Friday, April 9, 2010

Agenda hujung minggu

Agenda hujung minggu keluarga kita. Bangun pagi pagi, mandi dan mengemas bilik masing-masing sementara ibu buat sarapan. Selalunya ibu akan masak sekaligus untuk makan tengahari. Kalau ibu dilanda kemalasan maka menunya ialah nasik lemak. itulah sarapan dan nanti makan tengahari pun nampak makanan itu le juga atas meja.

Lepas bersarapan dengan lahapnya kita semua akan ke tempat dalam gambar kat atas tu.. cuba teka kat mana. Yeaahhh.. itulah pentas di dewan terbuka kat sekolah ibu, SMK Tambun. Sekolah kesayangan ibu. Bila ibu rindu kat sekolah ibu akan pandang dari tingkap bilik ibu kat atas.

Kita mencari suasana lain untuk belajar. Kalau kat rumah akan diganggu oleh 3 orang lagi iaitu Nabilah, Najihah dan Nasuha. Selalunya kita akan spend kat sini 2 jam. Belajar 4 subjek sekaligus secara berganti ganti .

Mesti korang akan teringat-ingat benda ni sampai tua. Ni yang sampai terbaring telentang ni masa 'take five' le ni. Setakat ni anak-anak En Hasbullah & Pn Nor Sahidah belum ada sorang pun yang pergi tuisyen. Program Skor A tu pun ibu belum beli. Sebab kalau boleh kami nak ada product yang originally dari usaha kami.

Setakat ini ayah masih maintain sebagai cikgu Sc, Math dan ustaz yang mengajar Alquran. Ibu pulak pulun semua subjek bahasa (BM, English dan Arab). Walau pun ibu takdak background mengajar bahasa (lagi-lagi la arab tu) dan ayah pulak kena study balik sebelum boleh ngajo tapi kami rasa kami buleh bukak pusat tuisyen lepas ni.

Tolong le bayar balik apa yang kami usahakan ni. Bayar balik dengan menggembirakan ayah dan ibu dengan result dan akhlak yang baik. Belajar, hayati dan amalkanlah ilmu yang diperoleh. Ayah dan ibu sengaja mengajar one topic in advance sebab nanti korang lebih faham bila cikgu introduce dalam kelas. Pahalanya pun mengalir kat kami dulu sebelum pi kat cikgu sekolah tu.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment