Tuesday, June 14, 2016

Muffin pisang

Muffin Pisang Lembut / Moist Banana Muffin Bahan basah : 1 biji telur gred A - suhu bilik 75 gram gula kastor 1 sudu besar madu 1 sudu besar susu segar 1 sudu kecil esen vanila / pisang 90 ml minyak jagung / minyak masak 3 biji pisang masak (150 gram) - dilecek halus Bahan kering : 125 gram tepung gandum 1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh baking soda 1/2 sudu teh serbuk kayu manis 3 sudu besar badam cincang - dipanggang dalam oven 5 minit 30 gram coklat masakan - dadu besar Cara-cara : 1. Panaskan oven pada suhu 175' C susun kertas muffin dalam loyang muffin dan ketepikan. 2. Pukul gula dan telur sehingga ringan dan berkrim dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan-bahan basah dan putar pada kelajuan perlahan hingga rata. 3. Tambah bahan-bahan kering yang telah diayak kedalam bahan basah dan kaup balik rata dengan spatula. Tidak perlu lama cukup sekadar sebati sahaja. 4. Scoopkan adunan 1/3 dalam kertas muffin masukkan coklat masakan ditengahnya dan scoopkan adunan lagi untuk menutupnya. 5. Bakar selama 25 minit atau sehingga diuji lidi keluar bersih. Biarkan sejuk diatas rak dawai sepenuhnya. A

No comments:

Post a Comment