Thursday, February 13, 2014

Koleksi Kartun Banjar

Inilah asal usulku.. My mother side and father side both orang banjar. Bezanya berlainan suku je. Arwah Emakku dikatakan Banjar Alai, Arwah ayah pulak Banjar Kalua. Perbezaannya cuma dari segi intonasi dan gaya sebutan saja. Aku masih fasih berbahasa Banjar. Sayangnya ia bakal pupus bila aku tiada lagi nanti. Kerana anak anakku tiada seorang pun yang boleh memahami apatah lagi boleh bertutur Bahasa ibundaku ini.

Di sini ada sedikit nostalgia yang aku kumpul, hasil tangan seorang rakan yang selalu post kartun kartun banjar dia dekat wall komuniti Banjar di facebook.

Aku sangat terhibur dengan semua kartun beliau. Jalan ceritanya sangat mirip dengan kehidupan masa kecilku. Semoga Umbut Nyiur, pelukis kartun ini akan terus berkarya dengan idea idea yang menghiburkan.

Friday, January 24, 2014

Harapan untuk Luqman Haqimi

Hari ni ada program bersama ibubapa pelajar pelajar target cemerlang upsr 2014 di sekolah anak. Sk Methodist Ho Seng Ong.
Ini yang aku suka sekolah ni. Sekolah kecil, bilangan pelajar tak ramai.. Anak belajar dengan tumpuan lebih daripada guru. Walau pun sekolah bantuan modal, furniture buruk tapi kelasnya kondusif. Semua cikgu kami kenal.

Bila tengok gambar ni rasa bangga pun ada, rasa seronok pun ada dan pastinya ada harapan yang tinggi. Bukan untuk Luqman saja malah untuk anak yang lain juga.

Saturday, December 21, 2013

Wedges

Tak payah beli wedges kat pasaraya. Wedges yang depa jual tu kulit pun tak buang.. Somemore ianya agak masin..
Baik buat sendiri. Mai saya ajar..

Ambik kentang dan cuci. Masuk microwave sehingga kentang lembut.
Nanti sambung lagi.. Bateri habis..

Thursday, December 19, 2013

Honda Civic meninggalkan kami

Pagi ini akan complete lah urusan jual beli kereta antara kami dengan Ustaz Amirul. Hari ini jugalah kereta itu akan diserahkan kepada pemilik yang baru iaitu Ustazah Wan Ariza, wife Ustaz Amirul. Huhu.. Sedih.

Tapi kami deliver yang terbaik. Kereta itu tiada cacat cela akibat eksiden. Tiga tahun lebih kami pakai.. Milage pun masih rendah. Sama seperti masa kami jual Innova dulu sedihnya..  Kali ini suami aku hadiahkan pewangi baru dan tray besar utk letak dalam boot.

Civic tu antara kereta kesayangan kami kerana ia tak pernah bawa masalah. Setakat ini kami cuma perlu sara dia punya minyak, servis rutin dan roadtax/insuran saja. Tiada sebarang masalah teknikal yang menyedut belanja tambahan.

Kenapa nak jual? Bukan sebab ia menjadi beban.. Bukan sebab ia bermasalah. Tapi kerana untuk keluarga kami, terus memilikinya merupakan suatu pembaziran. Sebab yang biasanya naik hanyalah suami saya seorang. Dan ia cuma ulang alik ke ofis yang tak berapa jauh. Kalau outstation dia pergi dengan kenderaan Jabatan. Maka adalah lebih baik ia ditukarkan dengan kereta yang lebih 'zuhud'..cik abg aku cakap. Habis tu kenapa masa beli dulu tak fikir?  Dulu beli sebab asalnya suami aku diarahkan bertukar ke KL.. Jadi kereta itu sesuai untuk dia ulang alik jarak jauh supaya tak letih.
Tetiba rezeki kami dia tak jadi tukar. Naik pangkat di tempat sendiri je..

Kereta baru pun dah dapat. Esok lusa keluar la.. Oleh sebab ia kereta brand new dapatlah nombor idaman iaitu AJP 7375. Hehehehe...

Wednesday, December 18, 2013

Ikut abang ke pejabat..

Hari ni nak pergi pejabat pos besar.
Nak ambil bundle soalan kat kaunter pos laju..
Oleh kerana cik abang pun nak ke sana, dia cakap ikut dia sekalilah.
Tapi kena follow dia pergi opis dulu sebab dia nak kena minitkan beberapa surat penting.

Kami bawak Nasuha bersama..
Sementara abang pergi mesyuarat pagi, kami duduk la menunggu dalam opis dia sambil berposing.
Lalalalala....

Gotong royong cuci karpet.

Karpet surau kat rumah ni dah setahun tak dibasuh.. Ambil kesempatan cuti sekolah ni.
Hari pun nampak macam akan panas hingga ke petang...

