Friday, April 9, 2010

Cucu Hj Osman


Tahun 2009 merupakan tahun penganugerahan cucu besar besaran dalam keluarga Tn Hj Osman dan Pn Hjh Teh Hasnah.
Terdapat 4 orang cucu yang lahir serentak pada tahun ini. Dimulai dengan Pn Norlida dengan anaknya Muhd Fawwaz Iqbal pada bulan April, Pn Nor Sahidah dan anaknya Nur Nasuha pada Bulan Julai, Pn Mas Salmah dengan anaknya Mohd Naufal pada bulan November dan Pn Farahdina dengan anaknya Amni juga pada bulan November.

2 Lelaki 2 permpuan, 2 normal 2 operation (Norlida & Mas), 3 Sulung dan 1 bongsu (Nasuha). 3 anak cikgu 1 anak bukan cikgu.

Setakat ini Fawwaz yang paling kurus tapi suka tersengih. Nasuha yang paling banyak lemak dan malas bergerak. Naufal yang gagah perkasa dan hanya tersenyum pada orang yang disukainya (Mak We le.. sapa lagi) dan Amni yang serius, hari tu ingatkan dia jerit sebab suka, rupanya dia marah dan rimas dikelilingi ramai budak budak (anak2 Mak We le.. sapa lagi). Apa la Amni ni kut ye pun anak dokto jangan la serius sangat macam dokto pakar.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment