Luqman dan Faris akan berkhatan pada hari Sabtu akan datang (17/11/2012).
Oleh kerana cuti sekolah pun dah bermula, kami cadang buat gotong royong adik beradik.
semua kerja bermula petang ini selepas waktu asar pukul 5 petang.
ayam - masak merah.
Kami beli ayam 23 ekor. asalnya 20 je. takut tak cukup tambah lagi 3 ekor.
ayam dipotong 12.
beli kat batu 8, dia siap potong.
Harga sekilo rm6.50
Tukang cuci ayam pastikan tiada bulu yang tertinggal ye.
fuh.. letih depa mencuci ayam sampai pukul 6.30 petang.
Sementara tu Kama dengan fairuz dah nak start goreng ayam.
Ayam digoreng guna garam dan kunyit saja. goreng dalam periuk. bubuh minyak dalam-dalam. Ayam tu kami susun dalam sangkar dawai. ayam tu himpit-himpit pun takpa. celup dalam minyak yang betul-betul panas. bila garing angkat. tak payah nak guna sudip nak terbalik-terbalikkan. ayam pun tak hancur.
Sementara itu Isma dengan Rena kupas bawang dan halia untuk blend. bawang besar seguni yang berharga RM6 tu.
cili kering gemuk (tak pedas)-1 kilo
cili kering kerinting (pedas sikit) -1/2 kilo.
Jumlah harga cili RM20
semua cili rebus dan blend. periuk stok stainless steel aku penuh dengan cili tak pedas. Periuk putih aku penuh dengan cili pedas. apa la.. takdak gambar...(haa.. periuk putih dekat sebelah Pn Isma dalam gambar tu.)
Masa nak tumis bubuh rempah tumis ayam (50 sen). Ismawati kata kulit kayu manis
boleh boh banyak. Tapi bunga lawang (anak aku cakap spider) dengan buah pelaga takleh banyak. nanti tengik sangat.
Aku guna periuk aluminium 40 inci. minyak menumis aku bubuh hingga melitupi semua permukaan lantai periuk. tumis bawang merah kecil semangkuk (blend semua) ini utk wangi,
bawang merah besar 1/2 kilo (bend juga) ini untuk rasa manis,
halia 5 inci, bawang putih 2 labu, serai 20 batang (semua blend juga).
biar sampai wangi dan dah tak nampak air. hanya minyak dan bahan tumis je.
Tiba tiba periuk senyap sunyi..tiada letupan kecil dalam periuk. Suasana begitu tenang..
(rupanya gas habis).
siaran tergendala sebentar..
gambar ni lepas makan malam. ayam masih continue goreng. sambal yang ditumis kat dapur dalam rumah dah tergendala..
best kat luar ni..angin sepoi sepoi.
farah dengan khir pun on the way.
satgi sampai.
sebahagian kanak-kanak dan wanita (terutama geng cuci ayam tadi) dah terdampar di dalam rumah.
sambung balik nak buat sambal ayam.
Masa ni semua kakitangan dah balik. dah pukul 12 malam.
periuk sambal transfer kat luar. ambil alih tempat goreng ayam tadi.
selepas api dah dihidupkan bawang pun wangi semula. baru masukkan cili.
aku campakkan asam keping segenggam (skala tangan aku la).
tunggu lagi sampai semua cili masak dan airnya sejat.
minyak pun semua naik atas.
aku nampak sambal aku memenuhi setengah periuk. silap lagi tak ambil gambar.
warnanya merah terang.
masa ni tinggal aku berdua dengan darling saja.
anak-anak pun semua dah terlelap keletihan.
kami pun bersembang sambil merenung masa depan.
sambil menunggu cili betul2 masak. di tangan ada sudip.
aku pun bubuh gula sekilo setengah. garam 3 sudu besar (tak cukup adjust la..).
warna sambal jadi lebih gelap. Kuahnya nampak semakin cair. Ini sebab gula.
sambalnya meletup letup dan semakin mencabar bila nak kacau.
api jangan kuat-kuat. dah mendidih semula tutup api.
aku tutup dengan sangai je. bagi ada pengudaraan.
kalau wap dia terperangkap dan jatuh balik nanti cepat basi.
sebab air wap itu membawa bersama bakteria-bakteria jahat yang mungkin berada pada penutup itu (cea.. teori cikgu fizik)
Maka terhasil la sambal yang cukup untuk ayam 23 ekor ayam esok.
Aaahhh...jam menunjukkan tepat pukul 1 pagi. Tukar baju.. gosok gigi..cuci muka.
leganya dapat pakai baju tidur dan dan baring meluruskan badan. zzzzzzzzz.....
Tepat pukul 6.30 pagi kami terjaga serentak.
alamak!! subuh masih ada. Berkualiti sunggh tidur semalam.
Siap mandi, housekeeping sikit sementara Encik suami pegi beli sarapan.
Pukul 8.00 semua adik-beradik dah datang balik.
semalam mereka tidur di rumah emak.
mereka aku tugaskan untuk buat jelatah. Sementara itu emak menyambil-nyambil buat bubur kacang.
semalam khir bawakkan beberapa ekor terubuk masin sarawak. aku sub ikan masin tu kat roziah. tengok tu dia ngan farah betapa happynya menetak-netak ikan masin (depa komplen pisau tumpul ! )
tetiba je turun si jelita dengan rabut palsunya (nak cover rambut asal dia yang sangat pendek tu) |
Sementara itu, diluar rumah...jengjengjeng...
operasi memasak nasik tomato pun bermula..
aku yang jadi masterchep nyearrrr...
dibantu oleh kama sebab dia yang tau guna periuk tu (pecah rahsia aku tak reti guna periuk). kama tolong bukak tin dan angkat-angkat periuk berat. dia jugaklah yang punggah nasik masuk dalam flask sementar aku basuh beras untuk masak next trip.
ok... supaya tak lupa. catatkan resipinya sementara masih ingat.
untuk 9 pot beras (pot yang disertakan semasa membeli periuk ini). cecair yang digunakan pun mesti 9 pot juga. cecair ni maknanya sudah termasuklah minyak menumis (aku guna 1/2 pot. aku rasa 2 cawan minum tu kot). bawang kecil blended tu sesenduk, bawang besar blend tu 1 pot, bawang putih dan halia blend 2 sudu besar setiap satu. susu cair 3 tin. tomato puri 3 tin (125ml). aku guna sepenuhnya puree sebab aku suka kalernya yang merah menyerlah. Gula 2 senduk (aku rasa dalam 1/2 pot jugakla) dan garam 1 sudu besar. bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga semuanya 4 kuntum each.
masukkan beras...
aku pun kacau la utk elakkan kerak terbentuk sampai air semua kering. bila kering semua air periuk pun ditutup dan pasang timer kat hanpon (cheaaa.. canggih gitu! 5 minit pertama wap mula escape . 10 minit bau hangit pun keluar! jangan takut.. boleh bukak jap dan kacau sikit kalau nak.. bau tu gimik je. selepas 15 minit ngam. bukaklah dan anda akan menemui nasik tomato yang gemuk-gemuk butir nasiknya. lazat dan menyelerakan. yesss!! aku dah pandai masak nasik banyak.
penuh satu flask besar. aku rasa dalam 5 kilo beras yang aku masak tadi. memang nasik tomato akan ada kerak.. selamat mencuci kerak pula.
kami masak 3 trip nasik tomato. tidak termasuk first trip nasik putih tadi yang kama masak sebagai backup (mana tau nasi tomato aku tak menjadi).
sementara itu kerusi meja pun telah siap disusun . tukang susun kerusi iaitu en khair dan encik sudin sudah keletihan.
(tidak sempat buat liputan semasa en khair membancuh air sirap tadi. sorry..) dia bancuh air dengan 6 kilo gula (dah jadi air gula la..)
masa ni tak nampak darling aku di mana. aku rasa dia pergi order ais kot.
tepat pukul 11.45 tetamu pun dah mula datang. aku naik atas. mandi dan tukar baju. apa lagi... lepas ni acara salam salam pula..
Ustaz Rusmizi tadi bacakan doa selamat. Dia yang berbaju maroon tu. sebelah dia ustaz Pakhrudin (suami Ustazah Hafilah). dulu masa kecik pun sekampung dengan aku. |
Hajar, ustazah Roshidah dan ustazah siti arma (isteri che'gu jamil) |
Cikgu Ahmad pun datang dengan irfan |
Kak maz sekeluarga |
En Sudin dan keluarga En Fuzir. kat meja belakang sana tu ada Rahim Ahmad and gangs. |
Ini meja VIP. ada ayah/emak/en khair dan kak Saba/Yeopmat |
semua yang dicatat di sini mencukupi untuk jemputan seramai 200 orang
(utk budget akan datang). ayam pun ada lebih. beras masak tadi 20 kg.
budget keseluruhan termasuk sewa khemah dan kerusi meja tak sampai seribu ringgit
kira OK la.. next time boleh buat lagi.
No comments:
Post a Comment