Pagi ini akan complete lah urusan jual beli kereta antara kami dengan Ustaz Amirul. Hari ini jugalah kereta itu akan diserahkan kepada pemilik yang baru iaitu Ustazah Wan Ariza, wife Ustaz Amirul. Huhu.. Sedih.
Tapi kami deliver yang terbaik. Kereta itu tiada cacat cela akibat eksiden. Tiga tahun lebih kami pakai.. Milage pun masih rendah. Sama seperti masa kami jual Innova dulu sedihnya.. Kali ini suami aku hadiahkan pewangi baru dan tray besar utk letak dalam boot.
Civic tu antara kereta kesayangan kami kerana ia tak pernah bawa masalah. Setakat ini kami cuma perlu sara dia punya minyak, servis rutin dan roadtax/insuran saja. Tiada sebarang masalah teknikal yang menyedut belanja tambahan.
Kenapa nak jual? Bukan sebab ia menjadi beban.. Bukan sebab ia bermasalah. Tapi kerana untuk keluarga kami, terus memilikinya merupakan suatu pembaziran. Sebab yang biasanya naik hanyalah suami saya seorang. Dan ia cuma ulang alik ke ofis yang tak berapa jauh. Kalau outstation dia pergi dengan kenderaan Jabatan. Maka adalah lebih baik ia ditukarkan dengan kereta yang lebih 'zuhud'..cik abg aku cakap. Habis tu kenapa masa beli dulu tak fikir? Dulu beli sebab asalnya suami aku diarahkan bertukar ke KL.. Jadi kereta itu sesuai untuk dia ulang alik jarak jauh supaya tak letih.
Tetiba rezeki kami dia tak jadi tukar. Naik pangkat di tempat sendiri je..
Kereta baru pun dah dapat. Esok lusa keluar la.. Oleh sebab ia kereta brand new dapatlah nombor idaman iaitu AJP 7375. Hehehehe...
No comments:
Post a Comment