Aku panggil semua enam orang anakku.. Mari kita cuci karpet besar iniiiiii......  

Saturday, December 14, 2013

Bunga manggar medal

Pernah tengok bunga pahar? Orang gantungkan telur rebus kat bunga telur yang dipacak pacak kan..
Kali ini kita buat pembaharuan sikit..

Di rumah kami ada banyak medal yang anak anak dapat semasa sukan.
Tak tau nak hias maca mana. Nak gantung dimana pun takdak idea. At last medal tu berlonggok je dalam beka yang tersembunyi dalam almari.

Untuk menghargai pencapaian mereka, aku fikirkan cara terbaik untuk display medal medal tu..

Inilah dia... Bunga pahar medal...

Friday, December 13, 2013

Rak kasut buat sendiri

Aku ada tiga bua raga hamper. Nak buat apa pun taktau. Akhirnya tercetus idea.
Salah satu raga tu dah berkarat sebab dah tersimpan dekat tiga tahun kot..

Ada juga sekeping papan lebih sepanjang empat kaki.

Aku pun beli sepasang bracket, skru dan rantai zink yang boleh dipotong potong.
Tengok aku buat macam mana sampai siap.

Thursday, November 28, 2013

DIY study corner

Kalau tengok aktiviti aku ni macam kedekut giler..

Aku ada baby cot yang dah takdak baby lagi nak dibubuh dalamnya. Nak bagi orang pun macam tak tergamak sebab dah enam generasi menggunakannya. Nak simpan ia consume space pulak. Nak buang macam tak sampai hati.. Ish..

Maka kami pun membayangkan apa la yang boleh dibuat dengannya. Lihat apa jadi.. Modalnya satu tin cat minyak  berharga rm15 ada la beli berus dan sarung tangan baru. Semua sekali dalam rm25 la..

DIY spice organizer

Tejumpa kayu lama yang dah tak pakai lagi. Rasa macam nak buang je sebab menyemak.
Aku pun cantum je ikut step yang siap bernombor tu.. Sapa nak tiru boleh tiru. Sebab spice organizerku ini banyak kelebihan. Antaranya
1. Portable.. Anda boleh alihkan ke lokasi mana yang anda suka.
2. Tidak merosakkan dinding. Tak payah nak tebuk tebuk untuk letakkan paku penyangkut tu.
3. Of course la bagi pihak aku ia paling murah. Modalnya cuma can spray yang harganya rm6.50 saja.

Doa agar anakku bersatu hati

Malam ni malas nak masak. Suami offer makan kat luar. Tapi kalau masak pun taklah susah sangat. Anak anak volunteer nak tolong. Kimi dengan Kaklong offer kalau makan luar depa nak belanja. Sekarang ni satu soalan tambahan. Kalau makan kat luar tempatnya dimana dan apa nak makan?

Dalam masa 5 minit tolong decide dan berikan jawapan. Maka mereka pun bemesyuarat tergempar. Beginilah rupa depa bermesyuarat.

Tuesday, September 3, 2013

Penghargaan untuk suamiku

Seorang yang paling ku hormati dalam hidup
Seorang yang telah menjagaku
Mendidikku menjadi wanita yang lebih baik

Nasihatnya ialah azimat bagiku
Kemarahannya adalah didikan bagiku
Kawalannya adalah perlindungan bagiku
Kasih sayangnya adalah rahmat bagiku

Dialah jambatan untuk aku ke syurga Ilahi
Dialah Hasbullah bin Osman
Jodohku hingga ke akhir hayat

Thursday, August 22, 2013

Berdoalah apa saja, Allah akan perkenankan.

Setiap kali solat Maghrib dan Isyak berjemaah, kita akan berdoa bersama-sama.
Biasanya ayah akan membacakan doanya kuat-kuat dan dihujung doa yang standard ayah akan sambung dengan doa dalam bahasa melayu.
Ini tujuannya agar anak-anak mengetahui dan menyedari apa harapan kedua ibu bapa terhadap mereka.
Kalau anak-anak ibu ingat antara doa yang selalu ayah ulang-ulang..
“Ya Allah, Jauhilah anak cucu dan keturunanku dari fitnah, maksiat, penyakit dan musibah.
Engkau panjangkanlah usia kami dalam keimanan dan kesihatan.”

Antara doa yang special yang ibu nak highlight di sini ialah
“kurniakanlah kami anak, cucu dan menantu-menantu yang beriman serta taat pada perintah Mu.”
Ini menunjukkan walau pun anak-anak kami masih kecil, kami sudah siap memohon agar dikurniakan menantu-menantu yang beriman dan baik-baik.
Kita mesti selalu minta dengan Allah kerana Allah mendengar doa setiap hambaNya tidak kira walau pun hambaNya itu seorang budak kecil. Mesti berdoa hari-hari sebab kita tidak tahu doa yang mana satu yang Allah akan pilih untuk dimakbulkan.

