Sunday, June 26, 2011

Strategi memotivasikan anak- anak belajar.

Baru habis peperiksaan pertengahan tahun. 24/6/2011 hari khamis ialah hari bertemu waris SK Methodist Ho Seng Ong. Kami suami isteri berjumpa dengan Pn Tan Lai Ngoh iaitu cikgu Faris. Kami terkejut bila Faris dapat tempat pertama. Sebab masa mula mula masuk sekolah Faris menangis la.. berguling-guling kat lantai la.. tidur dalam kelas sampai rehat, lepas tu minta abang Kimi tunggu dia dalam kelas. Sebab Faris langsung tak independant.
Pn Tan dulu cikgu kelas Kimi masa darjah satu. Dia cakap faris sangat berbeza dengan Luqman yang berdikari dan berwibawa. Sekarang Kimi dengan Cikgu Elias pulak. Cikgu Elias bahasakan Kimi sebagai 'anaknda'. "oh.. anaknda ke.. anaknda takda masalah. dapat nombor satu..".Kami pun rasa sangat happy.
Nak dijadikan cerita, Faris ni seorang yang sangat bermotivasi bila diberikan hadiah. Terutama daripada cikgu dia. Suatu hari dia pernah bawak balik kuih pulut panggang yang Ustazah Aminah beri sebab dia tak bising dalam kelas. Dia pegang pulut pangang tu merata rata. Sampai ke malam dia tak makan pulut tu. Lepas tu ibu nasihatkan supaya dia makan jelah pulut tu, nanti basi. Baru dia makan.
Maka kami pun fikir sesuatu. Periksa pertengahan tahun takda hari penyampaian hadiah. Nak bagi duit kat pn Tan suruh beli hadiah kut menyusahkan dia pulak. Maka ayah dan ibu pun senyap senyap beli hadiah yang agak munasabah dan bungkus sendiri hadiah tu. siap print labelnya sekali. Ibu pun balut sorang2 dalam bilik dan ayah pun cakap '' Pn Tan sebenarnya ada bagi hadiah masa hari ambik report card hari tu. tapi ayah terbawak ke ofis. Hadiah tu hadiah peribadi dari Pn Tan sebab dia ajar Faris dan dia pun pernah ajar Kimi juga. Pn Tan kata dia nak tengok Faris  dengan Kimi  dapat nombor satu tiap tiap tahun.  "
Tengoklah betapa gembiranya anak-anak kami menerima hadiah daripada 'Pn Tan' ..he..he.. semoga anak-anak ibu dan ayah akan belajar bersungguh-sungguh lagi selepas ini.

No comments:

Post a Comment