Tuesday, July 31, 2012

Faris tidur di dapur lagi..

Hari ni Faris balik dari sekolah pukul 6.15. Turun dari bas dia pun mandi, tukar baju dan terus masuk ke dapur. Masa tu dah pukul 6.40 petang. Tiba tiba Faris ternampak sepeket beras pulut yang semalam Makcik Rokiah bagi. Faris suruh ibu masak pulut serta merta sebab dia teringin makan dengan durian. (Duriannya pun mana ada..!!!). Pukul 6.40 minta pulut sapa nak layan. Ibu pun ada 2-3 perkara lagi belum selesai masak.
Ibu pun cakap dengan muktamad " Faris tak payah minta lagi. Ibu akan masak pulut ni esok. Hari ini ibu tak akan masak."
Lepas dengar dialog ibu nak tau apa Faris buat tanda protes dia tu? Lihatlah di bawah ini gambarnya

Mengganggu betul lalu lintas orang nak masak !!! 

Monday, July 30, 2012

Nasuha menghafaz Al Quran

Surah yang menjadi favorite Nasuha ialah surah ini. cuba dengar Nasuha baca. siap dengan qalqalah sekali.

Tuesday, July 17, 2012

Nasuha yang suka menulis

Masa ni Nasuha baru nak masuk 3 tahun. Lagi seminggu dia akan mencecah 3 tahun. Tapi dia sangat suka pegang pen. Mungkin surrounding dia mempengaruhi yang mana kakak dan abangnya suka menulis dan pegang buku.



Faris buat latihan English


Susahnya nak suruh Faris buat latihan English. Faris ni agak brilliant, dia belajar sikit tapi pick up cepat. Terutama maths. Setakat ni baru pertengahan darjah 2, sifir pun dah cekap. Tapi kalau english, mak ai... susahnya nak ajak dia belajar. Ibu kena sama-sama buat latihan baru dia mau. 

Ini gambar kalau faris tengah protes. Dia akan buat latihan dia di sudut mana-mana yang dia suka. kadang kadang di tempat yang tak munasabah. 

saja je pilih tempat gelap..dan sempit. 

Bila ditanya kenapa pilih lokasi sempit, 
dengan dia sekali masuk bawah tu supaya lebih sempit.

dia cakap " tadi ibu kata Faris boleh buat kat tempat mana Faris suka.."
" Ibu kata Faris boleh buat latihan kat tempat mana-mana yang Faris suka.."

Kat atas tu la Faris menjawab soalan dalam buku.
 Tapi yang peliknya, hanya bila subjek ENGLISH.
Sini ada sedikit videonya.
 Ibu minta maaf kalau ibu upload ni menyebabkan Faris marah. Ibu bukan nak keluarkan cerita negatif Faris. Sebenarnya sebagai parents setiap perkembangan anak-anaknya merupakan suatu hiburan untuk dikongsikan antara kami berdua.  Adik beradik lain akan ambil pengajaran daripadanya.
 Ibubapa akan bangga bila melihat anak dengan kerenah yang bagus. Tetapi bila berhadapan dengan sesuatu yang menyusahkan hati, ibu bapa tidak sedikit pun mengeluh. Malah dalam hati kami, terus terlintas.. entah tuah apakah yang akan anak ini bawa bila dia besar nanti. Mungkin sekarang Allah uji dahulu sejauh mana kesabaran menghadapi kerenah dia. 

Jadi Faris janganlah marah ibu. Bila anak-anak ibu dah besar, ibu akan missed semua ini nanti. Tak semua akan ibu ingat. Kalau ingat pun takkan dapat dikongsi dengan orang lain. Jangan risau, Video Faris yang baik pun banyak juga yang ibu upload. 
Faris kena behave lagi tau sebab blog ni nanti anak-cucu akan datang akan view juga. Termasuklah anak Faris nanti pun akan tengok.