Tuesday, June 21, 2022

Rahsia kejayaan keluarga (part 1).

Dua tiga hari yang lepas keluar sudah keputusan SPM 2021. Anak kami yang ketiga mengikuti jejak kakak dan abangnya yang memperoleh straight A dalam SPM. 

 

Ramai yang bertanya, apa rahsia disebalik kejayaan mendapat anak-anak yang pandai dan memiliki ciri-ciri anak yang soleh. Tidak ada rahsia kerana semuanya akan dikongsi. Semua langkah telah diambil tetapi tidak tahu mana satu yang Allah pandang dan berikan nikmat ini semua sebagai ganjaran. 
Saya boleh cerita di sini untuk kawan kawan khususnya ibu-ibu muda yang sedang bertarung mendidik anak-anak. 

Part 1 : Senjata ibu bapa ialah doa.
Doa parents takda hijab.Jangan paksa Allah tunaikan doa serta merta. Sebab dengan Allah kita mengemis, bukannya mengarah. 
Doa sebaiknya disertakan nazar dan sebab kenapa kita nak hajat kita tu. Nazar maksudnya berjanji menunaikan sesuatu yg baik sekiranya memperoleh hajat. situasi dia macam ni. Semua anak, kami nazarkan akan hantar mereka ke Mekah untuk Umrah kalau dapat stret A. Soal duit dan kemampuan tu urusan Allah. Tapi sampai masanya ada je jalannya Allah mudahkan.
Setiap kali berdoa, kami akan mohon Ya Allah, jemputlah anakku (sebutkan nama) menunaikan umrah. SUPAYA.. semoga lepas dia lihat Baitullah dia akan lebih rajin beribadat, jauhi yang lagha, kurangkan main game, tinggalkan aktiviti yang melalaikan. Semoga lepas umrah dia lebih taat pada kami ibubapanya (sebutlah semua yang baik2 dan semua yang Allah suka).
Sesungguhnya takda benda baik yang Allah tak suka. Kalau kita berhajat pada kebaikan pasti Allah akan sokong. Bukankah kalau nak ke Umrah kena Stret A dulu, sebab itu yang kita nazarkan? Maka Allah akan bagi stret A pada anak kita. (Saya dapat idea berdoa macam ni drp seorang Ustaz muda yang datang ceramah di SMK Tambun. Dia kata kalau berdoa mahukan zuriat, sebutkan supaya anak yg lahir tu nanti kita nak jadikan Hafiz/Mujahid yang membela agama. Jangan minta zuriat sebab malu kat orang, dah lama kawin takda anak. Begitu juga jangan berdoa minta kaya, sebaliknya mintalah supaya Allah jadikan kita ahli sedekah, ahli zakat. Sebab nak bayar zakat banyak kena kaya terlebih dahulu). 

Umrah Nur Nadhirah (2018)

Anak kami 6 orang. Panggil mereka dengan nama yang mengandungi maksud. Jangan ringkaskan nama jadi sebutan yang takda makna. Penat kita rancang nama yang baik untuk anak. Tapi tak digunakan. Panggilan terhadap mereka itu juga doa. 
Nadhirah (yg berseri-seri), 
Hakimi (yg cerdik macam hakim)
Faris (yang tahu semua perkara, ahli firasat..)
Nabilah (yg cerdik)
Najihah (yg berjaya)
Nasuha (yg bersungguh2)

Jangan berdoa saja tanpa alasan/sebab. Itu dah macam pentingkan diri semata-mata. Dengan Allah mahu Take saja tapi tak mahu Give. Kami doa semasa diArafah (Haji 2014), semoga anak2 kami  pandai dan fasih berbahasa Inggeris. Melalui kebolehan berbahasa mudah mereka berdakwah, harap nanti dapat meninggikan martabat bangsa dan agama Islam. Sebab orang melayu Islam selalu dipandang rendah kerana tak boleh berbahasa Inggeris. 
Eka

Kami doa semoga anak2 kami suka membaca dan cintakan ilmu. Bukan untuk diri mereka sebaliknya bila mereka sukakan buku, suka belajar ilmu baru nanti mereka akan tolong orang, mereka akan ajar dan tolong kawan2 yang tak tahu. Automatik bila anak sudah sukakan ilmu, suka membaca,  prestasi yang baik dalam akademik akan menyusul. 





























Kat restoren pun bawak novel.

Kat rumah takda mainan. Ada bahan bacaan saja.




surah Ar Rahman.
Masa anak sedang golek2 dekat dengan kita gosoklah kepala mereka sambil bacakan 4 ayat surah Arrahman. Sambil baca lintaskan doa dalam hati selaras dengan maksud ayat tu.

1] (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
Dalam hati sebutkan Allah yang bersifat pemurah sudah pasti akan tunaikan apa saja hajat hambanya. Begitu juga hajat yg kita mahu pada waktu itu).

[2] Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran
Doa Semoga anak anakku cintakan quran, pandai ilmu Alquran. Alhamdulillah setiap lepas solat anak2 mengaji tanpa disuruh. 

[3] Dia lah yang telah menciptakan manusia/insan
Harapan kami agar anakku kami jadi manusia yang berguna. Jadi ‘orang’ dengan bahasa yang mudah.

[4] Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) menyampai dan menerima mesej.
Semoga anakku petah berbicara. Boleh berucap, berhujah. Penyampaiannya difahami dan orang dengar cakap mereka.

Masa baby saya bacakan Arrahman ni sambil menyusukan, sambil suapkan makanan. 
Bila dah besar saya bacakan masa mengejut mereka bangun nak pergi sekolah.



Basuh beras sambil berdoa
Semasa ibu mencuci beras, kacau dalam arah anti clockwise (lawan jam : seperti ibadat tawaf). Sambil berdoa semoga siapa saja yang makan nasi ni, Allah lebutkan hati mereka sebagaimana lembutnya nasi yang asalnya keras macam biji beras tu.  Supaya mudah memahami ilmu dan menerima nasihat.  Termasuklah hati suami, dan hati kita sendiri pun. 

Gambar lagi..








End of part 1
==================================================== 
Dalam bahagian yang ke 2 saya akan tulis tentang membentuk akhlak anak-anak. 
Bila akhlak anak dapat dikuasai, mereka boleh diuli, dibentuk menjadi corak yang kita mahu. 
Sebab mereka patuh pada ibubapa.