Tahun 2016 merupakan tahun gembira untuk Nabilah dan Najihah.
Najihah dapat no 1 dalam darjah. Nabilah pulak no 2 dalam kelas dan no 7 dalam darjah.
Monday, November 28, 2016
Tahniah lagi sekali untuk si kembar
Tahniah Faris
Tahun 2016 ni menyaksikan Faris menghadapi UPSR dengan persediaan yang sungguh sambil lewa. Seluruh isi rumah risau kerana Faris hanya belajar bila disuruh. Result faris sepanjang tahun semuanya atas pagar.
Tahun ini Faris akan menghadapi UPSR dengan format baru KSSR. Lima subject sudah ditambah lagi satu menjadikannya enam iaitu tambahannya ialah English Penulisan.
Pada minggu exam pun Faris sempat lagi main bola. Bila disuruh revise dia akan terlelap dengan buku menutup mukanya.
Akhirnya Faris meraih 3A3B. Tapi yang menghairankan, A nya ialah untuk BM penulisan dan kedua dua mp English. Maths yang selama ni jadi makanan dia pulak dapat B je.
Apa pun kami semua berbangga juga bila PPD umumkan 3a3B layak juga memohon Sbp dan Mrsm. Tak ramai pun yang 6A tahun ni
Faris ni kesimpulannya seorang yang m _ _ _s tapi cepat pickup. Buktinya dalam tak belajar tu pun UPKK dia 8A, SRAi dia 5A1B dan Sijil Pend Agama dia 6A jugak.
Wahai Faris.. semoga kamu dikurniakan oleh Allah rezeki yang luas pada masa hadapan.
Monday, October 31, 2016
Kucing kami yang kedua
Ini kucing baru kami.
Namanya Iman.
Ambil dari pasar Tg Rambutan pada
Hari Ahad 28 okt 2016 yang lalu.
Iman comel tapi tak mahu makan makanan kucing. Mungkin sebab dia biasa hidup gelandangan.
Umur Iman masa ni mungkin dalam 1 atau 2 bulan.
Tuesday, July 12, 2016
Sos blackpepper
Friday, July 1, 2016
Tuesday, June 28, 2016
Tuesday, June 14, 2016
Sos butterscotch
Muffin pisang
Donut
Roti kacang merah
Asyura
Sunday, May 8, 2016
Sunday, May 1, 2016
Thursday, March 31, 2016
Nadhirah jadi anak harapan spm2017
Hari ni program pentadbir bersama ibubapa di sekolah. Nadhirah tersenarai sebagai anak harapan yang bakal dapat stret A dalam Spm 2017 akan datang.
Saturday, February 20, 2016
Sunday, February 14, 2016
Cara mudah kempiskan perut.
Saya terbaca blog hairul, seorang chef terkenal di alam maya. Dia berkongsi cara kempiskan perut instead of memakai bengkung. Saya pun cuba dan saya rasa ada logiknya cara dia tu. Biar saya kongsikan di sini.
1. Tegakkan tulang belakang anda tidak kira sama ada ketika sedang duduk atau pun berdiri.
2. Anda tidak perlu menahan nafas.
3. Cuba tekan perut anda dengan menggunakan otot perut itu sendiri. Dengan kata lain anda cuba kempiskan perut dan pinggang anda sambil bernafas seperti biasa.
4. Latih perut anda untuk melakukannya sepanjang masa dalam apa juga posisi badan anda.
Saya pun baru cuba. Tapi saya yakin akan ada kesan positif.
1. Proses ini takkan boleh dilakukan dengan badan yang longlai dan tulang belakang yang tidak tegak. Jadi secara automatik anda akan sentiasa memiliki postur badan yang tegak, nampak kemas dan bersemangat.
2. Otot yang menekan perut itu sentiasa dilatih untuk 'bekerja' sepanjang masa. Jadi ia akan memerlukan tenaga dan akan membakar lemak disekitar perut dan otot tersebut.
Maka akhirnya bila sudah terbiasa anda tak akan membiarkan perut anda terlepas dan menggeleber. Saya pun tak sabar nak lihat hasilnya tak lama lagi.