Ayah selalu cakap dia dulu berdoa untuk dapat jodoh yang baik sejak dia remaja lagi. Ayah kata dia nakkan orang Perak sebab tak jauh, dan kalau boleh nak yang muka cina-cina sikit. (Kalau boleh nak yang macam Janet Khoo… hahhhaaaaha). Last sekali dapatlah ibu yang walau pun taklah cina sangat tapi orang Perak.
Ini bermakna, jodoh boleh dirancang dengan syarat kita memohon sejak awal lagi. Semoga semua anak-anak ibu mendapat jodoh yang bersesuaian dan membahagiakan keluarga kita di hari tua nanti. Ini kerana sebagai ibubapa, kami tahu anak-anak kami semuanya baik dan menggembirakan kedua orang tua tetapi kami sangat khuatir mereka akan berubah dek pengaruh menantu-menantu yang tidak beriman.

Lagi yang special ialah ayah selalu mendoakan kesejahteraan pembantu rumah kita dan kita semua aminkan. Mohon agar dia sihat dan berakhlak mulia. Alhamdulillah setakat ini semua bibik kita sejak dulu tak ada yang membawa musibah  besar pada keluarga kita. Semuanya bertahan lama dan banyak membantu kita menguruskan kehidupan.

Kadang kala ibu ada juga terdengar Faris berdoa sendiri, Ya Allah jadikanlah aku pandai.. bagus, bagus, mintalah apa yang nak diminta kerana Allah sukakan hambanya yang selalu mengadu padaNya. Asalkan yang diminta itu perkara yang baik-baik.

Dalam doa kita jangan lupa mohonkan untuk adik beradik sekali. Jangan pentingkan diri, doa untuk diri sendiri saja. Biarlah semua anak-anak ibu ayah mendoakan sesama sendiri.

Ingat, yang penting doakan untuk ibu dan ayah. Sedekahkan Alfatihah setiap kali selepas solat walau pun kami masih hidup. InsyaAllah pahala itu tetap terkumpul. Mulailah doa dari sekarang dan biar sampai bila-bila. Nanti kalau ayah ibu sudah tiada bergilir-gilirlah korang sedekahkan tahlil. Mulai dari keluarga Kaklong pada hari Jumaat, Abg Kimi hari sabtu sehinggalah keluarga Nasuha pada hari Rabu. Hari Khamis malam Jumaat buatlah serentak. Walau tak dapat berkumpul buatlah masing-masing dari pelbagai lokasi kediaman.

Doakan selalu untuk ayah dan ibu. InsyaAllah, akan sejahteralah keluarga kita dunia dan akhirat. 


Thursday, August 15, 2013

Air tanganku 2013

Masyaallah.. payahnya mencari masa untuk menjahit. Demi anak-anakku yang tercinta, ini tanda kasih sayang ibu kepada kamu semua. Ibu cari jugak masa walau pun malam-malam.






Monday, July 29, 2013

Kompilasi maklumat tentang tamadun Atlantis

Ibu tahu Kaklong dan Kimi suka baca misteri tamadun lampau. sini ibu ada kumpul sedikit info. try buka.


http://www.nizarazu.com/misteri-atlantis-pembongkaran-di-mana-terletaknya-atlantis/
http://www.bcgoldamanah.com/perkhidmatan/bank-artikel/178-misteri-lagenda-kota-atlantik.html?tmpl=component&type=raw
http://www.froyoplus.com/lemuria-sebuah-tamadun-maju-bangsa-manusia-yang-hilang/

Friday, July 26, 2013

Usaha agar pelajarku membaca.

Pelajar di sekolah ibarat anak aku sendiri. Setiap orang daripada mereka aku pandang dengan rasa tanggungjawab. Setiap detik aku tak henti mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Oleh kerana platform aku ialah pusat sumber, jadi aku tak pernah berhenti memikirkan kaedah yang terbaik untuk mengajak mereka membaca. Program Nilam yang aku perjuangkan setiap tahun sehingga melabelkan diriku sebagai guru nilam yang dipandang `boring` oleh pelajar.

Tahun ini aku mencuba lagi kaedah baru. Pendekatan aku kali ini menggunakan keratan majalah. 

Pemerhatian selama beberapa tahun menunjukkan yang pelajar langsung tidak berminat dengan buku. Terutama yang berbahasa Inggeris. Ini kerana buku memakan masa yang lama untuk dihabiskan. Pelajar juga keliru isi yang mana sesuai dijadikan sinopsis. Maka akhirnya jika mereka dipaksa merekod buku nilam, maka mereka menyalin saja sinopsis di belakang buku tanpa membaca bukunya.

