Friday, March 19, 2010

Hari ini dalam sejarah



Alamak comelnya 2 orang budak ni. Ini gambar lama. Hari ni hari pertama Haqimi sekolah di Tadika Permai Ria. Kaklong masa 4 tahun di tadika Didikanku, Bercham Raya. 5 Tahun dia transfer ke Permai Ria. Kemudian Haqimi pulak ikut.
Berselepung muka depa dengan bedak. Selamat ke sekolah.....
Posted by Picasa

Thursday, March 18, 2010

Deepavali 2009

Open house di rumah uncle Ragunatan di Silibin, Ipoh. Uncle Ragu ni one of ayah's best friend. Wife dia pun ok, friendly.
Dalam gambar ni ada officemate ayah yang lain iaitu Auntie Rosmaya dengan family dia.
Wife uncle Ragu pandai menjahit. Dia pun pandai menghias rumah. Ibu sempat snap gambar curtain rumah dia yang dia jahit sendiri.
Posted by Picasa

Rempit..

Di suatu di musim cuti sekolah (14.03.2010) kita bermain main di halaman rumah. Ayah mendukung Nasuha dengan aksinya seperti 10 tahun yang lalu (memang muka Nasuha sebijik macam kaklong masa baby, gambarnya pun ada lagi). Nasuha tu dah la pakai baju secondhand (kimi punya dulu). Berlagak, nak dukung pilih pilih orang pulak.

Lepas tu kelihatan sekumpulan geng rempit (nauzubillah) dengan kenderaan masing-masing. Seronoknya budak-budak ni main basikal. 3 orang dah naik basikal tanpa support wheels. Tetiba je depa pandai sendiri. Tak macam ibu dulu belajar basikal sampai banyak peristiwa ngeri. Diantaranya terbabas dalam parit dengan basikal sekali. Tersembam dalam rumpun mengkuang la.. bercalar-calar badan. Yang paling ngeri sekali peristiwa terlanggar kucing orang ( langgar lari pulak tu..). 2-3 malam jugak termimpi kucing tu muncul menuntut bela. Sampai sekarang makcik tu tak tau siapa yang langgar kucing dia.
Walau apa pun, kalau aku nampak korang buat wheely.. siap nanti aku patah patahkan basikal tu. Ayah kata kalau dia pulak nampak dia akan patah-patahkan kaki orang tu. Kenderaan untuk memudahkan kita, bukan bagi kita musibah.

Tapi Faris tak pernah lupa baca doa naik kenderaan setiap kali menunggang basikalnya. Bagus Faris ni..
Posted by Picasa

Faris yang rajin

Pagi ni selepas sarapan, semua orang terbaring tengok tv. hari ni semua orang macam malas je. Mentang mentang cuti sekolah. Ibu dah siap sidai kain, nak start masak pulak. Kak Rena mengenjut Nasuha yang tak mahu mahu tidur. Tetapi ada seorang yang menyendiri di dapur sambil membuat sesuatu...

Fulamak... bertuahnya la dapat anak lelaki yang rajin menolong di dapur. Macaaammmmmm ayah dia !
Posted by Picasa

Wednesday, March 17, 2010

Storage solution

Assalamualaikum anak cucu semua..
kali ni opah upload gambo bilik utiliti opah. Bilik ni akan datang akan jadi bilik Kimi & Faris (anak lelaki). Buat masa ni 2 orang bujang tu tersangatlah penakutnya (masih nak tidur dengan ayah ibu.. itu le opah tak bagi diaorang tengok cerita Keliwon, cheplos dan mistik tapi depa nak tengok jugak sebab katanya opah pun tengok).

Cuba tengok seni lipatan baju opah. Kemas dan rapi tak? Ni semua baju opah tau (bukan la nak highlight opah banyak baju tapi tu baru bukak satu pintu tuhhh !!!) lagi 2 pintu tu misteri. Kalau tunjuk tu lagi la menakjubkan. Sebenarnya opah nak tekankan pada anak cucu opah, betapa pentingnya sikap bersih, kemas dan rapi ni. Ada orang yang bersih tapi belum tentu dia kemas tau. Barang/bilik dia bersih dan bebas habuk tapi tak tersusun. Ada orang yang bersih dan tersusun tapi susunan dia mak aii.. tak menepati ISO, SIRIM pun tak lepas.

Opah ni jenis tak sampai hati nak buang barang lama especially kain baju. Baju opah 20 tahun dulu pun opah boleh pakai lagi. Disebabkan opah suka menjahit jadi bila nak buang kain lama terus teringat produk apa yang opah boleh buat dengan modify kain lama ni. Maka bila terbayang kraf itu ini, terus la tak jadi buang. Tu yang jadi berlambak lambak tu. Sebelum ni opah bubuh dalam plastik. Berbundut-bundut la.. macam pelarian. Letak pulak atas almari tu, lagi la serupa stor. (Itu belum tengok stor opah yang sebenar lagi).
Maka terfikir la di kepala otak opah ni, apa kata opah organise balik barang lama tu dalam bentuk yang boleh jadi hiasan sekaligus. Tu la terhasil yang berderet deret atas lemari tu. Nampak macam hadiah je. Tapi kedekutnya la tuan punya hadiah ni sampai tak kasi orang langsung.
Opah ambik kotak kertas A4 dari kedai photostate lepas tu opah balut cecantik. Opah isi le dengan kain baju lama opah. Tapi kotak bukan sebarang kotak, kotak kertas A4 je tau.. sebab saiznya sesuai dan ada penutup. Kalau nak beli yang dah siap kat pasaraya pun ada. tapi baik le balut, murah dan kita bolah rancang warnanya.
Inilah dia bilik utiliti opah yang square je. Semua barang masuk dalam laci dan kotak. Bilik ni serbaserbi boleh. Melipat, menggosok dan normally bebudak lepas mandi terus bersiap kat bilik ni. Lepas depa mandi habis bilik ni jadi tunggang langgang. Sebab tu atas meja make up tu pun opah tak letak alat solek berderet-deret. Sat lagi runsing opah dalam rumah sendiri.

Posted by Picasa

Tuesday, March 16, 2010

Faris mengamuk


Anak yang paling banyak menguji kesabaran ibu ialah Faris. Ibu pun tak tahu tuah apa yang akan Faris bawa bila dia besar nanti. Ibu selalu doakan semoga Faris menjadi anak yang Soleh dan menghargai kedua ibubapanya. Amin.
Posted by Picasa

Surat kiriman tak rasmi

No. 1234 Japanese Garden
Bukit Tinggi, Pahang.
19.12.2009
Kehadapan ibu dan ayah yang diingati,
Apa khabar, kaklong di sini. Kaklong sihat dan baik-baik sahaja. Tujuan kaklong mengirimkan surat ini ialah untuk menunjukkan gambar kaklong pergi jalan jalan supaya ibu dan ayah jeles.
Gambar ni semasa Kaklong dan Nasuha berjalan-jalan di sebuah kampung tradisional di Nagoya. Tiba-tiba seorang makcik jepun memakai kimono menegur kami. Mukanya sebijik macam muka ibu. Dia mencuit cuit nasuha. Dia berkenan nak jadikan nasuha anak angkat dia. Dia nak bawak nasuha balik tapi kaklong tak kasi.
Sekian sahaja dari kaklong. Bila tengok muka makcik tu mengingatkan kaklong kepada ibu. Kaklong rindu kat ibu. Takda pulak pakcik jepun yang macam muka ayah kat sini.

