  beberapa Ustaz di Malaysia juga ada yang berceramah dan mengatakan Firaun yang mengejar Nabi Musa ialah Ramsess II. Bukti yang dikemukakan ialah penemuan kandungan garam yang sangat tinggi dalam badan mumia Ramsess II. Sebenarnya penggunaan garam merupakan salah satu prosedur pengawetan mayat zaman dahulu.

Berdasarkan buku Dr Afareez yang berjudul Firaun: Musuh para Nabi terbitan PTS, Firaun Meremptah mati akibat paru-parunya yang dipenuhi air dan kesan hentakan kuat di kepala yang dipercayai datang daripada cantuman air laut yang bertekanan tinggi.

Walau bagaimana pun Firaun Ramses II lah yang mengarahkan semua bayi lelaki dari keturunan Israel dibunuh. Dia jugalah firaun yang membesarkan nabi Musa. Walau bagaimana pun dia akhirnya mangkat dalam usia 97 tahun kerana sakit tua dan anaknya Meremptah yang pada masa itu seorang panglima perang ditabalkan mewarisi takhta.  Merempath menpunyai sikap yang sama seperti bapanya dan mengaku dirinya Tuhan.


Harap maklum.

Wednesday, January 9, 2013

Seronoknya kembali ke MRSM Balik Pulau

Cuti sekolah yang lalu kami sekeluarga mengunjungi kawan lama ibu semasa sekolah di mrsmbp. Namanya Bella. Kedatangan kami ini ibarat kunjungan balas la.. Hari tu masa raya mereka sekeluarga sudi 
singgah di rumah kami di Ipoh. 

Bella dan Encik Suaminya (Cikgu Zul) sangat welcome kedatangan kami. 

Masyaallah, kalau tengok hidangan yang Bella sediakan ni aku rasa macam ada 
sekumpulan pari-pari yang tolong dia masak. 

Kami datang dalam jumlah yang ramai. ( Aku kan anak ramai..).
 Jadi bila makan tak cukup sebuah meja. 
Nasib baik rumah Bella ada 2 cawangan meja makan. 



Anak kami dengan anak Bella malam tadi main tak henti-henti sampai kena paksa suruh tidur. 
Rumah Bella macam Pusat Ko Kurikulum sebab banyak indoor game. 

Kami tidur satu malam. 
Esoknya Cikgu Zul ajak kami meninjau kenangan di sekitar maktab. 


Sebelum gerak kami bergambar dulu. 

Siri ini akan bersambung lagi dengan episod.. (wajah mrsmbp dulu dan sekarang)
Tungguuu..... 

Sunday, January 6, 2013

Kuliah subuh di Tahun baru

Pada pagi ini kita hayati intipati daripada ceramah berikut

penyampai: Ustaz Haji Zamri (Timbalan Mufti Negeri Perak)
Kuliah Subuh Masjid An Nur, Batu 8, Ulu Kinta. 



