Kuliah subuh di Tahun baru
Pada pagi ini kita hayati intipati daripada ceramah berikut
penyampai: Ustaz Haji Zamri (Timbalan Mufti Negeri Perak)
Kuliah Subuh Masjid An Nur, Batu 8, Ulu Kinta.
Nikmat itu apabila disyukuri ia akan berkekalan, kalau di kufuri, ia akan lari.
Boleh ke nikmat yg telah Allah beri pd seseorang, Allah tarik balik. Bolehkah Allah beri balik nikmat itu dlm keadaan tertentu (amalan tertentu oleh insan itu).
Cara nikmat itu disyukuri ialah tanam dalam dalam hati dan yakin ianya dtg daripada Allah semata semata walaupun nikmat itu dtg dari tangan tangan orang.
Tak ada istilah dlm islam perkataan mengungkit. Al quran tertulis yg bermaksud jgnlah kamu membatalkan sedekah kamu sehingga sakit hati org yg menerima sedekah itu.
Geak kerja kita selari dgn apa yg Allah beri nikmat.
Imam shafie kata nikmat itu luas dan liar dan oleh kerana itu kena ikat nikmat dgn cara mensyukuri. Nikmat paling besar yg Allah beri ialah nikmat iman dan islam pd kita. ( kita dipilih oleh Allah jadi islam)
Nikmat kena jaga supaya nikmat islam dan iman tidak lari daripada kita.
Oleh kerana tiada jaminan bahawa nikmat iman dan islam itu akan kekal, maka adanya orang yg asalnya islam tetapi mati dlm keadaan bukan islam.
Golongan khawarij kata keluar islam bila buat dosa besar.
Golongan mutazillah kata buat dosa besar masuk neraka dan kekal dlm neraka. Mcm org kafir tetapi bukan golongan kafir.
Surah al hujurat ayat 14, cuba tengok.
Kalau seseorang kafir mengucapkan kalimah syahadah tiba tiba mati, wajib kita menguruskan secara islam.
Ada satu kampung kafir diserang, salah seorang tahanan itu mengucapkan kalimah syahadah tetapi dibunuh juga. Sampai ke penegtahuan Rasul. Rasulullah tanya kenapa. Kata usama, dia mengucapkan kalimah shahadah semata mata tidak mahu dibunuh. Rasulullah kata apa yg ada dlm hati manusia hanya Allah sahaja yg maha mengetahuinya.
Kufur ada 2 jenis iaitu. Kufur engkar iaitu seseorang yg langsung tidak kenal Allah dan tidak mengiktiraf Allah. Kufur juhud iaitu kufur melawan dimana dia kenal Allah tetapi dia melawan. Kufur inad iaitu kufur dengki iaitu menolak islam disebabkan hasad dengki spt abu jahal. Kufur nifak iaitu org org mulut manis tetapi berlakon.
Serban besar mcm mana pun, kalau dia mengingkari sembahyang, dia tetap kafir.
Kufur dosa atau kufur kafir. Dia berzina tetapi dia kata zina tu halal ( itu kufur kafir). Tetapi kalau dia tetap kata zina itu haram, dia kufur dosa dan perlu bertaubat.
No comments:
Post a Comment