Inilah surau keluarga kita. Ia merupakan bilik di tingkat bawah yang diubahsuai dan dijadikan macam surau. Setiap hari kita semua akan berkumpul di sini untuk solat maghrib dan isyak berjemaah. Waktu antaranya kita akan mengaji, tazkirah, bergolek-golek, main teka teki dan bertukar-tukar cerita hari ini.
Bilik ni tidak diletak banyak perabot pun. Lapang dan boleh muatkan jemaah keluarga sahaja. Bila korang besar nanti mesti akan terkenang balik pengalaman kita hari-hari di surau ini.
Ibu dengan ayah tak berdaya nak hantar korang mengaji kat rumah orang sebab jadual harian masing-masing macam dah pack sangat. bayangkan letihnya kalau nak hantar 6 orang pulak tu.
Yang bestnya kalau hari minggu kita akan tidur sini sekeluarga dan masa ni rasa kekeluargaan amat rapat. Tak tau lah sampai bila benda ni akan berkekalan sebab anak anak ibu semakin membesar dan akan meninggalkan kami. ish.. sedey pulak.
Mujurlah bila kaklong dan Kimi dah pandai mengaji mereka pulak ajarkan Nabilah dan Najihah (dengan pemantauan lah..macam jemaah nazir la konon). Nanti Faris pulak akan ajar Nasuha.
Di sini ada sedutan budak budak ni mengaji. Ada guru kecik, ada guru besar dan guru import dari Kemboja heheh..
Selesai je tok guru kemboja ni mengajar dia pun berguru dengan mak dia pulak.
Nabilah pulak diajar oleh Kimi. Depa berlawan-lawan macam rancangan Mentor pulak. Nanti kita tengok protege sapa yang lebih bagus bacaannya.
Ini suara Faris mengaji. Susahnya nak ajak Faris mengaji sebab dia ada mood. Kalau dia mood tak baik dia akan mengaji dengan suara macam orang berbisik je. Ibu kena bubuh telinga dekat dekat untuk dengar suara dia. Orang lain mengaji satu muka surat tapi faris siap letak syarat untuk dia setengah mukasurat je. Jadik la daripada dia tak mau mengaji langsung. Cuma Ibu je yang sabar mengajar Faris mengaji. Ayah memang sub terus Faris ni kat ibu semenjak iqra' lagi.
Tapi lepas ada Ustazah Sari mengajar Tasmik kat SK Ho Seng Ong Faris begitu bersemangat mengaji siap dengan tajwid lagi. Kalau tak dengung dia akan ulang balik ayat tu. Faris siap cakap lagi ayat yang bila ibu dengar ibu akan jadi tak puas hati grrrrr....!!!! iaitu " ibu, ibu cantik sikit je. Ustazah Sari lagi cantik daripada ibu".
Video kat bawah ni sebelum Ustazah Sari datang. Tapi time ni Faris mood baik.
No comments:
Post a Comment