  • Nikmat itu apabila disyukuri ia akan berkekalan,  kalau di kufuri, ia akan lari.
  • Boleh ke nikmat yg telah Allah beri pd seseorang, Allah tarik balik. Bolehkah Allah beri balik nikmat itu dlm keadaan tertentu (amalan tertentu oleh insan itu).
  • Cara nikmat itu disyukuri ialah tanam dalam dalam  hati dan yakin ianya dtg daripada Allah semata semata walaupun nikmat itu dtg dari tangan tangan orang.
  • Tak ada istilah dlm islam perkataan mengungkit. Al quran tertulis yg bermaksud jgnlah kamu membatalkan sedekah kamu sehingga sakit hati org yg menerima sedekah itu.
  • Geak kerja kita selari dgn apa yg Allah beri nikmat.
  • Imam shafie kata nikmat itu luas dan liar dan oleh kerana itu kena ikat nikmat dgn cara mensyukuri. Nikmat paling besar yg Allah beri ialah nikmat iman dan islam pd kita. ( kita dipilih oleh Allah jadi islam)
  • Nikmat kena jaga supaya nikmat islam dan iman tidak lari daripada kita.
  • Oleh kerana tiada jaminan bahawa nikmat iman dan islam itu akan kekal,  maka adanya orang yg asalnya islam tetapi mati dlm keadaan bukan islam.
  • Golongan khawarij kata keluar islam bila buat dosa besar.
  • Golongan mutazillah kata buat dosa besar masuk neraka dan kekal dlm neraka. Mcm org kafir tetapi bukan golongan kafir.
  • Surah al hujurat ayat 14, cuba tengok.
  • Kalau seseorang kafir mengucapkan kalimah syahadah tiba tiba mati, wajib kita menguruskan secara islam.
  • Ada satu kampung kafir diserang, salah seorang tahanan itu mengucapkan kalimah syahadah tetapi dibunuh juga. Sampai ke penegtahuan Rasul. Rasulullah tanya kenapa. Kata usama, dia mengucapkan kalimah shahadah semata mata tidak mahu dibunuh. Rasulullah kata apa yg ada dlm hati manusia hanya Allah sahaja yg maha mengetahuinya.
  • Kufur ada 2 jenis iaitu. Kufur engkar iaitu seseorang yg langsung tidak kenal Allah dan tidak mengiktiraf Allah. Kufur juhud iaitu kufur melawan dimana dia kenal Allah tetapi dia melawan. Kufur inad iaitu kufur dengki iaitu menolak islam disebabkan hasad dengki spt abu jahal. Kufur nifak iaitu org org mulut manis tetapi berlakon.
  • Serban besar mcm mana pun, kalau dia mengingkari sembahyang, dia tetap kafir.
  • Kufur dosa atau kufur kafir. Dia berzina tetapi dia kata zina tu halal ( itu kufur kafir). Tetapi kalau dia tetap kata zina itu haram, dia kufur dosa dan perlu bertaubat.





  • Tuesday, December 25, 2012

    Kuliah subuh 25 Dis 2012

    Ceramah agama masjid an nur bt 8 oleh ustaz Harith Fazillah 25/12/12


    Tajuk : apakah hj mabrur (HM)
    Nabi sebut bahawa hj mabrur tiada dpt menandingini balasan Allah kecuali balasan syurga oleh Allah.
    1. Maksud mabrur ialah ketelusan,ketaatan,.
    2. Takrifan ulamak HM ialah hj yg diterima Allah1) hj yg tidak ternoda dgn dosa sedikit pun semasa melaksanakanya, hj yg tidak mengandungi sifat riak dan sumahah tidak juga lucah dan fasiq dan mesti ada rezeki yg halal semasa mengerjakanya, 3) imam khutubi ialah hj yg dilaksanakan dgn sempurna dan bertepatan dgn rukun (merangkumi segalanya).
    3. Kenduri hj elok buat selepas pulang. Jgn ikut apa org kata
    4. Tanda tanda hj MB walaupun hanya Allah sahaja yg tahu tetapi ulamak memberi pandangan iaitu a) imam nawawi kata org itu tidak suka maksiat dan cuba sedaya upaya utk mentaati segala perintah Allah b) imam Ghazali kata ia kembali dlm keadaan zuhud terhadap dunia iaitu anggap dunia ni tidak besar malah seronok nak jumpa pemilik kaabah c) kembali dgn akhlah muhammadiah iaitu akhlak Rasulullah, tidak merasa lebih baik dari orang lain, tidak berbuat sesuatu bersifat duniawi.
    5. Tanda hj yg tidak diterima ialah 1) balik dgn mengulangi perbuatan buruk yg sama seperti sebelum pergi tunai hj.
    6. Tanda hj yg dilaknat Allah ialah a) pulang dgn merasakan hj nya diterima Allah berbanding orang lain.
    7. Untuk sihat Rasulullah pesan supaya makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Atas sebab itu Rasul tolak 1 pemberian hadiah dari pembesar ketika dalam 3 jenis pemberian iaitu ilmu kedoktoran.

    Monday, November 19, 2012

    Faris - Pemilik Syarikat Penerbangan



    Anakku Muhammad Faris.
    Cita-citanya besar.

    Dahulu dia kata mahu kerja jual tanah.
    Ibu tanya, jual tanah untuk tanam bunga tu ye?
    "Bukan, Faris beli tanah kat kampung murah-murah,
    lepas tu jual kat orang lain mahal-mahal.."

    Kemudian dia mahu jadi Pilot.


    "ibu, kapal terbang yang pilot bawak tu dia punya sendiri ke ?"
    (dia ingat macam teksi persendirian kot).


    Ibu cakap tak.. pilot makan gaji dengan syarikat penerbangan.


    "Tuan punya syarikat tu pandai bawak kapal terbang tak?"

