Thursday, September 30, 2010

Hari Raya 2010

Tahun ini hari Raya disambut pada Jumaat 10 September 2010. Sehari sebelum raya kamiberkumpul di Taman Mewah untuk berbuka puasa bersama. Yang takda cuma Khair/Farah dan Mat/Mas. Kami buka puasa kat garaj sebab dalam dah tak muat. Lagi pun tahun ini boleh guna rumah sebelah untuk parking (Mat dah beli rumah tu). ini gambar Nasuha sedang menunggu time berbuka.


Rumah sebelah tu ayah nak jadikan homestay. So, kami yang anak ramai ni menginap di situ sepanjang raya ni. Mai kita lihat balik suasana kita buka puasa untuk hari yang terakhir di bulan Ramadhan tahun ini. Rasa nak menitik ayag mata (ni betoi punya tau).
Ini gambar masa kita tengah berbuka beramai-ramai.



Lepas buka posa kami pun meneruskan aktiviti masing masing. Di luar rumah kelihatan seseorang yang setiap tahun muka yang sama mengendalikan acara ini


Oooo.. budak2 main bunga api, depa bergosip ye kat dapur.. Itu biasa, acara sambilan sambil memasak.



Ce tengok biras yang dua orang tu buat apa kat depan. Mungkinkah mereka sedang bertakbir..



Apapun tahun ini kami gembira kerana berjaya berpuasa penuh dan berterawih pun penuh. Maka tahun ini kita sekeluarga dapat hadiah iaituberaya dengan kereta baru. Heheheh.. keta ni baru dapat semalam tau.


Naktengok tak nombor plate nya..?




Pagi raya kami breakfast together-gether sebelum pi solat Aidilfitri. Terasa sedap makan apatah lagi bila memakai baju rayaTak percaya tengok Kimi makan. Inilah menu yang dimasak oleh orang kat dapur semalam.




Lepas Sembahyang raya ada majlis ringkas dengan kawan-kawan atuk.




Lepas tu baru acara bermaafan. Tapi tiba-tiba tahun ini ada penampilan istimewa. Cuba lihat siapakah dia special appearance itu?



Acara bermaafan pun bermula.

Tahun ni kenapa takda seniwati airmata hah?

kurang syahdu ke?


Kemudian acara bergambar. Lawak juga ni. Camera baru la pulakk..!! Isssh..ish.. asyik baru aje raya kali ni (masyaallah berlagaknya). Tak reti guna sepenuhnya lagi. maka inilah jadinya.

Ce kome tengok..


Lepas tu ada ucapan lagi.. sempena perutusan Raya 2010.





Kemudian tengahari kami ngap sekali lagi kat dapur. Ada yang dah bertukar baju, untuk memudahkan upacara membasuh pinggan.



Sebelah petang masing masih dah letih. Terdampar semuanya depan tv sambil
menonton siti nurhaliza.


Ini time yang ditunggu-tunggu oleh budak-budak iaitu mendapat duit raya dari Ayah Lang. Tengok apa yang istimewa duit raya depa ni.

Ooo. dapat 2 sampul rupanya. kaya la bebudak ni tahun ni.