Saturday, March 31, 2012

kebunku sekangkang kera.

Video kali ni menunjukkan yang  ibu pernah tanam kacang tanah dan labu. Kacang tanah elok ditanam sebab ia rimbun dan menyejukkan suasana. Tapi takbestnya sebab tunggu sampai 3-4 bulan petik hasilnya sekali je. Lepas tu labu pun OK juga tapi taktau kenapa labu kami berbuah lebat tup-tup bila dah besar penumbuk terus dia luruh dari tangkai. Dapat makan pucuk labu je ada kot 2 kali masak. Give up la tanam labu 



Lepas habis musim labu kami tanam bendi pulak. Haa.. bendi memang OK dan puas makan. tak berhenti dia berbuah. Hampir setiap hari kami makan bendi. Tapi satu petua ibu nak bagi tau, kalau nak simpan bendi dalam peti ais mesti masukkan terus tanpa dibasuh terlebih dahulu. Nanti nak masak baru basuh. Sebab bendi kalau terkena air ia akan tua di dalam peti sejuk.


kebun keluarga kami kecil saja tapi sudah beberapa kali dimanfaatkan. untuk tanaman akan datang aku akan upload lagi gambarnya. tapi nampaknya yang rajin mengusahakan kebun ni ibu je dengan ditolong oleh kembar. Ayah rajin menguatkuasa je. "ok, esok kita semua merawat halaman. ibu clear kebun dia." lepas tu akan kelihatan ayah sorang je yang cabut rumput, ibu clear kebun. kimi faris menyepak bola je..... kaklong dengan adik beradik perempuannya main masak-masak.

Saturday, December 24, 2011

Sambutan hari jadi Amni dan Saiful


Hari ini 24 Disember 2011. Makngah Farah sekeluarga balik untuk celebrate birthday Amni dan pakcu. semua orang ada masa ni. Ayah Ngah siap gi memancing kat kolam (berbayar je..ingatkan jadi nelayan kat laut). bawak balik beberapa ekor ikan besar. kat gambar tu ada ikannya. tak habis pun sampai te next day. Party ni mostly ayah ngah yang taja. kek bulat tu pakcu punya dan kek 4 segi tu amni punya. tapi amni tak reti potong pun. pakcu dapat hadiah mahal dari abng/kakaknya. birthday kali ni pakcu dapat laptop, dapat handphone Samsung, dapat tali pingggang kulit.. dan ada lagi yang bagi secara rahsia..fuhh.. seronoknya pakcu! selamat hari jadi untuk pakcu yang ke 21 dan untuk Amni yang ke 2. tahun depan sponsor lagi ye..
Posted by Picasa

Wednesday, December 21, 2011

Nasuha keluar ke kebun waktu pagi


ini takda lain. mesti kerja kak long. depa keluar rumah pagi pagi. ibu minta tolong cabut rumput tapi kak long dengan nasuha sibuk bergambar-gambar. nasuha pun belum sarapan lagi. belum mandi dan berbaju tidur lagi..nasuha dah jadi batang pisang. kat kepala dia keluar daun pisang.
Posted by Picasa

Monday, November 28, 2011

Majlis Perkahwinan Adik Nona (Maksu)

Hari ini 26 November 2011. Maksu kawin dengan pasangannya Syamsul Syafendi b. Taharin dari Kangar, Perlis. Kita lihat sebahagian persediaan majlis maksu.



Sementara tunggu tok kadi mai, depa sempat lagi makan durian... tudiaaa... sat lagi bau satu ghumah.



Upacara akad nikah diadakan di rumah. Ni semua yang terlibat sedang mengambil tempat.



Sementara itu Nasuha asyik meragam saja. Dia mintak didukung sentiasa. masalahnya ibu nak ambik video majlis ni. Tiba- tiba Nasuha terus senyap tak meragam lagi. Nak tau dia buat apa..?



Upacara akad Nikah. Berapa kali lafaz?



Sarung cincin pulak.. flash camera bersinar sinar macam artis pulak yang kawin ni.. hehhe..



Tamat saja acara akad nikah ada beberapa pihak yang happy dengan cara masing-masing.





Acara sebelah malam pulak..

Hari Ko Kurikulum SMK Tambun

Hari ini 24/10/2011 ada aktiviti Hari Ko Kurikulum di sekolah ibu.
Satu keluarga ikut ke sekolah. Nasuha masuk aktiviti mewarna. Meh kita tengok dia mengaler. pandai tak nasuha pegang pensel.



Lepas tu nasuha dahaga. Bawak dia pergi minum kat gerai.



Lepas tu kami naik ke library sebab ibu kena conduct aktiviti. Ayah baca buku kegemaran.

Sambutan Harijadi Nur Nadhirah

Hari ini 15 Mac 2011.
Harijadi Nur Nadhirah.
Kami sambut dalam bentuk garden party kat luar rumah.
Mula-mula kami nyanyikan lagu.



Lepas tu acara bagi hadiah. hadiahnya simple-simple saja tapi itu tanda kasih sayang kami kepada kaklong. Semua orang contribute hadiah masing.



Last sekali bacaan doa oleh Alfadhil Ustaz Proffesor Dato' Dr Luqman Haqimi (gelaran ni dia letak sendiri ye.. bukan ibu. Ibu tukang panggil je)

Rajinnya anak anakku..

Dalam siri kali ini ibu nak tunjukkan beberapa video yang memaparkan kerajinan anak ibu di rumah.
Sebagai permulaan gamgar Abang Kimi dulu. tengok dia buat apa. Video ni diambil hari Ahad 27 Feb 2011.

Sunday, November 27, 2011

Bahasa Melayu UPSR

Berikut merupakan contoh video yang boleh dijadikan panduan.

lt;/iframe>

Berikut mengandungi panduan yang digunakan oleh pemeriksa kertas BM.

Sunday, June 26, 2011

Strategi memotivasikan anak- anak belajar.

Baru habis peperiksaan pertengahan tahun. 24/6/2011 hari khamis ialah hari bertemu waris SK Methodist Ho Seng Ong. Kami suami isteri berjumpa dengan Pn Tan Lai Ngoh iaitu cikgu Faris. Kami terkejut bila Faris dapat tempat pertama. Sebab masa mula mula masuk sekolah Faris menangis la.. berguling-guling kat lantai la.. tidur dalam kelas sampai rehat, lepas tu minta abang Kimi tunggu dia dalam kelas. Sebab Faris langsung tak independant.
Pn Tan dulu cikgu kelas Kimi masa darjah satu. Dia cakap faris sangat berbeza dengan Luqman yang berdikari dan berwibawa. Sekarang Kimi dengan Cikgu Elias pulak. Cikgu Elias bahasakan Kimi sebagai 'anaknda'. "oh.. anaknda ke.. anaknda takda masalah. dapat nombor satu..".Kami pun rasa sangat happy.
Nak dijadikan cerita, Faris ni seorang yang sangat bermotivasi bila diberikan hadiah. Terutama daripada cikgu dia. Suatu hari dia pernah bawak balik kuih pulut panggang yang Ustazah Aminah beri sebab dia tak bising dalam kelas. Dia pegang pulut pangang tu merata rata. Sampai ke malam dia tak makan pulut tu. Lepas tu ibu nasihatkan supaya dia makan jelah pulut tu, nanti basi. Baru dia makan.
Maka kami pun fikir sesuatu. Periksa pertengahan tahun takda hari penyampaian hadiah. Nak bagi duit kat pn Tan suruh beli hadiah kut menyusahkan dia pulak. Maka ayah dan ibu pun senyap senyap beli hadiah yang agak munasabah dan bungkus sendiri hadiah tu. siap print labelnya sekali. Ibu pun balut sorang2 dalam bilik dan ayah pun cakap '' Pn Tan sebenarnya ada bagi hadiah masa hari ambik report card hari tu. tapi ayah terbawak ke ofis. Hadiah tu hadiah peribadi dari Pn Tan sebab dia ajar Faris dan dia pun pernah ajar Kimi juga. Pn Tan kata dia nak tengok Faris  dengan Kimi  dapat nombor satu tiap tiap tahun.  "
Tengoklah betapa gembiranya anak-anak kami menerima hadiah daripada 'Pn Tan' ..he..he.. semoga anak-anak ibu dan ayah akan belajar bersungguh-sungguh lagi selepas ini.

Wednesday, June 8, 2011

Ayat-ayat cinta

Hari ini 6.6.2011 aku baru habis baca novel ayat-ayat cinta tulisan Habiburrahman Al Saerozi. Novel ni dah lama keluar. Novel glamour yang lagunya Rossa nyanyi. Ada filem lagi. Aku pun baca e-book saja yang aku download dari 4shared.com. Senang tak payah nak carry naskah novel tebal ke sana ke mari. bila sempat sambung baca sikit sikit.
seperempat yang pertama agak boring sebab bahasa pun Indonesia. Banyak istilah yang aku pun ketawa bila baca. contohnya perempuan memakai purdah disebut 'perempuan bercadar'. Antara yang aku gelak lagi ialah dialog "cuaca sangat panas lalu kunyalakan kipas angin". hehehe... boleh nyala-nyala pulak kipas..
Tapi dah sampai separuh fuh sedih gila.. memang sesuai novel ni dikatakan novel pembangun jiwa. Mengisahkan mahasiswa Indonesia yang menuntut di Mesir dengan penuh survival tapi berpegang teguh pada agama. ada 4 orang wanita suka kat dia at one time. salah seorang ialah isterinya yang berpurdah tapi rupa-rupanya sungguh cantik dan kaya raya. Sorang lagi penganut kristian yang akhirnya mendapat hidayah sebelum mati. sorang lagi mahasiswi yang selama ini dia pun admire diam-diam tapi pompuan tu terlambat cakap sikit je. cisss... menyesalnya. Sorang lagi ialah pompuan malang yang dia tolong tapi tak kenang budi. Pompuan tu fitnah dia yang menyebabkan dia disumbat ke penjara.
Nadhirah, Luqman, Faris, Nabilah, Najihah dan Nasuha cubalah baca buku ni nanti. Sebab ia banyak mendidik tentang keimanan, cinta pada Alquran, penghayatan islam yang sebenar dan kita akan termotivasi untuk jadi seperti Fahri, hero dalam novel ini. Ayat-ayat cinta yang dimaksudkan rupa-rupanya kalimah-kalimah suci dalam Alquran yang Allah turunkan untuk makhluknya dengan kasih sayang yang tidak terbatas. Ibu bagi 5 bintang untuk novel ini.
Disini ada link untuk sesiapa yang nak baca dan kalau dah baca barulah boleh faham video Rossa dan lirik lagu ini sbenarnya. Dulu aku tau nyanyi je..
E book:  http://www.4shared.com/document/I7RjIQuO/Novel_Ayat_Ayat_Cinta.html

Friday, June 3, 2011

Kunjungan ke Rumah Rena

Renawati Alihusin ialah pembantu rumah kami. Semasa kami melancong ke Medan, kami sempat menziarah rumah mereka di Jalan Young Panah Hijau, Belawan pada 29 Mei 2011.
Rena merupakan anak sulung daripada tujuh adik beradik. Ibunya Mariana berusia 34 dan ayahnya Alihusin, 40.
Ini masa mula-mula sampai.

Jalan kaki sikit menuju ke rumah mereka.

Ini di rumah mereka bersama keluarganya.


Ini pulak masa dah nak balik.

Rupanya kami orang Malaysia yang pertama sampai ke kampung Rena...

Thursday, January 27, 2011

Tugu Negara dan Zoo Negara

Wah, cuti akhir tahun 2010 penuh dengan agenda pendidikan.

Kami dapat pergi jenjalan pun last minute je.
Cuti kali ni rasa begitu pendek.
Salah satunya sebab ibu kena jaga periksa sampai 20/12/2010.
 Tapi kami tetap pegi jugak ke KL. 
Sambil menziarah rumah Amni kami pun singgah la ke tempat tempat ni.. 
macam skima je lawatan kami ni tapi budak-budak cukup gembira.




Tugu ni ibu dah pernah sampai tapi tak ingat bila dan dengan siapa. 
Terkejut budak2 tengok patung yang sebesar itu. 
tak sangka macam tu punya besar.
 Ingatkan saiz badan manusia je macam patung peraga baju kat supermarket tu.




