Wednesday, December 22, 2010

Sekarang ni tengah gila membuat  roti. hari-hari buat roti. Cikdah memang selalu buat donut dan pau untuk makanan 6 orang askar ni. tapi sejak cikdah terjumpa bread improver ni.. menjadi-jadi cikdah punya minat membuat roti. ala-ala nak bukak bakery gitu,
Cikdah rujuk laman fotopages Pn Alfahanum. Dia buat roti sebijik macam  yang bakery jual. Cikdah pun tiru.. eh, sama la. Setakat ni cikdah dah cuba Bun kaya, pizza, bun pintal. Cik abang kata OK..
Hari ni cikdah nak buat roti kismis dengan roti kacang merah dan bun kacang (cam sama je???) tengok la nanti, lain tuhh!
akan ku upload gambarnya.

Semalam punya roti cikdah malu nak bubuh gambarnya sebab dapur cikdah bersepah masa tu. hari ni cikdah akan clearkan cecantik dapur cikdah termasukla oven chokia yang cikdah guna tu pun cikdah akan bubuh gambarnya. (actually sebelum ni cikdah tak yakin oven cap ayam tu boleh buat roti canggih). Lepas ni azam cikdah ialah cikdah akan cipta berbagai roti yang terkemuka dan pujuk cik abang beli oven cap Zanussi ke.. Electrolux ke..hehehehh.

Selamat meroti. maia..mai anaak-anak semua kita ke dapur. (gambar akan menyusul kemudian).


doh bun manis asas dari resipi alfahanum fotopages.

bahan
A
480g tepung roti } (kakak guna 600g tepung gandum biasa utk menggantikan kedua2 jenis tepung ni)
120g tepung gandum }
110g gula
10g garam
20g susu tepung
4 sudu teh yis segera
B
1 biji telur
300ml air sejuk
C
60g mentega

cara
1. adun A hingga sebati
2. tambah B dan uli sehingga menghasilkan doh
3. campur C ke dalam doh dan terus menguli untuk menghasilkan doh yang lembut dan kenyal
4. tutup doh dengan plastik biarkan ia naik selama 50 - 60 minit atau berganda saiznya

Donut cuti sekolah

Cuti sekolah ada lagi tak sampai 2 minggu. Penuh aktiviti cuti kali ni. Awal cuti hari tu ibu kena jaga SPM kat SMK Tg Rambutan. Sekarang dah habis jaga exam ibu tengah sibuk jahit baju sekolah budak-budak ni. jemu jahit baju sekolah jahit baju kembang Nasuha la.. patchwork pengelap kaki la.. tak ketinggalan juga ibu memodify kembali jeans bebudak ni yang dah koyak di lutut tu jadikan seluar 3 suku.

Cuti kali ni best juga. Tengok wayang je dah 4 kali . Tapi bukan itu nak cerita sangat kali ni. Siri kali ni nak bagitau kisah anak-anakku yang kuat makan terutama musim tak pergi sekolah. petang ni nak buat donut kegemaran keluarga kami. kalau sekali uli memang sekilo. akan dapat 48 biji (dah kira..) donut kali ni ada enhancement. iaitu bercoklat diatasnya! Biarpun hitam rasanya manis.

Posted by Picasa