En Azizul dan anak kembarnya. Volunteerly mengutip sampah kat playground depan rumah kami. Patut dicontohi.
Thursday, September 21, 2017
Friday, April 28, 2017
Friday, March 31, 2017
Saturday, March 18, 2017
Thursday, March 16, 2017
Luqman Haqimi dan Muhammad Faris jadi Atlit sekolah
Luqman : pemenang tempat ke 4 Lelaki U18
Faris: Pemenang tempat ke 5 Lelaki U15
Nadhirah dan Luqman jadi pelajar Target
Monday, November 28, 2016
Tahniah lagi sekali untuk si kembar
Tahun 2016 merupakan tahun gembira untuk Nabilah dan Najihah.
Najihah dapat no 1 dalam darjah. Nabilah pulak no 2 dalam kelas dan no 7 dalam darjah.
Tahniah Faris
Tahun 2016 ni menyaksikan Faris menghadapi UPSR dengan persediaan yang sungguh sambil lewa. Seluruh isi rumah risau kerana Faris hanya belajar bila disuruh. Result faris sepanjang tahun semuanya atas pagar.
Tahun ini Faris akan menghadapi UPSR dengan format baru KSSR. Lima subject sudah ditambah lagi satu menjadikannya enam iaitu tambahannya ialah English Penulisan.
Pada minggu exam pun Faris sempat lagi main bola. Bila disuruh revise dia akan terlelap dengan buku menutup mukanya.
Akhirnya Faris meraih 3A3B. Tapi yang menghairankan, A nya ialah untuk BM penulisan dan kedua dua mp English. Maths yang selama ni jadi makanan dia pulak dapat B je.
Apa pun kami semua berbangga juga bila PPD umumkan 3a3B layak juga memohon Sbp dan Mrsm. Tak ramai pun yang 6A tahun ni
Faris ni kesimpulannya seorang yang m _ _ _s tapi cepat pickup. Buktinya dalam tak belajar tu pun UPKK dia 8A, SRAi dia 5A1B dan Sijil Pend Agama dia 6A jugak.
Wahai Faris.. semoga kamu dikurniakan oleh Allah rezeki yang luas pada masa hadapan.
Monday, October 31, 2016
Kucing kami yang kedua
Ini kucing baru kami.
Namanya Iman.
Ambil dari pasar Tg Rambutan pada
Hari Ahad 28 okt 2016 yang lalu.
Iman comel tapi tak mahu makan makanan kucing. Mungkin sebab dia biasa hidup gelandangan.
Umur Iman masa ni mungkin dalam 1 atau 2 bulan.
