Tuesday, June 5, 2012

Bakery Che Dah (aktiviti cuti sekolah)

Musim cuti sekolah..
Anak-anak semua kat rumah. Setiap masa mereka akan lapar. Apa lagi.. mari kita aktifkan bakery kita. Chef kali ini siapa lagi tak lain dan tak bukan iaitu ibuuuuuuu....iaitu Chef Che Dah.
Cuba teka apa yang dia nak masak.


Sampai tersasul pulak che dah tu (terbahasakan dirinya cikgu) macam kat classroom gitu.
Anak aku sampai duduk atas cabinet tu. Macam nilah kalau buat apa-apa. masaknya sikit je tapi mengemas yang letih sebab kalau uli tepung mesti lebihkan sikit untuk depa main-main. digelek-gelek nanti tepung tu sampai warna yang putih jadi hitam kebiru-biruan tak lalu nak makan.


Ada pulak Faris tu nak buat pau. Lain kali la pulak kita buat pau ye..



Inilah rupanya roti kacang yang sedia untuk dimakan. Lawa tak roti che dah? keluar dari oven dia takkan selawa itu tau. tu yang berkilat-kilat tu selepas che dah make up dia (sapu dengan margerine) tujuannya supaya kulitnya lebih lembut dan nampak menyelerakan.


Roti kismis ni hangit sikit. Lagi pun Che Dah guna oven cokia je (RM 120 punya tu). Tapi sedap tau. Tak percaya tengok dah hilang beberapa bijik.


Sapa nak belajar dengan Che dah cara buat roti macam ni syaratnya kenalah datang berguru di rumah che dah.. terutama sahabat Che Dah dari geng chelak mekah tu ....heheeh.. Nanti reunion kat rumah che dah kita makan roti home made ye.

No comments:

Post a Comment