Wednesday, November 7, 2012

Nasihat ayah untuk Luqman

Hari ini Selasa 6/11/2012.
Ibu pergi SK Ho Seng Ong sebab nak jumpa cikgu dan ambil report card.
Ayah tak dapat ikut sekali sebab ada meeting segera di KL.

Pukul 1.50 Pn Norazifah dah tunggu.
Janji dengan dia pukul 1.30 tengahari tapi ibu terlambat.

Ibu dapat 2 berita hari ini.
Pn Nora beritahu berita gembira dulu.
Luqman Haqimi dapat tempat pertama dengan peratus 90.4
Semua subjek dapat A kecuali muzik dan Kajian Tempatan yang kedua-duanya B.
Kebanyakan subjek dia highest.

Berita satu lagi ialah berita yang tak seronok didengar.
Berita ini telah melenyapkan kegembiraan berita pertama.
Pn Nora bertanya pada Kimi,
 "Ibu dah tahu belum?"
Kimi senyum-senyum saja tapi dengan muka yang keruh.
Dari senyuman kimi ibu dapat tangkap sesuatu yang merisaukan.

Ibu tak bertanya lanjut tapi ibu terus baca komen guru dalam lapuran Oral English dia.
".........................Please pay attention in class!"
Terus ibu pandang muka kimi. Dengan nada curiga ibu cakap, "aii... ni apahal ni?"

Ibu tengok lapuran Pn Nora pulak.
"Tahniah atas kecemerlangan. Kekalkan usaha dan tingkatkan dari segi sahsiah."

Ibu pandang balik kat Pn Nora.
Dia kata " macam ni Puan, lembaga Disiplin dah sepakat dalam mesyuarat. Tahun depan Luqman tidak dilantik lagi menjadi pengawas. Kami rehatkan dia setahun untuk beri peluang dia ubah sikap dia."

Tiba tiba ibu rasa muka ibu panas.
Ibu pandang Kimi.
Pn Nora explain antara kesalahan kimi..
      Kimi tidak menjalankan tugas dia sebagai pengawas.
      Dia sepatutnya mendiamkan pelajar tapi dia sekali bising.
      Kimi selalu berlagak pandai dengan kawan-kawan.
      Kimi selalu keluarkan kata-kata yang tidak sopan.
      Kimi selalu menyampuk bila cikgu mengajar (loyar buruk)
      Kimi kadang-kadang pertikai cara cikgu mengajar yang tak sama dengan cara yang dia faham sehingga
      cikgu kecil hati.

Ibu rasa sangat sedih.

" Kimi tak malu ke? 
kalau ibu jadi Kimi ibu tak tau mana nak letak muka ibu? 
Kimi ibarat perdana menteri yang hebat tetapi akhirnya digulingkan dengan hina sekali kerana akhlak buruk kimi sendiri. 

Kimi tak dilantik bukan sebab kimi tak cekap, 
Kimi bukan pengawas pelatih yang tak pandai buat kerja. 
Dah 3 tahun Kimi jadi pengawas. 
Sekarang ni orang tak suka Kimi tahu tak? 
Orang tak mahu Kimi !
Kimi patut rasa malu!

Ibu tak bangga langsung dengan result ni kalau akhlak kimi buruk. 
Result macam ni semua orang boleh dapat. 
Nakkan rajin je.. walau pun jahat tetap dapat cemerlang kalau usaha. 
Sekarang ni pun ramai orang yang pandai tapi buat jenayah. 

Result yang bagus ni manusia saja yang pandang, Kimi! 
Tapi akhlak yang baik Allah yang pandang. 
Kalau Allah dah tak suka mana lagi Kimi nak pergi? 
Dunia mana lagi Kimi nak duduk kalau Allah dah marah?  
Otak yang pandai tu semua pinjaman je. 
Allah boleh tarik balik bila bila masa saja." 

Ibu bercakap sambil menangis. Pn Nora berulangkali minta maaf.

Tak guna result yang bagus tapi akhlak keji. Semuanya berpunca daripada mulut. Deria yang banyak membawa manusia ke neraka. Tolonglah Kimi.. jaga tutur kata. Terutama dengan cikgu. Kalau kawan-kawan tak suka Kimi tapi cikgu suka, kimi masih selamat sebab cikgu akan backing. Sekarang ini cikgu pun turut tak suka Kimi. Siapa Kimi nak harapkan lagi di sekolah ni?

Dulu Guru Besar (Pn Sharipah) dah ada komplen. Dia kata mereka semua nak bentuk Luqman sampai boleh jadi Headboy sebab dia je antara pelajar Melayu yang menyerlah dari segi akademik. Kimi banyak masuk pertandingan dan mengharumkan nama sekolah. Tapi akhlak dia kadangkala agak mengecewakan. Bila dia terlalu close dengan guru sampai hilang rasa hormat. Dia bergurau dengan cikgu macam gurau dengan kawan-kawan. Dia suka cakap besar dan berlagak.

Ibu dengan ayah terus  sediakan ikrar yang ditandatangani oleh kami dan Kimi terpaksa jumpa setiap orang guru yang mengajar dia dan minta tanda tangan. Kimi kena minta maaf dan berjanji untuk berubah. Kami letak no telefon dalam ikrar tu. Hubungi parent kalau anak kami jahat. Dalam Fail ikrar tu ada banyak guru-guru yang beri dia nasihat. Kimi pun insaf berjanji untuk berubah. Pn Nora kata lepas tu dia OK sekejap. Sekarang dah mula balik.

Ibu rasa hukuman lucut jawatan  itu sangat setimpal. Biar Kimi insaf bahawa cikgu boleh ambil tindakan apa saja kalau mereka mahu.

Balik rumah kimi kena libas dengan tali pinggang tiga kali. Ayah libas dekat kaki. Ayah tak mahu bercakap dengan Kimi. Kimi menangis mintak maaf kat Ibu. Ibu kata pergi dekat ayah, ambil tangan dia dan cium. Peluk dia dan minta maaf.

Malam tu masa solat maghrib sekeluarga ayah menangis sambil menasihat Kimi. Semua orang menangis malam tu termasuklah Nasuha.

Sampai hati Kimi memalukan keluarga. Antara kata-kata ayah...

"Apa saja anak-anak ayah nak ayah turutkan. Nak game ayah beli. Nak kasut Bola ayah beli. Sampai nak Estima pun ayah beli. Tapi kenapa anak-anak ayah taknak ikut cakap ayah. Susah ke nak jadi budak yang baik?"

Kimi cakap semua orang pun macam tu. Sebab tu dia ikut.
Kimi sepatutnya tahu menilai yang buruk dan yang baik.
Ramai orang buat tak semestinya betul.
Jangan ikut diaorang. Kimi buat hal kimi sendiri sudahlah. Ambik buku dan baca. Tak payah join budak-budak bising dan nakal.

Sekarang sudah terbukti.
Kerana mulut badan binasa.
Ibu dengan ayah bincang dan kami sependapat.
Sebenarnya ada sedikit perasaan Takbur dalam diri Kimi.
Kimi rasa Kimi dah pandai.
Lebih pandai dari kawan-kawan walau pun tanpa tuisyen.
Kimi kena ingat...
Kimi Allah anugerahkan seorang ayah yang sanggup mengajar kimi sendiri.
Ayah Kimi sanggup study balik macam dialah yang nak ambik periksa dan lepas tu mengajar Kimi.
Ayah akan ajar kimi one topic in advance sebab dia nak kimi boleh absorb dengan mudah apa yang cikgu sampaikan.
Bukan bertujuan untuk cari kelemahan guru bila dah pandai.

Cikgu itu mungkin terpaksa gunakan cara yang tertentu (yang kimi anggap tak smart) untuk sesuaikan dengan pemahaman student yang berbagai-bagai. Tak semua pelajar akan pick up cepat macam Kimi.

Ibu harap peristiwa kali ini akan jadi pengajaran buat Kimi dan adik beradik yang lain.
Kimi mesti tebus balik maruah Kimi.
Insyaallah ibu rasa kalau Kimi boleh berubah, dalam masa 2-3 bulan mereka akan lantik Kimi semula.
Tunjukkan pada sekolah bahawa Kimi seorang yang diperlukan.
Sekolah akan susah kalau Kimi takda untuk jadi emcee mengendalikan perhimpunan.




No comments:

Post a Comment