Resipi daripada emak angkat ibu di Felda Ulu Penggeli, Kluang.
Bahan yg dah digoreng ini di blend bersama gula, garam dan belacan yg telah digoreng dengan minyak yg sedikit je. Dan air perahan limau kasturi
Blend pun takpayah boh air. Harapkan basahan air limau yang sedikit tu je. Saya pakai blend kering tu je sebab kuantitinya tak banyak. Dah siap blend nanti dia jadi camni ye.
Sepatutnya warna lebih kehijauan. Saya punya macam terlebih belacan je. Hehehe... Kalau u all buat kurangkan le belacannya ye.
Sesuai dicicah dengan ikan bakar dan ulaman.
Inshaallah sambal ini lambat basi dan tiada bau maung cili sebab semuanya telah di goreng terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment