Agenda hujung minggu keluarga kita. Bangun pagi pagi, mandi dan mengemas bilik masing-masing sementara ibu buat sarapan. Selalunya ibu akan masak sekaligus untuk makan tengahari. Kalau ibu dilanda kemalasan maka menunya ialah nasik lemak. itulah sarapan dan nanti makan tengahari pun nampak makanan itu le juga atas meja.
Lepas bersarapan dengan lahapnya kita semua akan ke tempat dalam gambar kat atas tu.. cuba teka kat mana. Yeaahhh.. itulah pentas di dewan terbuka kat sekolah ibu, SMK Tambun. Sekolah kesayangan ibu. Bila ibu rindu kat sekolah ibu akan pandang dari tingkap bilik ibu kat atas.
Kita mencari suasana lain untuk belajar. Kalau kat rumah akan diganggu oleh 3 orang lagi iaitu Nabilah, Najihah dan Nasuha. Selalunya kita akan spend kat sini 2 jam. Belajar 4 subjek sekaligus secara berganti ganti .
Mesti korang akan teringat-ingat benda ni sampai tua. Ni yang sampai terbaring telentang ni masa 'take five' le ni. Setakat ni anak-anak En Hasbullah & Pn Nor Sahidah belum ada sorang pun yang pergi tuisyen. Program Skor A tu pun ibu belum beli. Sebab kalau boleh kami nak ada product yang originally dari usaha kami.
Setakat ini ayah masih maintain sebagai cikgu Sc, Math dan ustaz yang mengajar Alquran. Ibu pulak pulun semua subjek bahasa (BM, English dan Arab). Walau pun ibu takdak background mengajar bahasa (lagi-lagi la arab tu) dan ayah pulak kena study balik sebelum boleh ngajo tapi kami rasa kami buleh bukak pusat tuisyen lepas ni.
Tolong le bayar balik apa yang kami usahakan ni. Bayar balik dengan menggembirakan ayah dan ibu dengan result dan akhlak yang baik. Belajar, hayati dan amalkanlah ilmu yang diperoleh. Ayah dan ibu sengaja mengajar one topic in advance sebab nanti korang lebih faham bila cikgu introduce dalam kelas. Pahalanya pun mengalir kat kami dulu sebelum pi kat cikgu sekolah tu.
Friday, April 9, 2010
Gaun kembang di Menara Alor Setar
Seronok pi menara Alor Setar hari tu. Kami naik lagi setengah jam nak maghrib. Masa tu dekat dekat nak sunset. Naik lift la... tak mungkin flying fox. Perumpamaannya macam menara Kuala Lumpur tu dikerat tengkuknya dan dibawa balik untuk dipacak di Alor Setar ni.
Boleh nampak view macam seluruh negeri Kedah. Nampak Terusan Wan Mat Saman, Gunung Jerai, Kuala Kedah, sawah padi luas sungguh!
Oleh itu naiklah Menara Alor Setar dan kalau nak enjoy the wind, you are advised to wear gown. Memang dah terbukti kisah benar dan ia begitu menakjubkan. Kalau tak percaya lihatlah lintas langsung ini..
Betul kan.. macam puteri kayangan yang belum turun ke bumi. Masih meninjau-ninjau lokasi untuk mendarat.
Ada lagi liputan yang terkini.
Seorang permaisuri kayangan ni malu untuk ditemuramah. Maklum la tak pernah beraksi depan kamera. Lagi pun kat dunia kayangan mana ada candid-candid ni. Semua pakai skrip, rehearsal 2-3 kali. Liputan ni memang membazir filem saja (zaman dulu la..sblm era digital).
Saksikan pula peristiwa bersejarah yang belum pernah dirakam oleh mana-mana kumpulan pengkaji paranormal apalagi jurugambar amatur. Keluarga bunian turun ke bumi tanpa sayap dan mendarat dengan selamat ! Saksikan lah.. (seperti biasa off dulu peti nyanyi tu sebab kut nak dengar keluarga bunian ni berkata-kata. )

Cucu Hj Osman
Tahun 2009 merupakan tahun penganugerahan cucu besar besaran dalam keluarga Tn Hj Osman dan Pn Hjh Teh Hasnah.
Terdapat 4 orang cucu yang lahir serentak pada tahun ini. Dimulai dengan Pn Norlida dengan anaknya Muhd Fawwaz Iqbal pada bulan April, Pn Nor Sahidah dan anaknya Nur Nasuha pada Bulan Julai, Pn Mas Salmah dengan anaknya Mohd Naufal pada bulan November dan Pn Farahdina dengan anaknya Amni juga pada bulan November.
2 Lelaki 2 permpuan, 2 normal 2 operation (Norlida & Mas), 3 Sulung dan 1 bongsu (Nasuha). 3 anak cikgu 1 anak bukan cikgu.
Setakat ini Fawwaz yang paling kurus tapi suka tersengih. Nasuha yang paling banyak lemak dan malas bergerak. Naufal yang gagah perkasa dan hanya tersenyum pada orang yang disukainya (Mak We le.. sapa lagi) dan Amni yang serius, hari tu ingatkan dia jerit sebab suka, rupanya dia marah dan rimas dikelilingi ramai budak budak (anak2 Mak We le.. sapa lagi). Apa la Amni ni kut ye pun anak dokto jangan la serius sangat macam dokto pakar.
Kem Rekreasi Intan Suraya (makan ikan)
Mengimbas kembali sewaktu perkelahan keluarga di Kem Intan Suraya, Sg Siput.
Kali ini kita tengok video pulak lah.
Saja nak tunjuk betapa enjoynya kalau pergi sana.
Memancing dalam keeadaan yang selesa, bersih dan selamat.
Mari menonton liputan ini...
Macam mana? Ada jeles?....
Kali ini kita tengok video pulak lah.
Saja nak tunjuk betapa enjoynya kalau pergi sana.
Memancing dalam keeadaan yang selesa, bersih dan selamat.
Mari menonton liputan ini...
Macam mana? Ada jeles?....
Hari Anugerah Kaklong
Terdapat penambahan dimana hari tu tak sempat upload image ni.. yang mahal ni... ntah mana dia menyorok masa tu. Sementara dah jumpa gambar ni, ibu pun upload cepat cepat.
Hari Anugerah Kaklong sebenarnya lebih awal dari kimi. Since ibu dah upload gambar kimi nanti kaklong kecik hati pulak. Dia pun ada video jugak. Kaklong dalam kelas 3 Mawar dapat nombor 3/42. Dalam Anugerah Top Ten kaklong dapat no 8/161. Harap kaklong dapat maintain bila masuk Tahap 2 nanti sebab ibu tengok pelajar melayu yang terima anugerah berkurangan bilangannya bila di tahap 2.
Ini dia detik-detik kaklong naik pentas. Dulu masa tahun satu kaklong dah naik pentas untuk hadiah no 2 dlama kelas dan no 3 top ten, tapi tahun lepas kaklong main lebih dan tak dapat naik. Ayah ibu punya la sedih masa tu. Tahun deepan harap dapat tengok lagi kaklong di pentas ye.
Peringatan: Tolong off dulu peti nyanyi tu sebelum tengok ni.

Subscribe to:
Posts (Atom)