Saturday, February 22, 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2014

Hari ini hari gembira untuk kita sekeluarga. Sk Marian Convent dan Sk Methodist Ho Seng Ong mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan.

Ibu dan Kaklong hadir di Sk Marian menyaksikan si kembar menerima anugerah.

Ayah pulak hadir di Sk Ho Seng Ong menyaksikan Luqman dan Faris menerima Hadiah.

Pagi pagi lagi kami dah keluar sarapan. Nasuha je tak ikut sebab dia sakit kaki, latihan sukan. Dia tinggal dengan Kak Ika di rumah.

Pukul 12 tengahari baru selesai anugerah di SKMC. Dekat SKHSO pulak anugerahnya serentak dengan mesyuarat PIBG. Ayah lagi sekali kena lantik jadi Timbalan YDP PIBG.

Semua gembira. Harap nikmat ini akan berterusan untuk keluarga kita pada masa akan datang.

Thursday, February 13, 2014

My 39th birthday

Hari ini saya sudah berumur 39 tahun.
Lagi setahun saya akan mencecah usia kritikal.
Usia yang menentukan halatuju saya sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya.
Melihat cermin, muka pun dah banyak kedutan.
Kalau dulu muka bujur tirus, sekarang dah empat segi. Maknanya pipi pun dah turun.
Astaghfirullah.. Koleksi dosa pun dah banyak.. Sebanyak bilangan uban di kepala.
Takut mati sebelum bertaubat.

Nadhirah dan Hafazan

Pagi ini hari yang sama Kaklong ada pertandingan Hafazan Peringkat Smk Tambun. Kaklong menang dan akan mewakili sekolah ke Majlis Tilawah Alquran dan Hafazan peringkat Daerah nanti.

Ada sepuluh surah yang Kaklong kena hafal antaranya

Yaasin
Al Mulk
Al Waqiah
As Sajadah
Ar Rahman
Al Jumuah
As Saff
Ad Dukhan
Al Insan
Nuh

Dalam masa yang sama kaklong pun terpilih masuk nasyid.
Nampaknya Kaklong enjoy di Smk Tambun.
Itulah hikmahnya kaklong tak dapat ke mrsm ulul albab tempoh hari.
Setidaknya di smk Tambun dia sudah ada platform dia sendiri.

AJP7375 dan AGY4488

Dua dua kereta kami.
Bezanya AGY dah dijual pada pemilik baru.
Yang beli AGY tu pun mengajar sama sekolah dengan aku.
Satu hari kebetulan AGY diletak bersebelahan dengan AJP.
Aku pun cepat cepat ambik gambarnya..
Wah, sedih pulak rasanya.
AGY ni macam isteri yang kena cerai lepas tu berdiri bersebelahan pulak dengan AJP iaitu isteri baru.
Huhu.. Kalau la mereka ada perasaan..
Tapi kulihat AGY dimake up cantik. Lebih cantik ia dijaga berbanding semasa dengan kami dulu.
Semua kereta kami dapat pemilik baru yang bagus bagus dalam menjaga kereta.
Alhamdulillah..

Luqman Haqimi wakil sekolah main Chess

Hari ini sempat mencilok pergi tengok Kimi main catur di SK Convent, Ipoh.
Ramainya peserta.
Makcik Norlida pun datang tengok. Tapi dia mai lagi awal.
Ini peringkat Daerah Kinta Utara, anjuran MSSM.

Kimi main 5 round, menang 3 kali.
Hasilnya, out of semua peserta yang ramai ramai tu.. Kimi dapat tempat ke 22.

Hanya 16 peserta tertinggi yang akan ke peringkat negeri. Hmmmmm....
Apapun, tahniah Kimi atas penyertaan kali pertama ini.
Kira ok la tu.

Koleksi Kartun Banjar

Inilah asal usulku.. My mother side and father side both orang banjar. Bezanya berlainan suku je. Arwah Emakku dikatakan Banjar Alai, Arwah ayah pulak Banjar Kalua. Perbezaannya cuma dari segi intonasi dan gaya sebutan saja. Aku masih fasih berbahasa Banjar. Sayangnya ia bakal pupus bila aku tiada lagi nanti. Kerana anak anakku tiada seorang pun yang boleh memahami apatah lagi boleh bertutur Bahasa ibundaku ini.

Di sini ada sedikit nostalgia yang aku kumpul, hasil tangan seorang rakan yang selalu post kartun kartun banjar dia dekat wall komuniti Banjar di facebook.

Aku sangat terhibur dengan semua kartun beliau. Jalan ceritanya sangat mirip dengan kehidupan masa kecilku. Semoga Umbut Nyiur, pelukis kartun ini akan terus berkarya dengan idea idea yang menghiburkan.