Setiap kali solat Maghrib dan Isyak berjemaah, kita akan berdoa
bersama-sama.
Biasanya ayah akan membacakan doanya kuat-kuat dan dihujung doa yang
standard ayah akan sambung dengan doa dalam bahasa melayu.
Ini tujuannya agar anak-anak mengetahui dan menyedari apa harapan kedua
ibu bapa terhadap mereka.
Kalau anak-anak ibu ingat antara doa yang selalu ayah ulang-ulang..
“Ya Allah, Jauhilah anak cucu dan keturunanku dari fitnah, maksiat, penyakit dan musibah.
Engkau panjangkanlah usia kami dalam keimanan dan kesihatan.”
Antara doa yang special yang ibu nak highlight di sini ialah
“kurniakanlah kami anak, cucu
dan menantu-menantu yang beriman serta taat pada perintah Mu.”
Ini menunjukkan walau pun anak-anak kami masih kecil, kami sudah siap
memohon agar dikurniakan menantu-menantu yang beriman dan baik-baik.
Kita mesti selalu minta dengan Allah kerana Allah mendengar doa setiap
hambaNya tidak kira walau pun hambaNya itu seorang budak kecil. Mesti berdoa
hari-hari sebab kita tidak tahu doa yang mana satu yang Allah akan pilih untuk dimakbulkan.
Ayah selalu cakap dia dulu berdoa untuk dapat jodoh yang baik sejak dia
remaja lagi. Ayah kata dia nakkan orang Perak sebab tak jauh, dan kalau boleh
nak yang muka cina-cina sikit. (Kalau boleh nak yang macam Janet Khoo…
hahhhaaaaha). Last sekali dapatlah ibu yang walau pun taklah cina sangat tapi orang
Perak.
Ini bermakna, jodoh boleh dirancang dengan syarat kita memohon sejak
awal lagi. Semoga semua anak-anak ibu mendapat jodoh yang bersesuaian dan
membahagiakan keluarga kita di hari tua nanti. Ini kerana sebagai ibubapa, kami
tahu anak-anak kami semuanya baik dan menggembirakan kedua orang tua tetapi
kami sangat khuatir mereka akan berubah dek pengaruh menantu-menantu yang tidak
beriman.
Lagi yang special ialah ayah selalu mendoakan kesejahteraan pembantu
rumah kita dan kita semua aminkan. Mohon agar dia sihat dan berakhlak mulia.
Alhamdulillah setakat ini semua bibik kita sejak dulu tak ada yang membawa
musibah besar pada keluarga kita. Semuanya
bertahan lama dan banyak membantu kita menguruskan kehidupan.
Kadang kala ibu ada juga terdengar Faris berdoa sendiri, Ya Allah
jadikanlah aku pandai.. bagus, bagus, mintalah apa yang nak diminta kerana
Allah sukakan hambanya yang selalu mengadu padaNya. Asalkan yang diminta itu
perkara yang baik-baik.
Dalam doa kita jangan lupa mohonkan untuk adik beradik sekali. Jangan
pentingkan diri, doa untuk diri sendiri saja. Biarlah semua anak-anak ibu ayah
mendoakan sesama sendiri.
Ingat, yang penting doakan untuk ibu dan ayah. Sedekahkan Alfatihah
setiap kali selepas solat walau pun kami masih hidup. InsyaAllah pahala itu
tetap terkumpul. Mulailah doa dari sekarang dan biar sampai bila-bila. Nanti kalau
ayah ibu sudah tiada bergilir-gilirlah korang sedekahkan tahlil. Mulai dari
keluarga Kaklong pada hari Jumaat, Abg Kimi hari sabtu sehinggalah keluarga
Nasuha pada hari Rabu. Hari Khamis malam Jumaat buatlah serentak. Walau tak
dapat berkumpul buatlah masing-masing dari pelbagai lokasi kediaman.
Doakan selalu untuk ayah dan ibu. InsyaAllah, akan sejahteralah keluarga kita dunia dan akhirat.