Monday, October 22, 2012

Kenangan kami bersama Innova.

Semalam..22 Oktober 2012. 
Toyota Innova dengan rasminya menjadi milik Encik Zulkurnain dari kelantan.
Kami rasa sungguh sedih kerana berpisah dengan Innova tu.

Semalam juga pukul 6.00 petang ibu bawa kereta itu untuk dicuci buat kali terakhir.
Ibu pesan pada orang carwash tu supaya cuci sebersihnya.
Ibu dan kaklong melihat kereta tu dilap-lap dengan begitu sayu.
Kaklong nak menangis tapi dia malu sebab ada orang lain juga di situ.

Dalam sejarah kami memiliki kenderaan, Innova inilah satu-satunya yang dilepaskan bukan kerana masalah. Ia tidak pernah menyusahkan kami.
Kami hantarnya ke bengkel hanya untuk servis rutin bila cukup tempoh.

Disini ibu kumpulkan beberapa video kenangan kita bersama Innova.
Kalau rindu boleh lihat post ini.

Video ini sewaktu kita nak ke Medan.
Kalaulah kereta ni ada otak dan boleh menghafal pasti dia sudah hafal doa naik kenderaan.



Innova ini sudah memasuki Thailand.
Kami bawak dia ke Hatnyai.




Video ni pulak semasa kita balik dari RFC dekat Silibin.
Kita pergi makan-makan.
Tak ingat untuk function apa tapi pastinya kita meraikan sesuatu masa tu.
Semua orang tengah happy.


InsyaAllah, Innova kita bertuah.
Oleh kerana dia baik, maka dia mendapat Tuan baru yang juga akan menyayanginya.
Mesti kereta tu terkejut.
Ia menyambut Aidil Adha 1433H di tempat baru.
Mesti dia kata, "kenapa suara orang dalam kereta ni lain?" (dialek Kelantan).

Nanti bila ada masa lapang,
bila pengganti Innova pun dah ada,
kita pergi jalan-jalan ke Kelantan.
Kita singgah rumah Encik Zul.
Kita melawat Innova tu.

Ada lagi beberapa gambar kita dengan Innova.

Innova sedang dicuci.
Tak perasan nombor plat terlekang. Tak tau jatuh kat mana.
Berhenti di Awana, Genting. On the way ke Pahang.























Gambar di bawah di semasa kita berkelah di tepi sungai dekat ke Intan Suraya, Sg Siput.












No comments:

Post a Comment