    Ibu jawab, tak semestinya. 

    Yang penting dia ada ilmu. 
    Berani buat pinjaman juta-juta untuk adakan modal besar. Pengalaman pun penting untuk urus perniagaan.

    "Kalau macam tu Faris nak jadi pemilik syarikat kapal terbang lah". 


    Faris sukakan kereta mewah.
    Semua jenis kereta mewah dia kenal.































    Kalau begitu mesti belajar bersungguh-sungguh dan banyak membaca. 
    Mesti ada disiplin diri yang tinggi. 
    Berusaha untuk dapat apa yang dicita-citakan.
    Minta pada Allah tak henti-henti.

    Tapi kalau perhatikan gambar di bawah..
    Inilah style Faris belajar..
    tak pernah serius.
    Sehingga terpaksa perlukan bantuan.
    Satu objek panjang
    kalau tanpa objek ini disisi
    ulangkaji kali ini pasti tak mencapai matlamat






















    Apa taknya..
    sampai pen pun dia tak larat nak pegang
    kertas pun ibu yang tolong 'turn the page'
    ibu bacakan soalan
    dia jawab dengan mulut saja
    itu pun dengan suara berbisik
    sepatah demi sepatah..
    leher pun tak boleh tegak.

    Ya Allah, 
    kurniakanlah hambamu ini kesabaran
    berhadapan dengan 'pemilik syarikat penerbangan' 
    yang bertuah ni.



    Walau pun batch mereka sudah mulakan PBS, cikgunya kata exam tetap dibuat utk sort pelajar bagi Hari Anugerah kecemerlangan.

    (sewaktu catatan ini ditulis, Muhammad Faris sudahpun mendapat keputusan peperiksaan akhir tahunnya. Alhamdulillah Faris dapat highest untuk Maths, Science dan BM Pemahaman)

    Sunday, November 18, 2012

    Keputusan UPSR 2012

    Pukul 9.30 pagi sampai di Dewan SK Marian Convent.
    Guru-guru sudah menunggu.
    Nadhirah berjumpa cikgu untuk dapatkan slip.
    Slip tak ada.
    Sebaliknya diberikan nombor diarahkan berkumpul.
    Kaklong terpinga sikit. 

    Tiba-tiba Dr Tharizah (Isteri YDP-PIBG) datang peluk ibu dan ucapkan tahniah. Rupanya dia dah tahu lebih awal.

    Kaklong dapat 5A. Anaknya Syafiqah pun sama. 


    Ayah menangis. kaklong pun tak mampu nak bukak mata.
    Ibu tak sabar-sabar nak ambil gambar. Muka depa belum ready.


    Giliran ibu pulak bergambar.
    Airmata gembira dah lap dah...

    Pengumuman dibuat.
    Semua pelajar yang mendapat 5A diarah bergerak bersama guru besar ke SK Convent. 
    Disana ada majlis Sidang Media dan penyampaian Hadiah.
    Pengumuman keputusan UPSR secara rasmi dibuat di sana. 
    Sekolah-sekolah dan pelajar terbaik diumumkan di hadapan wartawan. 

    Kami tak tahu nak ke sana.
    Cara yang terbaik ialah follow kereta Puan Guru Besar


    Sampai di sana terus mendaftar

    Ada ramai pegawai JPN/PPD dan wartawan.


    Press Conference sedang berlangsung.
    Sempat bergambar dengan kawan-kawan.

    Sekolah Kaklong (SK Marian Convent) diumumkan sebagai sekolah yang yang produced bilangan 5A paling ramai peringkat negeri Perak iaitu 60 orang.

    Sekolah-sekolah terbaik di setiap daerah diumumkan.
    Sk Convent (Tuan rumah) diumumkan sebagai Sekolah Terbaik Keseluruhan Negeri Perak.


    Kaklong menerima slip peperiksaan daripada
    YB Dato' Zahir.

    Bergambar bersama wartawan


    Ini dia slip keputusan Kaklong.
    Siap dilaminate.

    Pukul 12.30 kami kembali ke Sk Marian Convent.
    Guru besar pun dah ada di biliknya.
    Kami terus berjumpa beliau sebab kaklong ada sedikit urusan.

