Sunday, December 21, 2008

Cuti di kampungku

16 Disember 2008.

Balik Kampung di Tg Piandang. Singgah makan laksa di Ban Pecah. Cantik tempat ni. Dulu nenek sedara aku pernah tinggal di sini. Ban pecah ni dipanggil sebegitu rupa kerana ada sejarahnya. Ia begitu unik kerana sawah padi dipisahkan dengan laut hanya dengan batas sempadan yang orang sebut 'ban'. Dikatakan ada seorang yang telah memakan harta anak yatim yang dipeliharanya. Orang itu telah merampas tanah sawah yang sepatutnya diwarisi oleh anak yatim berkenaan. Ditakdirkan Allah, ban yang memisahkan air masin dan air tawar itu telah pecah lalu menenggelamkan sebahagian besar sawah-sawah di situ. Bermula dari situlah tempat itu dipanggil Ban Pecah. Nenek sedara aku yang turut kehilangan sawah telah berpindah mencari penghidupan baru di Parit Tok Ngah. Tidak lama kemudian kerajaan telah menambak batas itu dengan bongkah bongkah batu untuk menjadikannya lebih kukuh.
Ban Pecah istimewa kerana ada gerai di sini yang menyediakan hidangan gulai ikan sembilang dalam periuk tanah. Hari tu kami datang dah nak maghrib jadi tak sempat nak rasa. Pernah sekali Majalah 3 datang buat liputan pasal gulai ikan sembilang ni. Apa pun, Ban Pecah masih cantik, tenang dan udaranya masih segar. Tidak seperti pantai nelayan yang selalunya keruh dan busuk. banyak lagi gambar di http://picasaweb.google.com/norsahidah/CutiDiKampungku#





Friday, December 5, 2008

Muhammad Faris

Ini dia Faris yang paling hebat..nak keluarkan dia pun yang paling susah. Sebab kepala dia beasr dan bahu dia pun lebar. Dia sorang je yang lahir siang, 12.00 tengahari.
Faris ni kalau nak apa apa dia akan gunakan kekerasan. Walau pun nak susu. Suara dia pun memang macam petir. Dia makan banyak. semuanya berselera. Sebelum pergi makan kat luar dia akan makan dulu di rumah sebelum berangkat.
Faris berani mencuba semua perkara. Tak mustahil dia yang paling berjaya esok lusa. Ibu tak tau minat sebenar faris ni apa. Sebab semua benda dia minat..kuali dan sudip pun minat, screwdriver dan hammer pun minat, gunting dengan kain pun minat. Bila ibu menjahit dia offer diri untuk putuskan benang bila perlu. Kalau tanam pokok, dia akan terbalikkan pasu bila tak dapat peluang nak tolong. Sampai bila ibu drive dia offer nak tukarkan gear. Kalau tak bagi dia akan on suis hazard dan bagi signal tak tentu hala.
Semoga Allah jadikan Faris anak yang Soleh. Faris belum pandai azan. Sembahyang pun dia boleh tumpu 2 rakaat yang pertama je. Ibu doakan Faris jadi Ustaz sebab Ibu nak Faris yang bacakan Talkin kalau ibu dan ayah meninggal.

Sunday, November 30, 2008

Luqman Haqimi



Luqman Haqimi.

Yang bagi nama ni ialah ayahnya sendiri..baby ni lahir pada 12 Julai 2002. Maka ayahnya pun membuka peluang kepada seluruh ahli keluarga, siapa yang nak cadangkan nama untuk baby baru ni. Banyak nama yang diterima tapi akhirnya ayah dia pilih nama yang dia sendiri suggest. Semua orang bengang..baik tak payah bukak cadangan..

Walaubagaimana pun, nama ni sesuai dengan baby ni. Sekarang dia dah besar. 2009 ni dah masuk year 1. Orangnya pemalu..kalau kena usik tersipu-sipu. Hobinya kalau bukak internet tu tak da lain. Ben Ten..Ben Ten..dia marah bila ibu usik, Kimi..bila Kimi dah tua esok..mata dah rabun..mesti Kimi terketar-ketar suruh cucu kimi "Cu..bukakkan Ben Ten..atuk nak tengok Ben Ten.."

Tahniah..Kimi dah boleh Azan. Tapi Suara Kimi tu slow la..kuat la sikit!

Tuesday, November 25, 2008

Nur Nadhirah Ku..



Nur Nadhirah maksudnya 'Yang berseri-seri". Tapi sekarang dia sudah hitam. semenjak dia sekolah ni makin la gelap kulitnya. Ibu kata..kita tak boleh panggil dia kak long lagi. kita kena panggil dia Nur Nadhirah semula. harap-harap dia boleh putih dan berseri semula. Kah..kah..kah..

Kak long sure hot giler baca siri ni. kah..kah..


Monday, November 24, 2008

Masa dengan keluarga..


Inilah masa yang paling dinantikan oleh anak anak kami. Kalau boleh pagi petang nak mandi macam ni. Tapi nak dapat berkumpul macam ni kena tunggu waktu weekend atau cuti sekolah.


Dalam gambar ni Saipul pun mandi sekali. Dia tinggal dengan kami sementara ayah dan mak pergi menunaikan Haji. Dia marah betul bila kami cakap " kalau Pul masuk air terus jadi dalam..kalau Pul keluar air jadi cetek.."


Thursday, October 30, 2008

Assalamualaikum..


Itulah ucapan yang terbaik untuk memulakan bicara.


Blog ini blog keluarga. Semua aktiviti keluarga dirakam di sini untuk tatapan dan rujukan generasi kami di masa akan datang. Keluarga yang bahagia bermula dari ikatan kekeluargaan yang kukuh. Sepakat dan muafakat dikalangan anak-anak akan memberi manfaat yang berpanjangan kepada ibubapa walau pun diketika mereka sudah tiada di dunia.


Oleh itu, semua yang baik jadikan teladan untuk dicontohi. Yang buruk kalau boleh jangan diingat, apatah lagi diungkit. Ia hanya akan menyerlahkan keaiban dan mengguris perasaan.


Selamat melayari dan tinggalkan komen sebagai paparan isi hati.