Saya dan Suami mendaftar untuk menunaikan Haji pada Tahun 2007 dan menunaikan Haji pada tahun 2014. Semua pengalaman masih terbayang-bayang lagi. Apa yang saya kongsikan di sini mungkin masih releven untuk jangka masa 3-4 tahun.
Saya tidak banyak merakamkan gambar sewaktu di sana. Saya sengaja meninggalkan tablet saya di tanah air kerana takut di sana nanti saya terleka dengan gadjet sehingga mengabaikan ibadah. Saya hanya bawa telefon untuk call dan sms sahaja. Oleh itu semua gambar yang terdapat dalam entry ini merupakan sedutan dari blog-blog orang lain yang saya lihat releven. Saya memohon izin untuk mengongsikan gambar itu di sini supaya pembaca lebih faham.
Semasa kami di sana Masjidilharam masih sibuk dengan pengubahsuaian yang dijangka akan selesai pada tahun 2017. Mungkin bila selesai nanti suasana musim haji akan berubah. Tetapi saya percaya ada suasana tertentu yang masih akan berterusan contohnya suasana di Arafah dan Mina. Jadi panduan ini masih boleh digunapakai.
Saya menulis berdasarkan hasil dapatan, penemuan dan pengalaman kami sendiri. Ia mungkin berbeza pada sesetengah orang. Jadi sekiranya apa yang anda alami nanti tidak menyerupai dengan yang saya utarakan, mungkin keadaannya sudah tidak sama.
Jangan sesekali mengeluh dan menganggap ia susah. Sebenarnya Tabung Haji sudah berusaha sebaik mungkin memenuhi keperluan para jemaah. Mana mungkin untuk memuaskan hati setiap individu. Namun setiap tahun sentiasa ada penambahbaikan. Contohnya kami dimaklumkan sebelum ini jemaah yang akan pulang mesti menguruskan bagasi mereka dan urusan check in dibuat di airport. Tetapi mulai 2014, kami cuma perlu meletakkan bagasi diluar pintu bilik masing-masing. Ada pegawai yang akan datang menimbang berat beg, mengendalikan urusan Check in dan membawakan beg-beg kita yang besar-besar tu ke airport. Jemaah hanya melenggang dengan beg sandang saja waktu nak balik nanti. Tahu-tahu jumpa beg semula di airport tanah air nanti.
PERSEDIAAN SEBELUM BERANGKAT
1.
Solat taubat banyak2 dan istighfar atas dosa2
terdahulu.
2.
Beli/bawa Quran khusus untuk dibaca di sana.
(jgn bergantung pd Quran di masjid) dan mulakan pembacaan dari sini lagi.
Matlamat untuk khatam di sana.
3.
Biasakan solat berjemaah di masjid bagi yang
lelaki. Tabiat ini akan berkekalan di sana nanti.
4.
Minta maaf dengan semua orang sama ada kawan
atau musuh sebelum berangkat. Ramai orang yang bermusuh, kembali
bersilaturrahim disebabkan urusan Haji.
Oleh itu ambillah peluang ini dan jadikan ia point untuk bermaafan.
5.
Maafkan segala kesalahan orang pada kita dan
berangkatlah dengan hati yang lapang.
Penerbangan saya KT52 yang akan terus ke Jeddah. Nanti semasa melapur diri, kita akan diberikan gelang pengenalan Haji. (ada yang sudah dapat gelang ini lebih awal semasa kursus perdana). Banyak syarikat swasta akan menyumbangkan hadiah untuk para tetamu Allah ini. Masa tu kita akan rasa begitu diraikan. Ada yang bagi beg, minyak angin, kosmetik, sejadah, stokin dan macam macam lagi. Yang pastinya Maybank akan menaja beg yang beroda yang boleh dibawa naik ke ruang kabin pesawat. Beg inilah nanti kita akan bawa ke Arafah/Mina. BSN pula telahmenaja beg sandang untuk kita bawa kemana saja semasa di sana. Kita akan simpan semua dokumen penting dalam beg ini nanti. Di mekah nanti kita akan kenal jemaah haji Malaysia melalui beg
ini.
gambar gelang pengenalan haji.
I
Melangkah saja dari Kompleks Haji Bayan Lepas, pegawai Tabung Haji mengiringi Kami hingga ke tangga bas. Ramai petugas sukarela yang terdiri daripada mahasiswa USM turut membantu. Bayangkan.. dalam perjalanan ke lapangan terbang semua lampu isyarat akan hijau, Polis trafik menyekat jalan raya untuk memberi laluan bas-bas yang membawa jemaah Haji ni. Semua orang di tepi-tepi jalan raya berhenti dan melambai-lambai tangan seolah-olah mengucapkan selamat jalan. Masa tu kita akan rasa sangat terharu dan berbesar hati. Betapa Allah begitu memuliakan tetamuNya. Surprisingly.. bas kami rupanya menghantar kami terus ke tangga pesawat! Saya sangkakan kami semua akan beratur naik pesawat melalui terminal di airport. Sepanjang laluan memasuki pesawat semua petugas Tabung Haji dan krew pesawat mengiringi kita dengan senyuman dan ucapan selamat ke Tanah suci, Pesawat itu Tabung Haji sewa Khas sepanjang musim Haji untuk menghantar jemaah.
Aduh... rindunya saat itu. Entahkan dapat lagi ke tidak..
Saya mengimpikan bagaimanalah agaknya Allah memuliakan jenazah husnulkhatimah yang kembali ke rahmatullah dalam suasana penuh kemuliaan. Jenazah yang berpakaian bersih dan wangi, disambut para malaikat dan diiring terus ke syurga tanpa melalui hisab yang rumit. Kalau sebagai tetamu Allah ke Mekah pun sebegini kita terasa dimuliakan, semoga anda dan saya terpilih untuk dimuliakan sekali lagi disaat kematian nanti. Ya Allah, kembalikan kami padaMu nanti sebagai tetamu yang istimewa dan penuh kemuliaan.
CABARAN BERJALAN KAKI
1.
Semasa di Mekah, berazamlah untuk solat di Masjidilharam
pada setiap waktu solat. Latihlah kaki kita berjalan kaki jauh terutama pada
hari-hari sebelum Wukuf. Ini untuk
persediaan kita berjalan kaki jauh sewaktu melontar di Jamrah nanti.
2.
Tidak kira sama ada anda jemaah Muassasah atau
pakej, semua orang akan mengalami cabaran berjalan kaki. Keistimewaan jemaah
pakej berbanding Muassasah hanyalah jarak hotel yang dekat semasa di Mekah dan
makanan yang sedap semasa di hotel.
6.
Purata jarak setiap maktab dari Masjidilharam
lebih kurang sama saja iaitu 800m-1km. Untuk jemaah pakej biasanya 400m.
7.
Masa kami di tahun 2014 , kami berjalan kaki dari hotel mulai pukul 3 pagi untuk solat subuh.
8.
Melangkah dari hotel berdoalah supaya Allah
kuatkan kaki kita, beri kita tenaga, tahan wudhuk kita dan mudahkan dalam
segala urusan.
9.
Ramai jemaah malas ke Masjidilharam kerana alasan tidak tahan berjalan kaki jauh
dan tidak tahan cuaca panas. Mereka ini akan mengalami kesusahan semasa
melontar nanti.
10.
Ada orang sakit lutut terutama yang berusia, ada
juga orang yang kaki/tumit dan pehanya
melecet. Oleh itu bersedialah untuk mengatasi masalah ini dengan menyediakan
selipar yang sesuai. Selipar tu kalau boleh dah biasakan pakai dari sini supaya
kaki kita familiar dengannya.
11.
Bawa minyak gamat dan sapukan pada peha setiap
kali memulakan perjalanan untuk mengelakkan peha melecet.
12.
Cabaran
berjalan kaki sebenarnya di Mina dimana kita perlu bergerak ke Jamrah sejauh
3.5 km (sehala). Kita perlu berulang alik selama tiga hari berturut2 iaitu pada hari-hari
tasyrik.
13.
Bayangkan, selama tiga hari tu dah la kaki
sakit. Balik pula ke khemah di Mina yang
suasananya bukannya selesa pun. Memang
tidak merehatkan..
14.
Balik dari Mina pula, kita terus nak setlekan
urusan Tawaf Haji dan Saei Haji (Bagi yang Tamattuk). Ini pun perlu tenaga
besar lagi.
15.
Oleh itu banyakkan berdoa untuk urusan berjalan
kaki ni. Mohon pada Allah agar kaki kita kuat, walau pun tidur dalam keletihan
dan kelenguhan, esok pagi tetap bangun dengan semangat dan tenaga yang baru.
Dijauhkan aral seperti bengkak kaki, melecet, terseliuh, hilang selipar dan
tahan berjalan di panas terik.
RUTIN HARIAN DI MEKAH
Saya dari Maktab 90. Kami tinggal di Hotel kecil yang bernama Rawdat As Syuruq. Hotel besar berhampiran kami ialah Land Premium dan satu lagi hotel kecil iaitu Manar As Syuruq. Tiga hotel ini Tabung Haji sewa untuk menempatkan jemaah maktab 90 dan 91. Ada sepuluh Maktab semuanya dan lokasinya berbeza beza. Tetapi purata jarak dari Maktab ke Masjidilharam lebih kurang sama sahaja.
1.
Kami keluar berjalan kaki utk solat subuh, balik
ke hotel selepas sarapan pagi. Tido jap.. basuh baju dan urusan tandas.
2.
Barang apa nak bawak ke masjid tu dah pack siap2 sebelum tidur. Biasanya
dalam beg saya bawak Quran, botol spray, tuala kecil, 2-3 biji kurma, strepsil, tisu lap hingus dan uncang selipar.
Botol spray itulah juga merangkap botol air minuman saya. Sentiasa isikannya
dengan air zam-zam. Bawak duit secukupnya , mungkin nak bersarapan lepas solat
dhuha nanti.
Ini masa berjalan kaki pada waktu siang.
3.
Ke masjid semula pada pukul 11.30 tgh untuk
zohor. Kadang-kadang naik teksi sbb sangat panas. Kalau berjalan kaki yang
pompuan pakai la topi sbb sangat terik. Tapi topi tu makesure diikat sebab
angin kuat akan menerbangkan topi.
4.
Selepas Zohor kami balik semula ke hotel sebab
nak lunch. Masa ni jalan kaki je dan time ni la paling padat semasa nak keluar
dari masjid. Kena sabar.. sebab semua orang lapar nak balik lunch.
5.
Selepas lunch
standby untuk pergi asar pula. Kalau takmau naik teksi jalan la
rilek-rilek. Bawak bekalan lebih sikit sebab biasanya kita nak stret sampai
isyak. Nanti lepas isyak baru balik hotel utk dinner.
6.
Waktu sebelum maghrib adalah paling pack sebab
semua orang bersemangat nak ke Masjidilharam. Masa ni orang yang tak tahan
panas pun dah boleh ke masjid. Jadi masa nilah yang kritikal untuk dapatkan
saf. Kalau kita tinggalkan saf utk ke toilet, belum tentu dapat balik lokasi
yang sama. Kalau tiba lewat ke masjid, kadangkala laluan masuk sudah ditutup
dan dikawal oleh polis. Lastly kena solat di dataran luar je. Tak best..
Inilah suasana selepas isyak. Berebut semua nak balik dinner.
PERSEDIAAN PAKAIAN DAN KELENGKAPAN
1.
Bawa baju yang selesa bagi kita. Utk lelaki kalau
selesa dengan baju melayu dan kain pelikat, jangan paksa diri utk pakai jubah
seperti kebanyakan orang di sana. Suami saya pakai kain pelikat dan baju melayu teluk belanga dia saja. Sebijik macam dia ke masjid hari-hari di rumah. Di sana pun saya senang mengenali dia sebab dia sorang saja yang pelik... hahaha..
2.
Untuk perempuan, seluar dan blouse labuh sangat
selesa. Seluar biarlah tidak jarang dan bukan dari kain licin sehingga ia sukar
disingsing/dilipat ketika di bilik air.
Sebenarnya seluar slack tebal pun ok kerana utk membasuh baju, di sana cuaca panas dan baju sangat cepat
kering.
3.
Kebanyakan jemaah wanita tidak solat dengan
memakai kain. Mereka pakai telekung top dan seluar/Jubah serta stoking sahaja.
Oleh itu pastikan stoking dipakai dua lapis ketika solat. Ini kerana ketika
sujud stoking akan meregang dan nampak bayang2 tumit. Ramai jemaah wanita tidak
ambil berat akan hal ini walau pun ia menjejaskan rukun solat/Tawaf.
Pada telekung, saya jahit sejalur reben warna pink (apa warna pun boleh) di bawah tulisan Malaysia. Tujuannya supaya suami saya senang mengecam kepala saya dari belakang semasa berada dalam crowd.
4.
Pakai stoking lengan sepanjang masa untuk
menjaga aurat.
5.
Bawa tiga telekung. Satu pakai, satu basuh dan
satu spare. Bawa ke Arafah 2 telekung
cukup. Tinggalkan sepersalinan telekung dan pakaian bersih untuk kegunaan
sekembali drp Mina nanti kerana selepas balik dari Mina badan kita sangat letih
untuk basuh baju dan biasanya masa tu semua orang berebut2 nak gunakan bilik
air.
6.
Sentiasa bawa tuala kecil dalam beg tidak kira
jemaah lelaki atau perempuan. Bagi
wanita praktislah mengambil wuduk menggunakan spray dalam keadaan berselubung
dalam telekung. Semasa menggunakan spray, lapiklah lantai/peha/sejadah kita dengan tuala kecil supaya tidak
membasahkan sekitar sehingga mengganggu jemaah sebelah menyebelah.
7.
Simpan selipar dalam uncang sendiri yang mudah
dikenali. Plastic yang masjid sediakan memang banyak tetapi jemaah negara lain
suka selongkar selipar yang dalam plastic ni (mereka mencari selipar mereka dan
kalau ianya bukan, nanti dilemparnya saja selipar itu di lantai).
8.
Kain ihram pun bawak la tiga pasang, terutama
yang nak buat haji Ifrad. Macam telekung juga, tinggalkan sepasang kain ihram
yang bersih untuk kegunaan selepas balik dari Mina nanti. (semasa berangkat Wukuf, semua orang berpakaian putih bersih
suci murni. Tiba di Arafah, persekitaran yang berpasir, berdebu, berpeluh dan
bersesak, kekangan utk membasuh menyebabkan kain ihram mereka sampai jadi
kuning kekelabuan jadinya.
WUKUF DI ARAFAH DAN BERMALAM DI MINA
1. Semasa hari Wukuf semua jemaah akan meninggalkan hotel termasuklah petugas, doktor dan staf kaunter Tabung Haji.
Ini masa jemaah dah sampai di Arafah.
khemah di Arafah ada la pokok sikit.
Kat luar yang merah tu tong air minuman.
1.
Sebagai contoh, sekiranya Wukuf jatuh pada hari
Ahad, Kita akan dihantar ke sana sehari sebelumnya iaitu pada hari sabtu mulai waktu Dhuha. Bila sudah tiba di padang Arafah, tak
perlulah berqiamullail pada malamya kerana kita takut nanti akan mengantuk bila
tibanya waktu Wukuf. Rehatkan diri saja. Boleh sandar2, baring2 sambil zikir
dan kurangkan bercakap.
2.
Rebut sesungguhnya waktu semasa Wukuf. Wukuf
bermula sesudah masuk waktu Zohor. Pada masa ini Allah makbulkan apa saja yang
kita minta. Oleh itu minta sajalah, takpayah lapik lapik orang kata. Ustaz saya
kata, tikam terus! Saya nak anak sulung
saya Nur Nadhirah jadi doktor gigi yang
beriman (contoh la..). Sebab peluang Wukuf
ni mungkin sekali saja dalam hidup kita. Yang paling penting mohonlah keampunan
Allah dan matikan kita dalam HusnulKhatimah. Jauhi dari azab neraka.
Orang akan keluar dari khemah, mencari tempat lapang dan berdoa.
3.
Doa yang nak kita baca ni eloknya dah buat draf
siap-siap supaya di sana nanti kita tak bazirkan masa memikir apa nak diminta.
Nanti balik ke Malaysia menyesal pula sebab terlupa nak doa perkara tertentu. Waktu
akan berlalu dengan begitu pantas. Sekejap je dah nak senja. Biasanya masa ni
orang semua akan keluar khemah mencari tempat lapang. Berlinangan airmata bila
berdoa sambil melihat matahari terbenam sedikit demi sedikit.
5.
Pada masa Wukuf di Arafah sehinggalah hari melontar semua urusan makanan, kediaman
(khemah) akan diambil alih oleh Kerajaan Arab Saudi. Jadi semasa di Arafah/Mina,
jemaah pakej pun akan menikmati makanan dan tinggal di khemah yang sama seperti
jemaah Muassasah. Akan berebut bilik air yang bentuknya pun sama. Cuma mereka
punya barisan mungkin tak panjang sangat la. Saya pun taktau, sebab saya jemaah
Muassasah. Khemah jemaah pakej ada aircond dan mereka di beri tilam dan bantal.
Ini khemah di Mina nanti untuk jemaah Muassasah.
6.
Khemah jemaah Muassasah pun ada aircond juga.
Tapi kalau dah ramai, aircond pun macam tak terasa. Bayangkan ruang seluas carpet 10x10kaki dikhususkan untuk 12
jemaah beserta beg masing-masing. Tiada tilam dan bantal, yang ada hanyalah carpet, warna merah. Almaklumlah carpet.. memang akan
ada pasir di mana-mana.
7.
Jemaah akan tidur berbantalkan beg yang Maybank
sponsor tu. Kelengkapan untuk tiga hari, muat-muatkan jugalah dalam beg tu.
Takyah la nak bawak segala baldi semua tu. Mana nak letak..?
8.
Tidurlah
kita bersusun susun dengan kepala bertemu kepala, kaki bertemu kaki atau menghala
ke dinding khemah. (nak arrangekan susunan ni pun boleh bergaduh tau.. ada
jemaah yang dah sampai awal, dia baring dengan mengambil ruang yang besar lepas
tu takmau beralih bila jemaah yang baru sampai. siap salahkan orang tu pula
kononnya nasib la.. sapa suruh sampai lambat? Sabar je, macam la pengangkutan
ke situ kita urus sendiri ).
9. Dalam Khemah di Mina ada electric point tapi
kedudukannya tinggi . kalau cas hampon tu nanti terjuntai je hampon kita. Saya suggest sapa nak pahala lebih tu
bawak la multiple extension yang wayar panjang. Ramai nanti yang akan menempek tumpang cas hampon.
Nampak tak power plug yang macam kotak kat atas tiang tu.
Itulah terminal untuk eletric point. Tinggi kan..
10.
Semasa di Arafah/Mina pakailah selipar yang
boleh dibasahkan air. Sbb itulah nanti untuk kita berjalan dan untuk kita
mandi. Lagi pun di Mina kita tidak ada ruang utk letak barang peribadi banyak2.
11.
Semasa di Khemah Mina, selipar jangan di
tinggalkan di luar khemah. Masukkan dalam plastic dan bawa masuk dalam khemah.
Orang yang lalu lalang diluar khemah kadangkala akan tersepak selipar kita dan
selipar tu nanti akan hilang entah ke mana.
12.
Khemah di Mina kawasannya sangat luas, disusun
mengikut maktab dan lorong-lorong khemah di situ dilabelkan dengan nama lorong
yang bertema. Contohnya Maktab saya dulu, Maktab 90 temanya sukan. Maka di situ
ada lorong badminton (siap gambar reket digantung sepanjang lorong), lorong
Hoki, Lorong Valleyball, lorong pingpong dll..
13.
Di Maktab lain saya nampak ada tema kelengkapan dapur , jadi
lorongnya ialah lorong teko, lorong cawan, senduk hahaha.. pernah saya tersesat
tak jumpa maktab. Sampai terserempak lorong kertas, lorong pensel, lorong
pemadam.. sebab temanya alat tulis.
14.
Oleh itu para jemaah, jangan sesekali pisahkan
diri anda dengan nametag / kad matrik yang Tabung haji bagi tu. Pesan pesan la
terutama kepada makcik/pakcik yang terutama yang dah tua dan taktau membaca.
Saya pernah terserempak sorang makcik umur 60 an.. menangis sambil memegang
cawan berisi air panas. Rupanya dia keluar khemah sebab nak ambil air untuk
buat kopi je.. Tapi tak reti balik sebab lorong khemah semua sama. Pegawai nak tolong pun tak
upaya sebab nametag tak pakai, No maktab pun tak ingat, apatah lah lagi nombor
khemah. (sebelum berangkat Wukuf, dekat nametag kita tu Tabung Haji akan
tampalkan sticker yang tertulis segala nombor yang penting). Makcik yang
menangis tu tiba2 jadi gembira bila nampak saya. Rupanya dia ingat muka saya
walau pun tak tau nama sebab datang dari Maktab yang sama. Maka dia pun ikutlah
saya balik ke khemah. (
terasa superhero
saya sekejap) Dia datang buat haji dengan anak perempuannya. Dia tadi
keluar khemah semasa anaknya pergi mandi. Itulah masalah orang tua, semua dia
bergantung pada anak semata-mata untuk ingat semua benda. Saya pun ceramah
sikit kat dia, minta dia pakai nametag sepanjang masa.
di Mina kalau nak air panas untuk bancuh kopi, kena jalan sikit keluar dari khemah.
Air panasnya keluar kat paip macam dalam gambar ni.
15.
Semasa ke tandas (terutama wanita) biasakan diri
bawa plastic kecil. Jemaah di sana ramai yang tidak mengendahkan kebersihan. Ada
yang masuk ke toilet membawa air dalam botol sebab air paip slow (low pressure
bila semua saluran dah on) Mereka
meninggalkan saja botol kosong, barangan sanitary (pad, pantyliner) bersepah
sepah selepas menggunakan tolilet. Jadi inilah peluang kita merebut pahala
dengan mengutip sepahan ini dan membuangnya ke tempat yang sepatutnya. Gunakan
plastic itu untuk lapik tangan kita semasa mengutip, bungkus dan ikat supaya
senang di buang. Jemaah yang tak bertanggungjawab ni kadangkala mereka
selit-selit saja ‘harta’ mereka tu dicelahan batang paip dan di kepala paip pun
ada. Ramai juga yang tak check barang
sebelum keluar, itu yang nanti ada tertinggal ‘anak-anak’ yang dalaman tu.
(minta maaf, spender pun ada..) Secara tak langsung kita pun akan memberi
keselesaan kepada pengguna berikutnya.
Tengok ni, panjang tak barisan? Apa yang kita sidai kat pintu tu
orang luar semua nampak.
16.
Dalam bilik air di Arafah/Mina kadangkala takda
pun paku untuk menyangkut tuala/baju busuk/baju bersih kita. Terutama
perempuan, takkan nak sangkut pakaian dalam kita kat dinding/partition toilet
tu. Nanti terdisplay pulak kat orang diluar toilet. Di Arafah/Mina, ruang
mandinya yang sempit, di atas ada shower dan di bawah kita ada lubang toilet.
Ada kemungkinan baju bersih boleh basah
terkena percikan air atau lebih malang
akan jatuh ke lantai/lubang toilet.
17.
Oleh itu bila nak beratur mandi, masukkan baju
bersih siap2 dalam plastic dan diikat, dan bawa satu plastic lagi untuk
masukkan baju kotor/baju basah dan
toiletries kita. Ada orang dia mandi
terus dengan baju di badan utk jimat masa membasuh. Orang kat luar berbaris
woo.. satu line tu tak kurang dari 10-15 orang.
Masa
saya dulu, saya siap bawa ‘S hooke’ bila mandi sebab boleh gantung plastic kita
kalau takda paku.
18.
Suhu air di bilik air hotel, di Arafah dan di Mina
tidaklah sejuk. Siang dan malam ianya sentiasa suam dan tidak menyegarkan macam
air di Malaysia. Kadangkala lepas mandi pun kita berpeluh semula. Kesimpulannya
mandi di sana adalah untuk membersihkan, bukan untuk menyegarkan.
19.
Di Mina, kalau tak perlu membasuh takyah
membasuh lah.. basuh kalau terdesak je. Tempat nak sidai pun takbanyak.. Ada
makcik tu sanggup beratur sebab nak basuh ‘ lay mat’ (tikar plastic yang
lastnight dia guna utk lapik duduk masa
di muzdalifah. Ada le berpasir sikit plastic tu). Free je dia kena marah dengan
orang dalam barisan kat situ. Sian dia..
20.
Semasa di Mina kadangkala ada jemaah wanita yang
terleka menjaga aurat dan keaiban. Kawasan bilik mandi lelaki dan perempuan
bersebelahan saja. Terasa aib juga bila ternampak ada yang sanggup sidai bra,
seluar dalam masing-masing di tali
khemah, di pintu khemah sampai jemaah lelaki pun boleh lihat.
21.
Dalam bilik air buat yang penting-penting je.
Kalau boleh urusan macam gosok gigi dan cuci muka tu buat dekat paip luar
jelah. Ada juga saya nampak usaha jemaah
nak melancarkan flow di bilik mandi ni dengan melabelkan bilik mandi tertentu
dengan tulisan ‘PROJEK BESAR, PROJEK KECIL, atau MANDI SAHAJA’. Nak tergelak
pun ada.
22.
Mulai hari kedua, ada segolongan jemaah yang
buat Nafar Awal. Mereka ini akan meninggalkan Mina lebih awal dari yang lain.
Oleh itu khemah mereka nanti akan kosong terlebih dahulu. Jadi anda kena
selalulah peka, lihat kalau ada peluang pindahlah ke khemah yang kosong ni
untuk mengurangkan sesak di khemah sebelumnya. Saya dulu sempat pindah ke
khemah baru yang kebetulan dekat pula dengan bilik mandi. Jadi saya boleh intai
masa bila flow pendek dan sesuai mandi.
MELONTAR DI JAMRAH
1.
Tabung Haji sudah menyediakan jadual waktu
melontar untuk semua jemaah Malaysia. Mereka akan bergerak mengikut Maktab
masing-masing pada waktu yang ditetapkan (biasanya petang dan lepas maghrib).
Ini untuk memastikan jemaah melontar dengan hanya kumpulan dari Negara Asia yang
bertubuh kecil sahaja. Golongan bertubuh besar contohnya dari Afrika
diperuntukkan masa yang lain supaya tidak bertembung. Semasa di Jamrah Mereka juga melontar di aras
bertingkat yang lain dari jemaah kita.
Yang dalam gambar ni,.. macam ni Jemaah pakej.
Depa ada selempang seragam di bahu (untuk kenal geng).
Beg sandang depa pun kaler lain.
Masa ni Rombongan ni akan bergerak pergi melontar lah..
2.
Ada juga jemaah Haji Malaysia yang
berkeyakinan untuk bergerak sendiri dan pergi melontar pada waktu selain yang
ditetapkan.
3.
Suka diingatkan jika anda memilih untuk bergerak
sendiri, pastikan anda benar-benar yakin dengan rukun-rukun haji berkenaan
melontar. Janganlah bergerak dengan pasangan anda semata-mata. Seeloknya
bergeraklah dalam kumpulan kecil contohnya 4-6 orang supaya jika anda dalam
kesusahan, ada sedikit sokongan moral daripada rakan sekumpulan.
23.
Saya membawakan contoh sedemikian kerana saya
dan pasangan juga pergi melontar diluar jadual Tabung Haji. Memang lancar dan
kurang bersesak. Kami bergerak dua pasangan sahaja. Kesemua kami cergas dan
pantas. Oleh kerana kami hanya berempat maka setiap cadangan yang diputuskan dapat
diambil tindakan segera.
Depa ni dalam perjalanan nak melontar le ni..
24.
Keesokannya kami bergerak untuk melontar hari
berikutnya pada pukul 4 pagi. Kami solat
Subuh dalam perjalanan. Siangnya kami mendapat tahu melalui pegawai Tabung Haji
bertugas, ada jemaah lain yang juga bergerak sendiri seperti kami tetapi telah
melontar di Jamrah yang salah dan ada juga yang melontar untuk hari berkenaan
tetapi sebelum masuk waktu Subuh. Mujurlah hal ini disedari dan jemaah yang
terlibat terpaksa melalui kembali proses melontar dari mula seperti hari
pertama.
25.
Satu lagi, kalau nak lontar tu biarlah dah dekat
dengan tebing Jamrah, barulah lontar. Jangan lontar dari jauh. Ini yang
perempuan siap angkat tangan bersungguh-sungguh lontar sampai kena kepala orang
di depan. (perempuan kalau melontar ketiak tu dikepit je, menandakan jangan
angkat tangan tinggi2.)
Orang lelaki takpa la angkat tangan tinggi-tinggi.
26.
Kompleks Jamrah ni sangat besar,
bertingkat-tingkat dan ia one way tau.. kita masuk dari laluan lain dan akan
keluar ikut laluan lain. Jadi jangan tinggalkan apa-apa di sesuatu tempat
dengan niat nak patah balik. Nanti ada polis yang jaga di sekitar tu.
27.
Kemudahan
Tandas di kawasan kompleks Jamrah ada tetapi keadaannya tidak memuaskan
terutama tentang kebersihan. Saya tidak mahu detailkannya di sini kerana
merasa malu bila memikirkan bagaimana
umat Islam begitu mengabaikan kebersihan.
Jadi kalau boleh kosongkanlah tangki anda apa yang patut sebelum
memulakan perjalanan untuk ke Jamrah.
28.
Di
sepanjang perjalanan sesekali anda akan bertembung ‘walkalator’ untuk jarak
tertentu. Seperti di hypermarket, anda cuma berdiri di atas conveyer belt dan
ia bergerak sendiri. Tapi tak laju lah.. Ambilllah kesempatan itu untuk
rehatkan kaki sebentar dan kemudian menyambung semula perjalanan. Jangan risau,
pergerakan anda semuanya di bawah terowong.
29.
( Saya
terbayang bagaimanalah orang-orang terdahulu termasuklah Nabi junjungan kita
mengerjakan Haji. Nabi juga bermalam di Mina dan berulang alik melontar. Kita
sekurangnya kembali ke khemah yang ber aircond, makan orang dah sediakan. Bilik
air lengkap walaupun berebut. Zaman nenek kita dulu mereka masak sendiri. )
ETIKA
BERSAMA RAKAN SEBILIK
1.
Kita akan ditempatkan bersama rakan sebilik yang
sama penerbangan dengan kita. Tabung Haji akan menyusun rakan sebilik ini
dengan mengutamakan muhrim. Isteri dan suami akan berada di aras sama tetapi di
bilik yang berlainan.
Bilik kita di Mekah lebih kurang macam nilah.
Tapi bukan semua hotel sama. Nak gambarkan dia punya sempitnya .. tu je.
2.
Dari tanahair lagi berdoalah agar mendapat rakan
sebilik yang baik. Kita mungkin akan tinggal dengan orang-orang yang sama
sehingga sebulan lebih.
3.
Orang-orang yang akan sebilik dengan kita datang
dari pelbagai peringkat umur dan pelbagai latarbelakang. Sikap sabar dan
bertolak ansur amat penting. Ada yang suka atau taksukakan aircond dan ada yang mahu tidur dengan lampu
terpasang. Ada yang mandi lama-lama dan ada yang bershopping sakan sehingga
barangannya melimpah dan mengganggu ruang rakan sebilik. Ada juga yang pembersih
tetapi dapat rakan sebilik yang suka menyepah.
4.
Saya bangun pukul 2.30 pagi supaya tak berebut
bilik air dengan roomate. Janganlah berlama sangat dalam bilik air, be tolerate
to your roommate. Kerana orang lain pun
mengejar masa juga.
5.
Kalau dah nak meninggalkan bilik tu, kejutlah
kawan yang masih tidur. Kena care juga ibadat kawan kawan kita. Kadang ada yang
jenis kalau tidur susah nak terjaga.
6.
Antara isteri dan suami, wujudkanlah signal atau
style ketukan pintu yang unik agar masing masing mengenali pasangan siapa yang
sedang mengetuk pintu itu. Kadangkala kita sangka suami kita yang datang tetapi
rupanya suami orang lain.
7.
Ada yang tidak sensitive dengan aurat. Bersembang
dengan suami sambil buka daun pintu besar-besar sehingga terdedah aktiviti dan
aurat roommate yang lain di dalam bilik. Pernah terjadi suami salah seorang jemaah wanita yang simply menjenguk ke dalam bilik isterinya
bertanyakan isterinya ada ke tak?
8.
Ada juga suami yang mengetuk pintu bilik isteri
dengan tidak sabar-sabar. Macam nak roboh pintu tu diketuk berulang2 dengan
agresif. Kami hanya menggelengkan kepala
dan membayangkan macam mana la karektor dia di rumah, mesti isteri dia tak
boleh lambat sikit.