Kami pergi Planetarium Negara.. rasa macam jadi angkasawan.
Ini pulak.. apa?




Ini tempat filem masam-masam manis P Ramlee. 
Cari jugak tempat dating tu tapi mungkin depa dah ubahsuai.
 Amni pun ikut sekali.



Wah, ada cinderella.. Rapunzel rambut pendek..?



Ini Nasuha dekat I-City. 
Selama ni tengok gambar je..
 nak jugak pergi tengok sendiri, live. 
Nasuha yang segar bugar setelah puas kami 'tidursiang' kan dia. 
Maksu pun ada.. dia yang guide kami sampai ke sini. 
Orang punya la ramai nak tengok lampu.



Ada satu gambar je yang tak masuk.. mana pi gambar tu..

MUZIUM NEGARA..???

Wednesday, December 22, 2010

Sekarang ni tengah gila membuat  roti. hari-hari buat roti. Cikdah memang selalu buat donut dan pau untuk makanan 6 orang askar ni. tapi sejak cikdah terjumpa bread improver ni.. menjadi-jadi cikdah punya minat membuat roti. ala-ala nak bukak bakery gitu,
Cikdah rujuk laman fotopages Pn Alfahanum. Dia buat roti sebijik macam  yang bakery jual. Cikdah pun tiru.. eh, sama la. Setakat ni cikdah dah cuba Bun kaya, pizza, bun pintal. Cik abang kata OK..
Hari ni cikdah nak buat roti kismis dengan roti kacang merah dan bun kacang (cam sama je???) tengok la nanti, lain tuhh!
akan ku upload gambarnya.

Semalam punya roti cikdah malu nak bubuh gambarnya sebab dapur cikdah bersepah masa tu. hari ni cikdah akan clearkan cecantik dapur cikdah termasukla oven chokia yang cikdah guna tu pun cikdah akan bubuh gambarnya. (actually sebelum ni cikdah tak yakin oven cap ayam tu boleh buat roti canggih). Lepas ni azam cikdah ialah cikdah akan cipta berbagai roti yang terkemuka dan pujuk cik abang beli oven cap Zanussi ke.. Electrolux ke..hehehehh.

Selamat meroti. maia..mai anaak-anak semua kita ke dapur. (gambar akan menyusul kemudian).


doh bun manis asas dari resipi alfahanum fotopages.

bahan
A
480g tepung roti } (kakak guna 600g tepung gandum biasa utk menggantikan kedua2 jenis tepung ni)
120g tepung gandum }
110g gula
10g garam
20g susu tepung
4 sudu teh yis segera
B
1 biji telur
300ml air sejuk
C
60g mentega

cara
1. adun A hingga sebati
2. tambah B dan uli sehingga menghasilkan doh
3. campur C ke dalam doh dan terus menguli untuk menghasilkan doh yang lembut dan kenyal
4. tutup doh dengan plastik biarkan ia naik selama 50 - 60 minit atau berganda saiznya

Donut cuti sekolah

Cuti sekolah ada lagi tak sampai 2 minggu. Penuh aktiviti cuti kali ni. Awal cuti hari tu ibu kena jaga SPM kat SMK Tg Rambutan. Sekarang dah habis jaga exam ibu tengah sibuk jahit baju sekolah budak-budak ni. jemu jahit baju sekolah jahit baju kembang Nasuha la.. patchwork pengelap kaki la.. tak ketinggalan juga ibu memodify kembali jeans bebudak ni yang dah koyak di lutut tu jadikan seluar 3 suku.

Cuti kali ni best juga. Tengok wayang je dah 4 kali . Tapi bukan itu nak cerita sangat kali ni. Siri kali ni nak bagitau kisah anak-anakku yang kuat makan terutama musim tak pergi sekolah. petang ni nak buat donut kegemaran keluarga kami. kalau sekali uli memang sekilo. akan dapat 48 biji (dah kira..) donut kali ni ada enhancement. iaitu bercoklat diatasnya! Biarpun hitam rasanya manis.

Posted by Picasa

Monday, November 15, 2010

Sambutan harijadi Julai 2010

Tak sempat nak upload awal cerita ni. Masa ni sambutan harijadi empat orang serentak. Ayah 5/7, Haqimi 12/7, Nasuha 22/7 dan Faris 24/7.
Kami celebrate dua kali. Kali pertama 24 Julai di restoran. makan steamboat, tapi menyesal sebab susah mengendalikan budak kecik makan dengan kelengkapan dan periuk belanga yang panas-panas ni. Last-last makan tak kenyang pun. Asyik tumpah sana sini je.Makan dengan chopstick pun tak dapat-dapat nak tangkap makanan tu masuk mulut. At least untuk fun kira ok la.
 
Esoknya kami celebrate lagi sekali lagi kat rumah. Ha.. kali ni baru puas hati sebab bebas sikit makan di dapur sendiri. Seronok kami buat badut dengan icing. Ibu tiap kali mesti tak masuk gambar. Malu.. la pulak.Tahun depan ibu masuk gambar. Tahun ni ayah menyambut birthday yang ke 37, Kimi yang ke 8, faris yang ke 6 dan Nasuha baru yang pertama. Semoga panjang umur, diberikan keberkatan dalam umur dan rezeki , sihat dan menjadi insan yang bertaqwa.
 
Posted by Picasa

Thursday, September 30, 2010

Hari Raya 2010

Tahun ini hari Raya disambut pada Jumaat 10 September 2010. Sehari sebelum raya kamiberkumpul di Taman Mewah untuk berbuka puasa bersama. Yang takda cuma Khair/Farah dan Mat/Mas. Kami buka puasa kat garaj sebab dalam dah tak muat. Lagi pun tahun ini boleh guna rumah sebelah untuk parking (Mat dah beli rumah tu). ini gambar Nasuha sedang menunggu time berbuka.


Rumah sebelah tu ayah nak jadikan homestay. So, kami yang anak ramai ni menginap di situ sepanjang raya ni. Mai kita lihat balik suasana kita buka puasa untuk hari yang terakhir di bulan Ramadhan tahun ini. Rasa nak menitik ayag mata (ni betoi punya tau).
Ini gambar masa kita tengah berbuka beramai-ramai.



Lepas buka posa kami pun meneruskan aktiviti masing masing. Di luar rumah kelihatan seseorang yang setiap tahun muka yang sama mengendalikan acara ini


Oooo.. budak2 main bunga api, depa bergosip ye kat dapur.. Itu biasa, acara sambilan sambil memasak.



Ce tengok biras yang dua orang tu buat apa kat depan. Mungkinkah mereka sedang bertakbir..



Apapun tahun ini kami gembira kerana berjaya berpuasa penuh dan berterawih pun penuh. Maka tahun ini kita sekeluarga dapat hadiah iaituberaya dengan kereta baru. Heheheh.. keta ni baru dapat semalam tau.


Naktengok tak nombor plate nya..?




Pagi raya kami breakfast together-gether sebelum pi solat Aidilfitri. Terasa sedap makan apatah lagi bila memakai baju rayaTak percaya tengok Kimi makan. Inilah menu yang dimasak oleh orang kat dapur semalam.




Lepas Sembahyang raya ada majlis ringkas dengan kawan-kawan atuk.




Lepas tu baru acara bermaafan. Tapi tiba-tiba tahun ini ada penampilan istimewa. Cuba lihat siapakah dia special appearance itu?



Acara bermaafan pun bermula.

Tahun ni kenapa takda seniwati airmata hah?

kurang syahdu ke?


Kemudian acara bergambar. Lawak juga ni. Camera baru la pulakk..!! Isssh..ish.. asyik baru aje raya kali ni (masyaallah berlagaknya). Tak reti guna sepenuhnya lagi. maka inilah jadinya.

Ce kome tengok..


Lepas tu ada ucapan lagi.. sempena perutusan Raya 2010.





Kemudian tengahari kami ngap sekali lagi kat dapur. Ada yang dah bertukar baju, untuk memudahkan upacara membasuh pinggan.