Aku juga pernah menggunakan keratan akhbar. Rasionalnya keratan akhbar merupakan bahan yang termurah. Kalau hilang pun apalah nak dihairankan. Seluruh tenaga pengawas pusat sumber ku kerah menggunting keratan yang menarik. Aku sendiri memperuntuk masa setiap hari memilih artikel yang sesuai untuk dipotong dan dibuat koleksi. 
Namun akhirnya keratan akhbar juga dipandang sepi. Mungkin kerana kebanyakannya tidak berwarna dan dipenuhi teks dari font Times New Roman yang bersaiz kecil.

Aku juga pernah menyediakan bahan bacaan berwarna dari sumber internet. Tapi akhirnya aku sendiri yang tidak tahan dengan kos cetakan yang besar. Remuk juga hati bila melihat keratan dari internet itu dijadikan kapal terbang dan ditambah misai sana sini jika terdapat wajah manusia di dalamnya.

Suatu hari sewaktu aku mengasingkan majalah lama untuk dibuang, timbul perasaan tidak ingin membazir bila tepandang artikel yang maklumatnya sangat berguna. Di pusat sumber sekolahku, majalah juga dipandang sepi. Pelajarku hanya sukakan Majalah Mangga dan akhbar Harian Metro. Majalah yang rosak biasanya bukan kerana lunyai akibat dibaca. Sebaliknya semuanya mangsa vandalisme. Pelajar akan mengoyakkan mana mana gambar yang didapati relevan untuk ditampal dalam folio kerja kursus.

Mulai saat itu aku mula mengumpul keratan majalah. Sumbernya tidak semestinya datang dari majalah ilmiah sahaja. Habis kukerah agar sesiapa yang mempunyai majalah lama agar menghantarkannya ke pusat sumber untuk dipotong. Akhirnya aku mempunyai koleksi bahan bacaan dari keratan majalah dengan perbagai tema. 

Keratan inilah yang sekarang ini aku gunakan untuk pelajar  membuat aktiviti nilam. Sesuai sekali kerana ia pendek sahaja. Keratannya berwarna warni dan kualiti kertas juga lebih baik. Didalamnya padat dengan maklumat yang sudah disusun ringkas oleh penulis tetapi cukup untuk memberi ilmu baru kepada pembacanya. Dan lagi satu, ia tidak perlu dicetak dan kalau hilang pun aku halalkan sahaja.

Alhamdulillah, dengan sedikit elemen tambahan, pendekatan nilam kali ini menunjukkan peningkatan. Aku tidak lagi memaksa pelajar membeli dan membawa buku nilam kesana kemari. Sebaliknya aku sediakan untuk mereka helaian sinopsis. Helaian itu diisi dan dihantar serta merta selepas membaca. Dengan ini aku telah jimatkan satu lagi langkah memproses data nilam iaitu menyuruh guru lain memungut dan mengesahkan buku nilam. 


Bilangan bacaan diisi terus kedalam pangkalan data oleh pengawas pss yang bertugas.
Melalui cara ini aku dapat pastikan yang pelajarku benar-benar membaca dan memperoleh maklumatnya. Semoga satu keratan yang dibaca akan meninggalkan kesan dan menambah satu dua perbendaharaan kata mereka. Daripada tiada langsung...at least something is better than nothing.


Tuesday, July 23, 2013

Bacaan surah solat terawih

Post ini untuk keluarga terutama anaknda Luqman dan Faris. 
Disini ada beberapa bacaan dalam solat Terawih yang boleh kita ikut practise bacaannya. 

Surah Maryam



Imam Muda Miril - Surah Ali Imran 187 - An Nisa 11Ini macam Mishary.




Surah An Nisa ayat 155-173

Saturday, May 18, 2013

Kacang Potong






BAHAN:

600grm kacang tanah - digoreng tanpa minyak
100grm bijan- digoreng tanpa minyak
600grm gula pasir
2 sudu besar majerin

CARA:

masak gula hingga semuanya hancur.

masukkan majerin

bila majerin dah larut dalam gula, masukkan kacang dan bijan, gaul rata

canai adunan yang dah rata tadi setebal 0.5cm -1 macam, ikut cita rasa masing-masing, jangan terlalu tebal nanti masa nak makan boleh sakit gigi

bila dah canai, cepat-cepat potong.nanti adunan keras dah susah nak potong, pastikan pisau anda tajam.

agak mencabar kerana kita kena bertindak pantas, cabarannya ialah kena bertindak semasa adunan panas dan adunan cepat sangat keras/membeku.

kalau adunan dah beku susah sikit nak potong.bukan susah sikit tapi susah banyak..hahaha..