bye
anakmu yang jauh.
Nur Nadhirah
Posted by Picasa

Huruf di langit

Suatu hari, bermain basikal di luar rumah. tiba tiba terlihat huruf di langit. Huruf apakah ini? anak anak berkerumun, yang didalam rumah menerpa keluar, yang berbasikal menongkat basikalnya serta merta, yang bergaduh tiba-tiba diam. melihat dengan penuh taksub. sempatla ibu menangkap gambar fenomena keagungan Allah ini.
Posted by Picasa

Saturday, March 13, 2010

Perunding fesyen rambut

mentang mentang le kaklong dah ada perunding fesyen rambut (kak Rena), hari-hari rambut dia bertukar fesyen. ada banyak lagi sebenarnya gambar kaklong dengan fesyen rambut yang ibu pun tak pernah tengok. Nantilah ibu kutip dan kumpul semua gambar-gambar tu dan ibu upload.

Posted by Picasa

Mana-mana pun boleh..

Muhammad Faris memang perangainya sukar diramal. Espeecially biila dia ada kes dengan orang. Faris selalu minta yang bukan-bukan. Permintaannya banyak dan diluar kemampuan untuk diluluskan. tahulah Faris suka memasak tapi takkan la sampai macam ni..

Faris ditemui tertidur sendirian dekat wet kitchen selepas permintaannya tak dipenuhi. Kesiannya anak aku......
Posted by Picasa

Padang Polo


Hari ini 30/11/2009. lama tak berkelah. lepas Nasuha lahir belum pun berkelah kemana-mana lagi. Pagi pagi kami pun bawak makanan ke Padang Polo. Ramai orang jogging. lepas bentang tikar ayah bawak bebudak pi tengok orang naik motor elektrik. Kalau pagi ahad kat sini ada senamrobik la, Tai chi pun, tapi aku pun tak pernah join.
Ini pun salah satu agenda keluarga di hujung minggu. Masa ni la pun nak bermesra-mesraan seisi keluarga. Apa lagi, jom la kita soal teka teki. Tak pun cerita zaman ibu ayah kecik dulu.

Nak tengok dak muka orang tak mandi lepas tu terus nak ikut pi padang polo. (Najihah yang kuat merajuk)
Posted by Picasa

Kimi kehilangan gigi


Tak sempat ibu nak mengabadikan gambar kimi yang takdak gigi depan. Ntah macam mana terperasan ada satu gambar ni terselit muka kimi dengan gigi susu yang hilang. Kimi jangan marah tau ibu crop gambar ni. Kimi memang berani. Cabut gigi sendiri je. 2 batang sekali gus pulak tu. Tau-tau dah rompong je. Gigi kimi ntah merata-rata hilangnya walau pun kimi bawak ke sana kemari gigi tu. Ada yang jatuh dalam lubang sinki. Suatu pagi tu kimi menangis begitu sedih,
" Ibu, gigi kimi hilang.. (aku nak gelak pun ada)
Mana pergi?
semalam masa nak tidur Kimi letak bawah bantal..pagi ni dah takda. sapa ambik?
Kimi, takda orang teringin pun gigi kimi tu., benda kecik, letak gitu je memang la hilang..
lain kali kalau nak simpan gigi bubuh la dalam botol...."


Tapi sekarang kimi dah hensem dengan gigi barunya. kadang kadang ada juga kimi ajak pergi jumpa Doktor Siti.
"kenapa kimi suka nak pergi doktor Siti?
hmmm..sebab dia cantikkk ! "

ntah hapa hapa kimi ni...!!

Posted by Picasa

Kuha

Nur Nasuha bt Hasbullah. Bermaksud 'Cahaya yang suci murni'. Nama manjanya Kuha.. bukan Tengku Nasuha macam nama Kuza/Kuna tu. Kuha ni Pakcu (Saifullah) yang panggil. Sedap pulak menyebutnya sampai semua orang pun panggil dia, Kuuuhaaaa!