    Kaklong menyampaikan nazar dia kepada Puan Guru Besar

    Syukur atas Rahmat Allah untuk Nur Nadhirah.
    5A ini bukan destinasi.
    Ia sebenarnya satu tiket.
    Yang sekian lama kita sekeluarga idamkan.
    Kaklong akan gunakannya sebagai batu loncatan untuk ke destinasi yang lebih tinggi. 


    InsyaAllah, dengan slip ini kaklong akan memohon ke
    MRSM yang ada Program Ulul Albab tu.

    Terima kasih Kak Long.
    Semoga menjadi contoh kepada adik-adik berikutnya.


    Gambar-gambar di bawah ini sekadar mengenang nostalgia.
    Teringat kembali perjuangan kita. 
    Yang telah bermula seawal kaklong darjah satu.

    Ingat tak? Ini hari pertama kaklong menjejak kaki di SKMC.


    Ayah dan ibu tinggalkan homework sebelum pergi kerja.
    Balik nanti kita bincangkan jawapannya.
    Ia berlaku setiap hari.

    Kaklong anak pertama yang ramai adik-adik kecil.
    kalau di rumah kita tak boleh belajar dengan selesa.
    Adik kembar dan baby Nasuha selalu mengacau.

    Lalu setiap hujung minggu..
    ayah akan bawa kaklong, Kimi dan Faris,
    mencari lokasi lain yang lebih kondusif dan tenang untuk mengulangkaji.



    Di pentas Dewan Terbuka SMK Tambun
    inilah antara lokasi pilihan.

    Ayah dengan ibu rasa terbayar segala penat lelah.
    Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu Kaklong.
    Termasuklah juga Guru Tuisyen Kaklong (iaitu ayah).

    Kenanglah jasa ayah.
    Walau pun Guru bukan kariernya.
    Dia sanggup belajar semula semua subjek kaklong, 
    macam dia pulak yang nak periksa. 
    Dan dia akan pastikan kaklong belajar topik itu in advance...
    Supaya kaklong lebih senang faham bila belajar dengan cikgu di sekolah. 

    Tahniah Nur Nadhirah..

    Saturday, November 17, 2012

    kimi dan faris berkhatan

    Hari ini sabtu 17/11/2012.
    Hari bersejarah dalam hidup Hakimi dan Faris.  
    mereka akan masuk ke alam dewasa.
    Lepas ni boleh masuk saf dewasa dalam mesjid.
    lepas ni boleh jadi imam solat.


    Hakimi dah nak kena inject. Atuk tengah mententeramkan dia.

    Faris tengah diinject oleh doktor. faris lagi steady..rilek je.

    Skarang ni abang kimi sedang disunat.
    Faris yang baru kena injek sedang menunggu giliran.


    Urusan selesai. Muka Faris nampak gembira. 
    Abang kimi kenapa sedih je?
    Mesti sedih sebab 'isipadu' dah berkurang..
    ``

    menunggu ubat disiapkan. Hari ini agak tenang. 
    Orang tak ramai.
    di Klinik Dr Sabarudin Medan Gopeng. 

    Perjalanan balik ke rumah.
    Opah ajar ibu macam macam petua.
    Macam mana nak jaga budak lepas bersunat.

    Faris kata depa dilayan macam raja. 
    Sampai ke rumah dah ada tilam menunggu.
    nak makanan orang hantarkan.
    mandi pun ibu temankan.


    Tiba waktu solat.
    Tanggungjawab tetap kena laksanakan..

    Pertama kali mereka bersolat sambil berbaring.
    cuba teka apa dia 'surprise' kat dalam kain pelikat tu?
    mereka memanggilnya SANGKAR BURUNG !!!!





    Thursday, November 15, 2012

    Jurnal kenduri - Luqman dan Faris berkhatan

    Hari ini hari rabu. Esok 15/11/012 kami nak buat kenduri doa selamat.
    Luqman dan Faris akan berkhatan pada hari Sabtu akan datang (17/11/2012).

    Oleh kerana cuti sekolah pun dah bermula, kami cadang buat gotong royong adik beradik.

    semua kerja bermula petang ini selepas waktu asar pukul 5 petang.

    ayam - masak merah.
    Kami beli ayam 23 ekor. asalnya 20 je. takut tak cukup tambah lagi 3 ekor.
    ayam dipotong 12.
    beli kat batu 8, dia siap potong.
    Harga sekilo rm6.50

    Tukang cuci ayam pastikan tiada bulu yang tertinggal ye.
    fuh.. letih depa mencuci ayam sampai pukul 6.30 petang.