Sebelah petang masing masih dah letih. Terdampar semuanya depan tv sambil
menonton siti nurhaliza.


Ini time yang ditunggu-tunggu oleh budak-budak iaitu mendapat duit raya dari Ayah Lang. Tengok apa yang istimewa duit raya depa ni.

Ooo. dapat 2 sampul rupanya. kaya la bebudak ni tahun ni.

Monday, August 23, 2010

Selamat Hari Lahir, Nasuha.

Selamat Hari Jadi Nasuha. Nasuha umurnya sudah satu tahun. Setakat nasuha umur setahun ni pencapaian dan perkembangannya adalah seperti berikut.
Ada gigi 4 batang (2 atas, 2 bawah) tapi giginya senget.
pandai berjalan setapak dua. tapi masa blog ni diupdate dia dah pandai lari dah..
pandai sebut perkataan 'ibu' lebih dahulu daripada 'ayah'. Ini saja satu-satunya anak yang boleh sebut ibu awal. yang lain semua
anak ayah.
Gambar ni merupakan hadiah daripada ibu sempena Nasuha dah setahun. Nasuha sekarang dalam keluarga dianggap seperti doll yang semua orang sayang. Sebab dialah yang paling kecil dan semua orang macam tak mau kasi dia besar.

Posted by Picasa

Friday, July 23, 2010

Kellie's Castle (di situlah Faris tunjuk perut)

Faris selalu bergambar dengan aksi yang tak disangka-sangka.
Ini di depan Kellies Castle di Batu Gajah, Perak.
Bangunan ni keras tau (sebab dibuat drp batu).
 Ia bangunan lama milik Encik Kellie yang meninggal di Portugal masa nak beli lift untuk istana dia ni lah. Bangunan ni tak sempat disiapkan.
tapi bolehla bayangkan bagaimana tersergamnya istana ni zaman dulu sebab berada di celah-celah masyarakat tempatan yang masih beratap nipah masa tu.
Bukan la nak cerita pasal istana ni sangat.
Nak tau pi la sendiri buat rombongan.
yang nak di highlight di sini ialah, cantik tak perut faris tu?
 kita tunggu lagi 30 tahun bagaimana saiznya.. hahahaha...

apakah like father like son? hahahhaha....................
Posted by Picasa

Gelagat anak anak aku..

Gambar ni satu pemandangan yang diambil dalam kereta sewaktu perjalanan balik dari Kelli'se Castle. Nak kata letih, perjalanan tak la jauh sangat. Masa ni dekat highway plus dari Simpang Pulai nak ke Tambun. Aku yang duduk sebelah driver menoleh le ke belakang nak tengok depa ok ke.. tertidur terlentok-lentok ke.. alih alih ini pemandangan yang ku nampak.
Masa ni dah tak kenal pun kaki sapa... Apa pun, syurga di telapak kaki ibu.
Posted by Picasa

Monday, June 28, 2010

Selamat Hari Bapa 2010

Ini alkisah sambutan Hari bapa untuk tahun ini. Ibu pun bawak budak-budak pergi beli apa yang depa nak jadikan hadiah untuk ayah depa. Ibu bawak depa ke kedai yang sesuai dengan budget depa la.
Esoknya acara ucapan dan penyampaian hadiah. Kaklong dan Hakimi siap deklamasikan sajak lagi. nak dengar ke..?Tak jadi upload sebab suaranya takda.
Lama jugak memikir hadiah yang sesuai untuk ayah ni. Tapi akhirnya berjaya jugak dapatkannya. Harap-harap ayah suka. Hadiah daripada ibu ialah sehelai kemeja magic yang bila ayah pakai je dia akan menjadi hensem. Hakimi hadiahkan ayah sehelai seluar pendek untuk ayah bersantai di rumah. Faris yang mementingkan penampilan telah menghadiahkan shaver. Wah.. Faris memang berjiwa lelaki. Si kembar pulak berkongsi membelikan ayah ..shhhh..nak bagitau tak ni? jeng-jeng..Bodyscrub!! depa kata nak bagi ayah wangi dan gebu.


Dan Nasuha menghadiahkan pipinya untuk dicium.. Selamat Hari Bapa.
Posted by Picasa