Tapi kalau jumpa atuk, mesti Nasuha akan dipanggil dengan pelbagai nama. Najuha la, Nazuha la, semua ditambah tambah. Tapi nama Kuha jugak yang sedap. ...........Kuuuuuhaaaaaa!!!!!!
Posted by Picasa

Tutup aurat

Ko takde kerje lain ke Kaklong? Tudung sendiri ditanggalkan, dibubuh kat adik Nasuha yang pakai seluar pendek tu. Comel jugak kan..
Posted by Picasa

Manohara Ku

Kalau update asyik-asyik cerita anak saja. Mana gambar ibu yang selalu update blog ni? haa.. inilah dia orangnya. Masih jelita walau pun sudah beranak 6, chehwahhh!! Ini gambar Manohara bersama anaknya yang bongsu. Aik.. kenapa namanya jadi Manohara? Manohara takkan tak kenal. Pakai spek hitam keluar tv. (pi la selidik sendiri sapa manohara ni. yang pastinya dia memang lawa).

Bukan apa, setiap kali ibu pakai spek hitam ni pasti ayah akan cakap " Manohara ku.. mana Manoharaku tadi.." puhh, kembang kempis hidung ibu bila dipanggil Manohara (walau pun sebenarnya kalau tengok muka bayang manohara pun tarak..)

Bawah ni gambar Manohara tiruan dengan seluruh ahli keluarganya yang bahagia.

Posted by Picasa

Swimming class


Ayah pernah cerita dulu dia pernah bertenggek di tepi kolam renang sambil menengok sorang brader tu tunjuk skill berenang sambil tenggelam timbulkan punggung dia. Menyampah pun ada (ayah la kata.. bukan ibu). Tetiba datang kawan yang nak bergurau tolak ayah dari belakang. Sekarang ayah pulak tenggelam timbul sebab taktau berenang. Akhirnya brader tadi yang selamatkan ayah dari mati lemas. Moralnya.. susah kalau taktau berenang ni. (dan lagi , jangan mengutuk orang!!! kita tak tau bila kita perlu bantuan dia).

Maka Cuti sekolah yang panjang di penghujung 2009.. ayah mendaftarkan 2 orang anaknya pergi belajar berenang. Dua orang je tau, yang baju biru tu anak uncle Ragunathan. Maka selepas 2 minggu tenggelam timbul dalam kolam renang Kaklong dan Hakimi pun bolehla timbulkan diri dalam air. tapi hitamnya.. masyaallah! Sampai sekarang Hakimi masih lagi dayang senandung. Kaklong ada la nampak bercahaya dah sikit sebab dia rajin paw ibu punya krim pencerah ayu jelita tu..
Posted by Picasa

Jurnal Faris yang pertama.

Suatu hari ibu sedang mengajar abang Kimi kat dalam surau. Dalam masa yang sama faris datang suruh ibu ajar dia jugak. masa tu ayah takda (pergi Manila seminggu). Ibu marah Faris sebab tak faham-faham ibu kata ikut giliran la. lepas ni Faris pulak ibu ajar. Faris baca buat kele lain dulu la...
Faris keluar dari surau sambil hempas-hempaskan kaki. Dia duduk menyelit di tepi sofa dekat rak kasut. Ibu pun tak peduli dia. Sapa pun tak peduli dia.

Lastly bila tiba giliran dia, faris pun datang macam takda apa yang berlaku pun. Dia tunjuk kat ibu sedikit tulisan yang dia buat. Inilah tulisan faris yang pertama. Idea yang keluar dari kepala otak dia sendiri.

Posted by Picasa

Flower Girl

Inilah anak kembar aku yang pandai bergaya. Gambar ni diambil sebelum pi kenduri kat Tapah (rumah sepupu -Abg mie anak ayah cho).

Kekonon jadi flower girl la tu.. yang pakai rantai tu Nabilah. Najihah dah hilangkan rantainya.
lepas tu mengamuk marah kat ibu tak pakaikan dia rantai.
Posted by Picasa