Wednesday, January 9, 2013

Seronoknya kembali ke MRSM Balik Pulau

Cuti sekolah yang lalu kami sekeluarga mengunjungi kawan lama ibu semasa sekolah di mrsmbp. Namanya Bella. Kedatangan kami ini ibarat kunjungan balas la.. Hari tu masa raya mereka sekeluarga sudi 
singgah di rumah kami di Ipoh. 

Bella dan Encik Suaminya (Cikgu Zul) sangat welcome kedatangan kami. 

Masyaallah, kalau tengok hidangan yang Bella sediakan ni aku rasa macam ada 
sekumpulan pari-pari yang tolong dia masak. 

Kami datang dalam jumlah yang ramai. ( Aku kan anak ramai..).
 Jadi bila makan tak cukup sebuah meja. 
Nasib baik rumah Bella ada 2 cawangan meja makan. 



Anak kami dengan anak Bella malam tadi main tak henti-henti sampai kena paksa suruh tidur. 
Rumah Bella macam Pusat Ko Kurikulum sebab banyak indoor game. 

Kami tidur satu malam. 
Esoknya Cikgu Zul ajak kami meninjau kenangan di sekitar maktab. 


Sebelum gerak kami bergambar dulu. 

Siri ini akan bersambung lagi dengan episod.. (wajah mrsmbp dulu dan sekarang)
Tungguuu..... 

1 comment:

  1. Datang lagi tau!! Serius datanglah lagi. Tak puas bersembang haritu... Lepas ni aku bawak korang pegi ikan bakar pulak.

    ReplyDelete