Tuesday, June 14, 2016

Roti kacang merah

Roti kacang merah berbentuk ulat gonggok. Bahan-bahan 190 ml susu cair 400 g tepung roti 5 sudu besar gula 1 sudu kecil garam 1 biji telur ayam 2 sudu besar yis 60 g butter inti kacang merah secukupnya Cara-cara. 1. Masukkan semua bahan-bahan didalam bread maker. Tekan butang dough. 2. Setelah aduanan siap boleh bahagikan kepada 50- 60 g mengikut besar roti yang dikehendaki. Bulatkan adunan. Canaikan lebih kurang 1 cm. Letakkan inti kacang merah ditengahnya. Tutup dan kemaskan seperti gambar. 5. Dengan menggunakan pisau lorekkan jangan sampai ke lapisan bawah hanya bahagian atas sahaja, seperti gambar diatas. untuk nampak cantik biar sama lebar. 6. Terbalikkan dan gulung. 7. Bentukkan berbentuk U dan naikkan 2 kali ganda. Boleh juga dimasukkan ke dalam oven gunakan kepanasan 45c selama 20 minit. Untuk roti nampak cantik dan berkilat sapukan roti dengan adunan telur dan susu yang telah digaul rata setelah roti naik 2 kali ganda. Bakar mengunakan 180 selama 15 minit atau kekuningan bergantung kepada oven masing-masing.

No comments:

Post a Comment