Wednesday, December 22, 2010

Donut cuti sekolah

Cuti sekolah ada lagi tak sampai 2 minggu. Penuh aktiviti cuti kali ni. Awal cuti hari tu ibu kena jaga SPM kat SMK Tg Rambutan. Sekarang dah habis jaga exam ibu tengah sibuk jahit baju sekolah budak-budak ni. jemu jahit baju sekolah jahit baju kembang Nasuha la.. patchwork pengelap kaki la.. tak ketinggalan juga ibu memodify kembali jeans bebudak ni yang dah koyak di lutut tu jadikan seluar 3 suku.

Cuti kali ni best juga. Tengok wayang je dah 4 kali . Tapi bukan itu nak cerita sangat kali ni. Siri kali ni nak bagitau kisah anak-anakku yang kuat makan terutama musim tak pergi sekolah. petang ni nak buat donut kegemaran keluarga kami. kalau sekali uli memang sekilo. akan dapat 48 biji (dah kira..) donut kali ni ada enhancement. iaitu bercoklat diatasnya! Biarpun hitam rasanya manis.

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment