Tuesday, June 14, 2016

Sos butterscotch

Sos Butterscotch Bahan bahan: 1/2 cawan gula perang 1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair) Secubit garam 1/2 sudu kecil vanilla essence 25 gram butter Cara cara: Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati padamkan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping

Muffin pisang

Muffin Pisang Lembut / Moist Banana Muffin Bahan basah : 1 biji telur gred A - suhu bilik 75 gram gula kastor 1 sudu besar madu 1 sudu besar susu segar 1 sudu kecil esen vanila / pisang 90 ml minyak jagung / minyak masak 3 biji pisang masak (150 gram) - dilecek halus Bahan kering : 125 gram tepung gandum 1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh baking soda 1/2 sudu teh serbuk kayu manis 3 sudu besar badam cincang - dipanggang dalam oven 5 minit 30 gram coklat masakan - dadu besar Cara-cara : 1. Panaskan oven pada suhu 175' C susun kertas muffin dalam loyang muffin dan ketepikan. 2. Pukul gula dan telur sehingga ringan dan berkrim dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan-bahan basah dan putar pada kelajuan perlahan hingga rata. 3. Tambah bahan-bahan kering yang telah diayak kedalam bahan basah dan kaup balik rata dengan spatula. Tidak perlu lama cukup sekadar sebati sahaja. 4. Scoopkan adunan 1/3 dalam kertas muffin masukkan coklat masakan ditengahnya dan scoopkan adunan lagi untuk menutupnya. 5. Bakar selama 25 minit atau sehingga diuji lidi keluar bersih. Biarkan sejuk diatas rak dawai sepenuhnya. A

Donut

Bahan- bahan : 500 gram tepung gandum 11 gram yis mauripan 1 sudu besar shortening 50 gram marjerin 2 sudu besar gula kastor 2 sudu besar susu tepung 1 biji telur - dipukul sedikit 1/ 2 sudu teh garam 190 ml air suam Bahan lain : gula kastor untuk tabur diatas donut Cara - cara membuatnya: 1) Tuang air suam , masuk yis , gula pasir , susu , marjerin dan shortening. 2) Kacau dan biarkan selama 8 - 10 minit . 3) setelah yis berbuih, ayakkan separuh tepung gandum terus ke dalam aadunan.Masukkan pula telur yang telah dipukul dan garam. 4) Ayakkan lagi tepung yang selebihnya . Gaul dengan sudu dan uli dengan tangan hingga sebati. 5) Jika menggunakan breadmaker masukkan semua bahan cecair dan diikuti dengan semua bahan kering.Tekan dough dan tekan butang start. 6) Doh boleh terus dibentuk tanpa direhatkan. 7) Terap doh dengan acuan donut. 8) Goreng dan angkat.Toskan seketika dan taburkan gula atau hias la mengikut kreativiti sendiri.. 10) Selamat mencuba ●Che tie menggunakan bread maker ..jadi senang le kerja uli menguli ni...hihihi

Roti kacang merah

Roti kacang merah berbentuk ulat gonggok. Bahan-bahan 190 ml susu cair 400 g tepung roti 5 sudu besar gula 1 sudu kecil garam 1 biji telur ayam 2 sudu besar yis 60 g butter inti kacang merah secukupnya Cara-cara. 1. Masukkan semua bahan-bahan didalam bread maker. Tekan butang dough. 2. Setelah aduanan siap boleh bahagikan kepada 50- 60 g mengikut besar roti yang dikehendaki. Bulatkan adunan. Canaikan lebih kurang 1 cm. Letakkan inti kacang merah ditengahnya. Tutup dan kemaskan seperti gambar. 5. Dengan menggunakan pisau lorekkan jangan sampai ke lapisan bawah hanya bahagian atas sahaja, seperti gambar diatas. untuk nampak cantik biar sama lebar. 6. Terbalikkan dan gulung. 7. Bentukkan berbentuk U dan naikkan 2 kali ganda. Boleh juga dimasukkan ke dalam oven gunakan kepanasan 45c selama 20 minit. Untuk roti nampak cantik dan berkilat sapukan roti dengan adunan telur dan susu yang telah digaul rata setelah roti naik 2 kali ganda. Bakar mengunakan 180 selama 15 minit atau kekuningan bergantung kepada oven masing-masing.

Asyura

BAHAN-BAHAN 1 cawan tepung beras 2 1/2 cawan santan campur garam gula pasir ikut manis gula merah utk mewarnakanya 1 btg jagung 1 biji pisang dadukan 1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak 1/2 cawan kacang hijau rebus dan lain2 bahan yg anda suka CARA MEMBUATNYA campurkan tepung gula santan kacau sebati panaskan dengan api yg perlahan setelah mendidih masukan kesemua bahan-bahan tadi kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sikit lagi santan. angkat dan tuang dalam loyang , sejukkan dan potong.