16 Disember 2008.
Balik Kampung di Tg Piandang. Singgah makan laksa di Ban Pecah. Cantik tempat ni. Dulu nenek sedara aku pernah tinggal di sini. Ban pecah ni dipanggil sebegitu rupa kerana ada sejarahnya. Ia begitu unik kerana sawah padi dipisahkan dengan laut hanya dengan batas sempadan yang orang sebut 'ban'. Dikatakan ada seorang yang telah memakan harta anak yatim yang dipeliharanya. Orang itu telah merampas tanah sawah yang sepatutnya diwarisi oleh anak yatim berkenaan. Ditakdirkan Allah, ban yang memisahkan air masin dan air tawar itu telah pecah lalu menenggelamkan sebahagian besar sawah-sawah di situ. Bermula dari situlah tempat itu dipanggil Ban Pecah. Nenek sedara aku yang turut kehilangan sawah telah berpindah mencari penghidupan baru di Parit Tok Ngah. Tidak lama kemudian kerajaan telah menambak batas itu dengan bongkah bongkah batu untuk menjadikannya lebih kukuh.
Ban Pecah istimewa kerana ada gerai di sini yang menyediakan hidangan gulai ikan sembilang dalam periuk tanah. Hari tu kami datang dah nak maghrib jadi tak sempat nak rasa. Pernah sekali Majalah 3 datang buat liputan pasal gulai ikan sembilang ni. Apa pun, Ban Pecah masih cantik, tenang dan udaranya masih segar. Tidak seperti pantai nelayan yang selalunya keruh dan busuk. banyak lagi gambar di http://picasaweb.google.com/norsahidah/CutiDiKampungku#
No comments:
Post a Comment