Wednesday, April 25, 2012
Akrab Erat Sepakat
Tugas Nasuha setiap pagi

Setiap pagi Nasuha kadang-kadang bangun serentak dengan anak yang nak ke sekolah. Dia pun menyaksikan kami semua bersiap pergi kerja. Tiba time ayah nak pakai tali pinggang dia akan offer diri untuk cucukkan tali pinggang kat lubang tempat tali pinggang tu. Nasuha rasa sungguh bangga bila ayah puji-puji sumbangan dia tu. Nasuha je satu-satunya anak ayah yang suka buat benda ni.
Tetamu Allah
Walau apa pun, kami standby je pegi kursus.
Monday, April 23, 2012
Aktiviti hari Ahad
Pertandingan kali ni diorang takda rezeki. Kaklong tak dapat, kimi pun tak dapat. Tapi banyak juga tak puas hati dengan pengendalian pertandingan ni. Takpa la.. sikit sikit pejam mata jelah. tapi kesian jugak memikirkan depa jenuh practise. Apa taknya, ibu pun penat juga (menjahitkan baju kurung kaklong yang biru tu..hhehehhe..) takpa lah. sekurangnya kaklong dapat baju baru kaannnnnn......
| si hensem dan si jelita |
| Pakcu pun kami bawak sekali. |
Saturday, March 31, 2012
kebunku sekangkang kera.
Lepas habis musim labu kami tanam bendi pulak. Haa.. bendi memang OK dan puas makan. tak berhenti dia berbuah. Hampir setiap hari kami makan bendi. Tapi satu petua ibu nak bagi tau, kalau nak simpan bendi dalam peti ais mesti masukkan terus tanpa dibasuh terlebih dahulu. Nanti nak masak baru basuh. Sebab bendi kalau terkena air ia akan tua di dalam peti sejuk.

kebun keluarga kami kecil saja tapi sudah beberapa kali dimanfaatkan. untuk tanaman akan datang aku akan upload lagi gambarnya. tapi nampaknya yang rajin mengusahakan kebun ni ibu je dengan ditolong oleh kembar. Ayah rajin menguatkuasa je. "ok, esok kita semua merawat halaman. ibu clear kebun dia." lepas tu akan kelihatan ayah sorang je yang cabut rumput, ibu clear kebun. kimi faris menyepak bola je..... kaklong dengan adik beradik perempuannya main masak-masak.
Saturday, December 24, 2011
Sambutan hari jadi Amni dan Saiful

Hari ini 24 Disember 2011. Makngah Farah sekeluarga balik untuk celebrate birthday Amni dan pakcu. semua orang ada masa ni. Ayah Ngah siap gi memancing kat kolam (berbayar je..ingatkan jadi nelayan kat laut). bawak balik beberapa ekor ikan besar. kat gambar tu ada ikannya. tak habis pun sampai te next day. Party ni mostly ayah ngah yang taja. kek bulat tu pakcu punya dan kek 4 segi tu amni punya. tapi amni tak reti potong pun. pakcu dapat hadiah mahal dari abng/kakaknya. birthday kali ni pakcu dapat laptop, dapat handphone Samsung, dapat tali pingggang kulit.. dan ada lagi yang bagi secara rahsia..fuhh.. seronoknya pakcu! selamat hari jadi untuk pakcu yang ke 21 dan untuk Amni yang ke 2. tahun depan sponsor lagi ye..
Wednesday, December 21, 2011
Nasuha keluar ke kebun waktu pagi
Monday, November 28, 2011
Majlis Perkahwinan Adik Nona (Maksu)
Sementara tunggu tok kadi mai, depa sempat lagi makan durian... tudiaaa... sat lagi bau satu ghumah.
Upacara akad nikah diadakan di rumah. Ni semua yang terlibat sedang mengambil tempat.
Sementara itu Nasuha asyik meragam saja. Dia mintak didukung sentiasa. masalahnya ibu nak ambik video majlis ni. Tiba- tiba Nasuha terus senyap tak meragam lagi. Nak tau dia buat apa..?
Upacara akad Nikah. Berapa kali lafaz?
Sarung cincin pulak.. flash camera bersinar sinar macam artis pulak yang kawin ni.. hehhe..
Tamat saja acara akad nikah ada beberapa pihak yang happy dengan cara masing-masing.
Acara sebelah malam pulak..
Hari Ko Kurikulum SMK Tambun
Satu keluarga ikut ke sekolah. Nasuha masuk aktiviti mewarna. Meh kita tengok dia mengaler. pandai tak nasuha pegang pensel.
Lepas tu nasuha dahaga. Bawak dia pergi minum kat gerai.
Lepas tu kami naik ke library sebab ibu kena conduct aktiviti. Ayah baca buku kegemaran.
Sambutan Harijadi Nur Nadhirah
Harijadi Nur Nadhirah.
Kami sambut dalam bentuk garden party kat luar rumah.
Mula-mula kami nyanyikan lagu.
Lepas tu acara bagi hadiah. hadiahnya simple-simple saja tapi itu tanda kasih sayang kami kepada kaklong. Semua orang contribute hadiah masing.
Last sekali bacaan doa oleh Alfadhil Ustaz Proffesor Dato' Dr Luqman Haqimi (gelaran ni dia letak sendiri ye.. bukan ibu. Ibu tukang panggil je)
Rajinnya anak anakku..
Sebagai permulaan gamgar Abang Kimi dulu. tengok dia buat apa. Video ni diambil hari Ahad 27 Feb 2011.
Sunday, November 27, 2011
Bahasa Melayu UPSR
lt;/iframe>
Berikut mengandungi panduan yang digunakan oleh pemeriksa kertas BM.
Sunday, June 26, 2011
Strategi memotivasikan anak- anak belajar.
Pn Tan dulu cikgu kelas Kimi masa darjah satu. Dia cakap faris sangat berbeza dengan Luqman yang berdikari dan berwibawa. Sekarang Kimi dengan Cikgu Elias pulak. Cikgu Elias bahasakan Kimi sebagai 'anaknda'. "oh.. anaknda ke.. anaknda takda masalah. dapat nombor satu..".Kami pun rasa sangat happy.
Nak dijadikan cerita, Faris ni seorang yang sangat bermotivasi bila diberikan hadiah. Terutama daripada cikgu dia. Suatu hari dia pernah bawak balik kuih pulut panggang yang Ustazah Aminah beri sebab dia tak bising dalam kelas. Dia pegang pulut pangang tu merata rata. Sampai ke malam dia tak makan pulut tu. Lepas tu ibu nasihatkan supaya dia makan jelah pulut tu, nanti basi. Baru dia makan.
Maka kami pun fikir sesuatu. Periksa pertengahan tahun takda hari penyampaian hadiah. Nak bagi duit kat pn Tan suruh beli hadiah kut menyusahkan dia pulak. Maka ayah dan ibu pun senyap senyap beli hadiah yang agak munasabah dan bungkus sendiri hadiah tu. siap print labelnya sekali. Ibu pun balut sorang2 dalam bilik dan ayah pun cakap '' Pn Tan sebenarnya ada bagi hadiah masa hari ambik report card hari tu. tapi ayah terbawak ke ofis. Hadiah tu hadiah peribadi dari Pn Tan sebab dia ajar Faris dan dia pun pernah ajar Kimi juga. Pn Tan kata dia nak tengok Faris dengan Kimi dapat nombor satu tiap tiap tahun. "
Tengoklah betapa gembiranya anak-anak kami menerima hadiah daripada 'Pn Tan' ..he..he.. semoga anak-anak ibu dan ayah akan belajar bersungguh-sungguh lagi selepas ini.
Wednesday, June 8, 2011
Ayat-ayat cinta
seperempat yang pertama agak boring sebab bahasa pun Indonesia. Banyak istilah yang aku pun ketawa bila baca. contohnya perempuan memakai purdah disebut 'perempuan bercadar'. Antara yang aku gelak lagi ialah dialog "cuaca sangat panas lalu kunyalakan kipas angin". hehehe... boleh nyala-nyala pulak kipas..
Tapi dah sampai separuh fuh sedih gila.. memang sesuai novel ni dikatakan novel pembangun jiwa. Mengisahkan mahasiswa Indonesia yang menuntut di Mesir dengan penuh survival tapi berpegang teguh pada agama. ada 4 orang wanita suka kat dia at one time. salah seorang ialah isterinya yang berpurdah tapi rupa-rupanya sungguh cantik dan kaya raya. Sorang lagi penganut kristian yang akhirnya mendapat hidayah sebelum mati. sorang lagi mahasiswi yang selama ini dia pun admire diam-diam tapi pompuan tu terlambat cakap sikit je. cisss... menyesalnya. Sorang lagi ialah pompuan malang yang dia tolong tapi tak kenang budi. Pompuan tu fitnah dia yang menyebabkan dia disumbat ke penjara.
Nadhirah, Luqman, Faris, Nabilah, Najihah dan Nasuha cubalah baca buku ni nanti. Sebab ia banyak mendidik tentang keimanan, cinta pada Alquran, penghayatan islam yang sebenar dan kita akan termotivasi untuk jadi seperti Fahri, hero dalam novel ini. Ayat-ayat cinta yang dimaksudkan rupa-rupanya kalimah-kalimah suci dalam Alquran yang Allah turunkan untuk makhluknya dengan kasih sayang yang tidak terbatas. Ibu bagi 5 bintang untuk novel ini.
Disini ada link untuk sesiapa yang nak baca dan kalau dah baca barulah boleh faham video Rossa dan lirik lagu ini sbenarnya. Dulu aku tau nyanyi je..
E book: http://www.4shared.com/document/I7RjIQuO/Novel_Ayat_Ayat_Cinta.html
Friday, June 3, 2011
Kunjungan ke Rumah Rena
Rena merupakan anak sulung daripada tujuh adik beradik. Ibunya Mariana berusia 34 dan ayahnya Alihusin, 40.
Ini masa mula-mula sampai.
Jalan kaki sikit menuju ke rumah mereka.
Ini di rumah mereka bersama keluarganya.
Ini pulak masa dah nak balik.
Rupanya kami orang Malaysia yang pertama sampai ke kampung Rena...
Thursday, January 27, 2011
Tugu Negara dan Zoo Negara
Kami dapat pergi jenjalan pun last minute je.
Cuti kali ni rasa begitu pendek.
Tugu ni ibu dah pernah sampai tapi tak ingat bila dan dengan siapa.
Kami pergi Planetarium Negara.. rasa macam jadi angkasawan.
Ini pulak.. apa?
Ini tempat filem masam-masam manis P Ramlee.
Wednesday, December 22, 2010
Cikdah rujuk laman fotopages Pn Alfahanum. Dia buat roti sebijik macam yang bakery jual. Cikdah pun tiru.. eh, sama la. Setakat ni cikdah dah cuba Bun kaya, pizza, bun pintal. Cik abang kata OK..
Hari ni cikdah nak buat roti kismis dengan roti kacang merah dan bun kacang (cam sama je???) tengok la nanti, lain tuhh!
akan ku upload gambarnya.
Semalam punya roti cikdah malu nak bubuh gambarnya sebab dapur cikdah bersepah masa tu. hari ni cikdah akan clearkan cecantik dapur cikdah termasukla oven chokia yang cikdah guna tu pun cikdah akan bubuh gambarnya. (actually sebelum ni cikdah tak yakin oven cap ayam tu boleh buat roti canggih). Lepas ni azam cikdah ialah cikdah akan cipta berbagai roti yang terkemuka dan pujuk cik abang beli oven cap Zanussi ke.. Electrolux ke..hehehehh.
Selamat meroti. maia..mai anaak-anak semua kita ke dapur. (gambar akan menyusul kemudian).
doh bun manis asas dari resipi alfahanum fotopages.
bahan
A
480g tepung roti } (kakak guna 600g tepung gandum biasa utk menggantikan kedua2 jenis tepung ni)
120g tepung gandum }
110g gula
10g garam
20g susu tepung
4 sudu teh yis segera
B
1 biji telur
300ml air sejuk
C
60g mentega
cara
1. adun A hingga sebati
2. tambah B dan uli sehingga menghasilkan doh
3. campur C ke dalam doh dan terus menguli untuk menghasilkan doh yang lembut dan kenyal
4. tutup doh dengan plastik biarkan ia naik selama 50 - 60 minit atau berganda saiznya
Donut cuti sekolah
Cuti kali ni best juga. Tengok wayang je dah 4 kali . Tapi bukan itu nak cerita sangat kali ni. Siri kali ni nak bagitau kisah anak-anakku yang kuat makan terutama musim tak pergi sekolah. petang ni nak buat donut kegemaran keluarga kami. kalau sekali uli memang sekilo. akan dapat 48 biji (dah kira..) donut kali ni ada enhancement. iaitu bercoklat diatasnya! Biarpun hitam rasanya manis.
Monday, November 15, 2010
Sambutan harijadi Julai 2010
Kami celebrate dua kali. Kali pertama 24 Julai di restoran. makan steamboat, tapi menyesal sebab susah mengendalikan budak kecik makan dengan kelengkapan dan periuk belanga yang panas-panas ni. Last-last makan tak kenyang pun. Asyik tumpah sana sini je.Makan dengan chopstick pun tak dapat-dapat nak tangkap makanan tu masuk mulut. At least untuk fun kira ok la.
Thursday, September 30, 2010
Hari Raya 2010
Rumah sebelah tu ayah nak jadikan homestay. So, kami yang anak ramai ni menginap di situ sepanjang raya ni. Mai kita lihat balik suasana kita buka puasa untuk hari yang terakhir di bulan Ramadhan tahun ini. Rasa nak menitik ayag mata (ni betoi punya tau).
Lepas buka posa kami pun meneruskan aktiviti masing masing. Di luar rumah kelihatan seseorang yang setiap tahun muka yang sama mengendalikan acara ini
Oooo.. budak2 main bunga api, depa bergosip ye kat dapur.. Itu biasa, acara sambilan sambil memasak.
Apapun tahun ini kami gembira kerana berjaya berpuasa penuh dan berterawih pun penuh. Maka tahun ini kita sekeluarga dapat hadiah iaituberaya dengan kereta baru. Heheheh.. keta ni baru dapat semalam tau.
Naktengok tak nombor plate nya..?
Pagi raya kami breakfast together-gether sebelum pi solat Aidilfitri. Terasa sedap makan apatah lagi bila memakai baju rayaTak percaya tengok Kimi makan. Inilah menu yang dimasak oleh orang kat dapur semalam.
Lepas Sembahyang raya ada majlis ringkas dengan kawan-kawan atuk.
Lepas tu baru acara bermaafan. Tapi tiba-tiba tahun ini ada penampilan istimewa. Cuba lihat siapakah dia special appearance itu?
Acara bermaafan pun bermula.
Tahun ni kenapa takda seniwati airmata hah?
kurang syahdu ke?
Kemudian acara bergambar. Lawak juga ni. Camera baru la pulakk..!! Isssh..ish.. asyik baru aje raya kali ni (masyaallah berlagaknya). Tak reti guna sepenuhnya lagi. maka inilah jadinya.
Ce kome tengok..
Lepas tu ada ucapan lagi.. sempena perutusan Raya 2010.
Kemudian tengahari kami ngap sekali lagi kat dapur. Ada yang dah bertukar baju, untuk memudahkan upacara membasuh pinggan.
Sebelah petang masing masih dah letih. Terdampar semuanya depan tv sambil
menonton siti nurhaliza.
Ini time yang ditunggu-tunggu oleh budak-budak iaitu mendapat duit raya dari Ayah Lang. Tengok apa yang istimewa duit raya depa ni.
Ooo. dapat 2 sampul rupanya. kaya la bebudak ni tahun ni.