    Sementara tu Kama dengan fairuz dah nak start goreng ayam.

    Ayam digoreng guna garam dan kunyit saja. goreng dalam periuk. bubuh minyak dalam-dalam. Ayam tu kami susun dalam sangkar dawai. ayam tu himpit-himpit pun takpa. celup dalam minyak yang betul-betul panas. bila garing angkat. tak payah nak guna sudip nak terbalik-terbalikkan. ayam pun tak hancur.

    Sementara itu Isma dengan Rena kupas bawang dan halia untuk blend. bawang besar seguni yang berharga RM6 tu.

    cili kering gemuk (tak pedas)-1 kilo
    cili kering kerinting (pedas sikit) -1/2 kilo.
    Jumlah harga cili RM20

    semua cili rebus dan blend. periuk stok stainless steel aku penuh dengan cili tak pedas. Periuk putih aku penuh dengan cili pedas. apa la.. takdak gambar...(haa.. periuk putih dekat sebelah Pn Isma dalam gambar tu.)
    Puan Isma sediakan bahan blend.

    Masa nak tumis bubuh rempah tumis ayam (50 sen). Ismawati kata kulit kayu manis
    boleh boh banyak. Tapi bunga lawang (anak aku cakap spider) dengan buah pelaga takleh banyak. nanti tengik sangat.









    Aku guna periuk aluminium 40 inci. minyak menumis aku bubuh hingga melitupi semua permukaan lantai periuk. tumis bawang merah kecil semangkuk (blend semua) ini utk wangi,
    bawang merah besar 1/2 kilo (bend juga) ini untuk rasa manis,
    halia 5 inci, bawang putih  2 labu, serai 20 batang (semua blend juga).
    biar sampai wangi dan dah tak nampak air. hanya minyak dan bahan tumis je.
    Tiba tiba periuk senyap sunyi..tiada letupan kecil dalam periuk. Suasana begitu tenang..
    (rupanya gas habis).

    siaran tergendala sebentar..
    gambar ni lepas makan malam. ayam masih continue goreng. sambal yang ditumis kat dapur dalam rumah dah tergendala..

    best kat luar ni..angin sepoi sepoi.
    farah dengan khir pun on the way.
    satgi sampai.






    sebahagian kanak-kanak dan wanita (terutama geng cuci ayam tadi) dah terdampar di dalam rumah.











    sambung balik nak buat sambal ayam.
    Masa ni semua kakitangan dah balik. dah pukul 12 malam.
    periuk sambal transfer kat luar. ambil alih tempat goreng ayam tadi.
    selepas api dah dihidupkan bawang pun wangi semula.  baru masukkan cili.
    aku campakkan asam keping segenggam (skala tangan aku la).
    tunggu lagi sampai semua cili masak dan airnya sejat.
    minyak pun semua naik atas.
    aku nampak sambal aku memenuhi setengah periuk. silap lagi tak ambil gambar.
    warnanya merah terang.

    masa ni tinggal aku berdua dengan darling saja.
    anak-anak pun semua dah terlelap keletihan.
    kami pun bersembang sambil merenung masa depan.
    sambil menunggu cili betul2 masak. di tangan ada sudip.
    aku pun bubuh gula sekilo setengah. garam 3 sudu besar (tak cukup adjust la..).
    warna sambal jadi lebih gelap. Kuahnya nampak semakin cair. Ini sebab gula.
    sambalnya meletup letup dan semakin mencabar bila nak kacau.
    api jangan kuat-kuat. dah mendidih semula tutup api.
    aku tutup dengan sangai je. bagi ada pengudaraan.
    kalau wap dia terperangkap dan jatuh balik nanti cepat basi.
    sebab air wap itu membawa bersama bakteria-bakteria jahat yang mungkin berada pada penutup itu (cea.. teori cikgu fizik)

    Maka terhasil la sambal yang cukup untuk ayam 23 ekor ayam esok.

    Aaahhh...jam menunjukkan tepat pukul 1 pagi. Tukar baju.. gosok gigi..cuci muka.
    leganya dapat pakai baju tidur dan dan baring meluruskan badan. zzzzzzzzz.....

    Tepat pukul 6.30 pagi kami terjaga serentak.
    alamak!! subuh masih ada. Berkualiti sunggh tidur semalam.

    Siap mandi, housekeeping sikit sementara Encik suami pegi beli sarapan.
    Pukul 8.00 semua adik-beradik dah datang balik.
    semalam mereka tidur di rumah emak.



    mereka aku tugaskan untuk buat jelatah. Sementara itu emak menyambil-nyambil buat bubur kacang.

    semalam khir bawakkan beberapa ekor terubuk masin sarawak. aku sub ikan masin tu kat roziah. tengok tu dia ngan farah betapa happynya menetak-netak ikan masin (depa komplen pisau tumpul ! )

    tetiba je turun si jelita dengan rabut palsunya
     (nak cover rambut asal dia yang sangat pendek tu)

    Sementara itu, diluar rumah...jengjengjeng...
    operasi memasak nasik tomato pun bermula..

    aku yang jadi masterchep nyearrrr...
    dibantu oleh kama sebab dia yang tau guna periuk tu (pecah rahsia aku tak reti guna periuk). kama tolong bukak tin dan angkat-angkat periuk berat. dia jugaklah yang punggah nasik masuk dalam flask sementar aku basuh beras untuk masak next trip.






    ok... supaya tak lupa. catatkan resipinya sementara masih ingat.
    untuk 9 pot beras (pot yang disertakan semasa membeli periuk ini). cecair yang digunakan pun mesti 9 pot juga. cecair ni maknanya sudah termasuklah minyak menumis (aku guna 1/2 pot. aku rasa 2 cawan minum tu kot). bawang kecil blended tu sesenduk, bawang besar blend tu 1 pot, bawang putih dan halia blend 2 sudu besar setiap satu. susu cair 3 tin. tomato puri 3 tin (125ml). aku guna sepenuhnya puree sebab aku suka kalernya yang merah menyerlah. Gula 2 senduk (aku rasa dalam 1/2 pot jugakla) dan garam 1 sudu besar. bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga semuanya 4 kuntum each.

    masukkan beras...
    aku pun kacau la utk elakkan kerak terbentuk sampai air semua kering. bila kering semua air periuk pun ditutup dan pasang timer kat hanpon (cheaaa.. canggih gitu! 5 minit pertama wap mula escape . 10 minit bau hangit pun keluar! jangan takut.. boleh bukak jap dan kacau sikit kalau nak.. bau tu gimik je. selepas 15 minit ngam. bukaklah dan anda akan menemui nasik tomato yang gemuk-gemuk butir nasiknya. lazat dan menyelerakan. yesss!! aku dah pandai masak nasik banyak.
    penuh satu flask besar. aku rasa dalam 5 kilo beras yang aku masak tadi. memang nasik tomato akan ada kerak.. selamat mencuci kerak pula.

    kami masak 3 trip nasik tomato. tidak termasuk first trip nasik putih tadi yang kama masak sebagai backup (mana tau nasi tomato aku tak menjadi).


    sementara itu kerusi meja pun telah siap disusun  . tukang susun kerusi iaitu en khair dan encik sudin sudah keletihan.

    (tidak sempat buat liputan semasa en khair membancuh air sirap tadi.  sorry..) dia bancuh air dengan 6 kilo gula (dah jadi air gula la..)






    masa ni tak nampak darling aku di mana. aku rasa dia pergi order ais kot.



    tepat pukul 11.45 tetamu pun dah mula datang. aku naik atas. mandi dan tukar baju. apa lagi... lepas ni acara salam salam pula..

    Ustaz Rusmizi tadi bacakan doa selamat. Dia yang berbaju maroon tu.
    sebelah dia ustaz Pakhrudin (suami Ustazah Hafilah).
    dulu masa kecik pun sekampung dengan aku.
    Hajar, ustazah Roshidah dan ustazah siti arma (isteri che'gu jamil)

    Cikgu Ahmad pun datang dengan irfan
    Kak maz sekeluarga
    En Sudin dan keluarga En Fuzir.
    kat meja belakang sana tu ada Rahim Ahmad and gangs.
    Ini meja VIP. ada ayah/emak/en khair dan kak Saba/Yeopmat

    Inilah pengalaman pertama kami buat kenduri masak sendiri. 
    semua yang dicatat di sini mencukupi untuk jemputan seramai 200 orang 
    (utk budget akan datang). ayam pun ada lebih. beras masak tadi 20 kg.
    budget keseluruhan termasuk sewa khemah  dan kerusi meja tak sampai seribu ringgit 

    kira OK la.. next time boleh buat lagi.