Rumah sebelah tu ayah nak jadikan homestay. So, kami yang anak ramai ni menginap di situ sepanjang raya ni. Mai kita lihat balik suasana kita buka puasa untuk hari yang terakhir di bulan Ramadhan tahun ini. Rasa nak menitik ayag mata (ni betoi punya tau).
Lepas buka posa kami pun meneruskan aktiviti masing masing. Di luar rumah kelihatan seseorang yang setiap tahun muka yang sama mengendalikan acara ini
Oooo.. budak2 main bunga api, depa bergosip ye kat dapur.. Itu biasa, acara sambilan sambil memasak.
Apapun tahun ini kami gembira kerana berjaya berpuasa penuh dan berterawih pun penuh. Maka tahun ini kita sekeluarga dapat hadiah iaituberaya dengan kereta baru. Heheheh.. keta ni baru dapat semalam tau.
Naktengok tak nombor plate nya..?
Pagi raya kami breakfast together-gether sebelum pi solat Aidilfitri. Terasa sedap makan apatah lagi bila memakai baju rayaTak percaya tengok Kimi makan. Inilah menu yang dimasak oleh orang kat dapur semalam.
Lepas Sembahyang raya ada majlis ringkas dengan kawan-kawan atuk.
Lepas tu baru acara bermaafan. Tapi tiba-tiba tahun ini ada penampilan istimewa. Cuba lihat siapakah dia special appearance itu?
Acara bermaafan pun bermula.
Tahun ni kenapa takda seniwati airmata hah?
kurang syahdu ke?
Kemudian acara bergambar. Lawak juga ni. Camera baru la pulakk..!! Isssh..ish.. asyik baru aje raya kali ni (masyaallah berlagaknya). Tak reti guna sepenuhnya lagi. maka inilah jadinya.
Ce kome tengok..
Lepas tu ada ucapan lagi.. sempena perutusan Raya 2010.
Kemudian tengahari kami ngap sekali lagi kat dapur. Ada yang dah bertukar baju, untuk memudahkan upacara membasuh pinggan.
Sebelah petang masing masih dah letih. Terdampar semuanya depan tv sambil
menonton siti nurhaliza.
Ini time yang ditunggu-tunggu oleh budak-budak iaitu mendapat duit raya dari Ayah Lang. Tengok apa yang istimewa duit raya depa ni.
Ooo. dapat 2 sampul rupanya. kaya la bebudak ni tahun ni.
No comments:
Post a Comment