9.
Simpanlah nombor telefon rakan rakan sebilik.
Ini untuk mengelakkan salah faham
terutama urusan kunci bilik. Orang terakhir yang keluar dari bilik akan
mengunci dan menyerahkan kunci di kaunter lobi hotel. Pernah berlaku orang
terakhir terbawa kunci dalam poket dan dia keluar untuk jangkamasa yang lama.
Rakan sebiliknya menunggu diluar pintu dengan penuh misteri siapakah yang terakhir membawa kunci bilik
mereka.
10.
Berpakat pakatlah dalam urusan mengambil
makanan. Mungkin boleh bergilir-gilir dan kalau berhajat untuk makan diluar,
pesan pada roommate sama ada perlu ambilkan makanan kita atau tidak. Bukan apa,
takut membazir.
PERBANYAKKAN
SEDEKAH
1.
Buah buahan dan airkotak yang berlebih lebihan
jangan dibuang. Sepanjang di sana kita akan mewah dengan buah-buahan. Oleh
kerana ramai yang batuk maka akan bertimbunlah buah didalam peti sejuk.
Biasanya saya akan bawa sebiji dua dan dalam perjalanan ke masjid sedekahkanlah
pada golongan jemaah haji backpackers. Mereka ini terutama yang berkulit hitam,
datang ke Mekah dengan wang yang cukup2 untuk makan sahaja. Mereka hanya tidur
di tepi jalan, di koridor shopping kompleks dan mandi di bilik air masjid.
2.
Semasa di Mina juga begitu, timbunan buah-buah
epal sebesar busut . Jemaah haji yang sudah tidak sabar hendak pulang ke hotel
meninggalkan saja buah-buahan ini tergolek golek di dalam khemah. Terutama di
khemah jemaah perempuan. Oleh kerana beg saya tidak banyak barang, saya sempat
membawa satu beg plastic yang penuh dengan epal. Saya sendiri pun batuk teruk
dan tidak boleh makan. Tetapi di Mekah nanti ia boleh disedekahkan kepada
kanak-kanak yang mengemis di sepanjang jalan.
Ramai juga pengemis yang olok-olok ni. Tangannya dilipat
nampak macam kudung la..
3.
Di Masjidilharam ada ramai jemaah Haji negara
luar yang membawa anak kecil. Mereka sangat comel terutama anak-anak orang Arab
dan Turki. Saya membeli beberapa kilo gula-gula dan menyimpannya di bilik. Saya
bawa sedikit setiap kali ke masjid dan bila terserempak anak-anak kecil ini
saya akan berikan seorang sebiji. Sambil menghulur saya lintaskan dalam hati
semoga kawan-kawan saya di tanah air yang susah mendapat zuriat akan
dikurniakan anak yang comel macam budak di hadapan saya ini. Mereka sangat
gembira menerimanya dan tersipu-sipu. Melihat mereka gembira terlintas lagi di
hati saya semoga Allah kurniakan kegembiraan yang berpanjangan dalam hidup
saya.
4.
Di Masjidilharam dan Masjid Nabawi ramai
pekerja-pekerja warga Indonesia. Boleh utamakan mereka ini untuk diberikan
sedekah. Bagi yang lelaki pula ramai pekerjanya warga Bangladesh. Jika ingin
bersedekah wang, sediakan jumlah yang secukupnya dari bilik hotel. Nanti keluar
dari poket terus hulurkan saja. Jangan kira duit dikhalayak ramai. Jangan
tunjukkan kekayaan dan kemurahan hati anda terang terangan. Anda akan dapati
berduyun-duyun nanti mengerumuni anda meminta disedekahkan juga.
5.
Jangan lokek memberi salam. Di sanalah tempatnya
yang orangnya begitu ramai dan semua orang berlapang dada dan datang untuk
ibadah. Berilah salam kepada sesiapa saja yang ditemui. Dan lagi satu, beri
salam terutama kepada pengawal-pengawal Masjid. Di Masjidilharam dan Masjid
Nabawi pengawal Masjid yang perempuan akan berpakaian hitam berselubung (mata
mereka pun kita tidak nampak) dan kita tidak tahu pun mereka berbangsa apa.
Mungkin orang Arab tempatan. Pengawal ini biasanya tidak disukai kerana mereka
garang, tegas dan akan mengarah-arah jemaah supaya bangun dan beralih tempat
duduk. Tujuannya supaya pembahagian kapasiti jemaah disuatu ruang lebih
teratur. Malangnya ada jemaah haji yang sanggup bergaduh dengan
pengawal-pengawal ini. Fahamilah bahawa mereka menjalankan tugas mereka. Itu
kerja mereka dan bukan mereka saja-saja hendak marahkan kita. Ada jemaah yang
solat di laluan yang sepatutnya menjadi tempat orang lalu lalang. Golongan
inilah yang nanti akan kena halau. Jadi
seeloknya berbaik-baiklah dengan pengawal ini . Berikan salam setiap kali
bertembung mereka. Anda akan dapati sampai
satu tahap, mereka akan mengenali anda. Mereka akan tunjukkan saf yang terbaik
untuk anda.
UMRAH
SUNAT
1.
Untuk mengerjakan umrah sunat kita perlu
meninggalkan hotel penginapan dan
bergerak ke Miqat Tanaim menaiki teksi atau van. Untuk mereka yang tidak berani
mencari pengangkutan sendiri petugas Tabung haji ada juga mengaturkan coaster
berjadual untuk membawa jemaah. Yang ini kita perlu peka dengan notis di papan
pengumuman dan menempahnya jika mahu.
2.
Diluar hotel juga ada banyak teksi persendirian
yang sudi menghantar. Tapi kalau waktu puncak iaitu ketika menghampiri hari Wukuf,
tambangnya akan berganda-ganda. Eloklah berpakat dengan kawan untuk carpool.
Jadi boleh berkongsi tambang. Semua pemandu teksi di Mekah adalah warga negara
luar. Bukan orang Arab tempatan.
3.
Jika anda dari Masjidilharam, sebenarnya ada
kemudahan pengangkutan bas awam yang
berulang alik ke Miqat Tana’im dengan
tambang 2 riyal sehala. Naik bas awam ini lebih murah berbanding naik teksi/van
yang memcecah 30 riyal pergi balik. Bas ini ada banyak dan bersilih ganti. Basnya
juga semua bas baru, warna merah.
4.
Biasanya saya dan suami mengerjakan umrah sunat
di awal pagi. Pukul 2 pagi kami berempat menaiki teksi dari Hotel ke Tanaim.
Dari Tanaim kami menaiki bas awam saja ke Masjidilharam. Kami akan Tawaf tujuh
pusingan dan biasanya akan selesai
sebaik saja azan subuh berkumandang. Usai solat subuh dan solat jenazah barulah
kami meneruskan Saei.
5.
Semasa Tawaf (terutama untuk umrah wajib), kalau
ada energy lebih baiklah pilih radius bulatan yang jauh. Tak perlulah berasak
di dataran yang terlalu hampir dengan kaabah. Ini kerana jemaah Negara lain
suka bertolak dan mementingkan diri sendiri sehingga kita susah nak jaga bahu
kiri kita. Saya sendiri sukakan radius yang jauh sebab banyak doa sempat saya
lintaskan dalam hati semasa saya berTawaf.
Anda juga boleh tawaf di platform bertingkat. Ada dua tingkat. Taklah sesak sangat.
6.
Seorang ustazah pernah berpesan semasa tazkirah
di sana. Yang kita nak kerjakan ni kadangkala cuma Tawaf sunat. Janganlah
sampai yang perempuan sanggup berasak dan berhimpit dengan lelaki bukan muhrim
di dataran Kaabah itu. Sampai ada yang tertarik tudung dan terbuka aurat. Sunat yang kita kejar, tapi
terdedah pula kita dengan yang haram.
7.
Bila sudah tiba di pusingan ke 6-7 siap siaplah
bergerak ke kanan (menjauhi kaabah)sedikit demi sedikit supaya kita senang
keluar dari crowd sebaik Tawaf selesai.
8.
Untuk mudahkan ingat bilangan pusingan Tawaf, di
setiap pusingan bacalah zikir yang kita biasa/very familiar agar
kita yakin dengan bilangan. Contohnya
i.
Subhanallah
ii.
Alhamdulillah
iii.
Laailahaillah
iv.
Allahuakbar
v.
Laa haulawala quwwata illa billah..
vi.
Astaghfirullah
vii.
Selawat
9.
Di tempat orang menjual tasbih ada juga dijual
tasbih Tawaf. Maniknya tujuh biji sahaja dan selesai satu pusingan kita tarik
sebiji manik. Begitu pun mudah juga.
Tasbih tawaf
10.
Jangan terlalu bergantung kepada doa/zikir pada
buku terutama semasa Tawaf kerana ia mengganggu kekuhusyukkan. Nanti kita
terleka dari menjaga bahu kiri dan
terlanggar orang tanpa disedari. Minta
saja doa yang kita hajatkan walau pun dalam bahasa melayu. Allah swt
faham apa juga bahasa dan Dia mengetahui apa di dalam hati manusia. Sambil tu
diselangi dengan zikir yang sudah kita tetapkan untuk meyakini bilangan
pusingan.
11.
Selepas Tawaf akan ada solat sunat Tawaf.
Seeloknya di belakang maqam Ibrahim. Tetapi pastikan pilih ruang solat yang
tidak mengganggu laluan orang ramai. Di waktu puncak, jangan marah kalau ada
jemaah yang melangkah kepala anda sewaktu anda sedang sujud.
12.
Di tempat Saei kalau tak larat berjalan kaki
anda boleh sewa wheelchair dan minta pasangan tolakkan. Lepas tu suruh dia
duduk dan anda tolak pula..Hahaha.. kalau nak suruh orang Arab tu tolakkan pun
boleh juga tapi dia tolak laju gilerr.. tertinggal pasangan anda nanti. sebab
dia mengejar trip.
13.
Di tingkat atas sekali pun ada kemudahan buggy
pandu sendiri. Takpasti berapa sewanya tapi anda boleh sewa, dan naiklah
bersama pasangan anda tujuh kali ulang alik.
14.
Ada orang bawa selipar semasa Tawaf dan Saei.
Tetapi saya tetap selesa kalau selipar saya tinggalkan. Rancanglah tempat anda
menyimpan selipar supaya bila anda selesai Saei atau Tawaf, anda berakhir di
tempat yang dekat dengan lokasi selipar anda. Bukan senang nak mengharung orang
ramai tau.. nak pulak masa tu kaki kita dah letih berulang alik Saei.
15.
Jemaah perempuan kalau Saei dengan stoking biasa
agak licin. Nanti anda susah nak berjalan dengan selesa. Nak tergelongsor aje.. sebab lantainya marmar.
Pakailah stoking yang rupanya macam kasut penari ballet tu tapi di tapaknya ada
biji biji untuk grip. Jangan risau kalau tak sempat beli stoking ni sebelum
berangkat kerana di sana ada banyak dijual dan lebih murah. Made in China pun..
dah jadi promoter stokin pulak..
UBAT
UBATAN
1.
Suka saya ingatkan bahawa doktor Tabung Haji
hanya membekalkan anda dengan ubat ubatan basic seperti paracetamol, ubat
batuk, ubat sakit mata, gula-gula sakit tekak dan lain-lain. Antibiotik dan
antiviral tidak disediakan. Kalau anda rasa nak antibiotic belilah siap-siap
dari Malaysia sebab di sana harga ubat ubatan sangat mahal, diulang sangat
mahal. Saya yang batuk teruk ni beli antibiotic saja sampai RM90. Nasib baik
saya sorang je yang batuk teruk, suami saya hingus sikit sikit je.
2.
Siapa yang banyak lemak di peha, selalu melecet
bila berjalan, terutama lelaki. Sebab dalam pakaian ihram mana ada lapisan
seluar lain kat dalam. Standby la minyak apa apapun untuk sapu. Seeloknya
minyak gamat la sebab minyak gamat ni ada fungsi merawat kalau lecetan tu dah
teruk.
3. Untuk
deodorant badan, kalau nak cari yang takda wangian jemaah boleh pakai bedak
serbuk dalam paket warna putih tu, Namanya bedak HIBKA. Saya bawa beberapa
paket tapi akhirnya tak pakai sangat pun sebab kat sana taktau la.. badan kita
berpeluh tapi takdelah bau pun.
PESANAN TAMBAHAN
1.
Nanti bila tiba di airport Jeddah, anda akan
menerima banyak welcome gift dalam bentuk makanan. Dari seringan-ringan macam
roti bun dan air kotak sehinggalah yang berat macam nasi arab. Nanti anda akan
dapati tangan anda tak cukup untuk carry semua benda tu. Oleh itu dalam beg
sandang anda nanti standby la beg plastic untuk anda isi semua hadiah-hadiah
tu.
2.
Untuk pertama kali tiba Bank Muammalat kot..
akan hadiahkan anda dengan sebotol air zam-zam. Botolnya very handy, macam
lasak sikit dan saiznya selesa untuk dimasuk dalam poket/handbag. Saya
cadangkan anda simpan botol ini untuk anda gunakan semula untuk isi bekalan air
zam-zam anda masa anda berjalan. Botol ni dapat sekali je sepanjang tempoh haji
saya hari tu.
3.
Shopping… saya dan suami hari tu mendarat di Mekah
dulu. Lepas selesai haji baru ke Madinah. Saya sudah berniat dan berdoa dari
Malaysia agar tidak terpengaruh dengan shopping. Maka memang betul bila tiba di
sana saya tidak teringin satu apa pun. Semua urusan belibelah suami saya pula
yang buat keputusan mahu beli ke tidak. Tapi ramai yang beritahu, barang di Mekah
lebih murah lah..kalau tak beli di Mekah nanti di Madinah jemaah terdahulu dah
borong semua yang cantik cantik. Tinggal yang tak cantik je.. maka kami pun
tershopping jugalah di Mekah.
4.
Tapi akhirnya kesimpulan yang boleh saya buat,
jangan dengar cakap oranglah. Bila tiba di Madinah berlambak je saya tengok
yang cantik2. Malah sakit hati betul bila lihat barang yang sama lebih murah daripada yang kita dah beli diMekah. Seeloknya waktu di Mekah tumpukan
sesungguhnya untuk ibadat sahaja. Lebih buruk lagi jangan sampai meninggalkan
solat di Masjidilharam kerana terleka bershopping. Sesungguhnya peniaga-peniaga
tu sekejap je dia nak restock kalau barang dia dah nak habis.
5.
Kurma beli di Madinah lah.. tapi saya lihat
harga di Ladang Kurma lebih mahal daripada di Pasar Kurma. So, kalau ada
kesempatan beli di pasar kurma. Bukan di ladang kurma. (terbalik pulak ye..
orang ingat fresh dari ladang tu dapat la lagi murah).
6.
Kalau anda ikut program ziarah di masjid yang
berhampiran, contohnya Hudaibiyah.. masjid Quba.. pastikan selipar anda masuk
dalam uncang dan bawa bersama ketika solat. Saya dah terkena dulu.. dekat
Masjid Hudaibiyah. Masa datang orang tak ramai, So saya tinggalkan la selipar di tempat kasut. selesai je solat tiba-tiba
berbas-bas jemaah Haji Indonesia masuk. Saya nak ke tempat letak selipar pun
tak boleh sebab sesak. Selipar saya hilang sebelah. Berjengket saya kembali ke
bas dengan selipar sebelah je.. sikit lagi nak kena tinggal bas.
7.
Kalau yang lelaki pergi ziarah Hudaibiyah bawak
sekali la kain ihram. Mana nak tau kot nak terus buat umrah sunat. Sebab
Huidaibiyah merupakan salah satu miqat. Jimat la tambang teksi..
8.
Tentang makanan di sana, saya tak kata
makanannya sedap. Sebab ianya subjektif dan Tabung Haji takkan dapat puaskan
hati dan selera ribuan jemaah. Memang adakalanya ia tak masuk dengan tekak
kita. Kebanyakan menunya tak pedas.
Berdoalah mohon agar Allah beri
kita selera. Inshaallah, saya dan suami di sana lalu je makan. Habis je nasi
yang depa bagi. Jangan sesekali mengeluh “tak sedap.. tak lalu makan.. tak
selera.. nanti memang betul betul Allah tarik selera kita. Terpaksa habis
banyak duit beli makanan di luar. Kat sana kalau makan roti macam roti canai
tu, rotinya murah tapi kuahnya yang mahal. Purata harga sarapan untuk dua orang
lebih kurang RM30.
ini contoh makanan di Hotel yang disediakan oleh caterer tabung Haji.
Ok la.. sedap la jugak..
Ini makanan di Mina yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi.
Nasi lemak, telur rebus. Kadang ada juga ikan bilis goreng dan sambal.
Tapi sambal dia of course la bukan macam sambal belacan kita.
(serunding dalam botol tu makcik ni bawak sendiri nih... )
BETUL
KE ORANG CAKAP KALAU KAT MEKAH KESALAHAN KITA ALLAH BAYAR CASH?
Jawapannya : Saya mendapati ia memang betul.. hati kena bersih. Selalulah
maafkan orang.
Tapi bila kita tahu kita bersalah, cepat
cepat istighfar. Di sana setiap doa Allah makbul dan setiap dosa pun Allah
ampun. Saya tidak tahu pengalaman orang
lain tetapi yang saya ingin share disini adalah pengalaman kami sendiri.
1.
Di hari-hari terawal tiba di Mekah saya sihat
walafiat. Tetapi entah kenapa bila berjumpa saja dengan jemaah haji Malaysia
saya jadi begitu peramah. Suka bersembang. Maka suami saya pun menegur
perlahan-lahan, “ kita mari sini nak ibadat, kalau tak perlu takyah sembang
lah. Tanya yang penting2 dah le. Nanti banyak cakap banyak silap, banyak silap
banyak dosanya..”
Seperti kebiasaan, saya tidak melawan
kata-kata suami. Tetapi dalam hati
begitu memberontak dan tidak mengakui kesalahan sendiri. Suka hati akulah,
bukannya salah pun. Bukannya mengumpat pun.. lagipun aku kan cikgu.. memang
cikgu naturenya bercakap..!
Nak tau apa jadi… malam itu juga saya batuk tak henti henti sampai
roommate urutkan belakang dengan Vicks. Esoknya
suara saya hilang terus..maka berhentilah saya jadi peramah sehingga hari Wukuf.
2.
Ini kes suami saya pulak. Dia begitu benci pada
jemaah berkulit hitam yang suka meludah merata tempat. Sepanjang jalan dari
hotel ke masjid kahak manusia di sana sini. Maka dia pun sepanjang masa bila
ternampak kahak dia akan mengutuk-ngutuk sebab tak suka. Suatu hari semasa di Mina,
seliparnya tertinggal di luar khemah. Esok paginya gelap2 kami dah nak keluar
melontar. Bila saja dia memakai seliparnya tiba-tiba dia rasa
benda pekat melekit-lekit kat tapak kaki dia. Rupanya ada kahak orang atas
kasut dia. Taktau kahak siapa punya. Jenuh suami saya kegelian. Dah la nak
pergi basuh kena beratur panjang ditoilet. Sian dia..
KESIMPULAN
Doa senjata mukmin. Di sana nanti jangan
putus-putus berdoa mohon dipermudahkan. Bila buntu saja sebutlah Rabbi Yassir
walaa tuassir.. Rabbi Tammim bil Khair. InsyaaAllah semuanya akan lancar.
Ucapan Dari saya
Semoga mendapat Haji yang
mabrur. Semoga pesanan saya ini bermanfaat untuk anda.