Kalau tengok aktiviti aku ni macam kedekut giler..
Aku ada baby cot yang dah takdak baby lagi nak dibubuh dalamnya. Nak bagi orang pun macam tak tergamak sebab dah enam generasi menggunakannya. Nak simpan ia consume space pulak. Nak buang macam tak sampai hati.. Ish..
Maka kami pun membayangkan apa la yang boleh dibuat dengannya. Lihat apa jadi.. Modalnya satu tin cat minyak berharga rm15 ada la beli berus dan sarung tangan baru. Semua sekali dalam rm25 la..